Tuesday 31 December 2013

Hatiku Tertinggal di Manchester (Bab 4): Eyla Myra


OH MY GOD! Are you serious right now? Whoaa… sumpah sweet giler!” Nainaa dah keluar aura dramatik tahap tak ingat.
Dia sengih comel sambil mengiraikan rambut yang masih basah. Yela, orang baru siap mandi Myra ni sibuk pulak nak ber’skype’ bagai. Tak menyempat nak keringkan. Aish!
Myra dah menjegilkan mata sambil memandang seraut wajah tak bertudung di skrin DELL berwarna pink itu. Dia dah agak dah itu reaksi bestie dia a.k.a Nainaa Azzuana yang berada dekat Kuala Nerang sana kalau dia cerita pasal hal yang satu tu.
“Weyy, kau ni boleh tak kalau sehari tak memekik macam ni? Sakit telinga aku ni tau tak?” ujarnya dengan mulut yang dah dimuncungkan.
Gelak Nainaa dah makin kuat memenuhi ruang bilik itu. Myra geleng kepala dua saat. Nasib baik masa tu takde orang, hujung minggu la katakan. Maka, semua roommates terchenta pun sibuk keluar shopping dekat Pekan Banting sana.
Sorry, sorry. Dah tu apa perasaan kau sekarang?” soalan cepu gangsa terus dilontarkan dengan muka dreamy habisan. Sengih dua juta megawatt dah bergayut di bibir sejak hal itu diceritakan oleh Myra sekejap tadi.
Myra angkat penumbuk selamba. Sumpah kalau Cik Mata Bulat ni ada dekat depan dia sekarang, memang merasa makan sepit ketam.
“Nainaa Azzuana Muhammad Hafizi, have I ever told you yang kau punya dramatik terlebih ni boleh buat orang seram dengan kau?” lurus suaranya tanpa nada.
Since we were thirteen. Okay, drop the subject. Aku nak tau aje, tak nak share takpe. Aku offline dulu la kalau macam tu. Assignments dekat atas meja tu dah bertimbun mengalahkan Gunung Nuang,” Nainaa membalas dengan muka tak bersalah. Sengaja dia menekankan perkataan ‘Gunung Nuang’ untuk menyakat Myra di skrin.
“Jangan nak ngengade eh. Kau ni pun satu, sudah tau pun lagi mau tanya ka? Dah sah-sah la aku beku aje tengok mamat tu. Takde perasaan. Kosong. Ke kau nak aku nyanyi lagu Najwa Latif baru kau faham,” dia menjawab dengan muka bosan. Nainaa ni memang. Balik-balik soalan spesis ni jugak yang dia nak tanya. Soalan lain takde?
Nainaa petik jari jari spontan.
“Aku rasa lama-lama nanti jadi jugak korang ni. Lagipun, from what you have told me just now, nampak sangat yang dia memang care dekat kau. Siap tolong bawakkan beg masa nak naik ke puncak. Aku rasa dia memang suka kau la. Betul la firasat aku since zaman sekolah dulu,” dia dah bawak keluar teori luar kotak.
Teori zaman sekolah menengah; instinct mengatakan yang mamat beku bernama Faris Iskandar bin Mohd Syauqi memang suka dekat Myra Isabella binti Hakimi merangkap budak perempuan paling cool plus Ratu Ketul Ais dekat sekolah.
Ting!
“Aku rasa karang ada yang nak merasa makan spaghettiBalaknese’ cuti semester nanti,” senafas ayat itu dituturkan oleh Myra yang sememangnya dah keluar aura tali gantung.
Nainaa di skrin dah gelak terguling-guling dekat atas katil. Bapak kelakar gila ayat mak cik ni. Ayat yang memang boleh buat aku semput tercekik nafas sendiri. LOL!
“Hahaa… Balaknese pun boleh Myra oii. Aku tunggu. Kau tak masak siap kau,” dia menyambut dengan mimik muka comel. Best jugak mengenakan bestie yang sorang ni. Nak sakat Lola, cik kak tu jauh dekat Mesir sana. Online pun kadang-kadang aje. Busy gamaknya.
“Mana-mana pun boleh. Untuk Nainaa apa pun Myra boleh buatkan,” dia sengih geram.
“Kau tak payah nak pakai ‘Myra, Nainaa’ sangat eh. Aku geli la wei,” selamba luar alam ayat yang dia bagi.
Myra juling mata ke langit.
“Dah la, aku nak off dah. Melayan kau ni buat sakit jiwa aku aje. Anyways, thanks sebab sudi dengar cerita aku tadi. Tapi tu cerita aje okey, takde yang lebih takde yang kurang. Kau jangan nak buat kesimpulan sendiri pulak,” semangat dia bersuara, siap dengan tangan yang tergapai di udara.
Ai ai ma’am…” Nainaa dah angkat tabik dengan mata yang dikenyit sebelah.
Seraut wajah bujur milik Nainaa menghilang dari skrin sebaik salam bersambut. Myra tersenyum sambil membuang pandang ke langit luas menerusi tingkap bilik. Otaknya kembali berputar ke bilah-bilah memori dua minggu lepas yang masih melekap kemas di dinding ingatan.


YOU DAH OKEY KE? Ada luka dekat mana-mana?” suara tanpa nada yang pecah betul-betul di sisi kanan membuatkan dia hampir melompat terkejut. Bulat matanya memandang susuk tubuh yang dah selamat mengambil tempat di sebelah.
Tangannya mengurut dada untuk memperlahankan rentak jantung yang dah macam rebana kena ketuk. Mamat ni laa… kuss semangat aku!
Dia menggerakkan sedikit tubuhnya ke kiri. Menjarakkan kedudukan dari jejaka itu.
 “Emm… okey, takde luka pun. Thanks,” Myra turut menjawab dalam nada yang sama. Tak sangka pulak dia dengan mamat beku tu boleh bercakap macam ni.
Dua pasang mata tu dah sama merenung ke arah aliran air sungai yang sejuk. Faris mula melipatkan tracksuit yang dipakai hingga ke paras betis sebelum kakinya direndam ke dalam sungai.
“Sejuknya… best. You tak nak try ke?” selamba dia bertanya gaya macam takde apa yang berlaku bila dia duduk berkongsi batu besar dengan ‘seteru ketat’ dia tu.
Myra sekadar menggelengkan kepala. Dia sebenarnya speechless. Tak tahu nak cakap apa. Kalau dilihat dari segi percakapan dan tingkah laku mamat dekat sebelah ni, dia akur yang Faris Iskandar ni bukan Faris Iskandar yang dia kenal masa zaman sekolah dulu.
Dia akur Faris Iskandar ni bukan lagi Romeo Kampung Pinang Dua Batang yang kerja nak mengayat setiap masa dan ketika. Agaknya dah ada awek la tu. Entah, malas dia nak memikirkan hal yang takde kena mengena dengan diri sendiri.
Kampung Pinang Dua Batang? Apa aku merapu teruk ni. Tapi bercakap dengan diri sendiri bukannya jenayah kena hukum gantung pun.
“I naik dulu,” elok aje ayat itu dilontarkan, dia terus menapak tanpa menoleh ke belakang.
“Myra…” perlahan aje suara Faris memanggilnya.
Kaki gadis itu mati di tengah langkah. Teragak-agak dia berpaling memandang susuk tubuh yang masih tak berganjak dari situ.
Yep,” jawabnya ringkas.
“Kut ye pun takkan you nak naik dengan kaki ayam macam tu. Pakai la selipar ni dulu,” ayat-ayat itu dituturkan senada dengan pandangan mata masih pada anak sungai. Sengih evil grin yang mula menarik pangkal bibir cuba ditahan sedaya upaya.
Di belakangnya, Myra dah buat muka. Mamat ni memang, kalau sehari tak mengenakan aku memang tak sah. Kaki kembali dihayun ke tepi batu besar dan tangannya terus menyambar selipar yang memang tersadai elok di situ.
Laju dia melangkah dengan muka yang dah masam terlebih cuka. Mangai bertingkat punya mamat! Dari jauh, dia dapat menangkap gelak keji yang terhambur sebaik aje dia menapak naik. Eii… ni la sebabnya kenapa aku tak pernah percaya dengan mamat beku ni.
Memang masa nak mendaki esok tu dia dah tak pandang muka Faris. Yang mamat tu pulak tak habis dengan senyum kambing dekat bibir. Nak menyakat ke apa tu dia memang tak nak ambik peduli.
Apa yang penting, dia memang sentiasa jaga jarak antara dia dengan Faris Iskandar. Kalau mamat tu ke depan, dia akan jalan lambat-lambat dekat belakang. Sekali tengok gaya Faris berhenti kejap, cepat-cepat dia menarik tangan Radin dan Hani untuk menyertai geng di depan.
Budak-budak kelas yang lain perasan jugak, tapi selamba aje dia goreng cakap nak cepat-cepat sampai ke puncak. Peace!


“MAK AKU CAKAP makhruh senyum sorang-sorang. Kau dah buang tabiat ke hape?” Radin yang baru melangkah masuk ke bilik dengan ration bags yang penuh di tangan dah menegur dulu. Apehal pulak duk jadi tugu pacak depan laptop tu?
Tersedar dari lamunan sebentar tadi, Myra terus berpaling mengadap empunya badan yang bersuara. Automatik, bibir mengoyak sengih.
“Heheh… takde pape la. Borong apa dekat pekan sampai sekarang baru balik? Dina dengan Aifa mana tak nampak batang hidung pun?” tuturnya selamba sambil membetulkan ikat tocang di kepala.
Radin geleng kepala spontan.
“Minah dua kerat tu dekat pekan lagi. Aku balik dulu, tak larat dah weh. Rasa macam nak tercabut kaki,” balasnya sebelum duduk di katil milik Myra.
Gadis itu mula menjulingkan mata ke langit. Si Radin ni ada-ada aje laa.
“Eh, minggu depan dah start cuti semester. Jom ikut aku balik Perak dalam sehari dua nak?” Radin dah menyambung dengan mata yang dah bersinar mengharap.
Myra geleng kepala spontan. Aish, mana boleh merayap cuti ni. Dalam kepala dia dah penuh dengan agenda yang bakal dilaksanakan sepanjang cuti nanti. Wee…
Maybe next time. Cuti semester ni aku ada hal yang tak dapat dielakkan,” dia sengih dengan mata yang dikenyitkan.
Radin angkat bahu. Dah tau dah.
“Dah agak dah. Kepala dah penuh plan dengan Nainaa la tu,” tekanya dengan muka tak berdosa.
Peace…” Myra angkat dua jari di tepi pipi kiri.
“Nanti kalau free jemputlah datang kenduri kahwin kakak aku. Jangan lupa tau,” sambungnya lagi setelah terdiam selama 5 saat.
“In Shaa Allah aku cuba cari masa. Kau jadi pengapit ke nanti?”
“Takdelah. Aku ni pegang mandat jadi menyambut tetamu aje,” gadis bermata hazel itu membalas dengan sengih lebar. Tak betah sangat lah nak berdiri sebelah pengantin sambil tayang senyum sampai lenguh. Baik jadi menyambut tetamu at least boleh jugak bergerak ke sana ke mari.

Airis (Bab 3): Syasyaja



AIRIS duduk menopang dagu pada buku rujukan Multimedia. Mata ni ha dah naik pedih pandang skrin laptop. Dah hampir sepuluh minit dia macam tu tapi idea tetap tak muncul.
               Haisss.. ini yang malas buat kerja apabila tak de mood ni. Kalau ada mood memang laju aje. Kalau tengah tak de tu, kita tenung skrin laptop sampai berlubang pun belum tentu kerja siap.
               Sedang dia menggerak-gerakkan kursor tetikus, satu notification aplikasi Skype muncul di sebelah kanan skrin laptop. Elok sahaja notification tadi ditekan, muka seorang gadis dengan berjubah hitam menyapa pandangan.
               Yaaaarrr.. buat orang terkejut je!” Airis besarkan matanya pandang orang di dalam skrin tu.
               Dia yang di sebelah sana dah tergelak sambil tekan-tekan perut. “Hahahaha! Awak ni kelakar la, Ai.” Dia masih belum habis gelak.
               Airis mencebik. “Tak lawak eyh Fie, tak lawak.” Dia dah duduk sambil peluk tubuh.
               Kini giliran gadis yang dipanggil Fie tu pulak mencebik. “Buat apa ni?”
               “Kerja sekolah.” Jeda. “Kenapa call ni?”
               Fie angkat bahu. “Saje, bosan kelas cancelled.” Dia duduk bersandar sambil peluk tubuh.
               “Ni apahal pakai jubah pulak ni? Mesti kes malas nak iron baju....”
               Ahha! Untung jugak ada twins ni.. pandai awak baca fikiran kita.” Fie dah angkat-angkat kening. “Mama dengan ayah mana eyh? Kita called tadi tak angkat pun.” Fie dah tarik muncung.
               Airis angkat bahu. “Tadi mama kata ada kawan ayah buat kenduri.”
               “Tak ikut?”
               “Kalau ikut, tak denya kita ada dekat sini haaa..” Airis memandang ke atas.
               “Eh, awak!”
               Padiaaa...”
               “Lagi dua bulan nak balik for good dah. Yahuuuuuu!” Kedua belah tangan diangkat tinggi. Kalau tak fikir dekat kiri-kanan di ada orang, dah lama dia buat gaya pom-pom girl dekat sini.
               Airis mencebik. “Saje nak kasi kita jealous la tuuuu.” Dia memandang ke atas. Alaa.. Syafiyya tu grad awal sebulan je daripada dia. Eceh.. tak nak kalah jugak kau!
               Fie terus melambakkan tawanya. Hahahaha! “Tiket semua dah settle, kan? Visa segala?”
               Airis angkat bahu. “Macam dah.” Sebenarnya, nanti masa mama dengan ayah pergi States, dia tak ikut tapi tak pe la nanti-nanti la baru bagi tau Syafiyya.
               “Ai, mamat hari tu apa cer?”
               Cer apa?”
               Ish.. awak ni...” Mata dipicingkan memandang Airis di sebelah skrin sana. “Takkan la tak de perkembangan lagi? Dah nak habis belajar ni.”
               Airis angkat bahu. “Kalau ada jodoh kita dengan dia, ada la Fie.” Airis malas nak layan. Apa.. ingat nak confess ni benda senang? Macam nak terbelit segala usus ni, okey!
               “Karang kalau dia kena kebas?”
               Airis angkat bahu lagi. “Dah tak de jodoh nak buat macam mana.”
               “Eeee..” Kalau la Airis tu ada depan mata, memang lama dah dia cekik-cekik adik kembar sorang ni tau.
               Airis tergelak kecil. “Awak nak cakap apa sebenarnya ni?”
               “Tak salah pun kalau kita confess dulu.”
               “Nanti la.”
               Fie memandang ke atas. “Okey la, okey la. Kita tak nak kacau awak buat homework.” Dia berdeham perlahan. “Nanti kirim salam-peluk-cium dekat mama dengan ayah tau.”
               “Insya-Allah.” Airis menampal senyum segaris.
               Bye, good night. Assalamualaikum.”
               Selepas bertukar salam, panggilan video tadi ditamatkan. Nafas panjang ditarik dalam-dalam. Tapak tangan dibawa meraup muka.
               Tanpa sedar, kursor tetikus sudah membuka tetingkap Google Chrome. Aplikasi Facebook yang memang dibiarkan aktif sedari tadi ditenung lagi.
               Sebaris nama ditaip di dalam ruangan cari sebelum butang “Enter” ditekan. Lama matanya berhenti memandang gambar di sudut kiri tu.
               Seminit. Dua minit. Tetingkap Google Chrome terus ditutup. Sekali lagi nafas panjang ditarik. Mata terkebil-kebil memandang paparan gambar di skrin laptop. Setiap kali dia terpandangkan gambar atau terserempak dengan tuan empunya sebaris nama tu, degup jantungnya jadi laju.
               Apa yang aku rasa sebenarnya? Sampai bila kau nak macam ni, Airis? Takkan nak tunggu sampai putih mata baru nak make a move? Tapi lepas apa yang jadi dulu tu, aku tak rasa aku mampu berdepan dengan kekecewaan sekali lagi.



TISU berwarna merah jambu di dalam bekas berbentuk silinder tu diambil lalu diseka pada pinggir bibir. “Weh, kau kenal ke budak perempuan siang tadi tu?”
               Luth yang tengah gigit-gigit ais menoleh pandang. “Budak mana ni?” Macam la dekat fakulti ada sorang je budak perempuan kan.
               “Yang blocked jalan kita depan library tu.”
               “Ohh.. budak tu.” Luth tunduk bermain-main dengan straw di dalam gelas tinggi tu.
               “Kau kenal?”
               Luth angkat bahu. “Tak la kenal. Tapi pernah la nampak. Apahal?” Eceh, padahal memang dia kenal sangat dengan budak perempuan tu.
               “Nama dia apa weh?”
               “Airis.”
               Apahal aku macam tak pernah nampak pun dia?”
               “Aku nampak je.” Memang la Si Akid tu tak pernah nampak Airis.. sebab Akid tu mana nak pandang kalau kau tak seksi.
               “Boleh tahan jugak budak tu.” Akid dah angkat-angkat kening. Budak yang nama Airis tu tak de la sampai boleh masuk kategori cun gila tapi... muka dia boleh blah jugak la.
               “Aku gerak dulu la.” Kerusi ditolak ke belakang.
               “Eh, kau ni.. lepak ah dulu.” Kening kiri dijongket tinggi memandang muka Luth yang dah tegang tu. “Esok kelas pukul sepuluh, tak payah kecoh nak balik awal.”
               “Aku banyak kerja la.” Dalih Luth lagi.
               “Ah, kau!” Jeda. “Kau ni asal aku cakap fasal perempuan je, mula la nak balik la apa la.”
               “Kau tak de benda lain ke nak sembang?” Dia la, memang tak pernah ada mood nak bersembang fasal kaum Hawa ni.
               “Memang patut pun kau tak de makwe sampai sekarang.” Ejek Akid.
               Luth buat tak dengar. Dia malas nak melayan mulut Akid yang tak de insurans tu. Dia bukan tak de makwe sebab dia tak laku ke apa, dia tak de makwe sampai sekarang sebab dia sendiri tak berminat nak bercinta masa belajar.
               “Cuba la gunakan muka kau yang handsome tu.” Tambah Akid lagi.
               Luth tergelak kecil, sinis betul bunyinya. Ikut suka kau la Akid oi.. aku malas nak cakap dah. Apa Akid tu ingat semua lelaki macam dia? Yang nak kebas semua perempuan atas bumi ni? Tak, okey. Dia sendiri tak macam tu. Luth, dia ada prinsip sendiri. Dia tak nak main tangkap muat je. Dia tak nak sesuka hati usung anak gadis orang ke hulu ke hilir tanpa sebarang ikatan yang sah.
               “Budak fac kita ramai je yang minat dekat kau, kan?” Akid tak habis lagi nak provok.
               “Dia orang je minat dekat aku.. aku tak minat pun.” Luth jawab acuh tak acuh. Aku ni ha suka dekat orang lain, tapi orang tu macam tak pernah pandang pun dekat aku ni ha..
               “Cuba kau bagi tau, kau nak yang macam mana? Biar aku tolong adjust.” Akid dah keluar aura kaunseling-kononnya.
               “Macam umi aku.” Luth angkat-angkat kening.
               “Ah, kau!” Luth ni stok sekali petik jari, sepuluh orang yang datang tau tak? Tak payah nak yang sama macam mak kau sangat la!
               “Jom, balik.” Luth dah ada gaya macam nak bangun dari kerusi.
               “Eh, kejap ah.” Tahan Akid. “Kau tak nak kenalkan aku dengan budak Airis tu ke?”
               Berkerut kening Luth pandang Akid. “Alaa.. kau tu sekali senyum je, ramai yang tersungkur.” Tang senyum Si Akid ni memang Luth tak boleh nafikan, memang stok pencair-hati-gadis betul.
               “Alaa.. budak macam tu tak denya lut.”
               “Dah tak lut, cuba la cara lain.”
               “Cara apa?”
               Luth angkat bahu. “Kau yang selama ni perempuan keliling pinggang, kan? Bukan aku.” Luth terus bangun dari kerusi. Makin lama dekat sini, makin panas pulak hati ni ha.
               “Eh, siapa nak bayar ni?” Akid mengangkat kepala memandang Luth yang dah berdiri tu.
               “Kau ah.”
               Akid terus keluarkan wallet dari poket belakang seluar jean. Setakat nak bayar teh tarik dua gelas, tak de hal la. “Aku macam nak try la budak Airis tu.”
               “Suka hati kau la.” Luth malas nak layan. Akid ni memang pantang sikit dengan perempuan. Tapi macam pelik pulak kalau Akid ni nak try budak perempuan macam Airis tu. Airis tu bukan type dia pun. Ke Akid ada niat lain ni?
               Kau nak duduk diam je ke, Luth? Sanggup putih mata?

Thursday 26 December 2013

Airis (Bab 2): Syasyaja



“LUTH.”
               Luth yang tengah tengok TV menoleh pandang. Kening kirinya sengaja dijongketkan. Gadis rambut panjang yang diikat ekor kuda tu dipandang dari atas ke bawah.
               “You apahal pandang I macam tu?”
               Luth angkat bahu. “You nak apa?”
               “Umi mana?”
               Lagi sekali Luth angkat bahu. “I balik-balik je umi dah tak de.” Hari ni, dia kuliah sampai tengah hari je. Lepas makan-makan tadi, dia terus balik rumah.
               Gadis rambut panjang tadi duduk di sebelah kiri Luth. “You busy?” Hujung jari telunjuk bermain-main dengan hujung baju sekolah.
               “Awal you balik hari ni?” Bukan ke selalunya adik sorang ni balik rumah apabila sikit lagi nak Maghrib? Ni apahal balik awal pulak?
               “Bosan la dekat sekolah.” Belakang kepala disandarkan pada kepala sofa. “Jom keluar jalan-jalan, Luth.”
               “You nak pergi mana ni?”
               “Mana-mana la.” Mata dipejamkan rapat-rapat. “I nak jalan je sekarang ni.” Stres rupanya jadi calon SPM ni ha, ingatkan awal-awal semester macam ni boleh melepak-santai je rupanya tak langsung.
               “You tak de homework ke, Eqa?” Berkerut sikit kening Luth. Adik sorang ni memang manja pun dengan dia. Manja-manja jugak tapi kerja sekolah tak boleh tolak tepi okey.
               “I ni sikit lagi boleh gila tau tak sebab banyak sangat studi.” Jari telunjuk dan ibu jari dibawa memicit pangkal hidung. Stresnya.
               “I dulu pernah sekolah jugak apa.” Kaki ditarik menjadi sila ke atas sofa. “Tak de pulak sampai gila sebab studi banyak sangat.”
               “You tu otak macam sponge, senang nak absorb segala jenis ilmu.” Eqa tak nak kalah.
               “Nak SPM buat cara nak SPM la, Eqa.” Luth sengaja nak menyakat Eqa. Padahal, dia boleh nampak muka Eqa yang dah merah padam menahan geram tu.
               “You ni no fun la, Luth.” Rungut Eqa dengan mata yang masih terpejam. “You dengan umi, sama je. Asyik suruh I studi je, asyik-asyik suruh pergi tuisyen. Tuisyen sana, tuisyen sini.. pandainya tak jugak.” Gumam Eqa geram.
               Luth tergelak kecil. “Kita orang suruh you buat semua tu untuk kebaikan you jugak apa. For your own future.” Alat kawalan jauh TV diambil, TV yang memekak dari tadi ditutup. “You ada benda nak share dengan I ke?” Luth dah masuk mode abang-prihatin-kelas-satu.
               Eqa hanya mendiamkan diri. Dia duduk sambil memeluk tubuh dengan mata yang masih dibiarkan terpejam rapat. Ini namanya protes. Merajuk pun iya jugak.
               Luth yang duduk di sebelah dah geleng-geleng kepala. Sabar ajelah ada adik yang kuat merajuk macam ni. Tangan kiri dibawa memeluk bahu Eqa. “Betul ni tak nak share?”
               “Tak de apa-apa la.” Tangan Luth hanya dibiarkan mendarat di atas bahu.
               “Fasal sekolah la ni?” Luth tak nak kalah. Kalau bukan dia yang memujuk adik sorang ni, siapa lagi nak pujuk? “You gaduh dengan boyfriend, eyh?
               Perkataan boyfriend tadi memang berjaya membuatkan mata Eqa yang terpejam tadi, membulat terus. “You cakap tu slow-slow sikit, karang umi dengar habis I kena nag sampai hujung tahun.”
               Luth tergelak kecil. Dia saje cakap macam tu, nak pancing Eqa bercakap. Macam la dia tak faham perangai umi mereka yang tak suka kalau-kalau ada di antara mereka yang bercinta masa belajar. Bagi umi, sekolah tu tempat untuk belajar bukan bercinta!
               “Kalau bukan tu..” Luth mengubah posisi duduk supaya menghadap Eqa. “I akan bawak you jalan-jalan but with one condition.” Jari telunjuk diangkat seiring dia menghabiskan ayat. “You kena cerita kenapa you jadi shabby macam ni.”
               “Modal you memang sama je eyh setiap masa?” Terjongket tinggi kening kiri Eqa. Luth ni memang modal nak suruh dia bercakap memang sama je dari dulu sampai sekarang. Bosan betul.
               “You tak suka umi arrange home tuition tu?” Luth lebih cepat menembak.
               “You suka ke?” Beku betul suara Eqa. Bengang betul la tu. “Susah sangat ke nak faham? I nak masuk tuisyen sekolah. I nak belajar dengan kawan-kawan I.”
               Hey lil sis, look at me.” Hujung jari telunjuk mencuit bahu Eqa. “Umi nak yang terbaik untuk you, for your future.”
               “Tuisyen sekolah pun okey apa. Ramai je top students yang masuk tuisyen sekolah.” Eqa tetap nak menang. “You dulu tak nak tuisyen, umi tak de bising-bising pun.” Eqa dah tarik muncung. Ee.. tak aci betul la!
               Luth angkat bahu. “I anak kesayangan.” Pehh.. statement mintak kaki betul. Boleh pulak dia tayang muka bangga tu depan Eqa yang dah berasap tu.
               Urghhh..
               “Alaa.. you ikut ajelah apa yang umi cakap. You dengar cakap umi, umi happy and so do you. It’s a win-win situation pe.”
               Eqa mencebik. Banyak la kau punya win-win situation! Yang nak menghadap muka cikgu tuisyen tu aku, bukan kau pun. “Tapi sampai bila?”
               “Bagi umi, you’re still her little girl sebab tu umi buat semua ni. You ingat nak cari the best teacher in town senang? Umi called sana-sini tau.”
               “I tau la semua tu...” Hujung baju sekolah dah berkedut dipintal-pintal. Rasa bersalah dah mula muncul.
               “Dah tu?” Luth beralih duduk menyandar, lengan kiri didaratkan di atas bahu Eqa. “Umi buat semua tu bersebab, umi sayangkan kita. Umi nak yang terbaik untuk kita.” Jeda. “Believe me.. I have been there and done that. Takat mana je you nak rebel dengan umi? Memanglah sekarang ni you rasa macam tak puas hati je dengan apa yang umi buat.. but one day, you’re gonna thank her.”
               “You macam ni jugak ke dulu?” Dulu kan, dia kecik lagi mana la nak perasan Luth tu tengah dalam phase rebel ke apa.
               Luth angkat bahu. “Semua orang pernah rasa phase ni.” Belakang kepala disandarkan pada kepala sofa. “Tapi satu hari nanti, you akan sedar apa yang umi buat ni untuk kebaikan you jugak. Sooner or later, you’re gonna thank her.” Luth ulang lagi sekali pesannya tadi.
               “Okey la.” Lengan Luth yang berlingkar di atas bahu, dialih. “Jom kita keluar jalan-jalan. You belanja.” Eqa bangun dari duduk. “Jom, dah promised tadi kan.”
               “Eh, I tak de cakap fasal belanja pun.”
               “You..” Matanya dipicingkan memandang Luth yang masih tak bergerak dari duduk tu. “Dengan adik sendiri pun nak berkira ke?”
               Allowance bulan ni babah dah bank-in, kan.”
               “I nak simpan duit tu.” Dia angkat-angkat kening. “I ni kan nak kena belajar pandai-pandai. Bagi dapat title top student macam you dulu, kan. Nanti boleh further study dekat oversea, kan.” Eceh.. sempat lagi tu dia main perli-perli.
               “Tak de kaitan dengan I pun.” Luth tetap nak main tarik tali.
               “Eh, banyak!” Eqa dah berdiri dengan sebelah tangan mencekak pinggang. “Kalau you tak belanja I, macam mana I nak simpan duit tu? Kalau I tak simpan duit, macam mana I nak belajar hidup berdikari?” Kening kiri dah terjongket tinggi memandang Luth.
               Luth dah geleng kepala. Sabar aje la aku dengan adik manja sorang ni. “Habis I tak payah simpan duit?”
               “Tak payah.”
               “Habis macam mana nak kahwin tak de duit?”
               Berkerut kening Eqa pandang Luth. Mata tu dah macam nak keluar laser ala Superman. “You belajar kasi habis dulu la baru fikir fasal kahwin ke apa.”
               Luth pandang Eqa dari atas ke bawah. “You dah Zuhur belum?”
               “MC.”
               Luth angguk tanda faham. Orang perempuan, kan. “Dah, pergi naik siap.” Tak sempat Luth nak menghabiskan ayatnya, telefon bimbit di atas meja berbunyi tanda ada mesej yang masuk. “Kejap.” Tangan kanan dipanjangkan mengambil telefon bimbit.

               From : Akid
               Bro, lepak malam ni?

               Luth angkat kepala dari skrin telefon bimbit. “You pergi naik siap. Lepas tu, bawak turun wallet I sekali.”
               “You tak nak siap?”
               Luth tunduk melihat baju dan seluar Bermuda di badan. “Tak payah. I dah handsome macam ni.”
               Eqa mencebik. “Konon handsome tapi makwe tak de.”
               Pehhh... berdesing telinga ni ha dengar statement Eqa tadi. “You nak keluar ke tak ni? Karang I cancel baru tau.”
               “Haa la!” Sempat lagi dia menjeling Luth sebelum mengatur langkah ke tingkat atas. Suka betul main ugut tau!
               Luth kembali tunduk menekur skrin telefon bimbit. Laju jarinya berlari di atas skrin membalas mesej kiriman Akid tadi. Okay, send. Malam ni, lepak lagi. Eh, tiap malam pun memang lepak apa. Heh.



Dia melangkah keluar dari  bilik IT. Langkahnya perlahan betul. Gaya macam orang tak makan seminggu, kan Kiesha? Padahal tadi sebelum ke bilik IT, memang dah makan dulu. Mungkin sebab duduk dalam bilik berair-cond kut itu yang cepat lapar.
               Tangan kiri menyeluk masuk ke dalam tote bag, telefon bimbit yang disimpan di poket sebelah dalam dikeluarkan. Mode senyap diganti pada mode aktif seperti biasa.
               “Kiesha!”
               Kus, semangat! Nasib tak terlepas handphone aku. Lambat-lambat dia menoleh ke belakang. Membulat terus matanya memandang manusia yang berdiri di belakangnya dengan sengih lebar tu. “Kau dah tak reti bagi salam?”
               “Aku bagi dah tadi. Kau yang tak jawab.” Tasha mencebik. “Dari mana ni?”
               “Terang-terang ah aku depan bilik IT ni ha, takkanlah baru habis memancing.”
               “Rajin kau menapak.” Tasha dah angkat-angkat kening.
               “Nak tunggu Wi-Fi hostel tu laju, entah tunggu kambing jantan beranak agaknya.” Letak beg di bahu kiri dibetulkan. “Kau dari mana ni? Lambat balik.”
               “Surau.” Dia berdeham kecil. “Dah alang-alang kelas aku satu level dengan surau, tu yang Asar terus tu.”
               “Kawan kau mana?”
               “Kimi?”
               “Sejak bila Kimi jadi kawan kau?”
               “Dah tu?”
               “Yang selalu berkepit dengan kau tu la.”
               “Ohh.. Airis?” Jeda. “Dia lepas solat tadi terus balik la.” Airis tu rumah sejengkal aje dengan kolej ni ha, jadi memang senang la nak berulang-alik setiap hari.
               “Kau ada nak singgah mana-mana tak?”
               Berkerut kening Tasha pandang Kiesha. “Nak singgah mana?” Dekat fakulti ni bukan ada tempat menarik nak di singgah pun.
               “Mana la tau ada nak jumpa Kimi ke apa...” Suara sengaja dileretkan. “Kalau tak de, on the way nak balik hostel nanti aku nak singgah Ruang Makan kejap. Ingat nak tapau dinner terus.”
               “Alaaa.. awalnya nak beli makan.” Tasha dah tarik muncung. Dia ni dah la pantang nampak makanan. Konon beli untuk makan malam, silap hari bulan elok je sampai bilik nanti terus dia ngap aje makanan tu.
               Kiesha memandang ke atas. “Kau tak nak beli sudah. Biar aku je  yang beli.” Tanpa menunggu Tasha, dia terus melangkah keluar dari lobi fakulti tu.
               “Kau nak makan apa malam ni?” Tanya Tasha sambil cuba mengejar langkah Kiesha.
               “Burger, kut.” Dia ni bukan kisah sangat bab makan. Asal dapat makan, dia okey je.
               “Makan nasi la pulak.” Si Kiesha ni asal malas fikir nak makan apa, mesti makan burger. Makan burger selalu pun bukan elok pun.
               “Malas nak fikir.”
               “Tak pe, biar aku fikirkan.” Jari telunjuk dah main ketuk-ketuk dagu. Nak makan apa eyh malam ni? “Hah!” Jari dipetik betul-betul di hadapan muka Kiesha. “Kita makan Nasi Goreng Paprik dengan telur mata, nak?”
               Kiesha angkat bahu. “Apa-apa pun tak kisah janji makan.” Haa.. kan dah cakap yang dia ni tak kisah janji makanan tu halal.
               Tasha tayang sengih kemenangan. Hehehe.. “Eh, jadi Iyyad nak datang rumah kau?”
               “Entah.” Kiesha angkat bahu.
               “Entah ke kau yang tak bagi datang?”
               “Dua-dua kut.”
               “Kau ni laaaa..” Tasha memandang ke atas. “Apa yang susah sangat nak bagi Iyyad tu datang?”
               “Banyak benda nak fikir.”
               “Contohnya?”
               “Kalau ibu dengan abah aku tak suka, macam mana?”
               “Alaa.. Iyyad tu confirm-confirm stok muka sejuk-mata-mak-pak-mentua-pandang kut.”
               “Pandai la kau tu.”
               “Eh, betul apa!” Tasha tak nak kalah.
               “Nanti-nanti la jumpa. Bukan nak kahwin sekarang pun.” Kiesha malas nak layan.
               Tasha dah geleng-geleng kepala. “Suka hati kau la. Malas aku nak cakap dah.”
               Selepas itu, ruang di antara mereka terus senyap. Kiesha ni pun satu hal, entah apa yang dia takutkan sangat nak bawak Iyyad jumpa ibu dengan abahnya tu pun tak tau la. Susah betul nak yakinkan hati sendiri dah mula sayang sangat dekat Iyyad, kut. Takut tetiba ibu dengan abah reject Iyyad? Mungkin.