“LUTH.”
Luth
yang tengah tengok TV menoleh pandang. Kening kirinya sengaja dijongketkan.
Gadis rambut panjang yang diikat ekor kuda tu dipandang dari atas ke bawah.
“You
apahal pandang I macam tu?”
Luth
angkat bahu. “You nak apa?”
“Umi
mana?”
Lagi
sekali Luth angkat bahu. “I balik-balik je
umi dah tak de.” Hari ni, dia kuliah
sampai tengah hari je. Lepas
makan-makan tadi, dia terus balik rumah.
Gadis
rambut panjang tadi duduk di sebelah kiri Luth. “You busy?” Hujung jari telunjuk bermain-main dengan hujung baju
sekolah.
“Awal
you balik hari ni?” Bukan ke selalunya adik sorang ni balik rumah apabila sikit
lagi nak Maghrib? Ni apahal balik
awal pulak?
“Bosan
la dekat sekolah.” Belakang kepala disandarkan pada kepala sofa. “Jom keluar
jalan-jalan, Luth.”
“You
nak pergi mana ni?”
“Mana-mana
la.” Mata dipejamkan rapat-rapat. “I nak jalan je sekarang ni.” Stres rupanya jadi calon SPM ni ha, ingatkan
awal-awal semester macam ni boleh melepak-santai je rupanya tak langsung.
“You
tak de homework ke, Eqa?” Berkerut
sikit kening Luth. Adik sorang ni memang manja pun dengan dia. Manja-manja jugak tapi kerja sekolah tak boleh tolak
tepi okey.
“I
ni sikit lagi boleh gila tau tak sebab banyak sangat studi.” Jari telunjuk dan
ibu jari dibawa memicit pangkal hidung. Stresnya.
“I
dulu pernah sekolah jugak apa.” Kaki
ditarik menjadi sila ke atas sofa. “Tak de
pulak sampai gila sebab studi banyak sangat.”
“You
tu otak macam sponge, senang nak absorb segala jenis ilmu.” Eqa tak nak
kalah.
“Nak
SPM buat cara nak SPM la, Eqa.” Luth sengaja nak menyakat Eqa. Padahal, dia
boleh nampak muka Eqa yang dah merah padam menahan geram tu.
“You
ni no fun la, Luth.” Rungut Eqa
dengan mata yang masih terpejam. “You dengan umi, sama je. Asyik suruh I studi je,
asyik-asyik suruh pergi tuisyen. Tuisyen sana, tuisyen sini.. pandainya tak jugak.” Gumam Eqa geram.
Luth
tergelak kecil. “Kita orang suruh you buat semua tu untuk kebaikan you jugak apa. For your own future.” Alat kawalan jauh TV diambil, TV yang memekak
dari tadi ditutup. “You ada benda nak share
dengan I ke?” Luth dah masuk mode abang-prihatin-kelas-satu.
Eqa
hanya mendiamkan diri. Dia duduk sambil memeluk tubuh dengan mata yang masih
dibiarkan terpejam rapat. Ini namanya protes. Merajuk pun iya jugak.
Luth
yang duduk di sebelah dah geleng-geleng kepala. Sabar ajelah ada adik yang kuat
merajuk macam ni. Tangan kiri dibawa memeluk bahu Eqa. “Betul ni tak nak share?”
“Tak
de apa-apa la.” Tangan Luth hanya
dibiarkan mendarat di atas bahu.
“Fasal
sekolah la ni?” Luth tak nak kalah. Kalau bukan dia yang memujuk adik sorang
ni, siapa lagi nak pujuk? “You gaduh dengan boyfriend,
eyh?”
Perkataan
boyfriend tadi memang berjaya
membuatkan mata Eqa yang terpejam tadi, membulat terus. “You cakap tu slow-slow sikit, karang umi dengar habis
I kena nag sampai hujung tahun.”
Luth
tergelak kecil. Dia saje cakap macam
tu, nak pancing Eqa bercakap. Macam la dia tak faham perangai umi mereka yang
tak suka kalau-kalau ada di antara mereka yang bercinta masa belajar. Bagi umi,
sekolah tu tempat untuk belajar bukan bercinta!
“Kalau
bukan tu..” Luth mengubah posisi duduk supaya menghadap Eqa. “I akan bawak you
jalan-jalan but with one condition.”
Jari telunjuk diangkat seiring dia menghabiskan ayat. “You kena cerita kenapa
you jadi shabby macam ni.”
“Modal
you memang sama je eyh setiap masa?”
Terjongket tinggi kening kiri Eqa. Luth ni memang modal nak suruh dia bercakap
memang sama je dari dulu sampai
sekarang. Bosan betul.
“You
tak suka umi arrange home tuition
tu?” Luth lebih cepat menembak.
“You
suka ke?” Beku betul suara Eqa. Bengang betul la tu. “Susah sangat ke nak
faham? I nak masuk tuisyen sekolah. I nak belajar dengan kawan-kawan I.”
“Hey lil sis, look at me.” Hujung jari
telunjuk mencuit bahu Eqa. “Umi nak yang terbaik untuk you, for your future.”
“Tuisyen
sekolah pun okey apa. Ramai je top students yang masuk tuisyen
sekolah.” Eqa tetap nak menang. “You dulu tak nak tuisyen, umi tak de bising-bising pun.” Eqa dah tarik
muncung. Ee.. tak aci betul la!
Luth
angkat bahu. “I anak kesayangan.” Pehh.. statement mintak kaki betul. Boleh pulak dia tayang muka bangga tu depan
Eqa yang dah berasap tu.
“Urghhh..”
“Alaa..
you ikut ajelah apa yang umi cakap. You dengar cakap umi, umi happy and so do you. It’s
a win-win situation pe.”
Eqa
mencebik. Banyak la kau punya win-win
situation! Yang nak menghadap muka cikgu tuisyen tu aku, bukan kau pun.
“Tapi sampai bila?”
“Bagi
umi, you’re still her little girl
sebab tu umi buat semua ni. You ingat nak cari the best teacher in town senang? Umi called sana-sini tau.”
“I
tau la semua tu...” Hujung baju sekolah dah berkedut dipintal-pintal. Rasa
bersalah dah mula muncul.
“Dah
tu?” Luth beralih duduk menyandar, lengan kiri didaratkan di atas bahu Eqa. “Umi
buat semua tu bersebab, umi sayangkan kita. Umi nak yang terbaik untuk kita.”
Jeda. “Believe me.. I have been there and
done that. Takat mana je you nak rebel dengan umi? Memanglah sekarang ni
you rasa macam tak puas hati je
dengan apa yang umi buat.. but one day,
you’re gonna thank her.”
“You
macam ni jugak ke dulu?” Dulu kan,
dia kecik lagi mana la nak perasan Luth tu tengah dalam phase rebel ke apa.
Luth
angkat bahu. “Semua orang pernah rasa phase
ni.” Belakang kepala disandarkan pada kepala sofa. “Tapi satu hari nanti, you
akan sedar apa yang umi buat ni untuk kebaikan you jugak. Sooner or later, you’re
gonna thank her.” Luth ulang lagi sekali pesannya tadi.
“Okey
la.” Lengan Luth yang berlingkar di atas bahu, dialih. “Jom kita keluar
jalan-jalan. You belanja.” Eqa bangun dari duduk. “Jom, dah promised tadi kan.”
“Eh,
I tak de cakap fasal belanja pun.”
“You..”
Matanya dipicingkan memandang Luth yang masih tak bergerak dari duduk tu.
“Dengan adik sendiri pun nak berkira ke?”
“Allowance bulan ni babah dah bank-in, kan.”
“I
nak simpan duit tu.” Dia angkat-angkat kening. “I ni kan nak kena belajar
pandai-pandai. Bagi dapat title top
student macam you dulu, kan. Nanti boleh further study dekat oversea,
kan.” Eceh.. sempat lagi tu dia main
perli-perli.
“Tak
de kaitan dengan I pun.” Luth tetap
nak main tarik tali.
“Eh,
banyak!” Eqa dah berdiri dengan sebelah tangan mencekak pinggang. “Kalau you
tak belanja I, macam mana I nak simpan duit tu? Kalau I tak simpan duit, macam
mana I nak belajar hidup berdikari?” Kening kiri dah terjongket tinggi
memandang Luth.
Luth
dah geleng kepala. Sabar aje la aku dengan adik manja sorang ni. “Habis I tak
payah simpan duit?”
“Tak
payah.”
“Habis
macam mana nak kahwin tak de duit?”
Berkerut
kening Eqa pandang Luth. Mata tu dah macam nak keluar laser ala Superman. “You
belajar kasi habis dulu la baru fikir fasal kahwin ke apa.”
Luth
pandang Eqa dari atas ke bawah. “You dah Zuhur belum?”
“MC.”
Luth
angguk tanda faham. Orang perempuan, kan. “Dah, pergi naik siap.” Tak sempat
Luth nak menghabiskan ayatnya, telefon bimbit di atas meja berbunyi tanda ada
mesej yang masuk. “Kejap.” Tangan kanan dipanjangkan mengambil telefon bimbit.
From : Akid
Bro,
lepak malam ni?
Luth
angkat kepala dari skrin telefon bimbit. “You pergi naik siap. Lepas tu, bawak
turun wallet I sekali.”
“You
tak nak siap?”
Luth
tunduk melihat baju dan seluar Bermuda di badan. “Tak payah. I dah handsome macam ni.”
Eqa
mencebik. “Konon handsome tapi makwe
tak de.”
Pehhh... berdesing telinga ni ha dengar statement Eqa tadi. “You nak keluar ke
tak ni? Karang I cancel baru tau.”
“Haa
la!” Sempat lagi dia menjeling Luth sebelum mengatur langkah ke tingkat atas.
Suka betul main ugut tau!
Luth
kembali tunduk menekur skrin telefon bimbit. Laju jarinya berlari di atas skrin
membalas mesej kiriman Akid tadi. Okay,
send. Malam ni, lepak lagi. Eh, tiap malam pun memang lepak apa. Heh.
Dia melangkah keluar dari bilik IT. Langkahnya perlahan betul. Gaya macam
orang tak makan seminggu, kan Kiesha? Padahal tadi sebelum ke bilik IT, memang
dah makan dulu. Mungkin sebab duduk dalam bilik berair-cond kut itu yang cepat lapar.
Tangan
kiri menyeluk masuk ke dalam tote bag,
telefon bimbit yang disimpan di poket sebelah dalam dikeluarkan. Mode senyap
diganti pada mode aktif seperti biasa.
“Kiesha!”
Kus,
semangat! Nasib tak terlepas handphone
aku. Lambat-lambat dia menoleh ke belakang. Membulat terus matanya memandang
manusia yang berdiri di belakangnya dengan sengih lebar tu. “Kau dah tak reti
bagi salam?”
“Aku
bagi dah tadi. Kau yang tak jawab.” Tasha mencebik. “Dari mana ni?”
“Terang-terang
ah aku depan bilik IT ni ha, takkanlah baru habis memancing.”
“Rajin
kau menapak.” Tasha dah angkat-angkat kening.
“Nak
tunggu Wi-Fi hostel tu laju, entah
tunggu kambing jantan beranak agaknya.” Letak beg di bahu kiri dibetulkan. “Kau
dari mana ni? Lambat balik.”
“Surau.”
Dia berdeham kecil. “Dah alang-alang kelas aku satu level dengan surau, tu yang Asar terus tu.”
“Kawan
kau mana?”
“Kimi?”
“Sejak
bila Kimi jadi kawan kau?”
“Dah
tu?”
“Yang
selalu berkepit dengan kau tu la.”
“Ohh..
Airis?” Jeda. “Dia lepas solat tadi terus balik la.” Airis tu rumah sejengkal aje dengan kolej ni ha, jadi
memang senang la nak berulang-alik setiap hari.
“Kau
ada nak singgah mana-mana tak?”
Berkerut
kening Tasha pandang Kiesha. “Nak singgah mana?” Dekat fakulti ni bukan ada
tempat menarik nak di singgah pun.
“Mana
la tau ada nak jumpa Kimi ke apa...” Suara sengaja dileretkan. “Kalau tak de, on
the way nak balik hostel nanti
aku nak singgah Ruang Makan kejap. Ingat nak tapau dinner terus.”
“Alaaa..
awalnya nak beli makan.” Tasha dah tarik muncung. Dia ni dah la pantang nampak
makanan. Konon beli untuk makan malam, silap hari bulan elok je sampai bilik nanti terus dia ngap aje makanan tu.
Kiesha
memandang ke atas. “Kau tak nak beli sudah. Biar aku je yang beli.” Tanpa
menunggu Tasha, dia terus melangkah keluar dari lobi fakulti tu.
“Kau
nak makan apa malam ni?” Tanya Tasha sambil cuba mengejar langkah Kiesha.
“Burger,
kut.” Dia ni bukan kisah sangat bab makan. Asal dapat makan, dia okey je.
“Makan
nasi la pulak.” Si Kiesha ni asal
malas fikir nak makan apa, mesti makan burger. Makan burger selalu pun bukan
elok pun.
“Malas
nak fikir.”
“Tak
pe, biar aku fikirkan.” Jari telunjuk
dah main ketuk-ketuk dagu. Nak makan apa eyh
malam ni? “Hah!” Jari dipetik betul-betul di hadapan muka Kiesha. “Kita makan
Nasi Goreng Paprik dengan telur mata, nak?”
Kiesha
angkat bahu. “Apa-apa pun tak kisah janji makan.” Haa.. kan dah cakap yang dia
ni tak kisah janji makanan tu halal.
Tasha
tayang sengih kemenangan. Hehehe..
“Eh, jadi Iyyad nak datang rumah kau?”
“Entah.”
Kiesha angkat bahu.
“Entah
ke kau yang tak bagi datang?”
“Dua-dua
kut.”
“Kau
ni laaaa..” Tasha memandang ke atas. “Apa yang susah sangat nak bagi Iyyad tu
datang?”
“Banyak
benda nak fikir.”
“Contohnya?”
“Kalau
ibu dengan abah aku tak suka, macam mana?”
“Alaa..
Iyyad tu confirm-confirm stok muka
sejuk-mata-mak-pak-mentua-pandang kut.”
“Pandai
la kau tu.”
“Eh,
betul apa!” Tasha tak nak kalah.
“Nanti-nanti
la jumpa. Bukan nak kahwin sekarang pun.” Kiesha malas nak layan.
Tasha
dah geleng-geleng kepala. “Suka hati kau la. Malas aku nak cakap dah.”
Selepas
itu, ruang di antara mereka terus senyap. Kiesha ni pun satu hal, entah apa
yang dia takutkan sangat nak bawak Iyyad jumpa ibu dengan abahnya tu pun tak
tau la. Susah betul nak yakinkan hati sendiri dah mula sayang sangat dekat
Iyyad, kut. Takut tetiba ibu dengan abah reject
Iyyad? Mungkin.
No comments:
Post a Comment