Tuesday, 31 December 2013

Hatiku Tertinggal di Manchester (Bab 4): Eyla Myra


OH MY GOD! Are you serious right now? Whoaa… sumpah sweet giler!” Nainaa dah keluar aura dramatik tahap tak ingat.
Dia sengih comel sambil mengiraikan rambut yang masih basah. Yela, orang baru siap mandi Myra ni sibuk pulak nak ber’skype’ bagai. Tak menyempat nak keringkan. Aish!
Myra dah menjegilkan mata sambil memandang seraut wajah tak bertudung di skrin DELL berwarna pink itu. Dia dah agak dah itu reaksi bestie dia a.k.a Nainaa Azzuana yang berada dekat Kuala Nerang sana kalau dia cerita pasal hal yang satu tu.
“Weyy, kau ni boleh tak kalau sehari tak memekik macam ni? Sakit telinga aku ni tau tak?” ujarnya dengan mulut yang dah dimuncungkan.
Gelak Nainaa dah makin kuat memenuhi ruang bilik itu. Myra geleng kepala dua saat. Nasib baik masa tu takde orang, hujung minggu la katakan. Maka, semua roommates terchenta pun sibuk keluar shopping dekat Pekan Banting sana.
Sorry, sorry. Dah tu apa perasaan kau sekarang?” soalan cepu gangsa terus dilontarkan dengan muka dreamy habisan. Sengih dua juta megawatt dah bergayut di bibir sejak hal itu diceritakan oleh Myra sekejap tadi.
Myra angkat penumbuk selamba. Sumpah kalau Cik Mata Bulat ni ada dekat depan dia sekarang, memang merasa makan sepit ketam.
“Nainaa Azzuana Muhammad Hafizi, have I ever told you yang kau punya dramatik terlebih ni boleh buat orang seram dengan kau?” lurus suaranya tanpa nada.
Since we were thirteen. Okay, drop the subject. Aku nak tau aje, tak nak share takpe. Aku offline dulu la kalau macam tu. Assignments dekat atas meja tu dah bertimbun mengalahkan Gunung Nuang,” Nainaa membalas dengan muka tak bersalah. Sengaja dia menekankan perkataan ‘Gunung Nuang’ untuk menyakat Myra di skrin.
“Jangan nak ngengade eh. Kau ni pun satu, sudah tau pun lagi mau tanya ka? Dah sah-sah la aku beku aje tengok mamat tu. Takde perasaan. Kosong. Ke kau nak aku nyanyi lagu Najwa Latif baru kau faham,” dia menjawab dengan muka bosan. Nainaa ni memang. Balik-balik soalan spesis ni jugak yang dia nak tanya. Soalan lain takde?
Nainaa petik jari jari spontan.
“Aku rasa lama-lama nanti jadi jugak korang ni. Lagipun, from what you have told me just now, nampak sangat yang dia memang care dekat kau. Siap tolong bawakkan beg masa nak naik ke puncak. Aku rasa dia memang suka kau la. Betul la firasat aku since zaman sekolah dulu,” dia dah bawak keluar teori luar kotak.
Teori zaman sekolah menengah; instinct mengatakan yang mamat beku bernama Faris Iskandar bin Mohd Syauqi memang suka dekat Myra Isabella binti Hakimi merangkap budak perempuan paling cool plus Ratu Ketul Ais dekat sekolah.
Ting!
“Aku rasa karang ada yang nak merasa makan spaghettiBalaknese’ cuti semester nanti,” senafas ayat itu dituturkan oleh Myra yang sememangnya dah keluar aura tali gantung.
Nainaa di skrin dah gelak terguling-guling dekat atas katil. Bapak kelakar gila ayat mak cik ni. Ayat yang memang boleh buat aku semput tercekik nafas sendiri. LOL!
“Hahaa… Balaknese pun boleh Myra oii. Aku tunggu. Kau tak masak siap kau,” dia menyambut dengan mimik muka comel. Best jugak mengenakan bestie yang sorang ni. Nak sakat Lola, cik kak tu jauh dekat Mesir sana. Online pun kadang-kadang aje. Busy gamaknya.
“Mana-mana pun boleh. Untuk Nainaa apa pun Myra boleh buatkan,” dia sengih geram.
“Kau tak payah nak pakai ‘Myra, Nainaa’ sangat eh. Aku geli la wei,” selamba luar alam ayat yang dia bagi.
Myra juling mata ke langit.
“Dah la, aku nak off dah. Melayan kau ni buat sakit jiwa aku aje. Anyways, thanks sebab sudi dengar cerita aku tadi. Tapi tu cerita aje okey, takde yang lebih takde yang kurang. Kau jangan nak buat kesimpulan sendiri pulak,” semangat dia bersuara, siap dengan tangan yang tergapai di udara.
Ai ai ma’am…” Nainaa dah angkat tabik dengan mata yang dikenyit sebelah.
Seraut wajah bujur milik Nainaa menghilang dari skrin sebaik salam bersambut. Myra tersenyum sambil membuang pandang ke langit luas menerusi tingkap bilik. Otaknya kembali berputar ke bilah-bilah memori dua minggu lepas yang masih melekap kemas di dinding ingatan.


YOU DAH OKEY KE? Ada luka dekat mana-mana?” suara tanpa nada yang pecah betul-betul di sisi kanan membuatkan dia hampir melompat terkejut. Bulat matanya memandang susuk tubuh yang dah selamat mengambil tempat di sebelah.
Tangannya mengurut dada untuk memperlahankan rentak jantung yang dah macam rebana kena ketuk. Mamat ni laa… kuss semangat aku!
Dia menggerakkan sedikit tubuhnya ke kiri. Menjarakkan kedudukan dari jejaka itu.
 “Emm… okey, takde luka pun. Thanks,” Myra turut menjawab dalam nada yang sama. Tak sangka pulak dia dengan mamat beku tu boleh bercakap macam ni.
Dua pasang mata tu dah sama merenung ke arah aliran air sungai yang sejuk. Faris mula melipatkan tracksuit yang dipakai hingga ke paras betis sebelum kakinya direndam ke dalam sungai.
“Sejuknya… best. You tak nak try ke?” selamba dia bertanya gaya macam takde apa yang berlaku bila dia duduk berkongsi batu besar dengan ‘seteru ketat’ dia tu.
Myra sekadar menggelengkan kepala. Dia sebenarnya speechless. Tak tahu nak cakap apa. Kalau dilihat dari segi percakapan dan tingkah laku mamat dekat sebelah ni, dia akur yang Faris Iskandar ni bukan Faris Iskandar yang dia kenal masa zaman sekolah dulu.
Dia akur Faris Iskandar ni bukan lagi Romeo Kampung Pinang Dua Batang yang kerja nak mengayat setiap masa dan ketika. Agaknya dah ada awek la tu. Entah, malas dia nak memikirkan hal yang takde kena mengena dengan diri sendiri.
Kampung Pinang Dua Batang? Apa aku merapu teruk ni. Tapi bercakap dengan diri sendiri bukannya jenayah kena hukum gantung pun.
“I naik dulu,” elok aje ayat itu dilontarkan, dia terus menapak tanpa menoleh ke belakang.
“Myra…” perlahan aje suara Faris memanggilnya.
Kaki gadis itu mati di tengah langkah. Teragak-agak dia berpaling memandang susuk tubuh yang masih tak berganjak dari situ.
Yep,” jawabnya ringkas.
“Kut ye pun takkan you nak naik dengan kaki ayam macam tu. Pakai la selipar ni dulu,” ayat-ayat itu dituturkan senada dengan pandangan mata masih pada anak sungai. Sengih evil grin yang mula menarik pangkal bibir cuba ditahan sedaya upaya.
Di belakangnya, Myra dah buat muka. Mamat ni memang, kalau sehari tak mengenakan aku memang tak sah. Kaki kembali dihayun ke tepi batu besar dan tangannya terus menyambar selipar yang memang tersadai elok di situ.
Laju dia melangkah dengan muka yang dah masam terlebih cuka. Mangai bertingkat punya mamat! Dari jauh, dia dapat menangkap gelak keji yang terhambur sebaik aje dia menapak naik. Eii… ni la sebabnya kenapa aku tak pernah percaya dengan mamat beku ni.
Memang masa nak mendaki esok tu dia dah tak pandang muka Faris. Yang mamat tu pulak tak habis dengan senyum kambing dekat bibir. Nak menyakat ke apa tu dia memang tak nak ambik peduli.
Apa yang penting, dia memang sentiasa jaga jarak antara dia dengan Faris Iskandar. Kalau mamat tu ke depan, dia akan jalan lambat-lambat dekat belakang. Sekali tengok gaya Faris berhenti kejap, cepat-cepat dia menarik tangan Radin dan Hani untuk menyertai geng di depan.
Budak-budak kelas yang lain perasan jugak, tapi selamba aje dia goreng cakap nak cepat-cepat sampai ke puncak. Peace!


“MAK AKU CAKAP makhruh senyum sorang-sorang. Kau dah buang tabiat ke hape?” Radin yang baru melangkah masuk ke bilik dengan ration bags yang penuh di tangan dah menegur dulu. Apehal pulak duk jadi tugu pacak depan laptop tu?
Tersedar dari lamunan sebentar tadi, Myra terus berpaling mengadap empunya badan yang bersuara. Automatik, bibir mengoyak sengih.
“Heheh… takde pape la. Borong apa dekat pekan sampai sekarang baru balik? Dina dengan Aifa mana tak nampak batang hidung pun?” tuturnya selamba sambil membetulkan ikat tocang di kepala.
Radin geleng kepala spontan.
“Minah dua kerat tu dekat pekan lagi. Aku balik dulu, tak larat dah weh. Rasa macam nak tercabut kaki,” balasnya sebelum duduk di katil milik Myra.
Gadis itu mula menjulingkan mata ke langit. Si Radin ni ada-ada aje laa.
“Eh, minggu depan dah start cuti semester. Jom ikut aku balik Perak dalam sehari dua nak?” Radin dah menyambung dengan mata yang dah bersinar mengharap.
Myra geleng kepala spontan. Aish, mana boleh merayap cuti ni. Dalam kepala dia dah penuh dengan agenda yang bakal dilaksanakan sepanjang cuti nanti. Wee…
Maybe next time. Cuti semester ni aku ada hal yang tak dapat dielakkan,” dia sengih dengan mata yang dikenyitkan.
Radin angkat bahu. Dah tau dah.
“Dah agak dah. Kepala dah penuh plan dengan Nainaa la tu,” tekanya dengan muka tak berdosa.
Peace…” Myra angkat dua jari di tepi pipi kiri.
“Nanti kalau free jemputlah datang kenduri kahwin kakak aku. Jangan lupa tau,” sambungnya lagi setelah terdiam selama 5 saat.
“In Shaa Allah aku cuba cari masa. Kau jadi pengapit ke nanti?”
“Takdelah. Aku ni pegang mandat jadi menyambut tetamu aje,” gadis bermata hazel itu membalas dengan sengih lebar. Tak betah sangat lah nak berdiri sebelah pengantin sambil tayang senyum sampai lenguh. Baik jadi menyambut tetamu at least boleh jugak bergerak ke sana ke mari.

No comments:

Post a Comment