BILIK bawah tanah yang dijadikan bengkel kerjanya sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah hembusan nafasnya yang tenang. Fikhri mencantumkan bahagian-bahagian pada model rumahnya dengan penuh berhati-hati. Sekali tersilap langkah, usahanya pasti berkecai. Setakat ini, dia masih mampu menabahkan hati dalam usahanya bagi menyiapkan model itu.
Bayaran lumayan menjadi motivasi utama setiap kali dia berniat
untuk mematahkan semangatnya dari terus membina bangunan genit itu. Kalau boleh
disiapkan lebih awak dari jangkaan Datuk Fakhrul, Fikhri berniat untuk meminta
agar hartanah itu menjadi miliknya.
“Fikhri!” panggil emaknya dari tingkat atas. Fikhri mendengus
perlahan. Waktu dia sedang menumpukan perhatian beginilah mama gemar memanggil.
Mahu fokus begitu bukannya senang!
“Ya…” Fikhri menyahut malas sambil mendaki anak tangga ke
tingkat atas.
Dia bergerak ke bilik
tetamu di mana dia meneka mamanya sedang berada. Datin Wahiza yang tengah memperkemaskan
tudungnya di meja solek diperhatikan. Nalurinya kuat mengatakan ibunya bakal
mengajaknya keluar.
“Apa dia, ma?” Fikhri menyoal.
Datin Wahiza mengerling pada imej anaknya di dalam cermin.
Fikhri tidak berbaju. Hanya seluar tidur sahaja yang dikenakan. Rambutnya kusut
masai. Hari sudah hampir menjangkau ke
tengah hari dan Fikhri masih belum mandi. Bertuah punya budak!
“Pergi mandi cepat. Bawa mama pergi kedai emas. Mama nak pergi
ambil cincin kahwin abang kamu”
“Laa… bukankah abang dah ambil minggu lepas? Waktu dia balik
kejap tu?” Fikhri membantah secara halus. Malas rasanya hendak ke mana-mana.
Kerja dahla banyak. Model pun baru dua puluh lima peratus siap. Makin banyak
masa dia bazirkan di tempat lain, makin menipislah koceknya, makin besarlah
tawa bapanya mempersendakannya. Aduhai...
“Dia tempah aje cincinnya. Hari ni baru boleh ambil…” jelas
Datin Wahiza. Perhatiannya masih pada cermin.
Fikhri diam-diam mengeluh. Permintaan mamanya wajib dia
tunaikan. Tiada gunanya membantah. Jika dibantahpun, nanti dia sendiri yang
akan rasa bersalah. Lagipun, fokusnya untuk terus membina model itu telahpun
diragut. Jadi buat masa ini, terpaksalah dia manganggap dirinya memiliki banyak
masa yang terluang untuk membantu mama.
Perlahan-lahan, dia
melangkah mendaki tangga, menuju ke biliknya. Tuala dicapai dari ampaian lalu
dengan longlai dia melangkah masuk ke dalam bilik air. Pancuran air yang
membasahi tubuhnya dirasakan penuh nikmat. Terangkat seketika beban yang
bersarang di benaknya.
Selesai bersiram dan mengeringkan badan, Fikhri menyarungkan
sepasang seluar paras keting. Sehelai kemeja-T turut disarungkan ke tubuh. Rambutnya didandan tegak-tegak. Habis
memperkemaskan diri, dia meneliti penampilannya di cermin besar yang terletak
pada almari. Segak. Dia tersenyum. Walau apapun yang dikenakan padanya, dia
tetap kelihatan tampan.
Lagu Drive By dari Train tiba-tiba berkumandang dari
Blackberry-nya. Fikhri mencapai telefon yang terletak di meja sisi katil. Nama
di skrin diperhatikan lantas dia tersenyum sinis. Butang ditekan lalu alat itu
dilekapkan ke telinga.
“Call me to confess?”
Fikhri bertanya dalam nada sinis kepada Afrina di hujung talian.
“Sudahlah Fikhri. Quit
all the drama. I tahulah you menipu I” ujar Afrina.
“Tipu apa?”
“Tak payah nak buat-buat.
I tak percaya you rela berkahwin
dengan perempuan lain. You terlalu
sayangkan I”
“Suka hatilah kalau you
tak nak percaya. Nasihat I… jangan
menangis kalau you tengok wedding I tersiar dalam rancangan Nona
nanti” Fikhri terus mematikan talian. Sakit hatinya apabila Afrina masih
berdegil. Sudahlah tidak mahu mengaku kesalahan, tidak mahu mempercayai
dustanya pula tu.
Seketika kemudian, Afrina menelefonnya lagi. Sudah dijangka
Afrina akan bertindak begitu. Gadis itu gemar mendesak. Fikhri menyambut lagi
panggilan itu.
“I tak percaya! I tak percaya! I tak percaya!”
“Suka hati you! Suka
hati you! Suka hati you!”
“Kalau betul you nak
kahwin, beritahu I tarikhnya. I want to crash your wedding!” desis
Afrina seperti orang hilang akal.
“No, no, no. I won’t let
you do that. Sudahlah. I malas
nak layan you. I nak pergi ambil
cincin perkahwinan I” Fikhri
mematikan talian sekali lagi. Sejurus itu, Afrina memanggilnya lagi. Kali ini
panggilan itu ditolak. Telefon lantas dimatikan.
“Fikhri! Dah siap ke?” teriak mamanya dari tingkat bawah.
Fikhri terkejut. Dia bergegas menuju ke tangga.
“Dah, mama. Jom kita pergi”
***
Fikhri termenung sendirian di kaunter kedai emas Habib Jewels.
Hatinya meraung meratapi nasibnya yang dirasakan agak malang. Sampai hati Datin
Wahiza meninggalkannya berseorangan di situ untuk mengutip cincin perkahwinan
buat Fakhri dan pasangannya, sedangkan mamanya itu dengan gembiranya pergi
membeli belah di Metrojaya.
Fikhri memejamkan mata sementara menunggu jurujual emas
mendapatkan barang. Wajah mamanya yang sedang bergembira membeli-belah
dibayang-bayangkan dalam angan. Dirinya pula dia bayangkan sedang terpenjara
dalam sebuah bilik nan gelap. Cerita sedih yang digubah di dalam mindanya
langsung tidak berkualiti.
Fikhri mencebik
sendirian. Apa lagi yang patut dia fikirkan? Mahu memikirkan tentang model
rumah, buat sakit hati saja. Nak fikir tentang Afrina, lagi menyakitkan hati.
Tak mahu berfikir, nama pun Fikhri!
“Ini dia cincin yang Encik tempah” sapaan peniaga emas di kedai
itu menyentap angan-angan kosongnya. Terus dia duduk tegak.
Sebuah bekas cincin berbentuk
hati dihulurkan kepadanya. Sepasang cincin yang tersisip kemas di dalam bekas
baldu berwarna hitam itu diteliti dengan seratus-peratus perhatian. Sedikit
sebanyak dia kagum. Dia amat berpuas hati dengan pilihan yang dibuat Fakhri.
Cincin emas putih untuk pengantin perempuan, cincin perak untuk yang lelaki.
Kedua-dua cincin belah rotan itu rekaannya sedondon. Yang membezakan keduanya
adalah sebiji berlian putih berbentuk hati yang dititahkan pada cincin
perempuan.
‘Not bad. He has a good
taste in design. But, I doubt he has a good taste in women’ Fikhri mengejek
dalam hati. Spontan, dia mengeluarkan cincin perak lalu disarungkan ke jari
manisnya. Muat!
Selesai segala urusan di kaunter kedai emas, Fikhri bingkas
dari tempatnya. Sudah tiba masanya untuk masuk ke pasaraya Metrojaya dengan
misi untuk mencari Datin Wahiza.
Baru setapak Fikhri menghayunkan kaki keluar dari premis
perniagaan emas itu, matanya pantas menangkap kelibat Afrina. Afrina yang
sudahpun lama memerhatikannya datang mendekati. Fikhri menyambut kedatangannya
dengan senyuman yang maha sinis. Afrina membalas senyumannya dengan perasaan
yang sama.
“So? You’re stalking me
now?” Fikhri membuat tuduhan yang berasas. Tak dapat telefon, Afrina
sanggup datang mencarinya untuk bersemuka. Tahu sahaja pula tu di mana dia
berada. Terasa seperti selebriti popular yang dikejar paparazi pula.
“I can’t help it. I
nak you tahu yang I tahu yang you sebenarnya menipu. I
tahu you jenis yang takkan menerima somebody yang you tak suka!” Afrina masih dengan agenda lama. Selagi dia tidak
berpuas hati, selagi itu dia akan mencari pasal.
“Mana you tahu somebody tu I tak suka? Mungin juga I
tak sukakan dia. Tapi, sekarang ni I
lebih tak sukakan you berbanding
sesiapa dekat dunia ni”
“Jangan nak bohong. Berbanding dengan sesiapa dekat dunia ni,
selain mama dan abah you, I-lah yang
paling memahami you. So, you tak
boleh nak tipu I”
“You memang memahami I. I
sendiri pun tak sangka. Tapi, disebabkan
I frust sangat dengan you, I
terima cadangan parents I tu. I pun tak sangka kuasa cinta you
kuat sangat sampai I mampu berubah”
sindir Fikhri dengan nada yang sinis.
“Kalau
you tak menduakan I, sudah tentu I tolak” sambungnya lagi. Seperti Afrina yang enggan mengalah, dia
juga tegar menunjukkan kedegilan.
“I tetap tak percaya”
“Tak percaya? I boleh
buat you percaya” Fikhri mengeluarkan
bekas baldu berwarna hitam dari kocek seluarnya. Bekas itu dibuka dan isi
kandungannya ditayangkan pada Afrina. Afrina terlopong seketika. Sepasang
cincin yang terletak kemas di dalam bekas itu amat mempesonakan.
“Ni cincin perkahwinan I”
Fikhri tersenyum sinis. Puas rasanya melihat riak wajah Afrina yang bagaikan
ditampar seseorang. Afrina masih terpaku, kelu tidak berbahasa.
Perlahan-lahan, Afrina menggeleng-gelengkan kepala. Dia ingin
berkata sesuatu namun suaranya bagaikan tersekat di celah kerongkong. Kebenaran
seperti mentertawakannya. Sukar untuk dia menerima hakikat bahawa lelaki yang
dicintainya akan membina mahligai bersama orang lain.
Tidak! Tidak mungkin hakikatnya begitu. Fikhri begitu cintakan
dirinya. Mana mungkin dia tergamak berbuat begitu. Mungkin ini cuma salah satu
gurauan melampau dari Fikhri. Mungkin sepasang cincin yang ditunjukkan itu
sebenarnya diniatkan untuk memperbaiki hubungan mereka.
“No. This is just another
one of your lies” Afrina membenarkan fantasi yang baru dicipta di benaknya
menjadi kekuatan untuknya berkata-kata.
“My lie? Apa? You fikir esok-esok bila I dah maafkan you, I akan hadiahkan cincin ni pada you?” Fikhri dengan cekapnya dapat menduga pemikiran Afrina. Afrina
terpana. Tekaan Fikhri sungguh tepat!
Fikhri tertawa sinis. Lakonannya dirasakan hebat. Gadis di
hadapannya sudah terpancing. Dia tahu, hati Afrina mula terasa sakit dicubit
oleh kenyataan palsu yang sungguh meyakinkan hasil karya agung seorang lelaki
bernama Fikhri. Hakikatnya, perih yang dirasakan Afrina turut dia rasakan.
Siapalah yang mampu menahan jika melihat orang yang disayangi disakiti? Namun,
pendirian Fikhri teguh. Selagi Afrina tidak mahu mengaku bersalah, dia juga
tidak akan mengakui penipuannya.
“Tak usah perasan, Afrina. You
tengok cincin ni…” Fikhri mengeluarkan cincin perempuan dari kotak hitam itu.
Objek itu ditayangkan betul-betul di hadapan mata Afrina, agar gadis itu dapat
melihat dengan jelas dan faham apa yang cuba dia sampaikan.
“You rasa cincin ni
boleh masuk ke dekat jari you?” soalan
yang diajukan Fikhri nyata bertujuan untuk mempersendakannya. Afrina menelan
liur. Dia tidak betah menjawab.
“Kenapa tak nak jawab?
Sebab you tahukan cincin saiz ni
memang tak boleh masuk ke jari you.
Jadi logikkah kalau esok lusa I nak
hadiahkan benda ni pada you?”
Afrina terus tergamam.
Wajahnya bagai ditampar-tampar. Malangnya, dia ketandusan kata untuk membela kedudukan
dirinya.
“Bakal isteri I pakai cincin saiz 10 je. Tak macam you. Jari you gemuk!” Fikhri meletakkan kembali cincin itu ke tempatnya.
Bekas baldu yang dipegang kembali disimpan di dalam kocek seluar.
“I akan bernikah dua
minggu lagi. Jadi, tempoh masa untuk you
mengaku kesilapan you pun tinggal dua
minggu” Fikhri merehatkan tangannya dalam kocek seluar.
“I tak percaya you akan tergamak membatalkan
perkahwinan yang semakin hampir. It’s not
that easy” buat pertama kali, kata-kata Afrina bersandarkan pada kenyataan
bahawa Fikhri akan bernikah.
“Well, I can make it
easy. I could just run away…” Fikhri berkata dengan selamba.
Afrina jatuh diam. Dia menimbang-nimbang keputusannya untuk
mengaku bersalah. Dia dalam dilema. Dia cuma ada dua pilihan dan kedua-dua
pilihan itu ada risikonya yang tersendiri. Kalau dia tidak mengaku, dia akan
kehilangan Fikhri kepada perempuan lain. Kalau dia mengaku, akibatnya mungkin
sama sahaja. Mungkin selepas dia mengakui kesalahan, Fikhri akan terus
meninggalkannya tanpa ragu lagi. Fikhri sukar dijangka. Adakalanya dia
memaksudkan apa yang dikata. Adakala, yang terluah dari bibirnya hanyalah untuk
menguji semata-mata.
Walau dia tidak mahu, dia akui dirinya sudah terjerat. Baginya,
mungkin sudah tiada jalan keluar.
“Deny all you want. But,
the truth isn’t gonna change it’s shape” Fikhri berlalu meninggalkan Afrina
yang tegak membatu.
Wajah Afrina berona merah. Tamparan yang diterima begitu hebat.
Matanya mula berkaca-kaca. Dadanya berombak mehanan perasaan geram yang berselirat
di seluruh pelosok jiwa. Dua tiga kali dia menarik nafas dalam-dalam sebagai
usaha untuk menenangkan diri.
Jiwanya berbelah bagi. Antara percaya dan tidak. Tetapi, jika
apa yang dikatakan Fikhri adalah benar, dia tidak akan berdiam diri. Jika betul
Fikri akan berkahwin, dia perlu melakukan sesuatu!
No comments:
Post a Comment