Monday 27 January 2014

Cooper-K (Bab 1): RodieR


OIT, awak!”
Ih, gila mamat ni panggil orang kuat macam tu kat tengah-tengah perpustakaan. Mia menggeleng kepala. Matanya laju meneliti kotak-kotak jadual di tangannya sambil berjalan menuju ke pintu perpustakaan.
“Awak, oit!”
Ish, orang yang dipanggil tu pun, tak reti-reti nak berpaling ke? Bising dah mamat ni, kacau orang lain nak studi. “Kau dah buat dah tutorial Biochem tu, Ina?” dia berpaling ke arah sahabat di sebelahnya, kaki masih melangkah.
Namun sebelum sempat si Ina menjawab...
Oit, awak, Cik Amilia Aisya Abdul Aziz, 2007345678!” suara lelaki itu bergema lagi dan tengkuk Mia berpusing 180 darjah. La... dia ni... panggil aku rupanya...
Muka dah terasa diserang proses pengembangan salur darah. Memang la mamat ni gila! Dua tiga orang penghuni meja di dalam perpustakaan itu sedang merenungnya dengan pandangan membunuh.
“Kau kenal ke mamat tu, Mia?” Ina dah terhenti juga di sebelahnya, mulut memuncung ke arah si pemanggil yang berjalan ke arah mereka. “Siap tau nombor matrik kau lagi. Senang rupanya ek, aku pun dah ingat dah ni.” Ina senyum mengusik.              
Ish, ada ke! Aku tak kenal. Aku tak tau macam mana...” of course! My matrix card! Sia-sia aku kena tahan dengan pak guard UiTM tadi sebab tak pakai kad matrik. Ada dengan mamat ni rupanya. Dia berpeluk tubuh menunggu si mamat tu sampai.
“Cik Amilia Aisya.” Termengah sedikit lelaki itu bersuara.
“Ye, saya.” Eh, rasa macam jawab kat mahkamah je.
“Awak ada kehilangan sesuatu ke?” lelaki itu bertanya.
Mata-mata yang tadi merenung mereka dengan pandangan membunuh masih lagi keluar aura nak mencekik.
Outside, now!” tanpa menunggu balasan, dia berpaling, nak melangkah keluar.
But...”
Dia berpaling kembali, mengerling ke arah pustakawan yang dah bangun dari belakang kaunter, nak menghala ke arah mereka. Tolong la faham bahasa isyarat aku ni!
“Oh.” Dan laju langkahnya mengikut si Amilia Aisya dan kawannya yang dah tersengih sumbing keluar dari perpustakaan itu.
Elok saja pintu perpustakaan ditutup, Mia berpusing. “Give me.”
Dahi Cooper dah berkerut. “Give you what?”
Ei, nak kena hampuk ke Encik Ceramah Agama? “My matrix card. I know you have it.”
Kali ini Cooper pula yang berpeluk tubuh. “If I give you that, what are you going to give me in return?” kening diangkat, bertanya.
Ei, keji. Budi mintak dibalas. What do you want?” matanya dicegilkan.
Em, let me think...”
Will thank you be enough? Dapat pahala jugak beri barang balik pada tuannya. Tak cukup ke?” kaki diketuk ke lantai, menahan sabar yang rasa nak babai.
Tiba-tiba lelaki itu tersenyum. “You selalu je nak cepat ek? Tu yang habis berterabur semua barang, kalut semacam, terburu-buru. Ni lambat untuk date yang mana pulak ni? Dhuha? Zohor tak masuk lagi ni.”
Perli aku seh mamat ni. “Terbatal pahala memerli orang.” Tajam dia membalas. “May I have my matrix card now?”
One condition.”
“Apa?”
“Ajar I farmakologi.” Entah bagaimana laju tiga patah kata itu melungsur dari mulutnya.
“Helo, mister, saya baru first year, mana belajar lagi farmakologi.” Sengaja dia menipu. Padahal sebenarnya memang semester itu dia mula belajar Principles of Pharmacology pun. But then... Mamat ni student medic ke? Tak macam gaya nak jadi doktor pun. Mati-mati aku ingat student engine. Rock semacam je.
Lelaki itu tergamam. Kemudian ketawa. “Serves me right for giving you advice you don’t need.” Dia menyeluk poket mengambil kad matrik. “Here you go.”
Teragak-agak Mia menghulur tangan mengambilnya. “So, tak nak apa-apa balasan la ni?”
Cooper senyum nipis, ikhlas. “Thank you would be enough. For the time being.”
Thank you.”
Cooper angguk, berpusing nak melangkah pergi.
When is your pharmacology lesson?” tiba-tiba lidahnya pandai-pandai mengeluarkan kata-kata. Digigit organ mulutnya itu, kuat. Apa kejadahnya kau Mia pergi tanya macam tu?
Cooper berpaling kembali. “Next week ada test. Why?” Laju lagi mulutnya menipu. A little, teeny, tiny white lie doesn’t hurt, does it? eheh!
“Apa yang you tak tau sangat? Ambik medic mesti terer.”
Cooper senyum, lop-sided. “I’m lost with pharmacology. Drugs are not my favourite. Dia punya action, side effects, what the heck else, I’m lost.”
I’m not that good with pharmacology, either.” Okey, Mia, stop. Dia akan balas, so what are we wasting our time here, dan kau kena berpusing, bergerak, lupakan dia.
“Nak try studi sama-sama?”
Allah, mak. Terasa darah berlari turun ke kaki, mukanya agaknya dah macam disapu tepung kapur macam Aziz Sattar dalam Seniman Bujang Lapok. That is not the reply I was expecting!
It could be a hopeless effort.” Dia membalas lemah. Apa ke jadah punya bala kau dah bawak kat diri sendiri ni, Mia?
Or it could be worth a try.” Lelaki tu masih lagi senyum, masih lagi mengangkat kening memandangnya.
Worth it, ke?” run, Mia, run!
“Belum cuba belum tau.”
Mia menjongket bahu. “You mesti busy. Mesti tak de masa nak studi sama-sama. Our schedule won’t match. This is it, then, thank you again for the matrix card, kita orang blah dulu...” kakinya dah mengundur dua tiga tapak.
“Cepatnya dia mengalah.” Laju Cooper mencelah.
I didn’t say...”
Cooper mengangkat kedua-dua kening lagi, senyum.
Mia ikut senyum, menggeleng kepala. “Okey, macam nilah. If it turns out you and I happen to be at the library at the same time, kita studi. Kalau tak, maknanya memang tak de jodoh.” Shit! Lidah digigit lagi. Apa ke sawan keluar perkataan tu pulak ni!
Sengih lelaki itu makin lebar. “I like that.”
Memang mampus hidup balik lepas ni aku tak jejak kaki dah kat library. “Okay, then. Thank you, again.” Cepat la blah!
And um, Cik Amilia Aisya.”
“Iye?”
My name’s Khairul Fairuz Muhammad. Cooper for short. Ada nickname? Takkan hari-hari saya nak kena panggil Cik Amilia Aisya kut?”
Cooper? Cooper? Mini Cooper? Dia bawak kereta mini itulah kut yang jadi namanya Cooper. Budak loaded jugak la ni. Rasa nak tergelak tergolek kat situ ditahannya. Herot-berot terasa wajah nak menahan ketawa. “Um... uh... Mia. You can call me Mia. My friends call me Mia.” Dan kemas dipegang lengan kawannya di sebelah yang dah tersampuk bisu dari tadi diheret pergi dari situ.

 

MIA...
Cooper tersenyum sendiri. Aku dah bagitau nickname aku boleh dia nak tergelak. Sabar je la. Nakal punya budak. Siap kau nanti jumpa kat library.



SIOT punya handsome, weh!” Ina dah sengih memandangnya.
Mia berkerut dahi. “Apa yang handsome?” tangan kanan mengepit sekeping biskut Jacobs dan dicicahnya ke dalam mug milo panas, manakala tangan kiri laju membelek nota yang terbuka di atas meja belajarnya itu. Aiyo, aiyo, Organic Chem yang berselirat berpusing menyerabutkan kepala hotak!
Mamat Cooper tadi tu. Nama Cooper tu, kelas! Masuk la dengan muka dia. Handsome weh, kau tak berkenan ke? Ambik medic pulak tu!” Ina tak habis-habis lagi pujiannya.
Mia hampir tersedak biskut yang lembik melekat di tekak. “Apa yang handsome nya dengan dia? Biasa je. So what kalau ambik medic pun? Jadi doc je hebat? Pekerjaan lain tak hebat?” milo panas ditiup perlahan dan dihirup, cuba nak melegakan tekak yang terasa tersumbat.
Ina menggeleng. “Ish, kau ni. Tak habis-habis diskriminasi kat doktor. Nanti nak kena kerja bekerjasama dengan dia orang juga. Silap-silap kau ni kahwin doc baru tau!”
Ei, tak mau la aku, mintak jauh. Tak de life. Nanti jawabnya kena tinggal je aku hari-hari, baik tak payah kahwin.”
“Ada ke situ pulak minah ni.”
Dia sekadar membalas dengan mengangkat kening, mata masih menghadap nota pelbagai struktur kimia ubat, malas nak melayan. 

Kutunggu Pinanganmu (Bab 2): Fisha


AIR MATA masih setia mengalir walaupun orang yang sedang diingati pastinya sedang berbahagia dengan jodohnya. Berat badan yang semakin susut membuatkan semua kaum keluarga mula bertanya. Ya Allah, berat benar hati ini melepaskan dan redha dengan segala dugaanMu.
Padahal dimulut sudah berpuluh kali berikrar akan melupakan setiap kenangan bersama lelaki itu. Inilah susahnya bila berpisah tanpa ada sebab yang buruk untuk dijadikan alasan. Semuanya bagaikan langsung tidak berubah.
“Nana, jom makan. Mak dah siap masak ni” Puan Sharifah duduk disebelah Nana yang asyik termenung. Menggeleng melihat mata yang basah itu. Risau hati melihat keadaan anak dara yang ditatang selama ini susut benar tubuhnya.
“Nana tak lapar mak”
Selera makan sudah lama menghilang. Nasi pun rasanya sudah lebih dari sebulan tidak dijamah. Makanan ruginya kini Cuma sekeping biskut dan secawan air. Kagumnya dengan sekeping roti pun dia mampu kenyang.
“Tak lapar apanya, dah tiga empat hari mak tak nampak Nana makan. Jom makan, along dengan adik pun ada. Semua nak makan sekali. Budak-budak pun dah lapar tu. Jom” tangan Nana ditarik mengikut langkah ke ruang tamu yang sudah terhidang dengan pelbagai hidangan tengahhari. Hari ni dia akan pastikan Nana makan jugak. Tak boleh dibiarkan anaknya larut dalam perasaan.
Dalam terpaksa di mengikut juga langkah Puan Sharifah ke depan. Tak sampai hati nak mengecewakan orang yang kita sayang. Lagipun kalau semua dah berkumpul, takkan dia nak duduk terasing dari keluarga kecil mereka.
Melihat semua berselera menjamah hidangan membuatkan airmata mengalir tanpa sedar. Betapa dia punya keluarga yang penyayang tapi masih menangisi kehilangan lelaki yang masih belum punya apa-apa ikatan dengannya. Bodohnya dia!
“Nana, makan la. Main-main pula dengan nasi tu” tegur along yang sejak tadi memerhati gelagat adiknya. Bimbang juga hatinya bila melihat perubahan ketara pada badan Nana. Adik yang selama ini putih dan sangat gebu dah kurus benar. Makin terserlah semua tulang yang ada. Sudah hilang kulit gebunya.
“Orang makan la ni”
“Makan apanya kalau along dah dua kali tambah tapi nasi Nana tak luak lagi.”
Pinggan nasi Nana dijengah. Mahu membuktikan yang kata-katanya benar. Sudah dua kali dia menambah nasi tapi Nana masih larut dalam dunia sendiri. Bermain-main dengan nasi yang sebanyak mana diddalam pinggan.
“Dah along tu makan gelojoh sangat. Lima kali suap dah habis sepinggan. Orang makan dengan penuh nikmat, sebab tu lambat. Kena rasai semua nikmat masakan mak ni” Nana cuba membuat lawak.
Mendengar jawapan Nana melegakan hati Qisti. Kalau dah boleh menjawab dengan begitu panjang maknanya sudah ada perubahan pada adiknya. Dah oklah tu, masa akan merawat segalanya. Mana boleh dipaksa padam benda yang sudah lama sebati dengan diri Qistina. Itu perkara mustahil.
Bukannya dia tak kenal dengan Khairi, lelaki pertama yang hadir dalam hidup Qistina. Tapi jika sudah tertulis disana yang bukan jodoh mereka, kita sebagai hambaNya haruslah reda dan sentiasa bersabar. Allah takkan menduga hambaNya andai kita tidak ada kekuatan untuk bertahan.
“Esok along nak bawa semua pergi mandi dekat Sedim. Jadi silalah rajinkan diri siapkan apa yang perlu.” Ujar Qisti ala-ala pengumuman hari raya oleh penyimpan mohor. Mudah betul abangnya membuat keputusan. Tak sedar gamaknya sekarang jam dah pukul berapa. Kenapa tak cakap esok je?
“Mak pergi jugak?” Nana memandang ibunya.
Kurang percaya Puan Sharifah akan mengikut aktiviti sebegitu. Mak memang tak berminat kalau ke tempat-tempat mandi begitu. Pernah sekali mereka semua ke Bukit Merah LakeTown, tapi Puan Sharifah buat perangai tak mahu masuk sebab tak ada benda yang hendak dibuat. Geram betul!
“Pergi, atuk dengan nenek pun ikut sama. Nana kena drive kereta. Tak cukup kalau nak sumbat semua orang dalam Wira along tu” Qisti yang menjawab. Bukan lagi pemberitahuan tapi lebih kepada arahan. Biar adiknya itu tahu yang semua orang risaukan dia yang nampak ‘down’ benar setelah kehilangan Khairi. Dunia belum kiamatlah!
“Jadinya memang Nana tak ada pilihan la ni?”
“Mana ada along bagi pilihan pun. Along bagitau je tadi. Nanti petang ikut kak Huda pergi beli barang makanan yang perlu. Takut kelaparan pulak anak-anak along lepas mandi nanti.”
Nana hanya mengangguk. Tahu dia memang tak ada pilihan lain kalau suara Qisti ala-ala jeneral tentera nak pergi perang. Boleh juga keluar nanti. Sudah lama dia asyik berkurung didalam rumah. “Baiklah, saya yang menurut perintah selagi semuanya ditaja penuh.”
“Bagus, macam nilah adik kesayangan along”
“Sayang la sangat. Kalau tak dengar kata tak sayang ke?”
“Sayanglah jugak tapi lagi banyak kalau Nana jadi budak baik.”
Tanpa sedar ada airmata yang mengalir mendengar jawapan Qisti. Along ni, suka sangat buat ayat yang mengusik hati kecilnya. Kenapa dia perlukan larut dalam kekecewaan cinta seorang lelaki sedangkan dia punya keluarga yang kaya dengan kasih sayang dan cinta. Terima kasih Allah atas segala nikmat dan kasih-sayangMu.


Suasana sangat meriah ketika mereka sampai di kawasan perkelahan yang agak terkenal di kawasan Kulim ni. Walaupun keadaan masih awal pada pandangan Qistina, tapi langsung tak menghalang anak muda mudi untuk mandi air yang sangat sejuk itu.
Kereta di pakir berhampiran dengan tempat yang nampak cukup besar dan selesa untuk mereka sekeluarga duduk dan bermandi- manda. Mudah untuk mengangkut keluar dan masuk segala macam perkakas yang akan digunakan.
“Hampar tikar dulu” arahan dari Qisti yang dah berdiri tegak memandang Qistina dan Qisya yang sedang mengeluarkan periuk nasi dan bekas berisi bihun goreng. Boleh pula keluarkan barang tapi tak ada tempat nak letak. Entah belajar dimana pun dia tak pasti, benda asas macam tu pun tak tahu.
“Sabar la, kena keluarkan semua benda dulu sebab ada orang bijak yang susun semua barang atas tikar” tanpa nada Nana menutur. Memerli Qisti sebenarnya, sebab abangnya yang menyusun semua barang masuk ke dalam bonet kereta dirumah tadi.
“Okey, along ke sana dulu. Budak-budak dah tak sabar nak main air.” bijak betul cara Qisti nak lepaskan diri dari dimarah secara berterusan oleh Qistina.
Memang dia yang bersalah, main susun semua barang masuk dalam bonet kereta tanpa berfikir kesan kepada orang yang akan mengeluarkannya. Tapi kalau mengaku salah dengan dua orang gadis didepannya ini, pasti akan dibahan cukup-cukup. Jadi lebih baik dia melarikan diri tambahan pula telinganya sudah bingit dengan jeritan anak-anak yang tidak sabar untuk turun ke sungai.
“Alasan semua tu. Takut kena marah dengan semua orang la tu. Dah buat salah pandai je nak larikan diri”
Qisti buat tak dengar, biarlah Nana nak berleter sampai esok pagi pun dia takkan marah. Asalkan adiknya itu kembali kepada sikap asalnya. Susah hati bila melihat betapa murungnya Nana sejak putus cinta dengan Khairi.
“Cepatlah Qisya, tolong tarikan tikar ni.” Bekas plastik berisi meehun goreng dipegang. Dah malas nak punggah semuanya. Rasanya dah cukup ruang untuk menarik keluar tikar yang berada dibawah itu.
“Tunggulah along kejap lagi, Qisya benamkan dia dalam air. Arif dengan Azrul pun boleh buat geng. Pandai je lepaskan diri.”
Bebel Qisya pada abangnya. Letih kut buat kerja dengan orang kurang perasaan ni, tak ada rehat langsung. Ditarik juga tikar itu keluar. Malas hendak membantah cakap Nana.
Nana hanya mendengar bebelan itu, dia membawa bekas ke arah Huda yang sudah berdiri dibawah pohon rendang. Sesuai untuk dijadikan tempat duduk bersantai. Menanti Qisya membawa tikar untuk dibentangkan. Buat tak faham dengan muka berkerut Qisya bila disuruh buat semua kerja berat. Sesekali membuli adik sendiri apa salahnya.



QISYA, along, kak long dan anak buah bertiga tu tengah seronok berendam didalam sungai yang sejuk. Hj Zakaria pula sudah mengajak nek Siah berjalan-jalan disekitar kawasan, mahu merehatkan minda katanya. Pinggan yang masih berbaki meehun goreng diletakkan ditepi bekas air. Perut sudah penuh benar untuk dimasukkan lagi makanan.
Dia memandang emak yang tersenyum memandang anak-anak dan cucu seronok bermain dengan air. Wajah wanita yang sangat disayangi itu dipandang tanpa jemu.
Betapa sabarnya emak membesarkan mereka bertiga selepas pemergian ayah ke rahmatullah. Sudah lima belas tahun ayah kembali pada penciptaNya tapi mak masih setia hidup sendirian. Ketabahan mak dalam menempuhi onak ranjau kehidupan ini sangat dikagumi.
“Dah kenapa pandang mak macam tu? Mak dah tak cantik macam selalu ke?”
Soal Puan Sharifah bila perasan Nana asyik memandang wajahnya tanpa berkelip. Nampak kagum benar.
Kepala terus direbahkan ke riba Puan Sharifah. Rindu benar hendak bercerita pada wanita yang sangat memahami ini. Berat rasa beban yang sedang terletak dibahunya. Cukuplah dia memendam rasa dan menyusahkan hati semua orang selama ini.
Bagaimana emak menghadapi kehilangan ayah setelah lama hidup bersama. Padahal dia yang baru kehilangan cinta seorang lelaki yang langsung tidak mempunyai pertalian sudah tidak mampu untuk berdiri dengan betul. Lemahnya hati insan bernama Qistina.
“Mak, penat tak hidup sorang-sorang?”
“Bila masa mak hidup sorang-sorang?” tak faham betul Puan Sharifah dengan soalan Qistina. Selama ini dia ada keluarga dan anak-anak yang sentiasa mengisi ruang-ruang sunyi dalam hidupnya. Tak pernah langsung terfikir yang dia hidup sendirian.
“Tak ada pasangan macam orang lain. Atuk tetap ada nenek walaupun dia orang suka bergaduh. Along ada kak Huda dan budak bertiga tu. Mak Ngah dengan Pak Ngah. Pak Su pun ada Mak Su. Cuma mak yang tak ada couple.”
“Tapi mak ada Qisti Nur, Qistina Nur dan Qisya Nur yang ada ayah tinggalkan. Tiga orang ni dah cukup untuk penuhkan ruang hidup mak sampai mak lupa betapa sunyinya hidup selepas ayah pergi.” Jawapan yang sangat menyesakkan dada Nana. Betapa rasa bersalah memenuhi dadanya saat ini.
“Nana susahkan hati mak ke selama ni?”
“Mak kenal anak mak, Nana berubah sekejap sebab ada ujian yang terjadi. Tapi mak lega tengok Nana dah jadi anak mak yang dulu. Tak apalah mak susah hati sekejap asalkan anak mak sentiasa bahagia.”
Jeda.
“Biasalah kalau kita tersilap jalan sikit. Asalkan mahu berubah, semua tu tak jadi masalah dah.” Sambung Puan Sharifah.
“Nana minta maaf mak, Nana lupa yang Nana ada keluarga yang lebih baik dari seorang lelaki yang baru Nana kenal.”
“Jangan fikir lagi. Kami semua ada untuk Nana.” kepala Nana yang berada diribanya diusap lembut. Kasih sayang untuk ketiga-tiga cahaya matanya tak pernah berubah walaupun apa yang terjadi. Itulah racun, itulah penawar.
“Baru-baru ni Nana ada minta sambung belajar, Allhamdulilah dah diterima. Bolehkan mak, Nana sambung belajar.” perlahan Qistina berbicara. Berita gembira yang sampai beberapa hari lalu membuatkan dia kembali hidup dari kecewa.
Cukuplah dia membuang masa begitu sahaja beberapa bulan yang lepas. Sekarang dia mahu bangun dan memulakan hidup baru sebagai wanita yang lebih tabah. Yang boleh membanggakan mak dan keluarga.
“Baguslah, sekurang-kurang terisi juga masa yang ada ni. Tak adalah mak tengok asyik benar mengulit novel cinta yang tak pernah nak betul tu bila tak pergi kerja.”
 “Itukan minat Nana” Nana sudah mula mencebik bila Puan Sharifah mengulas tentang minatnya yang sangat mendalam pada dunia penulisan. Mak ni suka sangat mengutuk dia tak berpijak dibumi yang nyata. Novel tu lagi banyak angan-angan dan kisah dongeng dari realiti hidup. Tapi mak lupa yang kadang-kadang orang menulis berdasarkan pengalaman hidup seseorang.
“Bila mula belajar?”
Soal Puan Sharifah bila perasan ada bunga-bunga tidak berpuas hati diwajah Nana. Faham benar dengan hati anak daranya yang sangat sensitif kalau ditegur berkenaan minatnya. Jadi lebih baik dibawa ke topik yang lebih selamat. Tak ada salah pun dengan hobi Nana tu!
“Bulan tujuh nanti.”
Puan Sharifah mengangguk. Sekarang dah bula Jun, maknanya tak sampai sebulan lagi. Tapi bila difikirkan balik, itu yang terbaik dia hanya menurut. Biarlah Nana terus belajar kalau itu yang dia mahu.
“Macam nilah anak mak, orang yang kuat semangat. Bukan perempuan yang lembik bila kena tinggal dengan lelaki. Mak sokong Nana. Nanti kita buat kenduri sikit. Doa selamat untuk Nana dan arwah ayah.”
“Terima kasih mak.”
“Belajar betul-betul. Jangan malukan mak. Mak dah tak sabar nak pakai topi senget lagi. Boleh suruh along belikan bunga besar untuk kita.” tersenyum Nana mendengar impian Puan Syarifah Nur. Mak ni, anak keluar dari Politeknik pun dah bangga habis, suka betul dapat pakai jubah dan topi konvokesyen.
“InsyaAllah.”
“Lepas ni jangan sedih-sedih lagi. Walau apapun yang terjadi, ingat yang Nana ada keluarga yang sentiasa menyokong Nana untuk terus berjaya.”
Terus dipeluk tubuh Puan Sharifah. Ya Allah, terima kasih atas kurniaan seorang ibu yang sangat memahami untukku.