Thursday 17 July 2014

Puzzle (Bab 2) ~ N Husna

RUANG bilik yang selalunya luas dan selesa rasa macam sempit dalam gua. Susuk tubuh wanita separuh abad di hadapan mata dia pandang endah tak endah. Lenanya sejak petang tadi terganggu dek suara nyaring yang tiba – tiba muncul.
            “Don’t play around, Ain Izyani. Mummy tak nak tengok Ain bring in all those kind of stuffs lagi.”
Suara mummy bingit menyapa gegendang telinga. Dia garu kepala sambil duduk terkangkang atas katil. Lengan t – shirt yang sudah sedia pendek dia tarik lagi ke bahu. Rimas!
            “What stuff? It’s just a DVD… Ain tak rosakkan harta benda lain dalam rumah ni lah!” Badannya di jatuhkan ke atas katil. Bantal yang tersusun kemas di atas katil dia tarik ke badan.
            “Ini bukan DVD untuk ilmu – ilmu. This junk! You better watch out! Cuba dengar cakap mummy sekali ni. Stop doing this. Mana ada anak perempuan orang lain melanguk atas tembok macam budak lelaki. Wearing short macam mummy tak ada duit nak belikan Ain skirt…”
            “Ain tak cakap mummy tak ada duit.” Dia jawab pantas. Rimas! Terlalu banyak skirt dalam almarinya sehingga dia jadi malas untuk cuba pakai biar sekali. Bermuda baginya lebih menyelesakan dan memberi ketenangan. I can feel the air! Freedom!
            “Menjawab. Haish! Tak tahulah mummy nak cakap macam mana dengan Ain ni. Ain jangan tak tahu mummy knew where you go when I’m not around…” Suara mummy dia biar berlalu macam angin malam diluar tingkap. Kalau tahu mummy akan pulang awal tadi, sudah pasti dia sempat menghilangkan diri ke park atau mungkin ke Junky Street melayan minda sambil meneguk air berbotol hijau itu dengan tenang.
            “Behave your self, Ain Izyani…”
            “Hmm…” Kembang suaranya di bawah bantal. Dentuman halus bukti pintu biliknya sudah tertutup rapat. Dia lihat dengan mata sebelah daripada balik bantal. Enough lecturing! Cair eardrum aku! Dia membebel sendiri.
            Siling bilik yang kemas berwarna putih dia tenung dengan tangan memeluk erat bantal. Kakinya dia depakan memenuhi ruang katil. Suara mummy di luar masih dengan bebelannya. Untung kalau mummy ada kat rumah, rumah tak sunyi. Tapi, kalau tak ada mummy lagi dia rasa heaven. Untung sabut juga malam ini sebab daddy tak ada. Kalau untung batu, tenggelam hanyut dia dek bebelan dan leteran yang terlalu panjang berjela.



POKOK sena sebatang yang tegak berdiri dia jadi tempat berteduh. Peluh meleleh di dahi dia kesat dengan tuala kecil yang tadi tersangkut erat di poket seluar. Missy masih asyik dengan airflare nya sambil diperhatikan oleh Dayn. Syed asyik dengan skull candy kemas dikepala sejak tadi. Badan mamat seorang tu pun kering daripada peluh. Mood swing tahap dewa lah tu!
            “Anne… Ikut battle next week?” Suara Abi buat dia berkalih duduk sedikit. Memberi ruang untuk temannya melabuhkan punggung.
            “Battle?” Dia tanya pelik. Macamlah pulak Dayn tak inform pape. Selalu dia jadi senarai teratas dapat tahu bila clan ada battle.
            “Mesti Dayn tak inform ni… Besok! Dengan Firedriff… 8.30 kat carpark…
Tangan lelaki itu sibuk meneguk air yang tinggal separuh. Ain angguk kepala faham. Esok? Kalau line clear, conform dia muncul!



            “Mak Jah! Ain keluar!!!!!!” Dia jerit sampai naik bergetar anak tekak buat Mak Jah yang masih sibuk di dapur. Jam dinding rumah baharu menginjak ke pukul 7.30 pagi. Namun, kakinya sudah gatal untuk menapak keluar. Mummy dan daddy sudah cukup awal keluar daripada rumah.
            “Ain nak pergi mana?” Laungannya bersambut. Terjenguk – jenguk kepala Mak Jah muncul di ruang pintu dapur. Dia angkat bag pack sambil senyum nampak gigi.
            “Park!” Sepatah dia jawab sebelum diri menghilang memecah sunyi jalan yang masih belum ada kesan tayar kereta biar matahari sudah mula naik.



            “Manalah Dayn ni?” Suara Syed mengeluh panjang sehasta. Ain sengih buat – buat tak faham. Run This Town – Jay – Z feat Kanye dan Rihanna berlagu memecah sunyi pagi. Menggantikan cicipan burung dengan dentupan lagu. Firedrift sibuk dengan aksi – aksinya di atas dataran batu. Sesekali Missy turut sama beraksi menunjukkan gaya.
            Ain ikat tali kasut sebelum kakinya melangkah ke arah Missy. Perlahan – lahan tapak tangan kanannya menapak di atas dataran batu. Run This Town semakin kuat kedengaran di anak telinga. Jelas, tangan Aban, salah seorang Firedrift’s crew yang menambah volume lagu. Missy tengok sambil tarik senyum sumbing. Anne and her air freeze is super whao! Tiga pasang mata milik Firedrift crew turut sama memerhati.
            Tak lama, Aban turut sama tunjuk aksi hebat air freeze nya. Syed sudah bersorak memulakan kebisingan Teen Park yang pagi itu bagaikan milik mereka.



SOFA berkembar dua jadi tempat dia merehatkan tubuh yang terasa kepenatannya. Habis sahaja battle, terus dia menapak ke rumah. Crews yang lain masih setia di atas park. Melontarkan bakat pada tembok konkrit yang dibina khas untuk mereka mengekpresikan bakat diri. Tadi Dayn datang dengan aerosol spray yang entah berapa banyak dia sendiri tidak ambil kisah. Bagi dia, break dancing is yes, but graffiti is absolutely NO. Cukuplah sekadar dia lepas gian atas drawing paper walau orang kata sangat childish.
            DVD Planet B – Boy yang dia campak atas meja kopi dia tarik perlahan. Terbayang trailer yang dia tengok di youtube semalam. Mummy masih tak kelihatan biar hari sudah menginjak ke petang. Hari Sabtu pun tak wujud kat rumah. Harap rumah besar, apa pun tada! Dia bebel dalam sendiri. Kelibat Mak Jah pun dia tak nampak sejak daripada balik tadi. Kaki kirinya dikedepankan, menekan punat open pada DVD player. Untung Pak Man keluar, kalau tidak mahu kaki dia kena ketuk dengan remote controller. Tapi dia tetap tak serik – serik buat perkara yang sama. Kata hati, tak trill lah nak ikut sangat peraturan! Life is freedom, we do what we want to do!



            “Nah! Yours…” Suara Dayn macam kedengaran sayup – sayup di hujung telinga. Dia sengih tengok DVD Planet B – Boy yang sudah bertukar tangan. Bukan senang nak dapat DVD sekeping itu daripada Dayn. Dekat lima – enam kali jugalah dia buat misi pujuk – memujuk.
            “Bagi? Serious?” Dia tanya tak percaya. Senyum dah tertarik ke hujung telinga. Kalau senyum tu boleh sampai ke belakang kepala, mungkin dah lama sampai agaknya.
            “Iyelah… Serious…” Dayn cakap sambil buat muka.
            “Kau serious ke tengok ni? Dulu aku nak bagi, kau tak nak pulak. Kenapa tetibe teringin? Apa malam tadi mimpi vagabond ke?”
Dayn mengusik sambil tangan mula mengoyak kertas pembalut Cardbury. Dia hulur pada Ain sebelum tangan mematah untuk diri sendiri. Ain geleng.
            “Kinda like teringinlah macam tu…”
Dia angkat kening kiri. Tengah hari Sabtu macam ni, memang masa sesuai untuk dia duduk bertenggek atas tembok Teen Park dengan Dayn sambil makan apa – apa coklat yang Dayn sambar daripada rak 7 Eleven yang dia selalu singgah sebelum menapak ke Teen Park.
            “Battle dengan firedriff last week tu, amacam? Aku dengar kau buat Reff jar down…”
Ain sengih dengar ayat yang keluar daripada mulut Dayn. Jar down? Statement macam dia hebat sangat.
            “Tak ada pun jar dia down. Maybe sebab dia tak rasa aku boleh buat trick yang dia nak tu kot… Kau? Apasal tak datang?”
            Dayn buat juling mata. “Dia minta kau buat trick apa?”
            “Joget lambak?”
Ain pecah gelak. Teringat muka Reff bila dia mula buat langkah menari joget sambil badan mula buat flare atas dataran konkrit. Dia sendiri gementar sebenarnya tapi untung sabut dia buat penuh gaya.
            “Tangan kau tak luka?”
Soalan Dayn buat Ain kerut kening. “Kau tau aku buat trick apa ke?” Dia tanya pantas. Seingat dia yang ada petang itu cuma Syed dan Missy. Dan kini Syed sedang berada di atas bumi kangaroo, menyelesaikan tugasnya sebagai seorang freelance photographer. Untung mamat seorang tu, kawan dia yang duduk jauh beribu batu sanggup support duit flight sebab nak dapat hasil tangan emas untuk gambar nikah – kahwin. Missy dia dah pesan cakap jangan cerita walau satu ayat pada Dayn. Dayn sangat marah kalau dia buat flare depan Reff, dia sendiri tak tahu sebab apa. Takkanlah…
            “Reff…”
            Hah! Sudah! Dia membebel dalam hati. Telinga sudah mula bersedia dengan apa jua ayat yang bakal keluar daripada mulut Dayn.
            “Kan aku dah pesan jangan buat flare depan mamat tu… Kau terlupa ke kau sengaja lupa, Anne?”
Ada kerutan di dahi pemilik rambut hijau ala – ala Billie Joe Armstrong itu. Ain tunjuk gigi. Speechless…
            “Apasal kau tak suka sangat eh bila aku buat flare depan Reff?”
            “Sebab aku tak suka”
            “Itu je?” Ain tanya lagi. Dia jadi kurang puas hati bila setiap kali flare menjadi topik. Depan crew lain boleh pulak Dayn bagi dia angkat kaki buat flare tapi depan Reff berjuta – juta ayat keluar dia membangkang.
            Dayn di sebelah kelihatan kurang selesa. Dia tarik nafas dalam. “Reff tu mata dia macam shark. You won’t ever know what he is looking on…”
            “Missy pernah aje buat flare depan Reff?” Dia tanya lagi. Tak puas hati.
            “Missy is not a girl on his eyes you know?”
Ain senyap. Mata Dayn menerawang membelah ruang luas depan mata. Tengah hari memang tak akan ada orang turun park. Memang ini masa dia dengan Ain. Masa yang dia memang akan turun duduk bertenggek atas tembok besar tu sebab dia tahu Ain akan ada mengisi masa hujung minggunya.
            “Okay… Lets drop it here… Kau? Boleh pulak mixed joget lambak dengan flare? Mana dapat?”
Dia mula tukar tajuk. Cari alasan untuk terus berbual.
            “Aku?” Ain tarik senyum. “Kata anak Johor…” Dia sambung jawab. Aura macam anak melayu langsung – langsung.
            “Kau nampak je aku macam gadis England tapi jiwa aku melayu lagi, okay…” Dia cakap macam faham apa yang berlegar lalu dalam benak Dayn. Dayn sengih. Anak melayu memang tetap anak melayu.
            “Ye je anak melayu, kain batik tak boleh pakai!”
Pap! Melekat tapak tangan Ain atas bahu Dayn. Kutuk lagi title anak melayu aku! Hambek kau!
Kain batik? Jangankan dia, perempuan yang fully girlish zaman sekarang pun belum tentu pakai kain batik. Sekarang semua main skirt. Gaya macam dah tak ada kedai kain kat Malaysia ni. Pendek lain macam!
            “Anak melayu tak suka pukul orang!”
Dayn cakap dengan gelak seiring.
            “Habis tu? Nak terajang?”Anne balas laju.

Cakap dengan Anne, memang dialah pemenang. Itu Ain Izyani yang dia kenal.

Tuesday 15 July 2014

Jodoh Depan Mata (Bab 3) ~ Nur Safiyyah

Hari ini aku berniat mahu mengulangkaji pelajaran di perpustakaan. Selepas habis kelas terakhir hari ini jam 5 petang tadi, aku terus bergerak ke bahagian bawah perpustakaan dengan kak Sarah. Malas rasanya mahu pulang ke bilik. Tambahan pula, kami tidak boleh bersolat. Jadi, tidak perlu tergesa-gesa mengerjakan solat asar. Kami berbincang mengenai subjek kegemaranku iaitu Kimia. Memandang pembelajaran hari ini agak laju, ada banyak tajuk-tajuk kecil yang aku kurang faham. Leka menelaah sehingga kami tidak perasan jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Tiba-tiba muncul Fadzli dan Haris di celah-celah rak buku. Mereka bergerak ke arah meja kami. Aku dan kak Sarah ketika itu mengemas-ngemas buku dan pen yang berselerak.
“Rajin betul kau orang study group,” Haris dari jauh bersuara. Fadzli sudah pun melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi berdekatan kami. Rupanya mereka datang untuk meminjam buku.
“Syira, rambut kau paras pinggang eh?,” tangan Fadzli menunjukkan paras pinggang. Tiba-tiba sahaja dia bersuara.
“Mana kau tahu?,” aku bingung. Walaupun aku ni taklah baik sangat tapi aku masih memakai tudung. Seinggat aku, waktu kecil-kecil dulu waktu main dengan dia memang aku tak pakai tudung. Takkan dia ingat lagi kot. Kalau dia ingat pun mana sama dengan sekarang.
“Tudung kau jarang. Nampak rambut kau. Pakailah anak tudung,” nadanya rendah menasihati aku. Mungkin dalam benak fikirannya aku seolah-olah seperti tidak memakai tudung.
“Malaslah. Panas,” ringan mulut aku menjawab. Jauh di sudut hati aku rasa tak selesa diperkatakan sebegitu. Tapi pakaian aku memang tak menepati syarat pun. Padanlah kena tegur macam tu. Kena tegur baru nak rasa malu. Alahai Syira.
“Panas lagi api neraka,” pedih telinga aku mendengarnya. Bajet aku tak tahu semua itu agaknya.
“Kau lelaki, bolehlah cakap. Cuba kau jadi perempuan,” aku menjawab dengan nada yang rendah. Aku lihat Fadzli mengeleng-gelengkan kepalanya. Aku buat endah tak endah. Dia angkat kaki menolong Haris mencari buku rujukan yang sepatutnya.
Fadzli ni memang kepoh sikit. Banyak mulut. Tetapi masih menghormati orang lain. Cuma kadang-kadang mulutnya terlebih laser. Cakap pakai lepas je. Dia tidaklah alim sangat tapi ada didikan agama daripada orang tuanya. Sebab tu kadang-kadang di macam ustaz sikit. Aku pun diberi didikan agama oleh orang tuaku. Cuma soal aurat aku kurang menitik beratkan. Bukan apa, dah terbiasa begini.
“Fadzli tu memang macam tu ye sejak dari sekolah?,” kak Sarah bertanya sewaktu kami bergerak ke bilik masing-masing.
“Macam tu? Macam tu macam mana?,” aku tidak dapat menangkap kata-kata kak Sarah.
“Macam tadi. Nasihat kan Syira masa kita kemas buku tadi,” kak Sarah menerangkan. Ah, tension je aku dengar.
“Oh, macam tadi. Taklah, dulu masa sekolah menengah kita orang tak rapat pun. Masa kecil-kecil selalu main sama-masa tapi bila dah besar kita orang buat hal masing-masing,” kalau ikutkan hati malas aku nak terangkan kat kak Sarah. Tapi nanti dia salah faham pula.
“Tapi akak tengok dia ambil berat pasal Syira lah. Akak tengok dia selalu nasihat Syira tapi dengan orang lain biasa je,” kak Sarah memandang aku dengan senyuman.
“Ala, dia tu mengada-ngada. Bajetlah tu. Lagipun kita orang kan dah kenal dari kecil tu yang dia selamba nak tegur. Kalau dengan orang lain dia malu kot. Malu-malu kucing. Meow,” aku berseloroh. Tidak mahu kak sarah berfikiran bukan-bukan.
“Macam-macamlah kamu ni Syira. Akak masuk bilik dulu. Esok kita jumpa,” kami melambaikan tangan masing-masing. Macam nak pergi jauh je gayanya. Bilik kami berlainan blok tapi jalan untuk ke blok aku mesti melalui blok kak Sarah. Sebab tu kami selalu balik bersama.
“Syira,” kak Sarah memanggil aku yang sudah mahu bergerak ke bilik. Aku menoleh kak Sarah.
“Tak salah rasanya kamu dengar cakap Fadzli tu,” kak Sarah mengangguk dan berlalu pergi. Sepanjang perjalanan ke bilik aku memikirkan kata-kata kak Sarah.
“Lambat balik hari ni Syira,” Farahin bertanya apabila kami berselisih di luar pintu. Farahin membawa bajunya untuk dibasuh.
“Tadi pergi perpustakaan. Tu yang lambat balik. Basuhkan baju aku sekali boleh tak,” aku bergurau. Laju dia menggeleng.
“Syira, tu ada bungkusan untuk kau. Ada orang letak di luar bilik kita. Waktu aku balik tadi memang dah ada depan pintu,” Fizah menunjukkan bungkusan di atas katil aku.
“Siapa yang bagi ni?,” soalku.
“Tak tahulah siapa yang bagi. Tak ada nama kat bungkusan tu. Secret admire kot,” dia meneka. Berdebar-debar aku nak membuka hadiah ni. Dah lama tak dapat hadiah macam ni.
“Bukalah cepat,” Fizah tak sabar-sabar mahu aku membuka bungkusan itu. Dia yang tadinya melipat baju terus duduk dibirai katil aku.
“Sabarlah. Nak bukak lah ni,” aku pun tak sabar nak tahu apa yang ada dalam bungkusan ini. Maklumlah, bukan selalu dapat hadiah. Dah lah cantik bungkusannya.
“Rasanya orang yang bagi hadiah ni mesti budak kat sini juga. Kalau orang luar mesti dia hantar melalui pos,” Fizah mengeluarkan teorinya dan aku bersetuju. Bungkusan dah pun siap di buka. Perlahan-lahan aku buka kotak kecil ini. Agak berat juga kotak ni.
“Makkkkkkkkkkkkkkkk!,” kami berdua menjerit-jerit. Kotak tadi aku campak entah kemana. Hadiah yang aku dapat ialah sekumpulan katak. Aku dah dapat teka siapa punya angkara ni. Kurang ajar kau Tasha.
“Syira, katak tu pergi bawa meja kau. Cepatlah buang. Aku geli,” Fizah sudah berada di atas katilnya. Cepat betul dia melarikan diri. Katak-katak tadi aku tolak menggunakan penyapu. Ada tiga ekor kesemuanya.
“Kenapa kau orang menjerit-jerit ni?,” Farahin yang sibuk membasuh tadi pun boleh dengar jeritan kami. Tina dan Nadirah pun masing-masing keluar dari bilik untuk melihat apa yang terjadi.
“Mana datang katak-katak ni?,” soal Farahin. Dia agak terkejut melihat katak yang melompat-lompat melarikan diri.
“Ada orang hantar,” aku menjawab pendek. Sekarang fokus aku cuma untuk menghalau katak yang masih melompat-lompat riang dalam bilik kami.
“Meh aku tolong kau. Bagi aku penyodok tu,” Farahin membantu aku menghalau katak-katak tadi. Harap-harap katak tadi tak masuk ke bilik orang lain. Haru nanti di buatnya. Fizah sudah pun turun dari katilnya.
“Siapa yang hantar ni Syira?,” soal Farahin lagi. Dia tidak jadi meneruskan basuhannya. Tangannya masih terlekat buih-buih sabun.
“Nanti malam aku cerita. Aku nak mandi dulu,” aku memberi alasan kerana aku betul-betul letih. Tadi dah lah balik lambat. Lepas tu boleh pulak dapat kejutan macam ni. Menyirap betul darah aku. Kotak dan bungkusan yang digunakan untuk mengisi katak tadi aku  kutip. Ada tulisan di dalam kotak tadi.
Ini baru permulaan Syira. Kau takkan aman dekat sini. HAHA!
“Sah ini kerja si Tasha,” aku mengomel sendiri. Kotak dan bungkusan tadi aku buang. Sakit betul hati aku. Aku mandi dan berehat selepas itu. Memandangkan aku tidak boleh solat aku hanya mendengar bacaan al-Quran Farahin dan Fizah. Rasa tenang sedikit apabila mendengar ayat-ayat al-Quran waktu-waktu macam ni.
“Syira kata nak cerita pasal katak tadi,” lamunan aku terhenti apabila Farahin mengingatkan aku perihal tadi. aku bangkit dari katil dan mendekati mereka yang masih bertelekung di tengah-tengah bilik.
“Katak tu sepupu aku yang hantar,” aku memberitahu mereka dengan malas.
“Kau ada sepupu ke kat sini? Tak pernah bagitahu pun. Kenapa dia buat kau macam tu?,” Fizah menyoalku bertalu-talu. Aku memang tak pernah bagitahu perihal Tasha kepada orang lain melainkan kak Sarah.
“Nama dia Natasha Ameera. Kita orang tak rapat. Lebih tepat, dia tak suka aku. Aku pun tak suka dia. Sebab tu dia bagi aku hadiah katak,” aku menjawab dan meletakkan kepalaku si riba Fizah.
“La, Tasha. Aku kenal dia. Dia satu kuliah dengan aku. Aku pun tak berkenan dengan dia. Gedik sangat. Tak sangka kau orang sepupu,” celoteh Farahin. Mukanya kelat. Dia pun meletakkan kepalanya di riba Fizah.
“Ish, tak baik cakap macam Farahin,” Fizah menegur Farahin. Kepala kami diusap perlahan.
“Kenapa dia tak suka kau dan kau tak suka dia,” Fizah menyoal lagi. Masing-masing nak tahu pasal Tasha secara detail.
“Dia tak suka aku sebab aku ni miskin, tak kaya macam dia. Lagipun mak dia nak tanah yang bapak aku dapat, padahal nenek aku dah bagi dia tanah lagi besar. Dan aku tak suka dia sebab dari kecil aku dengan aku kena telan caci maki dia. Macam anjing kurap dia buat kami,” aku menjawab jujur. Suara aku agak keras dan marah.
“Sabar Syira. Tak rugi jadi orang yang sabar,” Fizah mengelus rambutku. Dia cuba menenangkan aku yang sudah mula marah.

“Tak apa Syira, kami kan ada. Jangan layan sangat dia,” Farahin pula menambah. Azan berkumandang menandakan waktu isyak sudah masuk. Aku bangkit ke meja belajar dan membuat tutorial yang masih belum berjawab. Fizah dan Farahin pula solat isyak berjemaah.

Friday 11 July 2014

Tiga Hati Dua Cinta (Bab 3) ~ Chrysalis

Tay Ken Lee mundar-mandir di pintu pagar sekolahnya. Sekejap-kejap dipanjangkan lehernya memerhati bas-bas sekolah yang berhenti mengambil penumpang di hadapan sekolahnya. Terdengar siulan-siulan kecil dari rakan-rakan sekolahnya setiap kali ada bas berhenti di hadapan mereka. Nak mengorat awek la tu, detik hati Tay Ken Lee. Tiba-tiba namanya disebut lantas menyebabkan dia menumpukan perhatian kepada dua orang rakan yang menaiki bas yang sama dengannya.
‘Ken, hang rasa tu budak sekolah mana?,’ tanya Imran, rakan Melayu tetapi memiliki wajah chinese look dengan kulit yang putih melepak.
Tay Ken Lee atau lebih senang dipanggil Ken itu hanya menjungkitkan bahu. Malas nak ambil tahu.
Oi Imran, hang tanya sama Ken buat apa? Baik hang tanya aku saja. Ken ni apa pun dia tarak tau lor,’ sampuk Alvin sambil tersengih. Imran hanya tergelak mendengar komen Alvin. Memang tidak dapat dinafikan Ken agak lambat dalam soal-soal macam ini. Almaklumlah, top scorer lah katakan.
‘Aku rasa mereka itu mesti budak TMGS atau Hua Lian. Melayu dengan India mesti budak TMGS, yang cina pula TMGS atau Hua Lian lor.,’sambung Alvin lagi.
‘Tak syokla macam tu. Kita budak Georgie, mesti mau dengan budak Convent..TMGS boleh pi dengan K.E maa,’ ujar Imran terikut-ikut lenggok dan gaya budak cina bercakap.
Ken hanya terdiam mendengar celoteh Imran dan Alvin. Tetapi hatinya turut tertanya-tanya, siapa pula yang memandai-mandai buat peraturan macam itu? Budak sekolah Georgie mesti dengan budak sekolah Convent? Tak masuk akal langsung! ‘Hurm, gadis hello tu mesti budak TMGS,’ getus Ken. Tiba-tiba dia teringatkan kejadian pagi tadi.
Walaupun dia sedang tidur, namun Ken dapat merasakan ada gerakan pada beg sekolahnya dan telinganya juga dapat menangkap bunyi ‘ Er..Hello..hello,’. Ken hanya membiarkan sahaja kerana dia benar-benar mengantuk kerana dia study sampai pukul 3 pagi untuk kuiz Kimia yang akan diadakan pada hari ini. Tiba-tiba gerakan di beg sekolahnya lebih kuat dan perkataan ‘Hello’ itu juga semakin tinggi nadanya. Ken yang terkejut lantas membuka matanya.
 Niat untuk memarahi orang yang menganggu tidurnya itu mati begitu saja saat terpandangkan mata yang berwarna coklat jernih itu. Pada waktu itu, ada satu perasaan aneh meresap ke dalam jiwanya dan Ken benar-benar berharap yang momen itu akan berkekalan tanpa ada sebarang gangguan. Sempat dia memerhatikan keindahan gadis dihadapannya itu. Raut wajah yang comel tetapi sedikit chubby, dengan alis mata yang lentik, hidung yang sederhana mancung dengan kulit yang putih kemerah-merahan. Ken tidak pasti berapa lama dia dan gadis melayu itu saling berpandangan. Namun, dia tersedar apabila merasakan bas sudah mula bergerak. Bingkas dia bangun sambil menjerit meminta pemandu bas memberhentikan bas kerana dia hendak turun. Ketika sedang kelam kabut turun dari bas juga, Ken masih sempat memandang ke arah gadis melayu itu. Entah kenapa, tetapi ada sesuatu yang membuatkan dia ingin terus memandang wajah tersebut. Apabila bas mula bergerak, dia tetap mendongak memandang gadis tersebut dan hatinya seolah-olah sedang membuat summersault apabila gadis tersebut turut merenung ke arahnya.
Woi..woi..Ken..Ken..hang ni dah hanyut pi mana pulak dah?,’ soal Imran sambil memetik jarinya berulang kali di muka Ken.
‘Hari ni, Ken agak sengal sikit. Asyik termenung lepas tu tersenyum seorang diri..sama ada dia demam atau dia ingat sama awek dia,’ ujar Alvin sambil tangannya memegang dahi Ken. Imran pula sudah ketawa berdekah-dekah.
Secepat kilat Ken menepis tangan Alvin dan hatinya berdebar-debar sebaik sahaja terpandangkan bas 707 yang sedang bergerak menuju ke arahnya. Kelam kabut Ken membetulkan bajunya dan merapikan rambutnya. Ken langsung tidak mempedulikan pandangan pelik yang dilemparkan oleh dua orang sahabatnya itu. Dia cuma mahu kelihatan presentable kerana Ken yakin yang gadis ‘Hello’ itu ada di dalam bas itu.
Apabila dia berada di dalam perut bas, serta merta matanya mencari gadis hello itu. Ken tersenyum apabila tekaannya tepat kerana dilihatnya gadis itu sedang rancak berbual dengan rakan disebelahnya. Jauh disudut hatinya, Ken merasakan yang gadis hello itu tidak lagi mengingati kejadian pada pagi tadi. ‘Ah, aku ni separuh nak mati teringatkan dia, langsung tak dapat menumpukan perhatian dalam kelas. Dia pulak santai saja bergelak ketawa,’ monolog Ken sambil mengambil tempat di hadapan gadis hello itu. Walaupun membelakangi gadis tersebut dan rakannya, Ken masih dapat mendengar butir-butir perbualan mereka.
Agak lama dia mendengar dengan setia setiap perbualan gadis dibelakangnya itu. Akhirnya, tanpa berfikir panjang, Ken terus sahaja berpusing menghadap gadis hello itu. Dilihatnya gadis tersebut sedang tunduk membaca sesuatu. ‘Ah, timing tak betul pulak,’ Dari ekor matanya, Ken dapat melihat Imran dan Alvin yang terpinga-pinga memandangnya dan rakan gadis hello itu pula terlopong memandangnya. Ken dapat melihat yang Alvin sudah pun bergerak menuju ke arahnya manakala Imran sudah ketawa terbahak-bahak. Ken sudah mula berura-ura untuk bangun dari situ, namun pada saat itu jugalah, gadis itu mengangkat wajah memandang ke arah Ken.
‘Hello’, itu sahaja yang mampu diungkapkan oleh Ken. Satu perkataan yang simple namun memberi impak yang besar kepadanya. Disebabkan perkataan itulah, Ken tidak senang duduk, tidak dapat menumpukan perhatian, asyik teringatkan gadis di hadapannya ini dan perkataan itu juga yang membuatkan hatinya berbunga dan terbuai dengan satu perasaan yang indah.
‘Tay Ken Lee! Oh, ini ye kerja kau..mengorat anak orang, patutlah kau lain macam betul hari ini. Tersengih seorang diri dan asyik mengelamun sahaja,’ sergah Alvin di dalam bahasa kantonis. Merah padam muka Ken mendengarkan kata-kata Alvin itu. Nasib baik gadis di hadapannya ini tidak faham, kalau tak kat mana dia nak sorokkan muka. Cepat-cepat Ken bangun dan menuju ke bahagian belakang bas namun sempat juga dia melirik ke arah name tag yang dipakai oleh gadis hello itu.
‘Ken dah jumpa Barbie..,’ ujar Alvin sambil tersengih.
‘Pastu buat drama Hindustan..Dil To Pagal Hai,’ sambung Imran sambil memberikan high five terhadap Alvin. Usikan oleh Alvin dan Imran tidak dipedulikan langsung oleh Ken. Hatinya berkeras untuk terus memandang gadis hello itu tetapi apabila menyedari yang rakan gadis itu memerhatikannya, dimatikan langsung hasratnya itu.
Dari ekor matanya, Ken perasan yang Dhiya sudah pun menepuk dahinya dan di saat itu, Ken yakin yang Dhiya sudah pun mengingati kejadian pagi tadi.
‘Dhiya Kamila, you had me at hello,’ bisik Ken perlahan sambil tersenyum.

‘Saya pelik la dengan apek cina tu,’ Dhiya yang sedang leka membuang pandang ke luar tingkap menoleh ke arah Malarvili.
‘Hmm?,’ ujar Dhiya sambil menangkat kening kerana dia tidak dapat menangkap butir pertanyaan Malarvili itu.
Tu..apek cina tu..dia asyik pandang awak aje la,’ Malarvili menjuihkan bibirnya ke arah seorang budak lelaki yang sedang duduk di kerusi kayu berdekatan dengan pemandu bas.
Dhiya melemparkan pandangan ke arah yang ditunjukkan oleh Malarvili. Elok saja pandangannya bersatu dengan budak lelaki tersebut, cepat-cepat budak itu melarikan pandangannya.
‘Perasaan awak sajalah..mana ada apek tu pandang kita pun,’ Muka Dhiya sudah mula blushing tatkala menyedari yang apek itu sebenarnya adalah Tay Ken Lee.
‘Dia tak pandang kita tapi dia pandang awak’
‘Mana adalah..awak sahaja yang terlebih perasaan,’ ujar Dhiya menutup malu.
‘Mesti ada something yang jadi kan..awak mesti kenal dia kan?..kalau tak kenapa muka awak merah-merah ni?,’ serkap Malarvili.
Setelah digesa berkali-kali oleh Malarvili, akhirnya Dhiya menceritakan kejadian yang berlaku pada dua minggu lepas. Habis kesemuanya diceritakan kecuali tentang perasaannya yang berdebar-debar setiap kali terpandangkan Tay Ken Lee.
‘Baru sekarang awak cerita pada saya?! Awak ni memang teruk tau Dhiya!,’ lantas dicubitnya lengan Dhiya.
‘Aduh, hish…apa ni cubit-cubit? Sakitlah..,’
‘Lain kali terus cerita, jangan tunggu-tunggu..kalau tidak siap!’ Warning Malarvili sambil  berpura-pura mencubit Dhiya.
‘Eh, habis tu apa lagi yang jadi?’ sambung Malarvili kemudiannya.
‘Habis tu, three lah,’ sakat Dhiya namun dia cepat-cepat menyambung apabila tangan ketam Malarvili mula menjalar di lengannya. ‘Itu aje la, takde apa-apa dah..cuma saya perasan yang dia asyik pandang je lah,’
‘Oh, perasan pun..tadi tu pura-pura ajelah yer..memang perempuan melayu terakhir betul,’ usik Malarvili sambil tersengih.
‘Habis tu, takkan saya nak tergedik-gedik dengan dia pulak..tolonglah,’ jegil Dhiya.
‘Haha..tapi kan, awak rasa kenapa apek tu asyik pandang awak je ye?,’
‘Hurm..entah-entah dia marahkan saya kot? Mana tahu dia terkejut beruk ke masa saya kejutkan dia hari tu..mungkin dia tak suka kot..,’ ujar Dhiya risau. Risau sekiranya andaiannya itu betul. Mana nak diletakkan hati dan perasaannya yang rancak menari irama twist itu.
‘Saya rasa apek tu dah sukakan awak,’ Malarvili memerhatikan riak wajah Dhiya yang sudah bertukar kemerah-merahan itu. Sambil tersenyum dia menyambung, ‘Nak tahu kenapa saya cakap macam tu? Sebabnya dia pun blushing bila awak pandang muka dia, lepas tu dia cepat-cepat melarikan pandangan dia,’ ujar Malarvili sambil bangun mengangkat beg.
‘Oklah Dhiya, dah sampai rumah saya dah tu..jumpa esok ye..bye bye,’

Dhiya langsung tidak mempedulikan lambaian Malarvili itu. Walaupun, matanya memandang kelibat Malarvili namun perasaannya hanyut dan telinganya terngiang-ngiang ‘Sebabnya dia pun blushing bila awak pandang muka dia, lepas tu dia cepat-cepat melarikan pandangan dia’ Entah kenapa, Dhiya tiba-tiba menjadi girang dan bahagia sekali.

Wednesday 9 July 2014

Jodoh Depan Mata - Bab 2: Nur Safiyyah

Awal-awal pagi lagi riuh suasana aras blok aku. Rasanya semua orang sangat teruja nak memulakan sesi pembelajaran. Biasalah kalau awal-awal macam ni. Nanti dah lama-lama mesti tak seriuh hari ini. Terpaksalah aku beratur lama untuk menunggu giliran mandi. Selepas bersarapan air milo dan biskut kering, kami bertiga bergerak ke kelas masing-masing. Rasa malu pun ada sebab semuanya orang baru yang tak dikenali. Ada beberapa rakan kelas yang sudah pun berada di kelas. Sempatlah kami berkenalan.
Seperti biasa, di awal sesi kami diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing. Terasa macam zaman sekolah rendah pula. Tapi bagus juga sesi kenal diri, senang sikit nak tahu nama. Kalau tak, ada yang berhoi-hoi pulak. Tapi dalam banyak-banyak orang dalam kelas, aku macam kenal seorang.
“Assalamualaikum, nama saya Mohamad Fadzli bin Arif. Boleh panggil Fadzli. Asal Selangor,” dia memperkenalkan diri. Aku menoleh sedikit. Sah memang aku kenal dia. Kawan sekolah. Sebelum ni tak pula dia bagitahu aku yang dia dapat kat sini. Ceh! Memang aku tak perasankan dia sebab dia masuk dari belakang dan aku pula duduk di barisan hadapan.
Kiranya aku dengan Fadzli adalah sepatrikum iaitu kawan sekelas dan sekuliah aku sepanjang di matrikulasi. Kami memang kenal sesama sendiri sebab duduk sekampung. Dari sejak dari tadika hingga ke sekolah menengah kami bersekolah di tempat yang sama. Masa kecil-kecil dulu, selalulah jugak aku main dengan dia. Main galah panjang, tangkap belalang, pergi sekolah pun sama-sama sebab rumah dia taklah jauh sangat dari rumah aku. Tapi bila masuk sekolah menengah semuanya berubah. Masing-masing buat hal sendiri. Jumpa pun macam tak kenal. Mungkin bila besar rasa malu tu dah ada.
 “Syira, kau nampak tinggilah sekarang, masa sekolah rendah je..hehe,” kata Fadzli berseloroh. Tiba-tiba je Fadzli bergurau dengan aku. Memang sumpah aku rasa kekok. Aku hanya memandang sinis manakala Haris, kawan sekelasku juga cuma tersenyum sumbing. Aku yang mengemas buku kecil dan pensel langsung tidak memandangnya walaupun mejanya tidak jauh dari mejaku.
“Kau orang memang kenal lah ni kan?,” soal Haris yang berloghat Kedah.
“Haah. Siapa tak kenal best student sekolah aku ni,” jawab Fadzli. Mamat ni perli aku ke apa. Aku buat-buat tak dengar.
“Sombong kau ye,” Fadzli menambah. Benganglah tu bila aku mematikan diri tak menjawab pertanyaan dia.
“Mana ada. Kau tu yang sombong. Tak cakap pun dapat matrik sini,” sengaja aku menjawab semula.
“Takkan nak bagitahu satu kampung kot,” jawab Fadzli. Dia menaikkan keningnya macam Ziana Zain. Aku mencebik.
      Hari ini kelas tak mula lagi. Cuma sesi berkenalan sesama pelajar dan bersama pensyarah. Kuliah pun hanya pengenalan tajuk-tajuk utama setiap subjek. Awal-awal ni, masih ada beberapa borang yang perlu diisi dan dilengkapkan. Esok mungkin sesi pembelajaran akan bermula. Untuk aktiviti hari ini hanya bertukar-tukar maklumat diri sesama sendiri seperti nama, nama samaran, nombor telefon dan e-mel. Mudah untuk berhubung nanti. Lagipun, kami masih belum dapat mengingati nama satu dengan yang lain. Kalau ingat pun, tertukar nama dengan orang lain. Biasalah, baru hari pertama.
      Sewaktu aku bergerak ke kafeselepas tamat sesi pembelajaran, telefon bimbit aku bergetar. Ada mesej.
+Nampaknya kita sekelas.
-So?
+So, kau kenalah tolong aku selalu. Maklumlah, aku taklah pandai macam kau.
-Tengoklah macam mana. Ikut mood aku.
+Haha. Bajet gila la minah ni. Kau kat sekolah menengah bolehlah menyombong dengan aku. kat sini jangan harap ok?
-Sejak bila pula aku sombong.
+Sejak kau masuk sekolah menengah.
-Mana ada.
+Ada.
      Hari pertama lagi si Fadzli dah tunjukkan taringnya. Mati aku kalau macam ni.


Belajar di matrikulasi sememangnya sangat seronok walaupun jadualnya agak padat. Ternyata, tidak sia-sia aku menolak tawaran menyambung pelajaran ke UiTM dalam jurusan Chemical Engineering dan tawaran Maktab Perguruan semata-mata untuk mengikuti program matrikulasi. Di sini, kami akan melalui dua semester iaitu selama setahun. Antara subjek yang kami pelajari ialah Matematik, Biologi, Kimia, Bahasa Inggeris, Agama Islam dan Dinamika. Walaupun pembelajaran agak laju berbanding ketika di sekolah menengah, aku begitu menyukai cara dan suasana pembelajarannya.
Aku menyiapkan tutorial yang diberi oleh pensyarah. Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Fadzli menelefon.
“Assalamualaikum, boleh saya mengurat cik Syira,” Fadzli mempermainkan aku. mentang-mentanglah satu matrik, bukan main syok dia nak membuli aku dekat sini.
“Kau nak apa sebenarnya Fadzli? Aku sibuk ni,” aku berbohong dan menaikkan sedikit suara.
“Janganlah marah. Aku nak tanya pasal tutorial semalam soalan nombor 5, macam mana nak buat?,” tanya Fadzli. Aku membuka buku tutorial yang berada di atas meja tulis, soalan nombor lima aku cari tapi malangnya masih kosong tidak berjawab.
“Aku tak buat lagi la Fadzli, nanti malam kot aku siapkan,” kata aku berbasi-basi. Aku sendiri pun belum siap, macam mana nak tolong dia.
“Okey, kalau macam tu, malam nanti aku telefon kau balik eh. Kau buat tau, jangan tak buat pulak,” Fadzli mengingatkan aku.
“Yelah, nanti aku tanya roomate aku macam mana nak buat. Emmm..Assalamualaikum,” aku menamatkan talian tanpa sempat dia menjawab salamku. Aku mencuba untuk menyiapkan soalan yang masih belum berjawab. Namun, hampa. Aku tidak dapat menyelesaikannya.
“Farahin,dapat tak jawapan tutorial Matematik soalan nombor 5?,” soalku menghampiri meja tulisnya.
“Dapat,” dia menjawab pendek. Kebetulan dia baru menyiapkannya.
“Tunjukkan boleh tak?,” pintaku.
“Boleh..sini,” dia memanggilku yang duduk di birai katil bercadar kuning miliknya. Sungguh, Farahin tidak kedekut ilmu. Walaupun dia mengambil Sains Fizik dan aku mengambil Sains Hayat tapi kebanyakkan subjek adalah sama. Tu yang senang nak meniru tu. Hehe.
      Aku menghantar pesanan kepada Fadzli untuk memberikan jawapan yang diminta sebentar tadi. Malas aku nak menelefonnya. Mesti ada sahaja perkara yang nak disakatnya. Tapi sempat juga dia membalas mesej aku.
+Terima kasih sebab tolong abang..hehe
 Eee..tolonglah. Muntah darah aku baca. Aku membuat sedikit ulangkaji memandangkan soalan yang mudah pun aku masih tidak dapat jawab. Sampai lewat petang baru aku berhenti. Itupun selepas Farahin menyuruh aku mandi kerana waktu maghrib hampir masuk waktunya.


Pagi ini hujan turun dengan sangat lebat. Terasa sejuk hingga ke tulang namun aku berusaha untuk bangun dari katil dan bersiap untuk solat subuh serta bersarapan. Seperti biasa, aku akan ke kelas dengan berpakaian baju kurung, tudung bawal yang dipin di bahu dan kasut bertutup. Ringkas dan mudah. Pagi-pagi buta lagi telefon bimbit aku dah berbunyi. Fadzli lagi.
“Ha, nak apa?,” kasar aku menjawab panggilan.
“Amboi kasaq nampak. Assalamualaikum,” dia ketawa. Tak tahu apa yang kelakar sangat.
“Waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatu,” ambil kau. Panjang aku jawab.
“Nak minta tolong sikit boleh tak?,” bukan main sopan kalau nak minta tolong. Lemah lembut je suara dia.
“Nak minta tolong apa?,” nada aku masih sama. Kasar. Budak ni bukan boleh bagi muka. Mengada-ngada karang.
“Tolong belikan abang roti. Abang tak sempat nak sarapan,” lemah-gemalai betul ayat dia.
“Apa kejadahnya berabang-abang ni? Kau ingat aku ni bini kau,” telan kau Fadzli. Maaf, aku bukan orang gaji kau.
“Oh, bukan ye. Ah, berkira sangat. Tolong lah wei,” boleh pula cakap macam biasa. Sedap sikit telinga aku dengar.
“Aku malaslah,” tak kuasa aku nak belikan dia makanan. Nanti ada je yang tak kena. Tak ikut selera dia lah, tak sedap lah.
“Yelah, macam ni lah kawan,” dia buat-buat merajuk. Aku tak percaya langsung. Tidak siapa nak melayan drama dia pagi-pagi ni.
“Macam ni lah. Macam mana lagi. Dah lah, aku blah dulu ye,” sengaja aku kasar-kasarkan bahasa aku.
“Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!,” Fadzli menjerit kuat. Sakit telinga aku. Dia mematikan talian.
      Sepanjang di kelas, Fadzli merenung aku tajam. Tak puas hatilah tu. Ada aku kisah.
      “Syira, jom makan. Akak dah lapar ni,” ajak kak Sarah setelah kelas Biologi tamat sebentar tadi. Kak Sarah merupakan kawan baik aku di kelas dan dialah yang selalu meleyan kerenah aku. Rapatnya kita orang sampai duduk bersebelahan dekat kelas atau dewan kuliah. Kak Sarah ni kecik je orangnya. Kecil-kecil cili padi. Sangat prihatin dan baik.
“Jom. Hari ni kita makan kat kafe B ye kak Sarah,” pintaku sambil mengemas buku di atas meja.
“Okey, jom kita gerak,” kata kak Sarah sambil tersenyum. Aku hanya menganggukkan kepala dan membalas senyumannya.
      Ramai pula orang membeli makanan waktu ini. Selalunya lengang je. Nampaknya, terpaksalah aku beratur panjang. Tiba-tiba aku terasa baju aku disimbahi air. Aku menoleh ke belakang. Argh, habis baju aku terkena air sirap.
Sorry, saya tak sengaja...haha. Hoi, orang miskin. Nampaknya kita satu matriklah. Lebih baik kau jangan muncul depan aku. Kalau tak, hari-hari kau mandi air sirap,” angkuh suara perempuan berambut ikal di depan aku. Perempuan yang aku benci. Bukan setakat dia, satu keluarga dia aku benci. Sampai mati pun aku tetap benci.
“Kau ingat aku takut ke?,” aku menengking tepat ke mukanya. Semua mata memandang kami. Aku segera pergi dan dengan sengaja aku langgar bahunya. Hilang selera aku nak makan. Kak sarah mengejarku.
“Kurang ajar kau Syira. Tunggulah nasib kau,” aku masih dengar ugutan perempuan gila itu. Malas aku nak melayannya. Kenapalah kau ada dekat sini.
“Syira, tunggu akak,” aku tidak memperdulikan panggilan kak Sarah. Aku betul-betul marah dengan tindakan perempuan gila tu.
“Siapa dia?,” kak Sarah bersuara termengah-mengah.
“Tasha, Natasha Ameera,” aku menjawab penuh kebencian. Kakiku laju melangkah. Selaju jantung aku berdenyut.
“Apa hubungan dia dengan Syira,” kak Sarah bertanya lagi. Aku pasti yang dia benar-benar tidak mengerti apa yang berlaku sebentar tadi.
“Sepupu Syira,” air mata mula bergenang. Tunggu masa untuk jatuh. Rasa malu apabila diperlakukan sedemikian di depan khalayak ramai. Namun, aku tahan. Aku tidak akan sesekali menjatuhkan air mata kerana perempuan tak sedar diri itu.
“Kenapa dia buat macam tu?,” kak Sarah masih mengikutiku sampai ke bilik. Dia terpaksa mengejar aku yang berjalan laju.
“Kak sarah kenapa tak pergi bilik kak Sarah? Ni dah sampai bilik Syira,” aku menyoalnya.
“Akak nak tahu kenapa dia buat Syira macam tu,” bersungguh-sungguh betul Kak Sarah. Aku mempelawanya masuk dan meminta diri menukar baju terlebih dahulu. Baju yang terkena air sirap tadi aku rendam seketika. Aku masuk semula ke bilik.
“Natasha Ameera tu sepupu Syira. Dia memang benci Syira sejak dari dulu lagi,” aku memulakan bicara. Aku tahu, kak Sarah tak sabar untuk mengetahui hal sebenar. Aku capai tin biskut dan air isotonik di atas meja. Aku hidangkan kepada kak Sarah.
“Tapi kenapa?,” kak Sarah menyoal. Air isotonik tadi diminumnya sikit.
“Sebab Syira miskin kak. Dia dan keluarganya memang tak suka orang yang miskin. Memang dari kecil kami dengar makian dan cacian dari keluarga dia. Keadaan makin teruk bila keluarga dia nakkan tanah yang nenek bagi ayah. Padahal dia dapat tanah lagi besar dari ayah,” aku mengunyah biskut yang ada untuk melapik perut sementara menunggu petang. Maklumlah, tadi tak sempat membeli makanan. Kalau tak kerana perempuan tu, mesti aku dah kenyang sekarang ni.
“Sampai macam tu sekali? Tapi kau orang kan satu keluarga,” kak Sarah bertanya lagi. Mukanya berkerut. Nampak macam drama kan? Tapi itulah realitinya yang terpaksa aku sekeluarga hadap.
“Keluarga atas nama je kak. Tak tahu apa yang dia nak buat lagi lepas ni,” aku mengeluh kecil.
“Tak apa Syira, kalau dia buat apa-apa kat Syira, siaplah dia. Akak pandai bersilat,” seloroh kak Sarah. Kak Sarah dah lah kecil, sekali kena tolak terus terpelanting. Selepas menghabiskan biskut yang berbaki, kak Sarah meminta diri. Katanya mahu membeli makanan. Kesian dia. Disebabkan aku, dia pun tak dapat beli makanan.
Terasa seperti mahu menelefon mak. Mahu mengadu perihal Tasha kerana mak lebih memahami. Mungkin kemarahan aku akan reda selepas berborak dengan mak.
“Assalamualaikum, mak. Sihat?,” aku memulakan perbualan.
“Waalaikumussalam, Syira. Mak sihat je kat sini. Kamu?,” suara mak lembut menjawab. Menenangkan.
“Alhamdulillah, sihat juga. Rindulah kat mak?,” sengaja aku bermanja-manja dengan mak. Memang aku anak manja mak pun. Sampai kak long pun cemburu dengan aku. Tapi sebenarnya, mak tak pernah melebihkan mana-mana anaknya. Semua sama rata.
“Mak pun rindu kamu juga. Ha, ni kenapa tiba-tiba telefon mak?,” mak seperti dapat meneka sesuatu.
“Emm..mak Tasha ada kat sinilah mak,” aku berterus-terang.
“La, ye ke? Tak tahu pula mak yang dia pun belajar sama dengan kamu. Macam mana kamu tahu dia pun kat sana?,” suara mak sedikit risau.
“Tadi waktu Syira nak beli makanan kat kafe kita orang terserempak. Dia simbah Syira dengan air sirap. Habis baju Syira mak. Semua orang pandang Syira. Malu betul tadi mak. Rasa macam nak cekik-cekik je dia,” bersungguh-sungguh aku bercerita. Kalau mak ada depan mata aku mesti mak tergelak melihat aksi aku seakan-akan mencekik seseorang dengan menggunakan bantal.
“Astagfirullah al-azim. Tak habis-habis si Tasha tu berdendam dengan kita. Habis tu kamu buat apa?,” soal mak. Nadanyakesal dengan perangai Tasha yang tak sudah-sudah menyakitkan hati aku.
“Apa lagi, Syira tengking dia balik. Tak bestlah mak bila sama tempat belajar dengan Tasha. Dia tu sanggup buat apa saja mak,” rungut aku. Bantal tadi aku campak ke dinding. Dinding pun aku nampak macam muka si Tasha.
“Sabarlah Syira. Jangan layan sangat dia. Yang penting kamu belajar betul-betul. Buktikan kat dia yang kamu pun boleh berjaya,” sungguh-sungguh mak bercakap.
“Terima kasih mak. Emm..mak, ada ke mak ngah datang serang mak lagi. Tasha dengan mak dia kan sama je. Manalah tahu dia bagitahu mak dia pasal Syira satu tempat dengan dia. Karang ada je cerita buruk pasal Syira yang Tasha bagitahu mak dia,” aku membebel panjang. Mak dengan anak sama je perangai.
“Tak ada pula mak ngah kamu datang. Ingat Syira, jangan cari pasal dengan Tasha. Mereka orang berada, mereka boleh buat apa sahaja mereka suka,” mak mengingatkan. Aku tahu mak risau kalau-kalau Tasha buat sesuatu kepada aku. Bagi dia orang duit boleh beli segala-galanya.

“Baiklah mak. Mak jaga diri tau. Nanti kirim salam semua. Nanti bila-bila Syira telefon mak lagi,” talian dimatikan. Rasa sedikit lega apabila dapat meluahkan kepada mak. Tak sama macam meluahkan kepada kawan yang kita rapat.