Tuesday 27 August 2013

Aduhai Redza (Bab 1): Qaisy

“TIA AMEENA, bangunlah! Nak tidur sampai pukul berapa?” Jerit Zack dari muka pintu dengan muka mencuka. Budak ni, kalau dah tidur susah betul nak bangun. Agaknya kalau letak bom kat sebelah pun tak sedar jugak.
Tia mendengus di bawah selimut. Sibuklah dia ni! Orang nak tidur lagi la. Kejutlah esok ke lusa ke tulat ke. Tangan terus menarik selimut, membaluti keseluruhan tubuhnya yang mengerengkot kesejukan.
Zack geleng kepala. Pintu bilik adiknya ditolak seluas mungkin. Gila punya budak. Siapa je cukup normal sanggup tidur bersejuk macam ni? Orang kat kutub utara tu pun pakai baju setebal mungkin tau tak?
“Bangun, Tia Ameena. Hari ni awak nak pergi mendaftar. Abang Zack tak teman. Awak daftar sendiri.” Zack bersuara lagi. Tubuhnya sudah pun berdiri terpacak di hadapan katil Tia. Tangan mencapai alat kawalan jauh yang dilekatkan di dinding dan terus jarinya menurunkan suhu pendingin hawa di bilik adiknya itu. Gila punya orang tidur bersejuk macam ni. Ada jugak yang mati kesejukan dalam rumah ni gamaknya.         
“Mengantuklah, abang Zack. Kita daftar esok jelah. Kan senang.” Tia menggumam di sebalik selimut yang menutupi muka dan badannya. Langsung tiada tanda-tanda untuk bangun dari tidur. Janganlah kacau saya nak tidur! Zack ketap bibir. Eh, budak ni. Ingat daddy ada share dengan sekolah tu hape nak main tunda-tunda hari mendaftar? Mengada punya budak. Tanpa kompromi, tangannya terus menarik kasar selimut yang membaluti tubuh Tia.
“Abang Zack!” Jerit Tia dengan tindakan tidak diduga Zack. Zack memandang tajam wajah Tia. Kalau diikutkan mahu sahaja diheret adiknya itu masuk ke dalam bilik air. Tapi, macam kejamlah pulak. Tia menggenyeh-genyeh matanya yang terasa pedih. Nak buka pun macam tak nak buka. Macam dah kena gam je kelopak mata ni.
 Zack geleng kepala. Tak senonoh punya anak dara. Elok sangatlah sampai bangun pagi pun abang yang kacak bergaya ni tolong kejutkan. “Awak nak bangun ke nak saya tarik?” Zack menggertak. Saja je nak main gertak-gertak sebab dia tahu Tia takkan bangun selagi tak dipaksa dan digertak. Degil macam apa je. Entah perangai siapalah yang dia ikut ni.
Tia mencebik. Dia masih lagi berbaring di atas katil. Langsung tiada tanda-tanda untuk bangun. Hujung matanya memerhati tubuh abangnya yang sudah pun berganjak ke sisi katil. Tia menggenyeh-genyeh matanya sekali lagi. Eee…kacau daun betullah dia ni. Esok pun boleh pergi daftarkan? Mesti jugak ke hari ni? Bukannya pihak sekolah tu nak kenakan bayaran ke hape kalau daftar lambat. Cis cis! Benci.
“Meen…”
“Yelah…saya bangunlah ni.” Tia bingkas bangun dari pembaringannya. Rambutnya yang panjang melepasi bahu dibiarkan menggerbang. Kusut masai. Faham-fahamlah kalau dah namanya baru bangun tidur. Saya bukannya nak buat iklan rambut pun nak kena rambut cantik-cantik bangun tidur. Iklan dalam tv tu semua penipu je. Tia memandang Zack yang masih setia di sisi katilnya dengan mata antara nak terbuka dengan tidak.
Zack bercekak pinggang. “Cepatlah. Abang Zack nak pergi PJ ni. Nak hantar awak lagi, nak ke sana lagi. Tu, subuh dah nak habis.” Zack mengomel dengan mulut memuncung macam itik. Tangannya terus mencapai tuala pink di atas penyidai kayu di sudut kiri bilik Tia lalu dilemparkan tepat mengenai muka adiknya itu. Oi, main kasar nampak? Dah tak reti nak bagi elok-elok ke? Zack angkat kening.
“Setengah jam.”
What? Eh, jangan nak mengada. 15 minit je. Ingat saya nak tunggu awak ke?” Putus Zack tanpa berfikir panjang. Amboi, sampai setengah jam nak bersiap, ingat nak pergi prom night ke? Nak pergi sekolah je pun. Over punya budak.
“Abang Zackkk!” Tia memprotes. Gila apa nak bersiap 15 minit? Tak pernah dibuat Tia Ameena bersiap 15 minit. Melampau! Eee…nak suruh aku mandi kerbau apa mamat ni? Kerbau pun tak nak mengaku aku kawan tau tak?
Zack menggelengkan kepalanya. “No, jangan nak mengada. 15 minit je saya kasi awak bersiap. Saya tunggu awak dalam kereta. Lambat, pepandailah awak hidup” Sambung Zack lagi. Masih tiada kompromi. Tia menjegilkan biji matanya tanda tak puas hati. Ini memang kejam! Kejam yang amat. Hitler! Tia menyumpah dalam hati. Nak cakap depan-depan tak berani.
“Benci awak!”
“Siapa suruh bangun lambat? Seronok sangat online sampai tak ingat pagi dengan malam.” Bebel Zack dan dia terus melangkah meninggalkan Tia dengan mata terpejam celik di atas katil. Tia mencebik. Abang yang kejam! Saya tak suka awak. Lambat-lambat dia bangun dari katilnya. Sempat juga di melirik pada jam loceng yang diletakkan di atas meja solek. Okay, sudah pukul 6.50 pagi Tia. Okay, dah lambat sangat ni.  Dan dia terus bergegas menuju ke bilik air dengan tuala tersangkut di bahu.



LAMBAT!” Ayat pertama yang keluar dari mulut Zack sebaik sahaja Tia memboloskan tubuhnya ke dalam perut kereta Myvi SE berwarna hitam kepunyaan Zack. Tia hanya menadah telinga mendengarkan perkataan itu keluar dari mulut abangnya. Okay, saya tahu saya lambat. So what?
Tia menghenyakkan punggungnya di atas kerusi penumpang. Tangan menarik tali pinggang keledar. Wajah Zack yang mencuka dijeling sekilas. Woah, buruklah awak buat muka macam tu. Dah serupa kera Tok Wan kat kampong tu haa. Sedara yang terpisah ke?
Sorry.” Tia meminta maaf. Dikerling lagi wajah abangnya di sebelah. Masih tiada senyuman pada wajah abangnya. Alahai.
 Sorry awak tu dah tak laku.” Balas Zack. Tangannya melepaskan handbreak lalu perlahan-lahan kakinya menekan minyak dan kereta Myvi itu meluncur tenang di atas jalan. Tia menebarkan pandangannya ke luar tingkap. Zack menumpukan perhatiannya pada pemanduan. Hanya suara DJ radio yang memecahkan kesunyian di antara mereka.
“Nanti, daftar jangan nak buat muka toya.”
I know.” Ala, abang Zack ni cakap macamlah aku first time pindah sekolah. Dah selalu kot. Eh, takdelah selalu tapi takdelah first time. Kira dah boleh sesuaikan diri dengan suasana bertukar sekolah ni. Dah tak ada masalah jugak nak buat kawan. Semua sebab papa banyak kali dah berpindah tempat kerja. Dari dia sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah, tak pernahnya dia tak tukar sekolah.
“Jangan sampai saya dapat call yang bukan-bukan.”
Tia angkat kening. “Contoh?”
“Nak saya senaraikan semua aduan cikgu-cikgu awak ke?”
Tia menggelengkan kepalanya. “Tak payah.” Laju Tia membalas tanpa menunggu sesaat. Tak perlu untuk abangnya mengingatkan setiap apa yang dia pernah buat kat sekolah-sekolahnya sebelum ini. Dia tahu dia nakal kat sekolah lama dulu.  Cukup-cukuplah dengan leteran daddy dan mummy. Jangan nak ditambah lagi. Boleh sakit otak kalau hari-hari ahli keluarganya nak membebel dengan sikapnya itu.
Behave kat sana.”
“Saya taulah. Tak perlulah nak ulang banyak kali. Takkan tiap kali tukar sekolah nak kena dengar benda yang sama?” Tia buat muka bosan. Dah boleh hafal setiap dialog abangnya tu. Zack mencebik.
“Saya mengingatkan.”
Tia mendengus. “Ye, saya tau.” Tia menyilangkan kedua-dua belah tangannya dan dibawa rapat ke dada. Tak suka bila kena layan macam budak kecik. Abang dia ni tak sedar ke yang adiknya ni dah 17 tahun bukan tujuh tahun? Tahulah nak jaga diri sendiri.
“Mummy dengan daddy takde untuk seminggu. Jangan nak buat perangai tak senonoh.”
“Daniel Ezaqiel, saya tahu. Saya kan adik awak yang tersayang.” Ujar Tia dan sengaja dia menekankan ayat adik dan tersayang itu. 
Zack diam. Malas hendak bertekak dengan adiknya. Bukannya dia tak tahu perangai Tia Ameena tu macam mana. 17 tahun membesar bersama-sama takkanlah perangai pelik adiknya tu dia tak khatam. Sampai dia boleh buat list perangai adiknya yang pelik tu. Semua nak kena ikut kepala otaknya.
“Abang Zack.”
“Apa?”
“Meen tahu jaga diri. Promise.” Rendah nada suara Tia. Kepalanya tunduk memandang jari-jemarinya yang bertaut sesama sendiri. Zack menarik nafas dalam-dalam.
Just to make sure. Jangan carik pasal.”
“Yelah.”
“Jangan buat musuh.” Tambah Zack lagi. Tia mendengus. Bosan mendengar ceramah tak sudah abangnya itu. Boleh tak kalau dalam sehari tak berceramah?
“Bila Meen buat musuh? Dorang yang carik pasal.” Tia membela diri. Betul apa? Orang je yang sibuk-sibuk nak cari gaduh dengannya.
Zack menjeling tajam. Tia menarik nafas panjang sebelum menghelanya keluar. “Okay, okay. I get it. Jangan carik pasal. Puas?” Tia memandang Zack dengan kening sebelah terangkat. Zack tarik senyum segaris.
Tia menghela nafas panjang sekali lagi. Okay, susahnyalah nak meyakinkan Encik Daniel Ezaqiel ni. Ketuk kepala dengan stereng baru tahu. Ala, salah kau jugak Tia Ameena. Yang kau bijak-pandai selalu carik pasal apasal? Tiap kali kau pindah ada je rekod buruk kau tu. Eh, salah diorang jugaklah nak cari pasal dengan aku. Bukan salah aku pun.
“Abang Zack…”
“Apa lagi?”
“Secret Recipe balik sekolah.”
“Botaklah saya hari-hari dengan awak.”
“Ala…kedekut.” Tia mencebik.
“Kedekut saya pun, saya belanja tau. Mintaklah abang Zaf. Asyik saya je.”
“Tu raja segala kedekut.”
Zack garu kepala. Tia buat muka mengharap di sebelah. Alahai, mak cik ni. Macamlah dia tak tahu abang-abang dia ni tak tahan dipujuk-rayu. Lagi-lagi kalau dah tayang muka nak mintak pelempang macam tu. Muka toya habis. Kopak…kopak…
“Yelah. Yelah. Tapi…”
“Jangan carik pasal. Got it!” Tia memotong sebelum sempat Zack menyambung ayatnya. Zack angguk kepala.
Good girl.”
Tia mencebik lagi. Zack melambakkan tawanya. Dan mereka kembali diam sehinggalah kereta Myvi kepunyaan Zack berada betul-betul di hadapan pagar sekolah baru Tia.

Monday 26 August 2013

Kau Belacan, Aku Keju! (Bab 4): Ayuna Asma



“OKEY Yuna, kami tunggu kau kat luar ni ya. Good luck okey”, Zarra berpesan kepada Ayuna ketika Ayuna beredar untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan bertulis KPLI.
Good luck honey!” ucap Zoey.
Dengan perlahan Khairy mendekati Ayuna.
 “Yuna, selamat maju jaya. Semoga lulus peperiksaan ni dan dapat mengejar cita-cita kau. Sentiasa ingat yang aku, Zarra dan Zoey sentiasa menyokong kau.” Khairy berkata perlahan.
“Terima kasih semua. Kamu semua tunggu kejayaan aku. Walaupun bidang aku tak sama macam kamu semua tapi aku tetap sahabat kamu sampai bila-bila.” Ayuna beremosi menuturkan kata-kata tersebut.

Ayuna melangkah masuk ke dalam dewan dengan penuh keyakinan. Di sinilah impiannya bermula dan disini juga merupakan titik tolak akan hala tuju hidupnya. Ayuna berdoa agar dipermudahkan segala urusannya.
Selesai peperiksaan bertulis KPLI Ayuna melangkah keluar dewan dengan tersenyum. Zarra, Zoey dan Khairy berlari menerpa ke arah Ayuna.
“Okey tak?” laju Zarra bertanya kepada Zarra.
“Sabar, sabar. Aku okey. Alhamdulillah, semuanya aku dapat jawab. Usaha dah, doa pun dah, sekarang aku bertawakkal apa sahaja keputusannya nanti.” Ayuna bersuara tenang.
“Okey Yuna, you need to promise me. Kalaulah, aku tak mendoakan okey, kalaulah kau tak berjaya untuk pergi next step dalam bidang ni, I really hope you back to nature okey. Cuba ikut nasihat walid dan umi kau. Mana tahu kut-kut kat sanalah perjuangan sebenar kau.” Pujuk Zarra sambil memegang tangan Ayuna.
Dengan perlahan Ayuna melepaskan tangannya dari genggaman Zarra. Dengan keluhan yang amat berat Ayuna mengangguk bersetuju dengan cadangan Zarra itu. Zarra dan Zoey melompat kegirangan dengan persetujuan Ayuna. Khairy turut gembira mendengar keputusan Ayuna kerana dia tahu sekiranya Ayuna bekerja dengan umi dan walidnya, gadis itu sentiasa akan berada dekat dengannya.
“Eh, yang kau berdua ni happy sangat kenapa?” Ayuna bertanya sambil mencekak pinggang ke arah Zarra dan Zoey.
“Kenapa? Happy sangat kalau aku tak dapat jadi cikgu?” sambung Ayuna lagi.
Happy ye? Alamak terlebih sudah!” jawab Zarra sambil ketawa.
“Tak de lah Yuna, of course la we all happy, andaikan kau tak dapat jadi cikgu kau akan kerja dengan umi dan walid kau, so secara automatiknya kau akan dekat dengan kami. Kalaulah kau jadi cikgu, mana tahu Kut-kut kau kena hantar kat pedalaman Sabah dan Sarawak. Bukan ke jauh tu, macam mana nak shopping sama-sama lagi.’ Sambung Zoey pula.
Tertawa Ayuna melihat telatah rakan-rakannya. Ayuna menoleh ke arah Khairy yang hanya diam dari tadi.
“Hah Khai, kau tak nak tokok tambah statement dia orang ni ke?” Ayuna cuba membawa Khairy ke dalam perbualan mereka.
Khairy yang dari tadi hanya tersenyum dan mengangkat bahu sebagai tanda tiada komen. Suasana diam seketika. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Tiba-tiba Khairy memecah kesunyian.
“Eh, jomlah balik. Tak kan nak tidur kat sini pulak kut.”
Empat sekawan ini berjalan beriringan ke arah kereta Khairy yang terletak di tempat letak kereta. Sepanjang perjalanan ke tempat letak kereta, empat sekawan ini ketawa kerana melihat keletah Zarra dan Zoey yang sentiasa sahaja mempunyai idea untuk melawak. Sambil menghidupkan enjin kereta Khairy bersuara,
 “Zarra, Zoey, aku rasa next week kita orang hantar kau orang berdua pergi uji bakat Raja Lawak okey.”
 Ketawa besar Ayuna mendengar kata-kata Khairy. Terburai ketawa empat sahabat itu tatkala mendengar kata-kata Khairy.
Hai, tak sangka kau pun pak lawak jugak ye Khai. Desis Ayuna  dalam hatinya sambil tersenyum memandang ke arah Khairy.
“Yuna! Yang kau senyum sorang tengok Khai tu kenapa?” tegur Zarra tatkala ternampak Ayuna tersenyum. Ayuna kantoi tenung anak teruna orang!
Aiseh, minah kepoh ni, perasan je aku buat apa pastu outspoken pulak tu. Malulah aku. Getus Ayuna dalam hati sambil memandang ke arah Zarra dengan geram. Khairy tersenyum sendirian mendengar kata-kata Zarra sambil menoleh ke arah Ayuna disebelahnya manakala Zoey hanya ketawa menyokong kata-kata si Zarra.
“Okey kita nak lunch kat mana ni?” Ayuna bersuara bagi menukar topik perbualan Zarra sebelum bertambah hangat lagi topik itu diperkatakan.
“Hai, tukar topik ke Yuna?” Zoey pula mencelah menyebabkan muka Ayuna merah padam.
Khairy tersenyum sambil menambah, “Sudahlah kau orang, kesian Yuna tu. Salah ke dia tengok aku yang handsome ni, maskulin lagi tau, bukan macam kau.” kata Khairy kepada Zoey.
“Amboi, sentap aku tau Khai.” kata Zoey sambil menyambung, ‘Memang la aku tak maskulin macam kau tapi aku jelita kan sayang?”  kata Zoey sambil memandang ke arah Zarra di sebelahnya. Pecah ketawa mereka berempat mendengar kata-kata Zoey.
“Kau orang cukup merapu boleh tak? Fokus! Kat mana kita nak lunch ni? Aku dah lapar tahap gaban ni, apabila lapar mulalah tahap humor aku lower down.” Kata Zarra sambil buat muka lapar.
“Okey-okey, lunch hari ni aku settle sebab kau orang dah teman aku kan.” Kata Ayuna sambil tersenyum.
“Yes! I love you Yuna, tapi belanja makan nasi boleh tak sebab aku lapar giler ni.” Pujuk Zarra kepada Ayuna.
“Alaa, kalau sushi boleh tak? Sushi pun nasi jugak kan?” Ayuna sengih sambil menjawab pertanyaan Zarra.
“Kau tak matilah Yuna kalau makan makanan Malaysia ni!” kata Zarra lagi kepada Ayuna sambil mencemikkan mukanya.
“Okey lah, Khai kita pergi makan kat Selayang. Restoran yang dekat dengan office kau tu. Sedap juga makanan kat sana. Lauk pauk pun banyak pilihan.” Arah Ayuna kepada Khai.
“Okey!” balas Khairy ringkas.
“Alamak ai, jauhnya nak pergi makan. Mati kebuluranlah aku kalau macam ni.” Zarra berbisik kepada Zoey sambil disambut dengan ketawa Zoey.
“Alah, kau tak kan matilah Zarra setakat nak pergi Selayang tu, bukan jauh mana pun Selayang tu. Khai kan racer, pejam mata dah sampai Selayang tu.” Balas Ayuna tersengih.  
“Kau tengah kenyang sebab kerjaya impian kau akan jadi kenyataan memang lah buat kau rasa kenyang Yuna. Aku ni dah lah tak sempat nak breakfast pagi tadi pastu tunggu kau exam dah berapa jam, mahu tak kebulur aku macam ni.”  Zarra menjawab perlahan sambil membuat muka kasihan.
“Eh Yuna, kenapa kau suka sangat bidang pendidikan khas ni. Aku tengok macam tak sesuai je kau ni nak jadi cikgu sebab style kau lebih kepada macam wanita korporat gitu macam umi kau.”
 Zoey bertanyakan Ayuna kerana sepanjang mengenali Ayuna sejak dari zaman persekolahan lagi Ayuna tidak menunjukkan sebarang minat terhadap bidang pendidikan. Seingat Zoey lagi Ayuna mula menunjukkan minat terhadap bidang pendidikan sejak mereka mula mengisi borang penempatan ke universiti. Zoey seakan pelik kerana Ayuna tidak memilih untuk belajar di luar negara tetapi hanya melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya tidak seperti mereka bertiga.
Pada ketika itu Khairy telah melanjutkan pelajarannya di Jepun, manakala Zoey dan Zarra telah memilih universiti yang sama di Munich of University, Australia. Namun pada masa itu mereka berpendapat bahawa Ayuna tidak mahu berjauhan daripada keluarganya sehingga menyebabkan dia memilih untuk belajar di dalam negara sedangkan keputusan peperiksaan Ayuna adalah yang terbaik di antara mereka berempat.
Ayuna terdiam sejenak. Dia menunduk memandang ke lantai kereta Mitsubishi Lancer milik Khairy. Sesekali kelihatan kaki Ayuna menguis-nguis karpet di lantai kereta Khairy. Sambil menghela nafas yang panjang Ayuna mengangkat wajahnya dan berpaling ke arah Zoey yang berada di tempat duduk belakang kereta.
Zoey memandang Ayuna dengan perasaan yang serba salah kerana bimbang pertanyaannya itu menggores perasaan sahabatnya Ayuna.
It’s okey Yuna kalau kau tak ready nak jawab soalan aku tu, anggap sahaja soalan bodoh yang tak pernah aku tanya.” Zoey berkata perlahan sambil memandang ke wajah Ayuna.
“Ish kau ni Zoey, ada pula macam tu. Tak de maknanya soalan kau tu bodoh cuma aku yang bodoh ni tengah memikirkan good ways to explain kat kau tentang perasaan aku terhadap bidang ni.” Ayuna berbicara tatkala merasakan Zoey berasa bersalah terhadap soalan yang diutarakan kepadanya.
“Hah! Tahu kau goyang Zoey, takut juga kau erk kalau si Yuna ni kecik hati dengan kau.” Zarra menembak Zoey. Terletus ketawa kecil Ayuna tatkala mendengar kata-kata Zarra.
“Okey, macam ni lah, biar Yuna explain masa kita makan nanti. Kita pun dah sampai ni. Aku tengok perut Zarra macam dah rabak je tak dapat makanan lagi.” Kata Khairy mencelah perbicaraan antara Ayuna, Zarra dan Zoey.
“Itu aku setuju!” laju Zarra bersetuju sambil tangannya laju membuka pintu kereta Khairy.
Dengan langkah yang panjang Zarra dengan lajunya memasuki ke dalam Restoran Ulam Kampung. Sepantas itu juga Zarra terus mengambil makanan di meja bufet yang telah disediakan kepada pelanggan untuk mengambil dan memilih pelbagai jenis lauk-pauk untuk makan tengah hari. Setelah selesai mengambil makanan, empat sahabat baik ini memilih untuk duduk di tempat yang agak jauh dari orang ramai yang kelihatan sesak. Restoran ini memang terkenal dengan masakan kampung dan menjadi tumpuan bagi penduduk kota untuk makan tengah hari. Selesai pelayan mengambil order minuman mereka, Zoey memecah kesunyian antara mereka yang sedang leka menikmati makan tengah hari itu.
“Yuna, tadi kata nak cerita pada kami macam mana kau boleh meminati bidang pendidikan khas ni?” Zoey terus bertanya dengan penuh minat.
“Eh, belum cerita lagi ke?” Ayuna berpura-pura terlupa.
“Kau ni Yuna, cepat betul nyanyuknya.” Tokok Zarra sambil menyuapkan nasi ke mulutnya.
“Alah, gurau sikit pun dah tak boleh. Cepat sangat touching budak lapar ni.” Gurau Ayuna kepada Zarra pula.  
“Aku pun tak tahu sebenarnya macam mana aku boleh tersyok pulak nak jadi cikgu kanak-kanak istimewa ni tapi mungkin Allah nak tunjukkan kat aku sesuatu yang akan berada di masa hadapan aku, insya-Allah.” Ayuna menyambung lagi.
“Sebenarnya, masa kita masing-masing nak melanjutkan pelajaran di universiti dulu pun, aku memang dah nak apply bidang pendidikan khas ni tapi masa tu umi dan walid aku halang. Kau orang semua pun tahu akan hal itu kan dan seperti yang kau semua sedia maklum juga aku terpaksalah lanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi ni. Satu perkara yang aku tak pernah bagi tahu kau orang sebab sebenar aku belajar kat sini sahaja adalah disebabkan oleh kurangnya minat aku terhadap bidang tu so buat apa aku habiskan duit untuk belajar kat overseas. Mana tahu kut-kut kandas pelajaran aku dalam bidang ekonomi tu tak le rugi duit je pergi belajar jauh-jauh.” Panjang lebar Ayuna memberi keterangan sambil menguis-nguis nasi dalam pinggan dengan menggunakan sudunya.
“Oh, kenapa kau tak pernah beritahu kami bertiga fasal hal ni. Mati-mati kita orang ingat kau tak mahu berjauhan dengan walid dan umi kau.” Zarra mencelah.
“Dah kau orang tak pernah tanya, so aku expect  kau orang dah tahu lah reason aku belajar kat sini je.” Ayuna menjawab kata-kata Zarra.
“Tapi Yuna,’ Zoey secara tiba-tiba bersuara.
“Aku belum dapat jawapan pada soalan aku tadi.” Kata Zoey sambil menyedut air laici dihadapannya.
“Eh! aku belum jawab ke?” Ayuna bertanya semula kepada Zoey.
“Ya Allah, apa ke masalahnya dengan kau ni Yuna. Sejak bila pulak kau dah jadi extra nyanyuk ni.” Zarra mencelah lagi.
Khairy yang dari tadi hanya menjadi pendengar dan pemerhati setia mula menyampuk.
“Sudahlah tu Zoey, Zarra. Dari tadi kau orang asyik menyampuk macam mana Yuna nak habiskan cerita dia.” Khairy bersuara perlahan.
“Ish kau ni Khai, asyik back up Yuna je kerja kau kan!” Zarra bersuara sambil menjelir lidahnya ke arah Khairy.
“Iye, iye, aku sambung cerita aku ni.”
 Ayuna berkata lagi sebelum menyambung kembali ceritanya.
“Sebenarnya selepas sahaja tamat SPM, syarikat umi dan walid aku ada terlibat dengan kerja-kerja kebajikan dengan membuat landskap taman mini secara percuma di setiap rumah kebajikan yang terpilih. Salah satu tempatnya adalah di rumah kanak-kanak istimewa down syndrome. Tamat sahaja projek membuat landskap taman mini kat situ, umi dan walid dijemput untuk merasmikan taman mini tu. Kebetulan umi dan walid bawa aku bersama-sama dia orang untuk merasmikan taman itu. Pada masa itulah hati aku mula tersentuh melihat kanak-kanak istimewa di situ bukannya tersentuh melihat kebajikan yang dibuat oleh walid dan umi aku. Sementara menunggu walid dan umi aku berbual-bual dengan pengerusi rumah kebajikan itu, aku didekati oleh seorang kanak-kanak down syndrome bernama Alyssa. Budak tu comel sangat tapi sayangnya dia dibuang oleh keluarganya kerana kecacatannya. Dia sangat bijak berbicara walaupun tutur katanya tidak berapa aku fahami. Menurut penjaganya di pusat itu, Alyssa selalu menyatakan bahawa dia ingin ke sekolah tetapi tidak dapat mereka penuhi kerana tidak banyak sekolah yang menawarkan perkhidmatan pendidikan khas kepada murid-muridnya yang istimewa. Menurut penjaga pusat itu lagi, di pusat itu Alyssa turut diberi pendidikan tetapi ia hanyalah terhad kepada perkara-perkara asas seperti pengurusan diri sahaja. Menurut pandangan aku sendiri, aku dapat rasakan yang Alyssa teringin untuk bersekolah seperti kanak-kanak lain dan belajar didalam kelas seperti kanak-kanak sihat yang lain tetapi…,’ Ayuna terhenti seketika. Kelihatan matanya berkaca-kaca seperti memendam perasaan yang sangat berat.
Zarra lantas memegang tangan Ayuna dan bertanya,
“Apa yang terjadi pada Alyssa?”
Zarra yakin sesuatu yang buruk  telah berlaku ke atas Alyssa sambil tangannya terus mengusap-usap tangan Ayuna supaya sahabatnya tabah. Zoey dan Khairy hanya senyap sambil terus memandang ke arah Ayuna untuk mengetahui kisah selanjutnya mengenai Alyssa.
Ayuna mengangkat wajahnya dan dihela nafasnya yang panjang. Dengan kekuatan yang diberikan oleh Zarra dia menyambung kembali ceritanya.
“Selang seminggu selepas berkenalan dengan Alyssa, dengan keizinan walid dan umi aku minta Pak Jusoh hantar aku ke sana untuk bertemu Alyssa. Aku ke sana dengan membawa buku-buku untuk Alyssa mula belajar dan mencapai cita-citanya untuk ke sekolah tapi sungguh aku tidak menyangka yang Allah lebih menyayangi Alyssa. Menurut Puan Rosnah, pengerusi di rumah kebajikan itu Alyssa hilang pada keesokan harinya selepas bertemu aku. Rupa-rupanya disebabkan oleh kata-kata rangsangan daripada aku agar dia mula belajar supaya dapat pergi ke sekolah telah menyebabkan dia keluar secara curi-curi untuk ke sekolah sehingga dia dilanggar oleh sebuah kereta ketika cuba untuk melintas jalan untuk masuk ke kawasan pagar sekolah di seberang jalan.” Ayuna menamatkan ceritanya dengan juraian air mata yang semakin laju.
“Yuna, kenapa kau tak pernah kongsi dengan kami tentang hal ini. Selama ini kau ceritakan semua masalah kau pada aku walaupun jarak  antara Australia dan Malaysia tu jauh. Kenapa masa kita berada hanya sejengkal jauhnya kau tak kongsikan perkara ini pada kami. Kenapa kau pendamkan seorang diri?” tanya Zarra dalam tangisan.
Tangisan dua sahabat itu terhenti tatkala Khairy bersuara,
 “Yuna! aku Mohd Khairy Adzran bin Mohd Azrul bersama Zahrah Aqilah binti Zahreel dan Syed Zakrel Qusyaidel bin Syed Qalbu sebagai sahabat karib kau berjanji akan berkongsi segala suka dan duka kau dan paling penting sekali akan membantu kau merealisasikan impian kau untuk menjadi guru pendidikan khas demi Alyssa.” Khairy berjanji kepada Ayuna.
Fuh! Mantap gila ikrar kau tu bro tapi kau janganlah sebut kuat sangat nama Syed Qalbu tu, unik tahu nama tu, bukan semua orang mampu memilikinya.” Gurau Zoey bagi memecahkan suasana suram yang mengelilingi mereka.
“Entahnya si Khai ni. Kagum pulak aku tengok dia ni.”  Zarra pula menyampuk. Akhirnya terletus ketawa empat sahabat ini dan Ayuna kembali ceria seperti sediakala. 

Tunggu Aira di Kota Bandung (Bab 3): Nirrosette



Nenek terjatuh, masuk ICU CGH.
Pesanan ringkas dari mama cukup untuk membuat Aira yang tadinya sedang bermalas-malasan di atas katil untuk terus bangun. Matanya yang tadi layu tiba-tiba menjadi celik secelik-celiknya. Tanpa menunggu lagi dia terus mendail nombor mama. Tak sampai dua deringan, panggilannya sudah pun dijawab.
“Ma, nenek okey tak?” Cemas Aira menuturkan. Setahu Aira, nenek memang dah tak kuat. Sejak kebelakangan ini nenek sering sakit-sakit. Mungkin umur dah makin meningkat, maka makin uzur tubuh nenek jadinya.
“Mama tak tahu. Mak busu telefon mama, nenek terjatuh masa nak ambil wuduk subuh tadi kat bilik air. Mama pun baru siap, nak pergi hospital sekarang.”
“Dah telefon abang?”
“Jangan telefon dulu.” Laju sahaja Puan Suhaida melarang. “Kita tengok keadaan nenek macammana.”
“Oh okey.” Aira menganggukkan kepalanya, mengerti. Abang Yusuf memang rapat sangat dengan nenek. Sejak kecil lagi nenek yang asuh abang Yusuf sebab mama dan abah bekerja. Bila dah ada Aira baru mama berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuhnya. Kalau abang Yusuf tahu, mesti abang Yusuf akan terus book the first ticket dan fly balik.
“Aira jumpa mama kat hospital. Aira siap sekarang.” Talian pun dimatikan. Aira mengerling ke arah jam loceng yang terletak elok di atas meja tulis. Sudah hampir jam lapan pagi. Patutlah badan rasa letih semacam. Aira mana pernah bangun seawal ini pada hari Ahad! Paling awal pun pukul sepuluh kut.Pandangan matanya terhenti pula pada Farah yang sedari tadi merenungnya dengan penuh tanda tanya.
“Siapa masuk hospital?” Farah menyoal penuh prihatin. Dia memang dah dengar butir bicara Aira sedari tadi. Kalau Aira bangsa yang akan stay up belajar sampai tiga empat pagi, Farah pula bangsa yang akan tidur awal dan belajar selepas subuh. Sebab itu apabila Aira jawab panggilan tadi, Farah dengar semuanya sebab Farah sememangnya dah bangun dan sedang buat kerja di meja tulis. Bilik yang dihuni mereka berdua tak ada la besar sangat, jadi kalau seseorang bebual di telefon memang tak boleh nak berahsia la.
“Nenek aku.Dia terjatuh tadi. Masuk Intensive Care Unit (ICU).”
“Hospital mana?”
Changi General Hospital (CGH).”
Farah melopong. “Jauh tu! Kau nak naik apa?”
Aira angkat bahu. Dia belum fikir sebenarnya. Kalau naik tren ni mau besok baru sampai destinasi. Okey tipu, tak ada lah lama sangat. Tapi waktu-waktu kecemasan macam ni, satu minit pun rasa macam setahun.
“Teksi kut.” Aira menjawab akhirnya setelah menimbangkan beberapa pilihan yang ada. Dia bangun dari katil, menuju ke almari pakaian lalu menarik keluar mana-mana baju yang tak ronyok dan tak perlu digosok.
“Kau nak pinjam kereta aku?” Farah menawarkan tanpa perlu berfikir dua kali. Farah bukan gunakan pun kereta tu hari ini. Sebenarnya keluarga Farah sekarang tinggal di daerah Angsana, Johor Bahru. Baru juga keluarganya berpindah ke sana. Kalau tak silap Aira, mereka berpindah pada awal tahun ini. Kedua ibu bapa Farah dah pencen, jadi nak ‘larikan’ diri dari keriuhan hidup di Kota Singa.
Adik beradik Farah yang lain kesemuanya sudah pun berumah tangga dan tinggal di rumah sendiri. Farah pula akan memandu pulang ke JB dua minggu sekali. Kereta yang Farah ada ni pun sebenarnya milik ayah Farah. Ayah tinggalkan keretanya di sini supaya mudah untuk Farah bergerak ke mana-mana memandangkan ayahnya sudahpun membeli kereta lain di Johor Bahru.
“Kau biar betul?” Jelas sekali suara Aira bernada terkejut. “Kau tak takut aku calarkan kereta kau?” Soalnya lagi menginginkan kepastian. Walaupun Aira ada lesen memandu, Aira bukannya ada kereta sendiri. Jadi jarang-jarang Aira drive. Kali terakhir Aira drive pun dua minggu lepas. Waktu itu mereka mengidam nak makan di Simpang Bedok. Dah jelak makan megi di hall. Tekak memanggil-manggil nak makan di restoran Spize. Farah malas nak drive jadi Farah suruh Aira. Nyaris-nyaris Aira calarkan kereta Farah bila nak buat reverse parking.
“I trust you.” Kunci keretanya dicampak ke arah Aira di hujung bilik yang sudah pun bersedia untuk menangkap. Kesian pula kalau Aira terpaksa naik teksi pagi-pagi macam ni. Lagipun, pagi Ahad ni ingat senang ke teksi nak masuk daerah Hall of Residence yang ulu macam ni? Paling tidak pun Aira kena book teksi. Dah lah dicaj untuk booking, lepastu dari Boon Lay nak ke Simei punyalah jauh bermeter-meter. Makan berpuluh-puluh dolar setakat untuk tambang teksi saja nanti. Membazir!
Aira memandang kunci di tangan. Dia sudah menguntum senyum panjang. “Thanks, Farah. I owe you!”



“ADA orang sakit baru nak tunjuk muka? Nak tunggu orang mati baru ingat ada keluarga?” Aira diam sahaja mendengar teguran abah yang maha sarkastik. Dia tunduk juga menyalami dan mencium tangan abah walaupun hatinya dah berbuku. Wajahnya ditampal senyum plastik. Sabar Aira, sabar! Abah memang macam tu!
“Abang ni…” Puan Suhaida menepuk bahu suaminya tidak puas hati. Dah lah dia susah hati fikirkan ibu yang terlantar sakit di wad. Ni suaminya pulak nak cari pasal dengan anak di hospital. Sakit kepala tahu tak? Ada ke patut tegur Aira macam tu sedangkan dah hampir dua bulan tak jumpa?
“Aira sihat? Rindunya mama dengan anak mama ni!” Tubuh Aira yang kecil molek ditarik ke dalam pelukan. Ubun-ubun Aira dicium penuh kasih. Tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya Puan Suhaida akan anak gadisnya itu. Dah lah anak sulungnya berada jauh di rantau orang, ini yang ada dekat pun jarang-jarang jumpa.
“Aira sihat, ma. Nenek macammana?”
“Nenek dah sedar, ada kat atas.”
“Siapa ada kat atas?” Soal Aira sambil melabuhkan duduk di bangku sebelah mama.
“Ramai saudara-mara kat atas. Sebab tu mama  tunggu kat bawah, takut nanti nurse halau pulak,” beritahu Puan Suhaida tanpa ditanya.
“Makcik kesayangan kau tu ada kat atas,” tambah Encik Zainudin dalam nada kurang senang.
Makcik kesayangan? Dahi Aira berlapis mendengarkan ayat abahnya. Lain macam je.
“Mak long ada kat atas dengan anak-anak dia.” Puan Suhaida memberi penjelasan apabila membaca riak Aira yang keliru.
Oh! Aira menganggukkan kepalanya. The infamous mak long merangkap kakak sulung mama yang tak pernah ngam dengan abah. Sebenarnya Aira tak ada masalah pun dengan keluarga mak long. Lantak la anak-anak mak long tu doktor ke peguam ke apa, rezeki masing-masing kan. Abah yang selalu sentap dengan mak long sebab mak long tu kalau bercakap memang ikut sedap mulut.
Aira ingat lagi waktu berkunjung ke rumah nenek tahun lalu, sewaktu kenduri arwah genap sepuluh tahun arwah atuk meninggal dunia. Mak long tanya Aira nak sambung belajar di mana selepas ‘A’Levels. Aira tak fikir panjang pun, terus sahaja jawab nak jadi cikgu ataupun ambil pengajian Melayu di peringkat universiti. Mak long ketawakan okey!
“Apa standard jadi cikgu ni Aira. Cikgu Bahasa Melayu pulak tu? Come on Aira, banyak lagi bidang lain. Don’t be a typical Malay. Malas nak berusaha. Ambil jalan yang mudah je.” Tegur mak long pedas. Sentap jugak Aira bila mendengar. Mungkin mak longlah antara sebab-sebab kenapa abah sungguh-sungguh menentang impian Aira kut.
Kurang selesa bercakap tentang kakaknya, Puan Suhaida laju sahaja menukar topik. “Nenek terjatuh terhentak jubin. Tapi doktor kata tak ada apa-apa pendarahan dalaman jadi tak perlu risau sangat. Nenek dah keluar ICU, sekarang ada kat wad biasa,” jelasnya panjang lebar.
Alhamdulillah! Aira meraup wajah lega. Dalam hati Aira memanjat syukur, mujurlah tak ada apa-apa yang serius. Boleh lah tarik nafas panjang, kan.
“Eh eh mak long!” seru Aira spontan sebaik sahaja mendongak dan terpandang kelibat keluarga mak longnya yang baharu sahaja keluar dari perut lif, menuju ke arahnya.
“Haa Aira, baru sampai?”
Aira menganggukkan kepalanya mengiakan. Tangan mak long dicapai lalu disalam penuh hormat. Matanya berkalih pula ke arah dua orang abang sepupunya yang berada di sisi mak long. “Abang Wan dengan abang Hakim tak kerja ke hari ni?”
Belum sempat Fizwan mahupun Hakim membuka mulut, mak long sudah terlebih dahulu menjawab.
“Mana pulak tak kerja. Faham-faham lah, kerja macam diorang ni hari minggu pun kerja. Diorang kat sini pun sekejap je. Maklumlah, Wan dengan Hakim kan sibuk. Yelah, gaji besar, tanggungjawab pun besar lah kan.”
Aira tersengih sahaja mendengar jawapan mak long yang berjela-jela. Info yang sangat tak penting, okey.
“Wan on duty petang ni. Hakim pulak ada meeting sekejap lagi, kan Hakim? Kat mana tu Corcorde Hotel eh, Kim?” Mak long menambah lagi bila tak ada sesiapa pun yang bersuara.
Hakim tersenyum serba salah mendengar celoteh maknya sedari tadi. Dia sekadar mengangguk, tak mahu mengulas panjang. “Pak ngah dengan mak ngah lama lagi ke kat sini?” Soalnya sambil memandang ke arah Puan Suhaida dan Encik Zainudin silih berganti.
“Sementara tak ada kerja ni, kita memang stay sini lah, jaga nenek,” jawab Puan Suhaida sambil tersenyum. Lagipun memang dah menjadi tanggungjawab Puan Suhaida untuk menjaga ibunya yang uzur, kan? Kalau nak harapkan kakaknya yang sulung…tak tahulah sibuk memanjang buat apa entah. Adiknya yang bongsu pulak, semua anak-anaknya masih kecil lagi. Kesian pulak kalau nak kena gendong semua duduk di hospital kan.
“Oh…Yusuf mana, mak ngah? Belum habis study lagi ke?” Fizwan pula bersuara apabila menyedari ada seseorang ‘missing in action’ di situ.
“Yusuf dah final year sekarang, Wan. Sibuk sebab nak dekat exam katanya. Hujung tahun ni dia balik lah.”
“Eleh, banyaklah sibuk exam. Macamlah tak tahu Yusuf tu. Sibuk belajar untuk exam ke sibuk berfoya-foya kat sana?” Berubah riak wajah Aira mendengar soalan mak long. Amboi selamba badak je mak long kutuk abang Yusuf! Bikin hati panas ni!
“Apa mak ni, mestilah sibuk belajar.” Hakim bersuara kurang senang. Tahu, maknya memang selalu berperangai macam tu. Anak orang lain semua tak ‘elok’. Anak sendiri jugak yang sempurna. Padahal Hakim dengan Fizwan tak sesempurna mana pun. Setakat dapat karier bagus, tu pun mak dah riak sekampung. Memang Hakim gembira sebab dapat jadi kebanggaan emak, tapi itu tak membawa maksud dia suka emaknya memperkecilkan anak orang lain.
“Biasalah, orang Melayu selalu hangat-hangat tahi ayam. Masa mula-mula pergi je semangat janji setia nak belajar lah apa lah. Tapi kat sana terus lupa diri. Balik bukan bawak degree tapi bawak bini!” Mak long mencemuh lagi tanpa mempedulikan air muka keluarga adiknya yang sudah pun berubah riak.
Aira diam sahaja, tak mahu kata apa-apa. Bukan tak biasa dengan speech biasalah-orang-Melayu-kan-blablablabla. Mentang-mentanglah dia kahwin dengan mat saleh, dapat anak mix blood muka macam orang putih. Lupa diri agaknya dia tu asal Melayu jugak.
“Kak…” Puan Suhaida bersuara agak keras, menegur kelantangan kakaknya. Dia mengerling sekilas ke arah suaminya di sisi. Merah padam wajah Encik Zainudin mendengar cemuhan kakaknya tadi. Puan Suhaida tahu, kesabaran suaminya sudah sampai ke kemuncak. Kalau tak hentikan di sini pasti akan tercetus pertengkaran.
“Kita balik dulu lah, mak ngah, pak ngah, Aira,” ujar Hakim cuba untuk meredakan suasana. Sebelum pak ngah meletup baik gerak dulu. Bukan Hakim tak tahu, pak ngah dengan emaknya memang tak sebulu. Terus sahaja dia tunduk menghulur tangan untuk bersalaman dengan kedua ibu bapa Aira.
Aira sekadar memandang tingkah mereka tiga beranak tanpa mampu berkata apa-apa. Dia melepaskan keluhan berat. Sampai bila agaknya keadaan ini akan berterusan ya? Aira sendiri tak pasti. Sampai bila-bila…mungkin!



“ADA CONTACT abang?”
Hah? Aira yang sedang menyuap mee siam ke dalam mulut hampir-hampir sahaja tersedak bila abah tiba-tiba tanya macam tu. “Tak.” Sepatah Aira menjawab. Memang tak ada pun. Kali terakhir abang Yusuf mesej pun lebih kurang dua bulan yang lalu. Abang Yusuf tu hampeh, tahu tak? Tau la dia sibuk bagai dengan studies tapi sekurang-kurangnya mesej lah sekali sekala, tak pun Facebook ke, Tweet ke, sekurang-kurangnya Aira tahu jugak abangnya masih hidup. Tapi abang Yusuf tak ada akaun Facebook. Twitter pun tak ada. Nak harapkan Web Cam, setahun tak sekali dia online. Laptop tu humban dalam gaung sudah.
“Jangan bohong!” Keras suara abah kali ini benar-benar membuatkan Aira tersedak. Sesungguhnya mee siam yang pedas dan tersedak ialah satu keadaan yang sangat memeritkan, tahu tak? Cepat-cepat Aira meneguk air sirap bandungnya yang dipesan tadi untuk menghilangkan rasa perit di tekak. Fuh! Lega!
“Aira! Abah tanya ni!” Encik Zainudin menyoal geram. Tak puas hati dengan jawapan Aira tadi yang dirasakan seperti main-main.
Apa kes abah ni?! Nak je Aira jerit tapi seperti biasa juga, Aira mana reti nak tunjuk tak puas hati depan abah. Dia sekadar menganggukkan kepala. “Betul bah, tak!”
“Kenapa abang ni?” Puan Suhaida yang tadinya berdiam diri akhirnya bersuara jugak. Sudah lah berbulan rasanya tak makan sekeluarga, akhirnya dapat makan bersama hari ini…suaminya buat perangai pulak. Ada hikmah sebenarnya bila ibunya jatuh. Kalau ibunya tak jatuh, rasanya sampai bulan depan pun dia tak dapat tengok muka Aira. Mujur juga ibunya tak mengalami apa-apa serius, jadi tak perlu nak risau sangat.
“Yusuf pun dah lama tak telefon kita. Entah-entah apa kakak awak cakap tadi tu betul. Dia bukannya sibuk belajar, tapi sibuk berfoya-foya!” Encik Zainudin bersuara lagi, menuduh.
“Ya Rabbi, abang!” Naik nada suara Puan Suhaida tanpa dapat ditahan. Terkejut mendengar ayat suaminya yang tak pasal-pasal termakan tuduhan kakaknya yang tidak berasas.
“Yusuf tak macam tu. Saya kenal anak kita macammana!” Laju sahaja dia menyangkal kata-kata suaminya tanpa perlu berfikir berkali-kali.Lagak Encik Zainudin macamlah baru kenal Yusuf satu hari. Dah hampir dua puluh tiga tahun mereka besarkan Yusuf. Takkan tak kenal lagi anak sendiri perangainya macammana? Yusuf tu jenis yang tahu keutamaan dalam hidup. Dan keutaman dalam hidupnya sekarang ialah untuk membawa pulang segenggam ijazah. Yusuf pasti takkan lupa tentang itu!
“Aira, jangan cuba nak sorok dari abah. Aira kan rapat dengan abang. Mesti Aira tahu rahsia abang!”
Hampir-hampir Aira mengangkat mata ke langit mendengar tuduhan abah yang melulu. Sesungguhnya Aira rasa macam nak ketawa tergolek pun ada. Abang Yusuf dan berfoya-foya tak boleh fit in satu ayat yang sama, okey? Abang Yusuf tu kawan perempuan pun tak ada. Nak berfoya-foya apakenama.
“Abang tak macam tu la, abah.” Bermati-matian Aira cuba menafikan. Tak tahu nak buktikan macammana lagi dah. Akhirnya Encik Zainudin give up. Tapi tak lama, sebab selepas itu Aira pulak yang jadi sasaran.
“Ingat! Aira kat NIE untuk belajar, dapat ijazah. Abah tak nak dengar halfway Aira gatal nak kahwin. Makin bising mulut mak long nanti. Faham tak?”
“Abang…kalau dah jodoh, tak apa lah. Abang nak Aira jadi anak dara tua? Kalau nak tunggu dia habis belajar 4 tahun, lepastu ada 4 tahun bond lagi, bila masanya Aira nak kahwin?” Tidak dapat tidak, Puan Suhaida menyanggah juga suaminya. Risau la jugak dengar suaminya pesan pada Aira macam tu. Dah lah anak sulungnya sampai sekarang tak ada calon, Aira lagilah...jangankan buah hati pengarang jantung, crush pun Aira langsung tak ada ni. Susah juga.
Umur Puan Suhaida makin lama makin meningkat. Keinginan untuk menimang cucu makin lama makin membuak-buak. Lebih-lebih lagi sejak Aira berpindah dan Puan Suhaida tinggal berdua sahaja dengan Encik Zainudin. Tentulah Puan Suhaida terasa sunyi pada waktu siang ketika suaminya bekerja.
Puan Suhaida mengalih pandang pada Aira yang duduk di sebelahnya, sibuk menghirup kuah mee siam konon langsung tak ambil perhatian dengan kata-katanya tadi. “Ni Aira kat sekolah baru tak ada jumpa orang ke?”
Aira terkebil-kebil memandang mamanya. Soalan apa tu? “Tiap-tiap hari Aira jumpa orang, ma. Takkan jumpa alien kut.”
“Aira!” Lengan Aira dicubit sekuat hati. “Mama serius, Aira main-main pulak. Maksud mama, Aira ada jumpa sesiapa ke yang Aira berkenan?”
Aira tersengih-sengih mendengar soalan mama terchenta. Memang faham soalan mama tadi tapi saja buat-buat tak faham. “Kenapa, kalau ada mama nak tolong pinangkan ke?” Aira mengenyitkan sebelah mata, mengusik.
“Kau jangan buat malu abah, Aira!” Encik Zainudin menegur tegas.
Aira mencebik sedikit mendengar teguran abah. Apa lah! Orang gurau pun tak boleh ke? Abah ni serius sangat. “I’m only nineteen, ma. I’m positively not in love and I’m not interested.”
“Good to hear that.” Belum sempat mama membuka mulut, abah terlebih dahulu memotong. “You listen to me Aira. You better graduate and get your first class degree. Do you understand me?” Suara abah yang bernada perintah membuatkan Aira ‘zip’ mulut dan terus menyuapkan baki mee siam ke dalam mulut. Dia menganggukkan kepala berat. “Faham, abah.”