Monday, 23 December 2013

Hatiku Tertinggal di Manchester (Bab 2): Eyla Myra


“NAINAAAAA….!!”
 Panggilan yang lebih kepada menjerit itu membuatkan member di talian yang satu lagi melarikan Samsung Galaxy S III itu sedepa dari telinga yang terasa bingit.
“Apaaaaa….?? Cair telinga aku gamaknya kalau hari-hari pun macam ni, cakap tu tak pernah nak elok. Asyik nak menjerit aje,” balas Nainaa yang juga separuh menjerit.
Dalam hati dia menggeleng. Minah ni kalau menjerit bagai dalam phone memang tak lain tak bukan dah, mesti ada la tu benda yang tak kena. Takkan baru sehari masuk kelas dah jadi macam ni? Kesiannya jadi budak IB, ramai tak betul macam member aku sorang ni rupanya.
Erk? Bukan aku pun ambik IB jugak ke?’ desisnya sambil menepuk dahi.
Nafasnya ditarik dalam sebelum dihembuskan perlahan.
“Hoi... kau ni dah kenapa? Try cakap elok-elok baru la aku faham. Haih, kang aku buat masak lemak mak cik sorang ni baru tau,” dia sempat membebel sambil menggosok telinga kanannya yang terasa perit.
“Dia... dia ada dekat sini. Macam mana ni?” kalut Myra Isabella menyampaikan perutusan. Ni semua gara-gara mamat tu. Grr
Nainaa di hujung talian mula menggaru kepala yang tidak gatal. Err… mamat mana pulak ni? Myra ni macam-macam la, pening kepala aku dibuatnya!
“Siapa pulak yang kau jumpa kali ni? Kalut tak tentu hala la kau ni, tak paham betul aku…” leter gadis itu lagi.
“You know him. The-one-that-should-not-be-named,” Myra menjawab dalam nada suara yang separuh berbisik.
Nainaa Azzuana jatuh rahang, spontan mata bundarnya dibulatkan. Hish, takkan la!
Err…jangan cakap dengan aku that poyo one,” giliran gadis itu pulak memastikan apa yang cuba disampaikan oleh member baik di hujung talian.
Myra sudah mula menjulingkan matanya ke langit. Grr… Nainaa ni memang nak kena dengan aku.
“Tolong la wei jangan nak buat semangat blur kau dekat sini. Haa… that one la,” dia menjawab geram.
Otak mula mencerna apa yang baru sahaja didengar oleh deria pendengarannya.
“Seriously?? Faris Iskandar ada dekat KMB? Olalagreat!” selamba dia membalas dengan mata yang bersinar. Apa maksudnya hanya dia sendiri yang tahu.
Sengih evil grin mula bermain di pinggir bibir. Huu… memang kena la kau Myra!       
“Banyak la kau punya great! Cengkerik goreng kangkung masak sambal nak? Bala kau tau? Bala...” rengek suara di hujung talian itu lagi.
“Macam-macam la kau ni, buat relaks sudah. Bukannya mamat tu cannibal makan orang pun yang kau nak takut sangat ni apekes?” dia menjawab selamba.
Mulutnya ditekup untuk menyembunyikan tawa yang hampir pecah.
“Kalau dia still lagi dengan perangai mangkuk hayun lagi bertingkat macam waktu sekolah dulu macam mana? Ekang tak pasal Myra Isabella yang baru start nak jadi perempuan Melayu terakhir boleh berevolusi jadi Incredible Hulk. Aku karate dia one lamsam aje,” laju gadis itu menjawab, kedengaran bunyi giginya diketap.
Nainaa tergelak terus mendengar jawapan Myra. Member aku sorang ni memang la. Kalau pasal Inche Faris Iskandar kerja nak buat perang dunia ketiga aje, dari dulu tak pernah nak settle.
“Sampai hati kau gelakkan aku? Orang tengah kusut ni,” muncung Myra Isabella sudah panjang sedepa.
Nainaa ni memang nak kena buat sambal belacan, nanti la kalau kau ada dekat tempat aku baru kau tahu macam mana tersasus siksanya aku.
Sorry, sorry… Amboi, sakat sikit dah pandai nak merajuk segala! Cool la baby. Korang kan masing-masing dah besar, hal zaman sekolah tu patutnya dah jadi cerita zaman Tuk Kaduk tau? Takkan la dah besar panjang nak behave macam budak tadika lagi? Dia pun mesti dah berubah sekarang…”
“Itu kau yang cakap. Kalau dia buat lagi macam mana?”
“Masalahnya dia tak buat lagi kan? Myra, Myra…”
“Memang la dia tak buat lagi. Tapi…”
“Sebenarnya mengaku aje la yang kau sebenarnya rindu dekat dia. Kan dah lama tak jumpa sejak cuti sekolah hari tu lagi. Kan?” celah Nainaa yang sengaja mahu menyakat.
Dia memang dah masak sangat dengan perangai Myra Isabella yang sememangnya alergi dengan the-one-that-should-not-be-named dia tu.
“Kau sama aje dengan Lola, asyik-asyik nak sebelahkan mamat tu. Habis tu siapa nak sebelahkan aku? Aish!”
“Dah, dah. Macam-macam la kau ni, selagi mamat tu tak buat apa-apa kira okey la tu. Don’t worry, aku rasa dia okey aje sekarang. Nanti kalau ada progress rojer aku tau,”
“Yela, harap-harap la macam tu. Kalau tak memang nak kena laa....”
“Haha… Padahal berharap tu...”
“Mana adaaaaa..!!!”
“Yela, memang takde pun. Aku dengan Lola aje yang suka syok sendiri…”


“SIAPA TU?” lelaki itu bertanya sambil matanya turut memandang ke arah kelibat si dia yang berada nun jauh di hadapan.
“Apa?” soalnya kembali sambil mengangkat kening.
“Perempuan yang dekat meja yang hujung sekali tu la. Macam nak tembus aje kau tengok dia,” balas Hatim selamba.
Suapan nasinya kembali diteruskan.
Faris Iskandar terbatuk kecil. Gelas air di hadapannya dicapai lalu diteguk laju.
“Mana ada, dia tu bukan siapa-siapa pun. Aku pandang tempat lain la,” dalihnya sambil menjongketkan kening selamba.
Pandangan dihalakan ke arah kaunter makanan yang terletak di bahagian hadapan Dewan Selera.
“Kejap. Itu budak perempuan yang berlanggar dengan aku hari tu kan?”
Faris Iskandar menjongketkan bahu gaya macam tak kisah.
“Cun jugak budak tu. Ada nombor telefon dia tak? Tolong adjust kan untuk aku. Lupa pulak nak mintak hari tu. Kau lah kalut sangat nak cepat-cepat pergi,” tutur Hatim yang dah keluar aura playboy tak bertauliah sambil melemparkan sengih kepada lelaki yang berada di hadapannya itu.
Faris Iskandar menjulingkan matanya ke langit. Ada jugak yang nak test market dengan the girl like that? Huh, bakal ada yang nak mimpi siang ni.
Dude, kau tak payah berharap sangat la. Dia tu bukannya yang jenis melayan lelaki yang dia tak kenal. Or dengan kata lain dia tak layan lelaki sangat,” ayat itu dituturkan satu persatu sambil matanya kembali mengarah kepada si dia yang masih berada di sudut kiri dewan makan.
Hatim mengerutkan dahinya sambil menyedut punch yang masih berbaki setengah gelas.
“Mana kau tahu?” soalnya lagi dengan mata yang masih melekat pada wajah yang ayu bertudung itu sebelum dia kembali membuang pandang ke arah Faris Iskandar.
Lelaki itu sekadar menggelengkan kepala.
“Aku tahu la. Aku sangat-sangat tahu…”
Dalam hati dia sengih sumbing. Alasan lain sebab aku dulu pun pernah kena. Peristiwa sewaktu di padang permainan tiba-tiba menerjah fikiran.
Myra Isabella you owe me one.
Hey dude, lain macam aje bunyi ayat kau ni. Kau dengan dia ada apa-apa ke?” satu lagi soalan terpacul dari bibir jejaka berkulit sawo matang itu.
Soalan Hatim dibiarkan sahaja tidak berjawab. Dia menjeling sekilas ke arah gadis yang sedang tertawa bersama seorang lagi budak perempuan. Kawan sekelasnya mungkin. Senyum nipis terukir di bibir.
Glad to see you again, Miss troublemaker.


JARI JEMARINYA mengetuk perlahan meja panjang itu sambil menunggu kehadiran Radin yang masih lagi menunggu giliran untuk mengambil makanan dekat kaunter.
Dia memandang kosong ke arah hadapan sambil tangan menongkat dagu. Pipinya pula dikembungkan selamba. Jadual hari ni agak padat. Nasib la, siapa suruh gatal nak jadi doktor. Tapi itu memang cita-cita dia sejak kecil lagi walaupun sebenarnya dalam family memang takde gene minat biology ni.
Pa arkitek and gene tu secara automatik turun dekat Kak Tisya yang sekarang memang tengah berkerja di bawah bimbingan Pa. Ma pulak dulu merupakan seorang interior designer walaupun sekarang dah pegang mandat sebagai suri rumah sepenuh masa dan minat yang sama tertumpah dekat Kak Marina. Maka, dia sorang aje yang tersesat lari terus dari tradisi keluarga.
Tanpa sedar dia menarik senyum di bibir. Tak sampai seminggu duduk dekat sini takkan dah rindu rumah kut?
Saat itu entah kenapa jantungnya terasa berdegup kencang secara tiba-tiba. Entah kenapa dia rasa semacam. Matanya mencerun ke arah hadapan, cuba mengesan sesuatu yang seakan menarik perhatiannya. Mana tahu kut ada muka familiar yang dia pernah jumpa tengah merenung ke.
Grr…. I’m very dead!
Matanya dibulatkan spontan, nun jauh di hadapan Inche Faris Iskandar kini sedang memandang tepat ke arahnya.
Gulp!
Liur ditelan.
“Mana-mana aje aku pergi mesti mamat ni ada. Bikin kacau aje la,” rengusnya perlahan sambil mengalihkan pandangan ke sisi lain Dewan Selera yang sememangnya riuh dengan kehadiran para pelajar yang baru balik dari kelas.
Dari jauh, dia perasan ada senyuman sinis yang bergayut di bibir lelaki yang merangkap seteru utamanya itu. Badut sarkas sungguh!
“Termenung jauh nampak. Ingat dekat siapa la tu,” sapa Radin sambil meletakkan pinggan yang berisi nasi putih, ayam masak merah dan sedikit sayur ke atas meja.
Myra Isabella angkat kening pura-pura buat tak paham. Radin memalingkan wajahnya ke belakang dengan selamba. Sengih sumbing mula bermain di bibir, patut la muka minah ni dah semacam. Nampak seteru rupanya.
“Hai, pandang cik abang sampai tak berkelip nampak?” giat gadis itu lagi.
Rahangnya jatuh tanpa dipaksa.
“Mana ada, takde masa aku nak buang karan pandang mamat yang terlebih bajet tu okey? Aku pandang tempat lain la. Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan pulak,” balas Myra Isabella sambil mencebik selamba.
Radin dah tergelak besar sambil menggelengkan kepalanya berulangkali. Myra, Myra… sampai bila la kau nak buat perangai alergik sengal kau dengan mamat tinggi tu? Heh!
“Aku memang tak fikir yang bukan-bukan pun tapi nak buat macam mana otak aku yang nak fikir macam tu. Haha...” balasnya dengan tawa yang masih bersisa.
Mata dijulingkan ke langit.
“Banyak la kau. Dah, makan cepat ekang aku makan ayam masak merah kau baru tahu,” dia pura-pura bersikap garang dengan muka yang dah merah macam tomato.
Kejam punya member! Waaa!! Rasa macam nak menyorok bawah meja la macam ni!
“Yela, aku nak makan la ni. By the way, siapa mamat tu? Kau kenal ke? Muka boleh tahan,” tutur Radin lagi sambil mengenyitkan mata kepadanya.
“Amboi, bukan main lagi ye? Dah, dah aku tak tahu and aku tak nak ambik tahu. Hey, kau makan cepat-cepat la sikit. Kejap lagi kan ada kelas, jangan cakap kau tengah plan nak tuang kelas pulak. Aku cekik kau dekat sini jugak nanti,” Myra membalas bicara itu sambil membulatkan matanya ke arah teman yang senang dipanggil Radin itu.
“Alaa Myra… kongsi la dengan aku sikit. Nama dia apa? Duduk dekat mana? Dah berpunya ke belum?” Radin dah makin giat menyakat.
Myra Isabella hanya menggeleng melihat gelagat temannya yang tiba-tiba semangat terlebih bertanyakan perihal lelaki yang bernama Faris Iskandar itu.
“Kau ni kan, selagi tak dapat selagi tu jugak la duk sakan tanya tu tanya ni. Okay fine. Faris Iskandar. Budak Johor. Aku tak tahu dia dah berpunya ke belum. Tapi gaya macam girlfriend keliling pinggang je. Somebody I used to know,” jawabnya malas.
Wei! Ex-boyfriend kau ke?” soalan yang terpacul dari mulut member di depan membulatkan terus matanya.
Dia terbatuk kecil gara-gara terkejut.
“Haish kau ni, mana ada! Dia budak sekolah aku dulu,” ujarnya dengan muka yang merah menahan perit di tekak.
“Dah kau kata somebody I used to know. Aku assume korang ada pape la,”
“Banyak la. Ingat somebody I used to know tu boleh guna untuk bekas kekasih je ke? Dah, makan!” sekali lagi wajahnya merah macam tomato.


“KENAPA DUDUK SINI?” gadis itu bertanya sambil mengerutkan dahinya spontan.
Pandangan terus ditebarkan ke seluruh kawasan yang lengang itu dengan hati yang tertanya-tanya sebelum anak mata coklat cair itu dihalakan tepat ke arah fail milik lelaki di hadapan yang dah selamat mendarat di atas meja berbentuk empat segi di dalam perpustakaan itu.
“Kenapa? Salah ke I duduk sini?” soal Faris Iskandar sambil menarik kerusi ke belakang.
Myra Isabella menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Err... tak. Tapi kan banyak lagi meja kosong, kenapa you pilih nak duduk dekat sini?” mulut itu masih lagi menyoal dengan nada yang perlahan.
Lelaki itu tergelak kecil.
“Ke you takut boyfriend you marah I duduk dekat sini?” soalan yang tidak disangka-sangka itu menampar gegendang telinga.
Myra menjeling selamba.
“Mana ada. Erm... duduk aje la,” balasnya malas.
Ya, dia malas nak bertekak. Cakap banyak simpang pun pakcik sorang ni bukannya nak faham bahasa. Semua ikut kepala dia aje.
Akhirnya masing-masing tunduk menyiapkan tugasan sendiri. Hanya bunyi kalkulator ditekan yang menemani ulangkaji mereka pada petang itu.
Myra Isabella rasa dia macam dah jadi patung cendana dekat situ. Memang la boleh aje nak buat kerja nak mengira nak menghafal bagai, tapi terasa macam robot pun ada jugak bila Inche Faris Iskandar ni duduk dekat depan.
‘Cut the crap la, dia bukan siapa-siapa. Kan?’ bicaranya di dalam hati.
“Tak sangka pulak boleh jumpa you dekat sini,” suara Faris Iskandar memecahkan kesunyian yang sudah hampir 15 minit bertamu di antara mereka.
Gadis itu nyata tersentap.
“Haa… tu la tak sangka jugak,” balasnya kekok.
Dia hanya tersengih sumbing. Sejak bila pandai cakap bersopan santun penuh tertib dengan aku ni? And to be honest, sejak bila mamat ni pakai I you dengan aku? Memang pelik bin ajaib kuasa empat ni, selalunya aci beraku berkau tak kira tempat dan ketika.
Betul la kata Lola dan Nainaa ni bukan Faris Iskandar yang dulu. Err… mungkin la kut. Nampak gayanya aku aje yang aci maintain and tak berubah dari dulu.
Your besties sambung dekat mana?” lelaki itu bertanya lagi dengan mata yang difokuskan ke arah pengiraan soalan Mathematics High Level (HL) di hadapan.
“Huh? Apa?” dahinya berkerut tanda tak faham.
Faris Iskandar hanya menggelengkan sambil tersenyum nipis, namun wajahnya tetap juga tak diangkat. Bimbang apa yang terlintas di benak sebentar tadi menjadi realiti mungkin?
“Kawan baik you yang dua orang tu la. Lola dengan Nainaa, ” sambungnya lagi dengan nada suara yang mendatar, sengaja mahu menyakat.
Oh, sorry I memang blur pun. As usual. Lola dapat sambung medic dekat Mesir and Nainaa pulak dekat Kolej Mara Kuala Nerang sekarang sekali dengan Amir, Zhafri and Ainan,” dia menjawab kalut sambil membetulkan letak tudung yang mula melurut.
Dalam hati dia ketuk kepala sendiri. Ni la padahnya kalau suka bercakap dengan diri sendiri, mamat tu tanya apa pun aku dah blur semacam. Haih, buat jatuh saham aje!
As usual. Still the old Myra Isabella...” ujar lelaki itu rendah.
“Pardon?” soal Myra yang dah mengerutkan kening.
“Nothing. Sambung la kerja you,” Faris membalas dengan mata yang melekat di kertas A4 yang terbentang di depan di atas meja.
Dia mula beralih dari pengiraan soalan Matematik kepada Extended Essay yang masih belum siap itu tanpa banyak soal. Bibir mula melukiskan senyuman nipis.
‘I tak kisah duduk dekat sini macam patung bernyawa, tapi depends dekat you la either nak tahan nafas or nak tercekik nafas sendiri.’
Sengih keji terukir selamba.

2 comments:

  1. ini betul, hatiku tertinggal di js-blogspot haha ;) bila nak keluar ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah boleh dibeli secara 'online' di www.jemariseni.com (:

      Delete