Dia hanya perlu bertatih, tak perlu gopoh
Kerna apa yang ada di semesta langit dan
bumi itu
Milik Yang Esa, Yang Maha Mengetahui isi
dalamnya
“AIIII...” Panggil satu suara dari luar
bilik tidur. “Aiii.. tak de kelas ke
hari ni?” Suara tadi kini berselang-seli dengan ketukan di muka pintu.
Gadis
di sebalik gebar selesa warna merah darah tu bergerak sedikit. Ternyata, suara
nyaring di luar bilik tidur tadi mengganggu tidurnya.
“Airis..
bangun.” Suara mama masih di tahap decibel normal tapi sebelah tangan dah
mencekak pinggang. “Airis Zaquan!” Suara mama naik satu decibel, nyaring.
Dia
yang masih berbungkus elok di sebalik
gebar selesa merengek perlahan. Mama.. Ai nak tidur ni, janganlah kacau.
Tolonglah.. tolong.
“Airis.”
Mama dekat luar bilik tidur dah mula hangin.
Kita duk panggil dia, dia boleh buat pekak? “Airis, dengar tak mama panggil
ni?”
“Yeee... dengar.” Jeritnya kuat. Sebelah
tangan menarik bantal menutup telinga.
“Airis,
bangunlah. Nanti lambat pulak ke
kelas.” Mama masih cuba bersabar. Anak dara sorang ni memang ada masalah bangun
pagi. Entah ikut perangai siapa, dia pun tak tau.
Sayup-sayup
sahaja kedengaran suara mama. Lambat-lambat matanya dicelikkan. Gebar selesa
ditolak ke tepi. Dia masih berbaring dalam posisi menelentang. Terkebil-kebil
matanya memandang kipas di atas kepala.
“Airis..
jangan buat mama naik angin.”
“Yeee.. dah bangun.” Dia bangun duduk
bersandar pada kepala katil. Tangan kanan dipanjangkan mengambil jam digital di
atas meja. Mata dipicingkan memandang angka-angka digital yang kelihatan kabur
tu.
Nampak-tak
nampak je nombor-nombor yang tertera
di skrin jam tu. Jam dibawa betul-betul ke depan muka. Mata dipicingkan lagi.
0730 Hours.
Oh, shit! Membulat terus matanya melihat
angka tujuh yang tertera di skrin. Terkocoh-kocoh dia turun dari katil. Jam digital
tadi dicampak ke atas tilam. Aku dah lambat! Lambat dah ni, weh!
Dia
memang ada habit bangun lambat. Tak
tau la ikut siapa. Nak kata mama? Mama tu sebelum Subuh dah bangun mandi, ayah
pun sama. Langkah diatur laju menuju ke bilik mandi.
“Airissss..”
Mama dekat luar bilik dah main picit-picit pelipis kepala. Pening melayan budak
sorang ni la.
“Bangun
dah!” Jerit Airis kuat. Tangan kanan merentap kasar tuala di penyidai. “Shittt!” Airis terus terduduk menahan
perit di kaki. Itulah, lain kali tariklah kuat lagi penyidai tu, memang seronok
bila terhempap kaki sendiri kan.
“Airis,
kenapa tu?” Risau pulak apabila
terdengar ada bunyi benda jatuh.
“Tak
de pape!” Penyidai yang dah terbaring di lantai tu diangkat kemudian
diletakkan ke tempat asal. “Aaaagghhh..”
Dengan terhincut-hincut dia melangkah ke bilik mandi. Tak fasal kaki bengkak
sebelah hari ni.
Selepas
sepuluh minit, Airis keluar dari bilik mandi. Baju kurung kain kapas bercorak polka dots warna ungu-hijau disarung
terus ke badan. Nasib baik dah gosok baju ni malam semalam. Kalau tak, lagi
haru.
Memang
pagi ni dia boleh kalahkan lipas kudung, laju betul dia bersiap. Bedak ditepek
ala kadar di muka sebelum tudung berwarna ungu diletakkan di atas kepala. Nak
pakai tudung bukan lama sangat pun, tak sampai seminit dah siap.
Airis
kembali ke katil yang mak aihh
bersepah betul. Jam digital di tengah katil dikembalikan ke tempat asal. Cadar
katil ditarik ala kadar sebelum gebar selesa dibentangkan di atasnya. Ini
namanya taktik tak nak kantoi tak kemas katil.
Tote bag di atas meja studi diambil
sebelum melangkah keluar dari bilik tidur. Dengan kaki yang terhincut-hincut
tu, Airis berlari-lari anak menuruni anak tangga ke tingkat bawah.
“Airis..
berapa kali mama nak pesan, jangan lari masa turun tangga.” Anak sorang ni la,
payah betul nak mendengar kata. “ Minum dulu, meh.”
Airis
yang baru nak melangkah ke ruang tamu, terus menukar haluan kaki. Tak pe, Airis.. makan tak sampai lima minit
pun. Kesian kat mama dah bangun awal pagi nak siapkan sarapan.
“Kenapa
pulak kaki tu?” Mama baru perasan
Airis yang jalan terhincut-hincut tu.
Airis
menarik sengih. “Accidente.” Kerusi
di kepala meja, ditarik. “Ma tak makan sekali?”
“Ma
dah makan dengan ayah tadi.” Gelas yang penuh dengan air susu diletakkan di
hadapan Airis. “Lain kali, jalan tu hati-hati sikit. Teruk tak, kaki tu? Dah
sapu ubat? Nak pergi klinik tak?”
Automatik,
Airis terus tergelak kecil. Kelakar pulak
apabila mama bertanya macam peluru machine
gun. “Anak mama ni kan, kuat lagi perkasa.. tak heran la setakat bengkak
sikit.”
“Ada
aje yang nak dijawab.” Mama menggeleng perlahan. Roti bakar yang sudah siap
disapu dengan Nutella dihulurkan kepada Airis.
“Thanks, ma.” Bismillahirrahmanirrahim.. roti terus dimasukkan ke dalam mulut.
Dia cuba untuk kunyah laju-laju dan... “Uhuukk..
uhuukk..” Tangan kiri menepuk-nepuk dada. Perit gila tersedak!
“Cuba
la makan tu perlahan-lahan.” Gelas yang berisi air susu tadi dihulurkan kepada
Airis. “Tak adanya lari kolej awak tu la.” Sempat lagi tu mama perli Airis.
Airis
hanya menarik sengih sambil minum air. Elok sahaja perit di tekak hilang, dia
terus sumbat baki roti tadi ke dalam mulut. Kunyah sekali-dua, lepas tu dia
terus minum susu. Kalau nak kunyah sampai hancur, memang dia menempah maut lambat ke kolej la.
Kedua
belah tangan dilap dengan tisu. “Pergi dulu, ma.” Tangan kanan mama disalam
penuh hormat sebelum satu kecupan singgah di pipi kirinya.
“Bawak kereta elok-elok.” Pesan mama
sambil mengiringinya ke pintu utama. “Jangan laju-laju.”
“Insya-Allah.”
Ibu jari menekan butang warna hijau pada central
lock. “Bye, ma. Assalamualaikum.”
Pintu di bahagian pemandu dibuka.
“Balik
pukul berapa ni?”
Airis
yang baru nak melangkah masuk, menoleh pandang. “Petang around four macam tu.”
“Elok-elok
drive.” Pesan mama sekali lagi.
Sempat
lagi Airis menganggukkan kepalanya sebelum melangkah masuk ke dalam perut kereta.
Bismillahirrahmanirrahim.. enjin
kereta dihidupkan sebelum brek tangan diturunkan. Perlahan-lahan Perodua Myvi
warna putih mengundur keluar dari perkarangan rumah teres tingkat tu.
Dia melajukan langkahnya apabila
terpandangkan seorang gadis berbaju kurung warna hijau lumut yang tengah
melambai sakan ke arahnya.
“Whaddaapp..” Sapa Tasha elok sahaja
Airis berhenti di hadapannya.
Airis
hanya mampu angkat tangan kanan. Mengah ni, nyah.
Nafas panjang ditarik dalam-dalam, biar paru-paru ni penuh dengan oksigen.
“Bangun
lambat lagi la tu.” Selamba je Tasha
menempelak Airis. Dia memang faham sangat dengan perangai Airis ni.
Airis
mencebik. “Tak de la lambat mana,
kan? Sempat apa sampai sebelum lapan setengah.” Airis tak nak kalah. Letak tote bag di bahu kiri dibetulkan.
“Yeahh.. right. Lagi lima minit kelas nak
start, kan.”
Airis
memandang ke atas. “Agak-agak kalau kau terus perli aku ni, memang boleh
panjangkan lagi masa.”
“Kau
apasal bawak buku ni?” Berkerut kening Tasha memandang buku yang di dalam
pelukan Airis tu.
“Kenapa
dengan buku ni?” Dia mengerling sekilas buku teks Multimedia di dalam pelukan.
“Hari
ni mana ada kelas Multimedia, weh.”
“Eh,
tak de?”
“Weh,
dah sebulan kut kuliah mula. Takkan tak ingat jadual lagi?” Selalunya, Airis la
paling cepat ingat jadual.
“Hari
ni bukan hari Rabu?”
“Wehhh..”
Tak berkelip mata Tasha pandang Airis. “Hari ni Khamis, okey.”
“Khamis?”
Pelipis kiri digaru perlahan. Macam mana dia boleh ingat hari ni hari Rabu? Dan
sejak bila dia ni jenis clumsy yang
tak buat double check dekat jadual?
“Dah
la jom naik. Karang lambat, habis bising pulak
lecturer tu.” Ajak Tasha. Kalau
dipanjangkan isu salah bawak buku ni
pun, bukannya boleh adakan buku yang tak ada tu.
“Excuse me.” Tegur satu suara garau di
belakang Tasha.
Serentak,
Airis dan Tasha menoleh ke belakang. Airis, seperti biasa akan terlebih dahulu
mengalih pandang apabila terpandangkan mamat
berkemeja kelabu tu.
“Boleh
ke tepi sikit? Kita orang nak lalu.” Suara mamat
berkemeja kelabu tadi memecah sunyi.
Macam
baru kena simbah air, Airis terus menarik lengan kiri Tasha. Tak perasan la pulak yang sejak dua minit yang lepas
dia orang berdiri betul-betul depan pintu masuk perpustakaan.
“Nak
bersembang tak beragak tempat.” Kata mamat
yang berbaju Polo tu pulak.
Suara
garau tadi menggamit perhatian Airis. Dia terus menoleh pandang, automatik
kening kirinya terjongket tinggi. Helo, lobi fakulti ni hak milik awam kut tak
payah nak kerek sangat la.
“Terima
kasih.” Pamit mamat berkemeja kelabu
tu.
“Ek eleh.. kerek betul Si Akid tu.” Tasha
tak puas hati. “Nasib baiklah Luth tu jenis bersopan-santun. Kalau tak.. memang
aku bagi sedas-dua.”
“Jom
naik.” Ajak Airis. Dia ni memang automatik akan speechless kalau nampak mamat
berkemeja kelabu tu. Tak tau la kenapa.
“Eee..
bengang betul la aku.” Tasha belum habis merungut.
Airis
menoleh ke hadapan. Matanya tepat memandang belakang badan empunya kemeja
kelabu tu. Wahai jantung, tolong la jangan berdegup laju macam ni sekali. Gaya
kau dah macam nak melompat keluar dari badan pun ada ni.
“Hoi,
berangan!”
“Hah?”
Airis blur.
“Kau
ni makin kuat berangan la.”
“Jom,
naik.” Airis terus tarik lengan kiri Tasha supaya mengikut langkahnya. Helo,
macam tak sedar diri kuliah akan mula dalam masa seminit dari sekarang. Ingat
kau orang tu macam Superman ke apa?
“CPU scheduling is the basis of
multiprogrammed operating systems. By switching the CPU ...”
Elok je pensyarah dekat depan tu bukak
mulut, mula la semua manusia dalam kelas tu nak menguap. Termasuklah,
Airis. Nampak tak betapa tak menariknya subjek Operating System ni?
Okey, subjek ni bukan tak menarik tapi tak tau la
kenapa apabila subjek ni je macam
susah nak fokus. Apa yang Airis tau, dua jam kuliah untuk subjek ni umpama
lapan jam!
Airis duduk sambil menopang dagu dengan tangan kiri.
Mata tu, fokus betul dekat skrin projektor konon boleh tembus sampai kelas
sebelah. Tangan kanan pulak naik
keras pegang pen tapi sepatah hape
pun tak ditulis atas kertas kajang tu.
“In a single-processor system, only one process can run at a time; any
others must wait until the CPU is free and can be rescheduled.” Puan Normah
berhenti sekejap. “The objective of
multiprogramming is to have some process running at all times, to maximize CPU
utilization.” Sambungnya lagi.
Sekali lagi, belakang tangan
dibawa menahan kuap. Mata ni ha dah berair mengalahkan orang menangis. Dia
memang tak boleh ngam kalau pensyarah
stok mengajar setakat baca teks dalam buku. Baca ayat buku teks tu boleh tahan
lagi, tapi slide Power Point pun ayat
gedebuk macam karangan Bahasa Inggeris tu apathehal?
“Ai.. berapa lama lagi ni?”
Bisik Tasha yang duduk di sebelah kiri.
Airis tersentak. Eh, bukan
budak ni tidur ke tadi? Lengan baju kurung diselak sedikit. “Sejam setengah.”
“I’m going to dieeee.” Kepala diletakkan ke atas meja.
Airis buat dengar-tak dengar.
Dia faham betul dengan apa yang dikatakan oleh Tasha tadi. Dia pun terkejut jugak, ingatkan dah nak habis masa
kuliah.
Airis tunduk melihat kertas
kajang yang dah mula penuh dengan contengan yang entah pape. Ada macam-macam jenis gambar dan ayat. Kalau gini la
sepanjang semester, memang menempah tiket fail
gamaknya.
“There are several scheduling algorithms.. The first one is First Come
First Served Scheduling. FCFS.”
Ahha! Airis terus angkat
kepala memandang papan putih. Kedua belah tangan digerak-gerakkan sebelum
tangan kanan mula menulis laju setiap patah perkataan yang keluar dari mulut
Puan Normah.
“FCFS ni, menggunakan konsep first in first out. Siapa yang sampai
dulu, dia la yang kita execute dulu.”
Jeda. “Macam dalam contoh pertama ni.” Pen marker diketuk-ketuk pada papan
putih.“Ada tiga proses; P1, P2 dengan P3.”
Airis hanya menganggukkan
kepalanya. Perkataan FCFS dibulatkan besar-besar dengan pen warna merah, biar
nampak! Tangan kanan cekap menyalin contoh soalan di papan putih. Siap dengan
ilustrasi dan label lagi, punyalah nak bagi faham apa yang diajar oleh
pensyarah dekat depan tu.
“Dari Gantt chart yang dah dilukis ni, kita boleh
kira waiting time, average waiting time
and turnaround time for each process.”
“Dia cakap apa, Ai?” Bisik
Tasha perlahan.
Airis angkat bahu. Tangan
kanan masih cekap menulis di atas kertas kajang. Dia pun tak tau apa yang dia
salin. Tapi apa yang penting, dia salin. Nanti senang nak buat ulang kaji.
“Untuk Shortest Job First, Priority Scheduling dan Round Robin, caranya sama aje.” Pen marker berdakwat biru itu
diletakkan di atas meja. “Okay, you may
proceed with tutorial question number 5.12.” Selesai menghabiskan ayatnya,
Puan Normah terus duduk di kerusi.
Airis terus angkat kepala dari
tunduk menekur kertas kajang. Aik?
Macam tu aje Puan Normah terangkan? Tak de
ke nak tunjuk contoh jawapan ke apa? Belakang pen dah main ketuk-ketuk dahi.
Sakit otak la belajar macam ni.
“Kalau gini kan, kita tak
payah datang kelas pun tak pe.”
Rungut Tasha. Dia duduk sambil menongkat dagu di atas meja. Bosan kalau setiap
minggu menghadap situasi yang sama.
Airis angkat bahu. Datang
kelas ke tak datang ke, sama je.
Memang tak pernah faham pun apa yang diajar oleh pensyarah ni. So, sepuluh markah untuk cadangan Tasha
tadi.
Entahlah, nak salahkan
pensyarah ajar tak faham, macam kejam sangat pun ada. Dia orang sendiri tak
pernah kisah nak bertanya kalau-kalau ada yang tak faham. Nak tanya macam mana,
dia orang sendiri tak faham apa yang dia orang tak faham. Kompleks betul
situasi!
“Lec
suruh buat apa, Ai?”
Berkerut terus kening Airis.
Lambat-lambat dia menoleh memandang Tasha di sebelah. “Kau ni memang dah set mute button
apa dekat telinga kau?” Terjongket tinggi kening kirinya. Bengang ni.
Tasha menarik sengih, nak cover salah sendiri la tu. “Aku bukan
tak nak dengar tapi memang tak boleh nak dengar.”
Airis dah mula berpeluk tubuh
dengan sebelah bibir terjongket sedikit. “Soalan tutorial nombor 5.12.”
Bengang, bengang jugak tapi info mana
boleh kedekut.
“Kena submit?”
“Entah. Macam tak.” Macam la
dia orang pernah kisah assignment
kena hantar ke tak. Hantar ke tak, sama je.
“So tak payah buat pun okey je
kan?”
“Ikut suka kau la, Tasha...”
Pen biru di atas meja dipegang. “Nanti final
jawab asing-asing.”
Tasha dah tersengih kelat.
Airis ni mulut dia boleh tahan laser jugak. Dia menarik keluar sehelai kertas
kajang dari dalam fail. “Ajar aku, Ai.”
Airis mengulum senyum. “FCFS
ni...” Seronok sebenarnya sekali-sekala dapat tembak kawan sendiri. Bukan tak boleh cakap elok-elok tapi ada
setengah orang ni, kita kena jadi sinis baru dia nak terasa.
Dan masa kuliah yang masih
berbaki satu jam tu dihabiskan dengan menerangkan semula apa yang dia faham
kepada Tasha. Kongsi ilmu tu tak salah. Yang jadi salah, apabila kita kongsi
ilmu yang entah pape dekat orang.
Kongsi ilmu ni dapat pahala, tau kan?
No comments:
Post a Comment