Friday 30 January 2015

Poskad (Bab 4) ~ Ednin

MAISA MEMBUKA mata bila di telinganya terasa sunyi tanpa bunyi apa-apa. Bunyi deruman enjin bas yang tadi membingitkan kepala sudah pun hilang. Hanya terdengar sayup-sayup bunyi suara orang berucap dari luar bas. Maisa meregangkan tangannya yang kebas dek digunakan untuk memanggung kepalanya untuk tidur tadi.
Matanya mula mengimbas kawasan sekelilingnya. Tempat duduk di dalam bas yang tadinya penuh itu sudah kosong, tanpa penghuni. Langsir bas diselak. Bas sudah berhenti di hadapan sebuah bangunan bercat kuning itu, seraya Maisa membaca papan tanda yang berdiri teguh di hadapan bangunan setingkat itu.
            BalaiKg Leryar, Cameron Highlands.
            Dahi ditepuk! Ya Allah, dah sampai rupanya…Kenapa Nab tak kejutkan dia tadi? Allahuakbar.
            Maisa bergegas bangun dari tempat duduknya. Tangan pantas menyambar beg silangnya yang digantungkan di belakang kerusi hadapan itu. Berlari-lari anak dia memasuki balai di kampung orang asli itu. Kawasan perkampungan itu sunyi. Hanya suara dari dalam dewan semakin jelas apabila dia mendekati pintu masuk dewan itu.
Pantas dia berjalan masuk melalui pintu belakang balai sambil matanya mencari-cari kelibat Nab dan Kak Fatin.
Hampa.
Apalah sangat nak mencari mereka dengan hanya menggunakan pandangan dari belakang ni? Semua manusia nampak sama di matanya dari arah belakang ini. Tambah-tambah lagi semua ahli program Kembara ini memakai baju t-shirt yang sama.
Maisa segera melabuhkan diri di kerusi di barisan belakang sebelum dia menjadi tumpuan umum nanti. Dia mengambil tempat bersebelahan dengan seorang lelaki yang sedang ralit bermain dengan handphonenya itu.
Kepalanya tertinjau-tinjau mencari Nab dan Kak Fatin di sekitar balai itu. Sudahlah dia tak kenal siapa-siapa di sini. Datang pun sebab atas alasan mahu menolong Kak Fatin yang terpaksa mencari pengganti di saat-saat akhir itu.
“Fatin dengan Nabilah ada kat depan belah kanan.” Orang sebelah bersuara, tiba-tiba.
Maisa laju berpaling ke arah orang sebelahnya.
Maisa mengangguk faham. Terus dia berpaling ke kanan mencari imej Kak Fatin dan Nab seperti yang Ihsan katakan itu.
“Dah okay?”
Maisa hanya mampu menjeling sekilas sebelum mengangguk. Ihsan masih dengan habit mengadap handphonenya itu.
“Tak sangka ada orang mabuk naik bas ey? First time dengar.”
Maisa hanya diam tak mahu menjawab. Dia menebarkan pandangan ke arah Abang Azli yang sedang memberi ucapan di hadapan itu. Dibuat-buatnya khusyuk semoga Ihsan tidak terus-terus mengajaknya bersembang.
“Kalau naik kereta pun muntah juga ke?” Suara itu masih lagi bercakap dengannya.
Laju dia menggeleng. Mata masih lagi pada Abang Azli di atas podium. Malas nak bersembang. Dia bukannya jenis yang bersembang di belakang kalau orang sedang berucap di hadapan.
Sekali lagi dia bertanya. Sony Ericsson itu dimasukkan ke dalam kocek seluar. Sudah penat bermain dengan permainan di dalam telefon bimbitnya. Geram juga sebenarnya. Yellah kawasan Kg Leryar ini kan berada di pedalaman dan agak tinggi tempatnya. Tak peliklah kalau tiada rangkaian telefon di sini. Tiada gunanya kalau guna telefon bimbit secanggih mana pun di sini. Bagus juga tu, tiada anasir-anasir luar yang dapat menganggu program ini.
Anasir luar?
Siapa lagi kalau bukan teman wanitanya yang clingy tu. Nampaknya dalam masa empat hari ni terpaksalah dia ‘berpisah maya’ sebentar dengan Sarah, teman wanitanya itu.
Naik marah juga Sarah semalam bila dia memberitahu yang dia terpaksa mengikut program ni. Yellah, kan mereka sudah berjanji nak ke Port Dickson, bercuti bersama dengan geng-geng Sarah tapi terpaksa dibatalkan dek kerana permintaan Azli yang tiba-tiba saja ni.
Tapi bagus juga sebenarnya. Dia dapat berjumpa dengan Pluto ni. Seraya, Ihsan berpusing mengadap si gadis di sebelah. Khusyuk betul memandang Azli di hadapan sana.
“Pluto tu nama betul ke?” Ihsan bertanya. Kepalanya cuba memikirkan nama-nama yang berkaitan untuk dikaitkan dengan Pluto.
Nur Plutonia?
Siti Anipluto?
Ihsan tergelak sendiri. Ibu bapa mana yang taksub sangat dengan planet ni. Agak-agaknya kalau ada adik beradik lain, mesti nama Puteri Merkurius atau Muhammad Mars yang bakal menjadi pilihan.
Maisa mengerutkan dahi. Dah tiba-tiba dia gelak ni kenapa?
“Tadi kan sebelum naik bas kita ada jumpa, you angkat botol mineral…”
“So?”
“You kan cakap nama you Pluto?” Ihsan angkat kening. Dia dah agak dah perempuan ni menganjing dia tadi.
“Ohhhhhh..”
“Betul ke?” Suara itu bertanya lagi.
Maisa mengalih fokus. Halahaih. Banyak tanya la pak cik ni!
“Sun tu nama betul jugak ke?” Soalan lelaki itu dikembalikan dengan soalan.
“Nickname. Obviously..          So betullah yang..”
 Ayatnya tergantung seketika bila seisi dewan sudah riuh bergelak ketawa mendengar ucapan dari Azli. Ihsan berkerut dahi sambil matanya tertuju ke arah podium, melihat Azli yang turut ketawa. Kening terjungkit-jungkit memikirkan apa yang tengah diperkatakan Azli sampaikan seluruh dewan ketawa ni? Padan muka kau, Sun. Tak ambil port lagi.Kepala dipusingkan sekali lagi mengadap siPluto yang sudah beralih tumpuan ke arah Azli sambil tersenyum itu. Halahaih ini peminat Azli ke? Dari tadi khusyuk je padang Azli!
“Suka Azli eh?” Ihsan menembak tiba-tiba. Dari tadi dia perasan yang pandangan gadis itu tak berpaling-paling dari Azli di atas memberi ucapan itu.
Come on, sejak bila Azli dah pandai out shadowAhmad Redha Ihsan ni?
Zrapppp.
Laju Maisa berpaling ke kiri. “Excuse me?”
Ihsan tersenyum. Gembira bila pandangan gadis itu kembali ke arahnya. “Well dari tadi awak pandang dia tak kalih-kalih.”
Antara dia dengan Azli. Sama-sama ada gene yang boleh membuatkan orang jatuh suka. Cuma Azli tu je yang skema sikit, katanya no lovey dovey before marriage.
Pelik.
Kalau bagi Ihsan, dia lebih suka berkenal-kenalan dulu sebelum ambil keputusan nak ke peringkat seterusnya. Marriage is not something you can turn back, aite? Once in ones lifetime.
“Liking someone and paying attention is two different things. Rasanya lagi better saya paid attention dari main handphone kan?” Tali beg itu dipusing-pusing dengan tangan. Entah macam mana terkeluar juga ayat sinis dari mulutnya. Can’t help. It’s in my blood and veins.
Ihsan ketawa. Dush, dush, dush terkena tembakan sinis dari si Pluto. Dah dua kali dah dia kena dalam satu hari ni. Nice play, Pluto girl!
“Keep it!” Sony Ericsson dihulurkan kepada Maisa. Tapi gadis itu sedikit pun tak menyambutnya. Terpaksalah Ihsan meletakkan Sony Ericsson hitam itu di atas beg silang Maisa.
“Excuse me?”
“You simpan phone I ni. Agaknya baru I boleh paid attention kut.” Serentak dia mengalih fokusnya pada Azli di hadapan. Kononnya boleh berkonsentrasi kan.
“Sun, take it back.” Nada itu kedengarannya tegas.
Ihsan memandang seketika. “Hush girl, hush! Pay attention!” Dua jari ditunjukkan seiringan di antara matanya dengan Azli.
Maisa merengus. Sekali dia terkena!
Ihsan ketawa dalam hati.


Sun (1) - Pluto (2)

Wednesday 28 January 2015

Si Dia dari Boston (Bab 4) ~ Norliza Baharom

“Apa yang nak ku cakapkan pada abah aku ni, Ainun? Aku takut dia tak bagi…”
Haninah mengadu, ketika dia sedang duduk melepak di depan tangga rumah Ainun. Kain batik emaknya yang dijadikan tudung kepala diselimpangkan hujungnya ke atas bahu. Dia suka mengenakan kain itu sahaja jika sekadar ke rumah Ainun; baginya kain batik lama memang sejuk dipakai di kepala dalam cuaca yang panas begini.
Sudah beberapa kali dia cuba meminta izin dari abahnya, tetapi dek kerana darah gemuruh ditelannya semula ayat-ayat yang sudah lama dikarang di dalam kepala dan ditangguhkannya. Mungkin kerana hari demi hari dia semakin menaruh harapan untuk dapat pergi ke Boston, maka makin risaulah dia jika abahnya tidak mahu membenarkan.
            Ainun yang duduk di sebelahnya sedang memegang kucing peliharaannya di atas riba. Kucing berbulu belang kelabu dan hitam itu mendengkur manja ketika diusap-usap belakangnya.  Pada masa yang sama, dia juga bekerja kuat memikirkan cara yang terbaik buat sahabatnya itu.
“Apakata, jika kau beritahu emak kau dulu? Kemudian kau minta dia sampaikan kepada abah kau.” cadang Ainun.
Haninah mengangguk-angguk kepala separuh bersetuju, sambil terus berfikir.
“Cuma kalau mak aku yang bercakap dengan abah, lambat laun aku juga dipanggilnya untuk menjelaskan. Entah mak aku tahu ke tidak menyebut ‘Boston’ tu nanti. Nanti makin keliru abah aku dibuatnya.”
Ainun tergelak kecil. “Betul juga tu. Kalau disebutnya “Bota”, tak ke Perak kita nanti?” Ainun berjenaka. Haninah ikut tergelak. Lesung pipit berlekuk dalam di kedua-dua belah pipinya.
“Iyalah, Ninah. Aku rasa kena kau juga yang beritahu abah kau. Jangan risaulah, Insya-Allah dia mesti benarkan. Tak usah fikirkan sangat. Bila ada masa nanti, dia di rumah sedang berehat, kau terus beritahu. Lagipun kau pergi dengan aku, menemankan aku. Bukannya dia tak kenal aku.” tambah Ainun lagi setelah beberapa saat dia termenung.
“Iyalah, betul juga tu. Nantilah, aku beranikan juga meminta izin. Sekurang-kurangnya aku dah minta izin untuk menemankan kau ke KL minggu ni, boleh kita uruskan soal passport dan visa di kedutaan nanti.” jawab Haninah bersemangat.
“Eh, baliklah aku, Ainun! Dah tengahari!”
Sedar tak sedar sudah lebih satu jam dia di situ.
“Ah, iya lah.” jawab Ainun.
            Haninah bangun memberi salam dan berlalu pergi. Selipar getah di kakinya berderap-derap berlaga dengan tumit kaki. Dia berjalan laju melalui jalan kecil yang dahulunya cumalah denai kecil bertanah merah dan berdebu; kini sudah berturap dan selesa digunakan oleh semua orang. Sekali-sekala ada motosikal yang melintasinya, kebanyakannya ibubapa membawa pulang anak-anak dari sekolah.
            Walaupun cuaca panas terik, angin yang bertiup dari sawah padi melegakan kulitnya yang rengsa. Pemandangan hijau sejauh mata memandang di kiri dan kanannya menyejukkan hati. Sudah separuh jalan dari rumahnya, kedengaran sebuah motosikal dari belakang menghampiri perlahan dan hon dibunyikan beberapa kali.
Haninah menoleh ke belakang.
            Hakim.
Benaknya seakan menjunam jatuh, dijentik rasa gelisah dan gelabah. Terkocoh-kocoh dia membetulkan kain batik di atas kepala. Dia berhenti untuk memastikan samada lelaki itu sekadar meminta diberi laluan atau mahu bercakap dengannya. Di hati kecilnya mengharapkan kemungkinan yang pertama, namun Hakim memberhentikan motosikal perlahan-lahan, betul-betul di sebelahnya.
“Assalamualaikum!” sapa Hakim. Wajahnya tersenyum lebar, tidak dipaksa-paksa. Ceria dan teruja.  Di belakangnya ada seorang kanak-kanak kecil. Adik lelakinya yang kini di Tahun 3, yang baru diambilnya dari sekolah.
Kali ini Hakim berpakaian biasa -  baju T berwarna hijau dan berpetak-petak, serta seluar panjang berwarna biru gelap. Dia juga hanya memakai selipar getah di kaki.
“Waalaikumussalam… Hai, Mohsin.” Haninah menyapa kanak-kanak kecil itu, lantas kanak-kanak itu tersenyum.
“Bagaimana dengan lauk mak hari tu, sedap?” tanya Hakim. Dia menggosok-gosok lengannya yang terdedah kepada sinaran matahari.
“Err.. Alhamdulillah, sedap.” jawab Haninah, hampir tergagap-gagap. Janggal benar rasanya bercakap dengan lelaki ini, fikirnya.
Pelik, memandangkan Hakim dulu adalah kawan karib sepanjang zaman kanak-kanaknya sehinggalah umurnya menjangkau 12 tahun. Biasa benar kalau setakat bertepuk-tampar dan ejek-mengejek sesama sendiri, tiada sesiapa yang ambil pusing.
Kini dirasakan sudah hampir tidak ada langsung kaitan antara masa silam dan sekarang bagi Hakim di mata Haninah. Sukar hendak dia membuat perkaitan. Masa itu sudah terlalu lama berlalu, dan situasi diri masing-masing pun sudah banyak berubah. Masing-masing sudah besar panjang, dewasa. Malu benar rasa dirinya berdiri tercatuk di hadapan lelaki itu.
“Bila nak mula bekerja, sudah ada peluang ke?” tanya Haninah tersekat-sekat, cuba untuk meneruskan perbualan.
“Peluang tu ada, Insya-Allah kalau boleh nak memohon di sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur sahaja. Senang, dekat dengan rumah. Balik hujung minggu tak ada masalah. Cuma buat waktu ni teringin nak duduk berehat dulu barang seminggu dua, nak duduk-duduk di warung kopi dulu.” Hakim terus tersenyum.
“Oh, baguslah kalau begitu…” balas Haninah, sedikit membalas senyum.
“Haninah pula bila nak habis belajar?” tanya Hakim pula.
“InsyaAllah kalau tak ada aral, tahun depan.”
Hakim mengangguk tanda faham.
Senyap seketika. Haninah terkulat-kulat, sekejap memandang ke sawah padi, sekejap tunduk memandang kakinya sendiri. Pipinya mula naik merah, dibantu oleh teriknya panas mentari.
“Oh, baiklah. Balik dulu ye, panas sangat ni. Nanti ada peluang kita sembang lagi.” cadang Hakim, seolah-olah membaca fikiran Haninah.
Haninah mengangguk setuju, melihat Hakim menghidupkan motosikalnya dan berlalu pergi. Lantas dia mempercepatkan langkah pulang ke rumah.



“Mak, Si Haninah tu tak ada sesiapa ke selepas arwah Zahid tu?” di rumah, Hakim memberanikan dirinya bertanya ibunya tentang Haninah.
Dia bersandar melunjur kaki di atas sofa sambil menonton televisyen. Perutnya kenyang hasil air tangan ibunya dan dia baru selesai menunaikan solat Zohor. Makcik Suri sedang menyusun jambak-jambak bunga di atas meja kopi ruang tamu rumah mereka.
Mulutnya mengukir senyum apabila mendengar pertanyaan anaknya itu.
“Ai, kenapa pula ditanya? Berminat ke?” usiknya. Tangannya tetap juga menguis-nguis jambangan bunga di hadapannya.
“Tidaklah sampai ke situ. Cuma saya tertanya-tanya, tidak ke Haninah tu cuba-cuba mencari orang baru mak? Dah lama dah rasanya arwah tunangnya tu meninggal. Setahun lebih rasanya.” Hakim menjelaskan, sambil pura-pura masih menonton televisyen dan memberi perhatian.
Makcik Suri mengeluh dalam.
“Hmmm.... entahlah si Haninah tu. Kalau dengar cerita dari Mak Ngah Rafidah kau tu, memang dia tak boleh lupa lagi dengan arwah Zahid tu. Setiap hari bermenung, bersedih hati. Nak dijodohkan oleh emak dan abahnya sudah berapa kali, tapi mati-mati dia tak mahu.”
Hakim mengerutkan dahi. Betisnya yang tak gatal digaru perlahan.
 “Kuat sangat cintanya pada arwah tu. Mudah-mudahan lembut juga hatinya tu nanti melupakan barang yang dah lepas tu.” tambah Makcik Suri.
Sekali dia mengerling sekilas ke arah Hakim.
            Setelah puas hati dengan jambang bunganya, Makcik Suri berlalu pergi ke dapur, mahu melihat apa yang boleh dimasak untuk minum petang nanti.
            Hakim masih lagi memandang kosong ke arah skrin TV di hadapannya. Apa pun rancangan yang diudarakan tidak diambilnya peduli. Fikirannya sedang asyik memikirkan tentang Haninah. Masih lagi segar di ingatannya, Haninah dan dia ketika kecil dulu. Paling nakal di kampung pada waktu itu.
Haninah lagaknya bagaikan seorang budak lelaki. Lasak. Kadang-kadang lebih lasak dari Hakim sendiri. Memanjat pokok, memancing ikan di parit sawah padi, menakutkan kawan-kawan ketika mereka balik belajar mengaji, semua pernah dilakukan oleh kanak-kanak yang kini sudah bergelar gadis itu. Hakim tersenyum sendirian.
            Dia tidak dapat menafikan bagaimana dia merindui Haninah setelah mereka mula ke sekolah menengah – terpisah kerana Hakim mula menuntut di sekolah kebangsaan di kampungnya sahaja sedangkan Haninah diterima masuk ke sekolah Sains berasrama penuh di Teluk Intan. Namun tiada sesiapa yang tahu. Dia tak pernah memberitahu. Kawan-kawan rapatnya sendiri tidak tahu di manakah letak Haninah di hatinya. Hakim orangnya suka menyimpan. Hinggakan Haninah sendiri tidak pernah tahu..
Semasa dia menyambung pengajian berada di UiTM dan Haninah pula di UKM, selalu sangat hatinya berdetik dan terkenangkan gadis itu. Kerana padanya, kenangan manisnya yang lalu semua berkait rapat dengan Haninah. Entah mengapa dia terlalu merindukan saat-saat dulu. Dia rindu saat dia dan Haninah selalu bersama. Kadang-kadang jika waktu cuti sekolah, mereka tidak akan duduk di rumah, dari pagi hingga ke senja.
Pernah sekali ketika dia berjalan-jalan dengan rakan-rakan sekampus di KL, dia terlihat Haninah di seberang jalan bersama rakan-rakannya sendiri sedang menikmati aiskrim sambil duduk menunggu bas untuk pulang ke hostel. Teringin benar dia hendak menegur pada waktu itu, namun tak sampai beberapa minit bas yang ditunggu Haninah itu tiba, lalu gadis itu hilang dari pandangannya.
Tidak ada perkataan lain yang mampu menerangkan tentang perasaannya di saat itu, melainkan rindu. Cuma kini dia tertanya-tanya samada Haninah pernah merinduinya seperti itu, walaupun sekelumit.
            Sedangkan selepas dia tahu bahawa Haninah sudah mempunyai calon suami, dia masih lagi, entah bagaimana, mengingati Haninah. Tidaklah terlalu kecewa akan berita itu, sebaliknya mendoakan yang terbaik untuknya. Dia juga turut terkejut dan bersedih mendengar berita kematian kekasih Haninah itu. Cuma setelah apa yang berlaku ini, hatinya kembali kuat memikirkan gadis itu. Tambahan lagi kini dia berada di kampung dan Haninah juga berada di kampung. Bukan susah hendak terserempak dengannya, seperti yang terjadi hari ini.

                        Hakim termenung sendirian, melayan karenah fikirannya. Tanpa disedari, dia terus terlelap dan tidak lama kemudian terus berdengkur dengan nyenyaknya.

Friday 23 January 2015

Lelaki Idaman Hamba (Bab 8-Bab 9) ~ Balqis Mohamad

 “TERIMA kasih pakcik ..” Ucap Mukhriz pada pemandu teksi tersebut lalu melangkah masuk kedalam perkarangan rumah. Pintu dibuka.
  “Abang! Abang pergi mana? Mama risau tau tunggu abang ..” Melissa menerpa Mukhriz.
  “Panjang ceritanya tuan hamba..”
  “Pendekkan ..” Melissa meniru dialog  filem P. Ramlee.
   “Ni baju siapa abang pakai ni? Dah macam..” Tawa Melissa meletus ! Mukhriz mendegus.
    “Ni nak gelak ke nak dengar abang cerita ..” Mukhriz mengugut! Melissa pantas menekup mulutnya. “Duduk! Duduk!” Melissa menolak tubuh abang ke sofa .
    “Abang kena rompak ..”
    “Tulah! Sekarang ni Allah bayar cash tau? Melawan papa lagi. Berontaklah konon! Keluar rumah macam tu je ..” Melissa membebel. Mukhriz bosan ! Pantas dia ingin berlalu kebiliknya.
     “Okey ! Okey ! Lisa diam ..” Ujar Melissa lalu menekup mulutnya sendiri.Tangan Mukhriz ditarik supaya terus duduk. “Cup !” Melissa bersuara sebelum sempat Mukhriz memulakan ceritanya.
     “Mak Cu ! Teh tarik satu .. Abang nak ?” Tanya Melissa . Mukhriz menganguk teh tarik Mak Cu memang sedap! A++ .“Mak Cu Teh tarik dua ..” Laung Melissa .
     “Apa anak dara mengarah laung-laung macam tu . Tak manis orang dengar ..” Sampuk Datin Zainun dari tingkat atas. Melissa tersengih. “Mukhriz! Bila balik? Tau tak mama risau? Pergi mana ..” Tanya Datin Zainun sambil menerpa pada anak lelakinya.
   Dia melabuhkan punggung disebelah Mukhriz. Belum sempat Mukhriz menjawab dia diterjah dengan soalan lagi kali ini oleh Datin Zainun. “Ni baju siapa? Ketat semacam? Mama tak berkenanlah tengok. Pergi tukarlah. Fesyen ni pulak yang Mukhriz gilakan? Tak cukup dengan hard rock tu?” Terjah Datin Zainun. Mukhriz menggaru kepala tidak gatalnya .
     “Tulahkan mama. Huduh betul, macam gajah pakai baju unta jekan?” Sampuk Melissa. Mukhriz bagun . Dah tau turun mana perangai adik aku tu. Mak dia lah! Mukhriz ingin angkat kaki.
   “Bertuah punya anak. Kita risaukan dia, tapi diasepatah pun tak cakap kemana pergi. Jalan macam tu je..”Datin Zainun bersuara sayu.
     “Macam mana Mukhriz nak cerita? Dari tadi tak berhenti bercakap. Baik mak baik anak..” Mukhriz bersuara penat. Melissa tersengih .
    “Okey .Okey cerita .. Mama dengar ..”
    “ Owh ya! Tadi abang kena rompak , mama ! Kan abang ?” Melissa bersuara kuat. Mukhriz terasa ingin menangis guling- guling!
    “Betul Mukhriz..”
   “Yes ! Al-kisah pada suatu hari ..” Mukhiz bersuara kuat memotong cakap Datin Zainun . Datin Zainun dan Melissa mula berhenti menyampuk lalu menumpukan perhatian pada cerita Mukhriz. Diam pun ! Mukhriz menarik nafas panjang.
  Cerita Mukhriz bermula, sejak balik dari Abu Dhabi minggu lepas,  Dato Kamal asyik memaksa Mukhriz uruskan perniagaanya. Mukhriz memang tidak minat. Tambah pulak dia ambil jurusan MBBS ! Memang tak ngam langsung.  Mukhriz memang keras kepala, Dato’ Kamal sudah melarangnya mengambil jurusan kedoktoran namun Mukhriz memekakkan telinganya.
      Akhirnya Dato’ Kamal mengalah, Mukhriz pulang dengan segulung ijazah. Dan kelmarin Villa Laila Majnun bergegar lagi apabila Mukhriz tidak mahu menolong papanya dipejabat. Mahu teruskan dengan jurusan yang dipilih. Mukhriz dan Dato’ Kamal masing-masing tak mahu mengalah. Akhirnya Mukhriz keluar dari rumahnya dengan Myvi kebangganya. Myvi tersebut dibeli dengan usahanya sendiri. Tanpa masuk campur  Datin Zainun dan Dato Kamal. Hari ni, Myvinya tinggal nama .
      Ketika Mukhriz sedang bersiar-siar di kawasan Subang, dia terlanggar kereta dihadapannya. Ketika itulah dia dirompak. Dari situ Mukhriz berjalan meminta tolong dari orang ramai. Malang sekali sorang pun tak berani ! Mana taknya dengan penampilan Mukhriz , Pak Haji  pun fikir 360 kali nak tolong. Salah Mukhriz jugak sebenarnya, Mukhriz sengaja memberontak pada papanya kerana kepulangannya dengan segulung ijazah kedoktoran dipandang enteng. Mukhriz sengaja berpenampilan hard rock mengikut istilah mamanya, dan jika papanya memaksa juga. Mukhriz nekad untuk berpakaian hard rock ke pejabat. Nak rare sikit tambah subang, tebalkan celak! Rare kot!
      Sehinggalah Mukhriz berjumpa dengan Tisha yang ketika itu keluar dari kedai. Mukhriz mengekori Tisha, tak sangka Tisha memegang plastic sampah. Kalau tahu dia tak kan dekat ! Jangan kata orang lain , dia sendiri nak muntah bau sampah tu. Digagahkan jugak bertahan. Tak macholah lelaki muntah, mana makan spaghetti lagi. Telan jugak sebabkan lapar ! Tapi spaghetti Tisha buat memang sedap! Tip Top!
    “Baikkan Latisha tu? Nama pun sedap! Abang. Lisa nak kenal dengan dia boleh?” Mellisa teruja.
   “Boleh .. Nanti kita pergi kedai dia. Tapi dia tu lain cikit, garang. Tegas, sombong jugak , yang paling tak tahan kalau dia jelling pedih mata tengok tau ?” Mukhriz memberi komen. Melissa ketawa .
    “Perempuan macam tu lah bagus. Pandai jaga diri, tak dalah menggedik sangat macam Ameera kawan Mukhriz tu . Terhegeh-hegeh mama tengok. Skirtnya tu , Ya Allah singkatnya tak terkata. Sakit mata mama tengok tau ? Latisha tu sombong macam mana ? Ada dia hina Mukhriz. Cakap yang tak elok pada Mukhriz ..” Tanya Datin Zainun .
    “Tak dalah . Cuma cakap dia tu tak danya elok, lembutnya tak da. Paling lembut dia cakap pada Mukhriz ‘Nah ! Nak makan , makan .. Kalau tak kebulur ..’” Mukhriz mengajuk . Melissa ketawa.“Serious abang ?”  Mukhriz menganguk .
   “Tu bukan sombong, tu maksudnya dia tak danya menggatal dengan mana-mana  lelaki sesuka hati. Faham? Cara dia tu membuatkan dia ‘mahal’ bukan murah. Bukan senang  lelaki nak pikat! Special tu..” Datin Zainun memuji.
   “Ish! Mama ni iya-iya ja? Puji bagai. Berkenan ke?” Melissa mengusik .
    “Apa salahnya? Dari Ameera tu. Baik Latisha!” Datin Zainun mengiyakan .
    “Mukhriz petang nanti report polis pasal kamu kena rompak okey?” Pesan Datin Zainun lalu mengankat punggung. Mukhriz menganguk.
   “Betul  mama setuju?” Tanya Mukhriz serius. Datin Zainun tersenyum. Mukhriz faham .
   “Abang biar betul?”Melissa tak percaya. Mukhriz tersengih.
   “Lisa. Tolong abang boleh?” Mukhriz tersenyum penuh makna. “Apa?” Tanya Melissa sambil menghirup teh tariknya. Nikmat!

                                                            BAB 9                                                         
    MUKHRIZ memeluk tubuh merenung skrin lap topnya. Asyik sekali, Melissa melabuhkan punggung disebelah abangnya.
   “Sejak bila abang minat K-pop ni?” Tanya Melissa hairan. Segelas milo ais dilekkan dihadapan abangnya.
    “Latisha tulah. Abang tengok banyak sangat gambar kumpulan Cn Blue tu ..” Mukhriz masih terpaku pada skrin lap topnya. “Latisha minat Cn Blue ni ?” Melissa hairan. Mukhriz menganguk perlahan.
   “Ni yang mana satu  Lee Jong Hyun? Penyanyi ni ke ?” Tanya Mukriz tertanya –tanya. Dari tadi dia menonton persembahan mereka. Dah lah tak faham apa yang dituturkan, yang mana satu Lee Jong Hyun pun tak tahu. Tak perkenalkan diri pun?
   “Ish ! Abang ni. Apa yang susahnya?” Melissa tidak sabar. Lap top Mukhriz diambil kasar. Melissa menaip ‘Lee Jong Hyun Cn Blue’ di laman Google.“Nah tengok !” Melissa memulangkan lap top pada Mukhriz.
    “Thank you darl. You the best ..” Mukhriz memuji. Melissa tersenyum .
     Owh ? Ni rupanya Lee Jong Hyun ? Hampir 50% ciri-ciri lelaki idaman yang disenaraikan Tisha Lee Jong Hyun ada . “Lisa ! Abang boleh jadi dia tak ?” Tanya Mukhriz lalu menyamakan mukanya dengan skrin lap top yang terpampang gambar Lee Jong Hyun. Burrrrr.. Air milo ais meloncat keluar dari celah bibir Melissa .
  “Lisa!” Marah  Mukhriz . Habis basah meja . Nanti kotor balkoni Mukhriz. Melissa ketawa,
  “Abang buat lawak ke? Abang tu bukan sesuai jadi dia, jadi Adi Putra boleh lah ..” Melissa ketawa tertahan. Mukhriz mencebik bibir .
   Eleh, aku gelap ja. Kalau cerah boleh lawanlah mamat ni ! “Abang ni sungguh –sungguh ke ?” Tanya Melissa setelah tawanya reda.
    “Sungguh-sungguh apa?” Tanya Mukhriz tanpa memandang Melissa.
    “Yalah nak pikat Latisha tulah ..” Melissa hairan. Jangan main-main sudah. Susah payah tolong abang aku ni. Soal siasat kawan-kawan aku yang minat K-pop. Melissa mana layan K-pop-Kpop ni?
    “Bila masa abang cakap nak pikat Latisha?” Mukhriz hairan . Ada ke aku cakap nak pikat dia?
    “Habis yang abang beria-ria ni kenapa? Siap cari Cn Blue sampai tak berkelip mata tu?” Melissa pelik. “Cuma nak tau je . Mana ada apa-apa niat .” Mukhriz membela diri. Melissa mengeluh, ikut awaklah Encik Mukhriz Oi ..
   “Hah?! Abang tak nak balas jasa pak cik tu ke? Dengan Latisha? Abang kena ingat. Orang berbudi kita berbahasa ..” Melissa mencadangkan .
    Mukhriz berfikir betul jugak ? Tak kan nak blah macam tu ja. Orang dah buat baik dengan kita. Tak kan tak reti nak balas, yelah walaupun tak minta. Tapi adab kena jaga. Tak dalah orang kata tak kenang budi. Minta kerja dengan Haji Yaakublah. Kerja tanpa gaji seminggu? Okey jugak kan? Bukan tu saja, tak payahlah nak masuk kerja dengan papa kan? Sambil menyelam minum airkan? Yesss! Bijak otak aku ni!
    “Betul jugak cakap Lisa tu kan?” Melissa teraguk-aguk.
    “Tak payah kerja dengan papa! Selamat abang! Nanti bila papa tanya abang cakap nak balas budi Haji Yaakub tu. Pandai adik abang ni. Sayang lebih sikit kali ni!” Mukhriz teruja.
    Hah ?! “Apa abang kata ?”Melissa tak percaya.
    “Balas budi ..” Mukhriz mengangkat kening . Mati aku ! Kalau abang petik nama aku macam mana? Dah la tengah bodek papa belikan BMW 5 series. Nak jawab apa kalau papa tanya ? Aduh! Bala! Bala!
   “Abang. Tak yah lah, Haji Yaakub tu tolong ikhlas. Tak minta balas..” Melissa gelabah.
   “Tak baik dik, orang berbudi kita berbahasa  kan?” Mukhriz tetap dengan pendirian. Melissa bangun. “Abang tak payahlah. Baru nak manja –manja ..” Melissa merengek.

   Mukhriz tersengih. “Terima kasih untuk cadangan, tapi lain kalilah nak manja-manja..” Mukhriz menolak tubuh Melissa keluar biliknya . “Thanks fo the drinks ..” Mukhriz berterima kasih sebelum menutup pintu. Melissa mengeluh lalu menepuk mulutnya sendiri! Salah sendiri!

Thursday 22 January 2015

Belum Aku Temu (Bab 6) ~ Amri Ramli

Pintu kereta dibuka oleh Fez. Farhana tersenyum, lalu masuk dengan sopan. Pintu ditutup dan Fez kembali ke tempat pemandu.

Farhana membetulkan duduknya. Tali pinggang dipasang dan beg tangan yang tadinya digalas diletakkan sahaja di atas riba, sambil kedua-dua belah tangan seperti mendakap beg tangan tersebut.

Enjin kereta dihidupkan dan Fez memandu keluar dari pintu pagar sekolah.

Hari ini Fez dan Farhana perlu ke pejabat pendidikan daerah. Ada taklimat berkenaan pengurusan perpustakaan. Entah kenapa tiba-tiba mereka berdua dipilih untuk menguruskan perpustakaan, dan menggantikan tempat dua orang guru yang berpindah sekolah.

Ah, bukanlah kebetulan sangat pun, fikir Fez. Hampir kesemua guru-guru di sekolah asyik mencanangkan namanya dan Farhana bila ada sahaja sesuatu aktiviti. Kata mereka, sama-sama bujang dan sama-sama padan. Fez senyum sahaja. Masih tidak suka orang-orang yang suka menjadi agen jodoh baginya. Tapi senyum juga kerana Farhana memang cantik orangnya.

Sebetulnya Fez rasa rendah diri. Takkanlah orang secantik Farhana ini masih tiada sesiapa. Takkanlah orang seperti Farhana ini mahu akan dia yang kurus kering ini.

Ah, kalau tidak cuba, mana dapat tahu?

Tangan Fez menggapai cd lagu dari rak di bawah pemain cakera. Matanya mengerling pantas ke arah cd yang dipegang. Mahu lihat lagu apa yang dia ambil. Kompilasi terbaru lagu-lagu dari carta terhangat. Dia tolak masuk cd itu ke dalam pemain cakera sementara mata masih memerhati ke arah jalan raya.

“Nak saya tolong?” tanya Farhana apabila dia melihat Fez terkial-kial dengan cd di tangan kirinya.
 “Oh ya, thanks,” kata Fez apabila Farhana mengambil cd tersebut dari tangannya.
 Satu lagu rancak kedengaran sebaik sahaja Farhana memasukkan cd tersebut.
 “Ah, saya suka lagu ni!” Farhana tiba-tiba menjerit.
 "Ye ke?” tanya Fez. Dia tidak sangka Farhana meminati lagu sebegitu.
 Yup, student saya selalu sangat nyanyi lagu ni dalam kelas. Terus saya minat sama,” terang Farhana. Jari telunjuknya mengetuk beg tangan mengikut rentak muzik.
 “Budak kelas saya pun ada nyanyi lagu ni,” kata Fez. Matanya menjeling sekejap ke arah Farhana apabila dia bercakap.
 “Tapi itu la kan, takkan Cikgu Fez tak perasan, lirik lagu ni ... teruk sikit sebenarnya,” keluh Farhana.
 ‘Eh, tak payahlah bercikgu-cikgu dengan saya. Panggil saja abang.’

Fez menggelengkan kepala. Entah kenapa dialog tipikal lelaki-lelaki miang dalam drama Melayu tiba-tiba bermain di kepala sebaik sahaja Farhana memanggilnya ‘Cikgu Fez’. Mujur juga tidak bercakap sebegitu, kalau tidak...
 “Farhana, panggil saya Fez saja pun dah okay. Takyahlah cikgu-cikgu,” kata Fez. Mindanya masih lagi berfikir akan dialog tadi.
 “Eh, sorry sorry,” kata Farhana sambil tersenyum.

***

Perjalanan 40 minit ke pejabat pendidikan daerah terasa begitu cepat. Fez benar-benar selesa berbual dengan Farhana. Walaupun sudah beberapa lama semester persekolahan bermula, Fez tidak pernah pula duduk dan bersembang sebegini.

Dan baik juga ada Farhana di sebelah. Kalau tidak, sudah tentu dia bosan apabila melalui kawasan bandar yang penuh sesak dengan kereta.

“Saya kalau driving time jam macam ni, saya akan call kawan-kawan,” Farhana memberitahu Fez apabila kereta mereka tidak bergerak buat beberapa minit di dalam kesesakan.

“Oh? Kalau saya – melalaklah dalam kereta sambil buka lagu kuat-kuat,” kata Fez.
 Farhana tertawa. “Eh, Fez pandai menyanyi ya?”
 Fez tiba-tiba terasa segan. Suaranya tidaklah semerdu buluh perindu.
 “Takdelah. Untuk diri sendiri – bolehlah,” terang Fez.
 “Ala.. ni nak kena dengar Fez nyanyi ni nanti ni,” kata Farhana.
 Sudah... Nanti tak fasal-fasal kena buat persembahan di sekolah, fikir Fez.
 “Nyanyilah, nyanyilah. Ni lagu ni,” pinta Farhana apabila lagu berikutnya dimainkan.

***

“Farhana nak balik terus, atau nak makan dulu?” tanya Fez. Lama juga taklimat sebentar tadi. Fez mula berasa lapar. Waktu persekolahan pun sudah tamat, jadi tidak perlulah bergegas kembali ke sekolah.

“Hm...” Farhana berfikir sejenak. Fez mula terasa seperti mahu makan makanan ala barat. Mungkin pizza. Atau kalau dapat ayam goreng, sudah cukup baik.
 “Kita makan dululah? Dah lapar la pula,” kata Farhana.
 Okay je,” balas Fez. “Nak makan apa? Mamak, fastfood, masakan Melayu?”
 “Hm...” Farhana berfikir lagi. “KFC okay tak?”
 Fez teruja. Farhana seolah-olah mampu membaca fikirannya.

***

Gelak ketawa dapat didengari dari meja tempat Fez dan Farhana duduk.
 You ni.. kalau asyik memilih bahagian tulang, macam mana nak berisi,” kata Farhana.
 Part tulang la manis. Drumstick ke, kepak ke,” terang Fez. “Ayam bahagian dada tu tawar sikit.”
 “Lepas tu you complaint yang susah nak tambah berat badan! Kalau I happy jer, sebab boleh makan banyak-banyak.” Farhana bergurau.
 Makin selesa pula si Farhana ni, sudah ber’I’dan ‘you’ nampaknya, fikir Fez.

Fez sedar yang dia sudah mula jatuh hati pada Farhana. Baru beberapa jam mereka menghabiskan masa bersama, Farhana sudah boleh dibuat kawan. Banyak persamaan antara mereka. Dan perbezaan pula menjadi pelengkap. Fez sudah memandang jauh. Nampaknya bagus juga mereka sama-sama menguruskan perpustakaan. Adalah peluang untuk Fez mengenal Farhana dengan lebih dekat.

Perbualan mereka berubah dari satu topik kepada satu topik yang lain. Hiburan, sukan dan juga kisah sewaktu kecil.

I kecil-kecil dulu selalu panjat pokok,” Farhana bercerita. “Selalu mak I akan jerit dari bawah suruh turun.”
 Fez tersenyum mendengar cerita Farhana. Hatinya semakin berdebar kerana dia terasa semakin suka pada Farhana.
 Comelnya si Farhana ini, fikir Fez.
 “Eh,” ujar Farhana. Dia mencapai sesuatu dari dalam beg tangannya. “Ada call. Vibrate pula.”
 Fez menganggukkan kepala tanda memberi laluan kepada Farhana.
 “I jawab jap ya. Boyfriend I call.”
 Serentak itu Fez terasa seperti dihentak dengan batu besar ke atas kepalanya.
 Tidaaaak!!!!!!

Tuesday 20 January 2015

Poskad (Bab 3) ~ Ednin

MAISA MENGAMBIL tempat di bangku yang di tempatkan di kawasan kedai kecil di daerah Sungai Koyan itu. Ini pun dia baru saja keluar dari tandas setelah memuntahkan segala isi perut itu. Kepala yang tengah pusing itu diurut dengan kedua belah tangan. Hampir keseluruhan makanan yang dihadamnya pagi tadi keluar kembali.
Ya Allah, kau permudahkanllah urusan aku ini.
Tangan dibawa ke kepala lagi. Nasiblah Ais, mana nak tahu yang dia boleh mabuk darat macam ni? Selalunya, relaks je balik kampung naik bas. Ini mesti sebab yang pusing-pusing dan tidak sekata ni.
            “Ais okay ke?” Suara lembut Kak Fatin menyapa gegendang telinga Maisa.  Mata yang direhatkan tadi terus dibuka. Kak Fatin dengan Nab sedang memandangnya dengan riak risau terpancar di wajah kedua-duanya.
            Lambat-lambat Maisa mengangguk. Okaylah sangat bila rasa macam nak pitam je kat tengah food court ni.
            “Nah makan panadol ni. Kakak dah minta dengan Saufi.” Terang Kak Fatin lalu meletakkan dua biji Paracetamol di atas meja hijau bersama-sama dengan secawan air suam itu.
            “Terima kasih.” Paracetamol di tangan Kak Fatin diambil lalu dimasukkan ke mulut. Huaaa… ini yang rasa nak balik ni. Kalau sakit-sakit macam ni, mesti Tok akan picitkan kepalanya. Rindunya Tok…
            “Kak Fatin nak pergi tandas dulu.. Nab tolong jaga dia ye?”
Maisa terdengar suara Kak Fatin bercakap dengan Nab. Maisa tidak ambil peduli. Kepala disandarkan di atas meja, melayani sakit yang entah bila nak hilang ni. Agaknya kejap lagi kalau dah masuk jalan nak naik Cameron Highland, gamaknya lagi hebatlah mabuknya.
            “Makan sikit?” Nab pula bersuara. Plastik yang berisi pau daging yang masih berasap itu diletakkan di hadapan Maisa.
Pantas Maisa menggeleng. Takut pula kalau melantak nanti, perut akan mengeluarkan isinya lagi. Pengalaman tadi tu pun dah cukup. Perit tekak ni masih terasa.
            “Nanti perut kosong macam mana?”
            Maisa masih setia dengan gelengannya. Nope, nope, nope. Nak Tok…
            “Dah okay?”
Satu suara garau menyapa mereka dari sebelah.
Maisa mengangkat kepala. Azli berdiri di sisi meja dengan Ihsan di sebelah. Terus Maisa berdiri tegak. Tak betah bila kaum lelaki memandangnya yang tengah terlentok lemah -- walaupun sakit -- di atas meja itu. Maisa mengangguk-angguk perlahan walaupun sebenarnya dia tak pasti sama ada dia dah okay atau tidak. Kepalanya masih lagi berpusing seperti beberapa minit tadi.
            “Kalau sakit boleh jumpa Abang Saufi.InsyaALLAH dia boleh tolong. Dia tu budak medic. Dia tahulah kut apa nak buat. Abang tak pandai. Law terms abang boleh lah...” Azli berseloroh. Muka pucat gadis itu merisaukan dia sebenarnya. Lagipun ini kan tugasnya sebagai ketua projek untuk program itu memberikan tanggungjawab kepadanya untuk memastikan anak-anak buahnya itu sihat sepanjang tempoh program.
            “Dia dah bagi dah Panadol tadi. Nak hilangkan sakit kepala ni kut..”
Maisa sempat menjeling lelaki di sebelah Abang Azli yang sedang sibuk bermain handphone itu. Eh ini bukan lelaki yang dia jumpa tadi pagikah? Rasanya macam ya. Maisa menajamkan fokus pada lelaki yang berkemeja T warna ungu itu. Matanya menangkap jam tangan berstainless steel di pergelangan tangan kiri lelaki itu.  Betullah ni! Tangan yang sama membantunya mengutip botol mineral tadi.
            “Kalau macam tu baguslah.” Azli tersenyum.
“Kalau ada apa-apa bagi tahu Fatin tau. Abang pergi makan dulu. Jom Sun kita gi soru dulu…” Tangan dibawa ke mulut, untuk menunjukkan isyarat makan.
            Ihsan hanya mengangguk. Sony Ericsson warna merah itu terus dimasukkan ke dalam poket seluar.
            “So, macam mana… you okay?” Lelaki itu memandangnya lama. “Ada orang mabuk darat jugak eh? I ingat mabuk udara dengan laut je… macam mana you naik kereta eh?”
            Azli menggeleng kepala. Lengan Ihsan ditariknya. “Jom makanlah. Aku dah lapar ni…”
            “Yellah, yellah kau ni. Perut macam tong!” Kepalanya digelengkan, kembali semula pada Maisa.
“You, Pluto, makan ubat tu. See you so…” Sebelum sempat Ihsan menghabiskan ayatnya, Azli sudah menarik lengan sahabat baiknya. Bukan boleh percaya dengan Ihsan ni, kang nanti adik-adik kesayangan Fatin ini juga dibuat mangsa buaya daratnya.
“Pluto?”
Fokus Maisa yang mengekori kedua-dua lelaki itu beralih pada kawan baiknya. Lupa pulak akan Nab yang duduk di hadapannya tadi.
“Taka da apa-apalah…”
            “Tapi kan handsome pulak mamat sebelah abang Lee tu. Senyuman dia tu menawan…”
            Maisa tergelak. Sempat lagi kau, Nab! Tapi macam pelik pula. Nab bukannya jenis yang pandang wajah semata-mata.Baginya hati baik > kacak bergaya. Selalunya kalau jumpa lelaki kacak, Nablah yang paling rasional sekali. Dia takkan sedikit pun pandang pada kekacakan seseorang. Attitude comes first, itulah moto hidup Nurul Nabilah!
            “Eh dah baik sakit ke?”
“Dah jatuh cinta pada abang matahari tu juga ke?”
            “Matahari?”
            “Sun… kan tadi abang Lee panggil dia dengan nama tu. Sun tu matahari la kan?”
            Maisa mengangguk. Betullah sun itu maksudnya matahari di dalam Bahasa Inggeris. Sekarang baru dia teringatkan nama yang lelaki itu sebutkan pagi tadi.
Tapi kenapa ya dia rasakan lelaki itu nampak familiar. Pernah sekelas ke? Kut-kutlah pernah sekelas dalam kelas subjek universiti. Macam dia kenal dengan Nab awal-awal dulu. Yellah, mana lagi nak kutip kawan dari course lain kalau tak di kelas subjek universiti. Kalau tak, statik je la dengan budak-budak satu studio tu.
Mungkinkah lelaki ini sekelas dengannya? Nak kata senior satu course senibina dengannya, macam bukan saja.
Nope!
            “Tapi kan… tak payahlah kau suka dia, Ais.”
            Fikiran Maisa terbantut seketika. Keningnya terjungkit. “Aik bukan tadi kau juga kata dia handsome, senyuman menawan membuatkan kau tertawan…”
            “Kacak sangat. Nanti merana… Senyuman tertawan pun tak guna kalau hati merana kan? Lagipun dia mesti ramai awek punyalah. Tengok pegang handphone pun dah tau playboy.”
            Maisa diam. Boleh pulak Nab cipta teori macam tu. Tapi betul juga apa yang dikatakan Nab—yang nampaknya sudah menjadi rasional Nab kembali itu. Kacak sangat kalau attitude yillek, tada gunanya. Yang penting ni hati baik pun dah mencukupi, sebenarnya.
Air mineral diteguknya perlahan. Kepalanya menyambung berfikir kembali pada hal yang berligar-ligar di kepalanya sejak pagi tadi, bila mana dia bertemu dengan Sun buat pertama kalinya. Kepalanya ketika itu memberitahu bahawa ini bukanlah kali pertama dia melihat Sun…

Why you looks so familiar eh? Bisik Maisa di dalam hati.