AIRIS duduk menopang dagu pada buku
rujukan Multimedia. Mata ni ha dah naik pedih pandang skrin laptop. Dah hampir sepuluh minit dia
macam tu tapi idea tetap tak muncul.
Haisss.. ini yang malas buat kerja
apabila tak de mood ni. Kalau ada mood
memang laju aje. Kalau tengah tak de
tu, kita tenung skrin laptop sampai
berlubang pun belum tentu kerja siap.
Sedang
dia menggerak-gerakkan kursor
tetikus, satu notification aplikasi
Skype muncul di sebelah kanan skrin laptop.
Elok sahaja notification tadi
ditekan, muka seorang gadis dengan berjubah hitam menyapa pandangan.
“Yaaaarrr.. buat orang terkejut je!” Airis besarkan matanya pandang
orang di dalam skrin tu.
Dia
yang di sebelah sana dah tergelak sambil tekan-tekan perut. “Hahahaha! Awak ni
kelakar la, Ai.” Dia masih belum habis gelak.
Airis
mencebik. “Tak lawak eyh Fie, tak
lawak.” Dia dah duduk sambil peluk tubuh.
Kini
giliran gadis yang dipanggil Fie tu pulak
mencebik. “Buat apa ni?”
“Kerja
sekolah.” Jeda. “Kenapa call ni?”
Fie
angkat bahu. “Saje, bosan kelas cancelled.” Dia duduk bersandar sambil
peluk tubuh.
“Ni
apahal pakai jubah pulak ni? Mesti kes malas nak iron baju....”
“Ahha! Untung jugak ada twins ni..
pandai awak baca fikiran kita.” Fie dah angkat-angkat kening. “Mama dengan ayah
mana eyh? Kita called tadi tak angkat pun.” Fie dah tarik muncung.
Airis
angkat bahu. “Tadi mama kata ada kawan ayah buat kenduri.”
“Tak
ikut?”
“Kalau
ikut, tak denya kita ada dekat sini
haaa..” Airis memandang ke atas.
“Eh,
awak!”
“Padiaaa...”
“Lagi
dua bulan nak balik for good dah. Yahuuuuuu!” Kedua belah tangan diangkat
tinggi. Kalau tak fikir dekat kiri-kanan di ada orang, dah lama dia buat gaya pom-pom girl dekat sini.
Airis
mencebik. “Saje nak kasi kita jealous la tuuuu.” Dia memandang ke atas.
Alaa.. Syafiyya tu grad awal sebulan je daripada dia. Eceh.. tak nak kalah jugak
kau!
Fie
terus melambakkan tawanya. Hahahaha! “Tiket semua dah settle, kan? Visa segala?”
Airis
angkat bahu. “Macam dah.” Sebenarnya, nanti masa mama dengan ayah pergi States,
dia tak ikut tapi tak pe la
nanti-nanti la baru bagi tau Syafiyya.
“Ai,
mamat hari tu apa cer?”
“Cer apa?”
“Ish.. awak ni...” Mata dipicingkan
memandang Airis di sebelah skrin sana. “Takkan la tak de perkembangan lagi? Dah nak habis belajar ni.”
Airis
angkat bahu. “Kalau ada jodoh kita dengan dia, ada la Fie.” Airis malas nak
layan. Apa.. ingat nak confess ni
benda senang? Macam nak terbelit segala usus ni, okey!
“Karang
kalau dia kena kebas?”
Airis
angkat bahu lagi. “Dah tak de jodoh
nak buat macam mana.”
“Eeee..”
Kalau la Airis tu ada depan mata, memang lama dah dia cekik-cekik adik kembar
sorang ni tau.
Airis
tergelak kecil. “Awak nak cakap apa sebenarnya ni?”
“Tak
salah pun kalau kita confess dulu.”
“Nanti
la.”
Fie
memandang ke atas. “Okey la, okey la. Kita tak nak kacau awak buat homework.” Dia berdeham perlahan. “Nanti
kirim salam-peluk-cium dekat mama dengan ayah tau.”
“Insya-Allah.”
Airis menampal senyum segaris.
“Bye, good night. Assalamualaikum.”
Selepas
bertukar salam, panggilan video tadi ditamatkan. Nafas panjang ditarik
dalam-dalam. Tapak tangan dibawa meraup muka.
Tanpa
sedar, kursor tetikus sudah membuka tetingkap Google Chrome. Aplikasi Facebook
yang memang dibiarkan aktif sedari tadi ditenung lagi.
Sebaris
nama ditaip di dalam ruangan cari sebelum butang “Enter” ditekan. Lama matanya
berhenti memandang gambar di sudut kiri tu.
Seminit.
Dua minit. Tetingkap Google Chrome terus ditutup. Sekali lagi nafas panjang
ditarik. Mata terkebil-kebil memandang paparan gambar di skrin laptop. Setiap kali dia terpandangkan
gambar atau terserempak dengan tuan empunya sebaris nama tu, degup jantungnya
jadi laju.
Apa
yang aku rasa sebenarnya? Sampai bila kau nak macam ni, Airis? Takkan nak
tunggu sampai putih mata baru nak make a
move? Tapi lepas apa yang jadi dulu tu, aku tak rasa aku mampu berdepan
dengan kekecewaan sekali lagi.
TISU berwarna merah jambu di dalam bekas
berbentuk silinder tu diambil lalu diseka pada pinggir bibir. “Weh, kau kenal
ke budak perempuan siang tadi tu?”
Luth
yang tengah gigit-gigit ais menoleh pandang. “Budak mana ni?” Macam la dekat
fakulti ada sorang je budak perempuan
kan.
“Yang
blocked jalan kita depan library tu.”
“Ohh..
budak tu.” Luth tunduk bermain-main dengan straw di dalam gelas tinggi tu.
“Kau
kenal?”
Luth
angkat bahu. “Tak la kenal. Tapi pernah la nampak. Apahal?” Eceh, padahal
memang dia kenal sangat dengan budak perempuan tu.
“Nama
dia apa weh?”
“Airis.”
“Apahal aku macam tak pernah nampak pun
dia?”
“Aku
nampak je.” Memang la Si Akid tu tak
pernah nampak Airis.. sebab Akid tu mana nak pandang kalau kau tak seksi.
“Boleh
tahan jugak budak tu.” Akid dah
angkat-angkat kening. Budak yang nama Airis tu tak de la sampai boleh masuk kategori cun gila tapi... muka dia boleh blah jugak
la.
“Aku
gerak dulu la.” Kerusi ditolak ke belakang.
“Eh,
kau ni.. lepak ah dulu.” Kening kiri dijongket tinggi memandang muka Luth yang
dah tegang tu. “Esok kelas pukul sepuluh, tak payah kecoh nak balik awal.”
“Aku
banyak kerja la.” Dalih Luth lagi.
“Ah,
kau!” Jeda. “Kau ni asal aku cakap fasal perempuan je, mula la nak balik la apa la.”
“Kau
tak de benda lain ke nak sembang?”
Dia la, memang tak pernah ada mood
nak bersembang fasal kaum Hawa ni.
“Memang
patut pun kau tak de makwe sampai
sekarang.” Ejek Akid.
Luth
buat tak dengar. Dia malas nak melayan mulut Akid yang tak de insurans tu. Dia bukan tak de
makwe sebab dia tak laku ke apa, dia tak de
makwe sampai sekarang sebab dia sendiri tak berminat nak bercinta masa belajar.
“Cuba
la gunakan muka kau yang handsome tu.”
Tambah Akid lagi.
Luth
tergelak kecil, sinis betul bunyinya. Ikut suka kau la Akid oi.. aku malas nak
cakap dah. Apa Akid tu ingat semua lelaki macam dia? Yang nak kebas semua
perempuan atas bumi ni? Tak, okey. Dia sendiri tak macam tu. Luth, dia ada
prinsip sendiri. Dia tak nak main tangkap muat je. Dia tak nak sesuka hati usung anak gadis orang ke hulu ke hilir
tanpa sebarang ikatan yang sah.
“Budak
fac kita ramai je yang minat dekat kau, kan?” Akid tak habis lagi nak provok.
“Dia
orang je minat dekat aku.. aku tak
minat pun.” Luth jawab acuh tak acuh. Aku ni ha suka dekat orang lain, tapi
orang tu macam tak pernah pandang pun dekat aku ni ha..
“Cuba
kau bagi tau, kau nak yang macam mana? Biar aku tolong adjust.” Akid dah keluar aura kaunseling-kononnya.
“Macam
umi aku.” Luth angkat-angkat kening.
“Ah,
kau!” Luth ni stok sekali petik jari, sepuluh orang yang datang tau tak? Tak
payah nak yang sama macam mak kau sangat la!
“Jom,
balik.” Luth dah ada gaya macam nak bangun dari kerusi.
“Eh,
kejap ah.” Tahan Akid. “Kau tak nak kenalkan aku dengan budak Airis tu ke?”
Berkerut
kening Luth pandang Akid. “Alaa.. kau tu sekali senyum je, ramai yang tersungkur.”
Tang senyum Si Akid ni memang Luth tak boleh nafikan, memang stok
pencair-hati-gadis betul.
“Alaa..
budak macam tu tak denya lut.”
“Dah
tak lut, cuba la cara lain.”
“Cara
apa?”
Luth
angkat bahu. “Kau yang selama ni perempuan keliling pinggang, kan? Bukan aku.”
Luth terus bangun dari kerusi. Makin lama dekat sini, makin panas pulak hati ni ha.
“Eh, siapa nak bayar
ni?” Akid mengangkat kepala memandang Luth yang dah berdiri tu.
“Kau ah.”
Akid terus keluarkan wallet dari poket belakang seluar jean.
Setakat nak bayar teh tarik dua gelas, tak de
hal la. “Aku macam nak try la budak
Airis tu.”
“Suka hati kau la.”
Luth malas nak layan. Akid ni memang pantang sikit dengan perempuan. Tapi macam
pelik pulak kalau Akid ni nak try budak perempuan macam Airis tu.
Airis tu bukan type dia pun. Ke Akid
ada niat lain ni?
Kau nak duduk diam je ke, Luth? Sanggup putih mata?
No comments:
Post a Comment