ALI SYUKRI pulang lewat kebelakangan ini. Setahu aku, kuliahnya tiada sebelah malam. Kadang kala, dia pulang waktu aku sudah lena. Dan keluar ke kuliah seawal mungkin. Ali Syukri sedikit aneh sejak pulang dari Malaysia.
Entah, mungkin dia masih terasa hati kerana
pertengkaran dulu. Kerana aku enggan hamil, kerana dia menemui pil-pil
perancang dalam beg kuliah. Tapi tidak mungkin. Saat aku jatuh sakit dulu, dia
setia menunggu. Setia menjaga dan setia melayan kerenahku. Dia membasuh lantai
yang kotor dengan muntahku. Dia sangat sempurna di mataku saat ini.
Hampir dua minggu pulang dari Malaysia. Tapi
dia terasa sangat dingin. Dingin bagai pertengahan musim sejuk. Hatinya juga
terasa beku dan keras.
Dia tidak banyak bercakap. Hanya emm dan
aaa.. atau paling tidak oklah. Itu saja. Hari cutinya, dia menghabiskan masa
libur dengan kawan-kawannya. Kalau di rumah, dia lebih banyak menghadap buku.
Sebagai pelajar perubatan dia memang sibuk.
Aku fahami itu. Malah ada kala dia lebih banyak masa di hospital dari di rumah.
Kami sudah lama tidak duduk minum kopi
bersama. Sudah lama tidak meluangkan masa untuk menonton filem bersama. Aku
jadi rindu dengan dia, Ali Syukri. Dengan si suami.
Aku rindu dengan bebelannya, aneh ! Selalunya,
setiap pagi dia akan bangun pagi dengan membebel, menyumpah seranah, ‘kenapalah
aku apply buat medic!’ Kemudian dia akan berkemas, bergegas ke kelas jam 9 pagi
dan selalunya sarapan pagi sesudah itu.
Aku seakan mampu menghafal jadualnya. Isnin
dan selasa selalunya penuh dengan kelas sains biologi, anatomi kadaverik
kemudian bergegas ke pusat sumber membuat rujukan. Selalunya kelas berakhir jam
5 petang.
Antara kelas pagi dan petang selalunya ada
beberapa jam senggang. Katanya dia menghabiskan masa di pusat sumber atau pusat
Islam berdekatan. Cuba mencuri tidur. Balik ke rumah, dia pernah tapi terlajak
tidur dan hanya masuk ke kelas sesudah setengah jam kelas bermula. Lalu, dia tidak
mahu lagi balik. Katanya, lebih selesa berdiskusi dengan kawan.
Rabu. Emm.. rabu MIS day.. selalu Syuk
menyebut begitu. Medicine in society.
Entah apa-apalah yang dibuat merangkumi hingga perubatan undang-undang dan
sebagainya. Mungkin dari situ, dia rapat benar dengan Wairah.
Ya, Wairah.
Perempuan itu mengkhusus dalam bidang
perundangan dan pernah juga Syuk menyebut dulu dia lebih cenderung pada medical law. Aku tarik nafas panjang dan melepaskannya
perlahan. Entah mengapa menyebut nama Wairah membuat hatiku bergetar, cemburu.
Aku berdiri di jendela. Merenung jalan yang
membelah rumput hijau. Memandang dan merenung dengan harapan yang mercup, Ali
Syukri akan memandu pulang.
“Hey, ingat senang ke nak study medical law?,”
Aku tiba-tiba teringat pada perbualan manja
antara Wairah dan Syuk kelmarin. Kelmarin petang, Wairah tiba-tiba datang ke
rumah kami. Katanya mahu menghantarkan buku-buku rujukan untuk kelas Medical Law untuk Syuk.
Aku yang membuka pintu dan menyambut Wairah
yang wajahnya tidak senyum. Dia melihat aku dan terus menujahkan soalan;
“Syuk mana?,”
Eh, sudahlah datang rumah orang terjah
begitu sekali, sibuk pula bertanya mana Syuk. Hatiku waktu itu sudah panas
mengelegak. Mahu saja aku bahasakan Wairah di situ juga. Tapi belum sempat aku
buka mulut, Syuk tiba.
“Wai.. alahai terima kasih sudi datang hantar
buku-buku tu..,”
Terus aku menjadi halimunan antara mereka.
Wairah terus mendapatkan Syuk di ruang tamu. Di atas meja kaca, Wairah
bentangkan beberapa naskhah buku dan jurnal undang-undang.
“Laila, maaf.. boleh tolong buatkan kopi..
saya perlukan bantuan Wairah untuk tolong ajar saya medical law.. tolong ya…,” Syuk memberitahu dengan lembut . Aku
masih di pintu. Kaku. Wairah yang biadap membuat aku sakit hati sungguh.
Senyumnya padaku seolah-olah mengejek, hari
ini aku mem besar ! eh kurang ajar.
“Laila, kalau buat kopi.. I tak nak manis
sangat untuk I buat yang kurang manis, please..,”
amboi, memberi arahan pula si Wairah ni.
Kecil saja aku pandang Wairah itu. Aku
tidak perlu meroyan untuk balas
kebiadapan Wairah. Dengan secawan kopi pun aku boleh membalas dendam. Aku
senyum dan melangkah ke dapur.
Dari dapur, aku mendengar suara Wairah
merengek-rengek manja. Alahai gedik sungguh. Bukankah aku ini isteri yang sah?
Aku pun tidak pernah bersuara manja yang disengajakan sebegitu.Sebab suara aku
memang manja, emmm…
Aku tidak mendengar biji butir perbualan
mereka, tapi aku mendengar suara Wairah yang seakan sengaja dilentuk-lentuk,
dikendur-kendur menjadi manja,
“Syuk tahu tak, dalam kes pasangan Steward
tahun 2009, mereka diberikan pampasanan 74 juta pound tau dalam kes Stewrard
lawan Doktor Friday .. kita sebut doc fri..
sebab kes ini doctor itu didakwa cuai waktu menyambut kelahiran bayi itu
menyebabkan dia berhadapan dengan cerebral
palsy,”
“Alah.... jenuh la jadi doktor, salah beranak
pun doctor kena sama ke ? Suara Syuk sama naik manjanya, menyampah pula aku!
“Jadi doktor bagus, banyak pahala..,” Wairah
mengekek kecil.
Ha, sekejap lagi kau tahulah Wairah!, aku
mengumam sendiri.
‘Balik pada kes doktor jumaat tu..,”
“Apalah you, doktor jumaat pulak..,”
“Iyalah.. doc Friday kan?,” mengekek lagi
tawa Wairah. Ish.. mengedikkkkkk!!!
“Ok.. ok.. dalam kes tu, mahkamah mendapati,
Dr Friday bertanggungjawab kerana tidak berhati-hati dalam proses bersalin,
anak mereka Sofia.
“You tahu tak Syuk, kes ini banyak bermain
dengan emosi tetapi bukti pun perlu kukuh. Dalam kes macam ni, you need a good lawyer like me”.
Uweek… nak muntah aku!
“Kopi dah siap ya encik-encik dan
tuan-tuan…,” aku tersengih-sengih sendiri sambil menatang dua cawan kopi. Cawan
biru yang selalu Syuk guna untuk Syuk dan cawan pink yang selalu aku guna untuk
Wairah. Sumpah, selepas ini cawan pink itu akan aku campak dalam tong sampah!
Aku meletakkan dua cawan kopi di atas meja.
“Terima kasih sayang,” Syuk menyambut waktu
aku menghulurkan cawan biru. Untuk Wairah aku biarkan saja di talam.
Pandai-pandailah dia !
Syuk terus menghirup kopi itu.
“Manis macam Laila,” Syuk memandangku dengan
senyum, aku sengih. Lebar.
“I punya yang ini ya?,” Wairah menyampuk.
Aku hanya senyum. Kemudian aku berlalu.
Aku melihat Wairah meneguknya. Kemudian
wajahnya jadi kelat. Aku ketawa sendiri.. ha, tadi kan kau kata, kau nak yang
kurang manis.
“Kenapa Wai?,”
“Emm.. tak de.. ok.. ok..,” wajah Wairah
berkerut-kerut. Setiap garis wajahnya bagai memancarkan setiap saraf lidah yang
tersentak dengan pahitnya kopi. Kah kah kah.. padanlah muka. Enam sudu kopi
pekat ku letakkan di dalam cawan tanpa gula tapi 10 sudu garam. Rasanya? Tuhan
sajalah yang tahu.
“Are u ok ?,”
“Kopi ni tak de gula..,” Wairah terus
meletakkan cawan kopi ke atas piringnya.
“Isteri you tak suka I datang sini,” Wairah
terus berkemas. Buku-buku di atas meja diambilnya dan disumbat dalam beg.
“You nak pergi mana?,”
“Balik..,” Wairah mula berwajah sedih.
“Wai..,”
“I nak balik…,”
Dan pintu berdentum.
“You buat apa?,”
Syuk datang ke dapur hanya untuk melihat aku
ketawa suka seorang diri.
Aku terkejut.. emmm.. emm….
Syuk senyum mulanya, kemudian ketawa. Kuat
dan makin kuat.
“Burukkan muka dia menahan rasa pahit
kopi?,”
Aku angguk.
“Berapa sudu awak letak?,”
“Sepuluh… tapi bukan gula, garam”
“Subhanallah.. patutlah dia bergegas balik..,”
No comments:
Post a Comment