JUMAAT yang indah.
Sedar
tak sedar dah pun sampai hari Jumaat. Aku lepaskan pen dakwat basah yang
digunakan untuk menandatangan. Baru selesai memo yang ketujuh! Badan aku bawa
bersandar ke kerusi. Mata aku pejam seketika. Lenguh mata, lenguh jari dan lenguh
badan. Tangan mengurut perlahan leher. Dah pukul empat petang. Hari ni sudah
tekad berazam mahu pulang awal. Kalau sempat mahu ke pasar malam. Mahu mencari
ayam percik, kebab kemudian stok bahan basah. Syurga makanan namanya kalau
Pasar Malam.Terbayang-bayang sudah makanan mengalahkan orang mengidam kome ni.
Aku tersengih sendiri.
Gegar
telefon membuatkan aku tersentak. Mesej.
Iyan; Yang. Jumpa Iyan
dekat Secret Recipe Alamanda pukul 5.30 petang hari ini. Datang jangan tak
datang. Merafak sembah daripada bumi UM melangkau bumi Putrajaya.
Adus…
Rosak program. Anak dara Cik Husna ni betullah, tak puas hati lagi kut sebab
aku kata tak nak balik untuk kenduri dia agaknya. Beria sampai sanggup merentas
MEX dari Universiti Malaya sampai ke Putrajaya semata-mata nak jumpa aku. Iyan…
oh Iyan…
Sebenarnya
aku dah buat rancangan. Berkira-kira mahu pulang awal. Cuti selama dua hari
sudah aku mohon dalam HRmis. Tak ker baik namanya aku menghargai kawan nak
kahwin. Cuma, pengumuman belum sampai di Perak sana. Karang tak jadi, dah punah
harapan orang.
Aku
termenung, memikir sama ada mahu berjumpa dengan Iyan atau menunda ke hari
lain. Kesian pulak kawan tu, desis hati kecilku. Lagipun dah lama rasanya tak
jumpa dengan Iyan. Rindu pula dengan bakal pengantin yang sorang tu. Laju jari
ke keypad.
Okey.
Jam
di tangan aku belek. Sempat lagi untuk solat Asar dulu. Aku kalau dah masuk
waktu kena solat dulu. Bukan nak tunjuk baikpun, tapi dah semacam amalan yang
diterapkan oleh abah dengan mak sejak dulu lagi. Kata abah, esok-esok dekat
akhirat sana, perkara pertama yang Allah nak tengok adalah solat. Pantang betul
abah dengan mak kalau anak-anak buat lengah-lengah solat. Memang berbirat
punggung dek rotan panjang jawabnya kalau asyik melangut depan televisyen bila
azan berkumandang. Mak guna tangan aje. Piat telinga anak-anak. Macam nak
tercabut jugaklah. Tapi, seksanya waktu kecil-kecil aje. Dah besar, dah boleh
fikir semuanya. Barulah tahu sebab musabab abah dengan mak berkeras dengan kami
adik beradik bab solat ni.
Pukul
lima. Jam sudah berdenting. Aku mengemaskan meja yang penuh dengan surat-surat
untuk diambil tindakan dan fail-fail projek. Memasukkan telefon dan purse dalam
beg tangan. Selesai mengetip kad punch, aku laju menuju ke surau. Selesai
solat, aku duduk seketika di bangku besi tepi surau. Melepaskan lelah dan
penat. Waktu tepat pukul lima memang
bersesak kereta nak keluar. Baik tunggu sekejap.
Mesti
Iyan tengah berdebar dan menghitung masa untuk bergelar isteri. Sorang-sorang
kawan aku naik pelamin. Lama-lama tinggalkan aku sendiri. Aku menghala
pandangan kosong jauh ke depan.
“Keluar
dating ker?” tiba-tiba kena sergah
macam tu, memanvbng macam nak melompat dah aku rasa. Pucat sekejap muka. Tubuh
yang dilabuhkan di sebelah aku dan kemudian membongkok untuk mengemaskan kaki
seluar yang dilipat aku kerling dengan ekor mata. Tuan insiyur rupanya.
“A’ah..”
jawabku mendatar. Ngee. Betullah tu. Dating, dengan Iyan. Baik aku bangun
cepat-cepat, karang dibuatnya tuan insiyur mula membuka kertas siasatan, naya
aku. Aku bingkas bangun, beg galas dengan beg kerja aku capai. Mahu ke tempat
parking kereta dengan segera. Karang jenuh nak bersilat lidah pulak dengan bos
aku ni.
“Sia-sia
je dating, baik awak nikah terus.” Langkahku terhenti. Ada kuliah lepas Asar
ker yang aku tak tahu bila wujud dekat surau al-Mahabbah ni.
“Apa-apa
je lah.” Malas untuk memanjangkan bual. Rasa letih lebih menguasai diri. Bangun
dan mula mengatur langkah menuju ke parking lot.
“Nani...”
erk, keras badan. Langkah terpaku di lantai.
“It's better to be hated
for what you are than to be loved for what you are not.”
Tuan
insiyur bangun. Kemudian dia tersenyum sinis dan akhirnya kian menjauh
sedangkan aku masih lagi terpinga-pinga mencari jawapan. Muka aku memang bukan
muka seorang penipu agaknya kut. Agak lama aku memikirkan kata-kata itu
sampaikan tuan insiyur pun sudah lama menghilang. Betullah tu kata-kata dia,
lebih baik aku dibenci kerana diri aku yang sebenar daripada aku dicintai
kerana kepura-puraan aku.
Eh!
Apa kena pulak dengan hajat nak dating?
Fikir lagi Nani...
Maknanya;
jangan menipu kata nak pergi dating
sedangkan awak hidup single! Aku
tepuk dahi! Waa…Badi Shakespeare
sampuk tuan insiyur.
American Cheese Cake memang
melazatkan tetapi terus mati selera aku bila lelaki ini melabuhkan duduknya
berhadapan dengan aku. Sungguh! Aku rasa tertipu. Sangat-sangat tertipu okey.
Dan Iyan awal-awal lagi sudah cabut lari. Takut agaknya Secret Recipe bergegar
dengan amarah aku.
“Nani
sihat?” pecah suasana sepi.
Pandanganku
dilarikan ke luar restoran. Kolam buatan manusia. Rembang petang cukup
mendamaikan namun hatiku tidak sedamai itu. berbaur rasa saling berperang
sesama sendiri. Lelaki yang telah menghuruharakan hidup aku empat tahun yang
lepas. Muncul kembali. Macam iklan Tora datang lagi!
Aku
dengar dia mengeluh. “Nani...” naik ngilu gegendang telinga bila disumbat nada
semacam itu.
“Yeop
Apez nak apa?” potongku dengan nada yang sedikit tinggi.
“Nak
Yang Nani!” Adus…
Rasa
ringan je tangan nak melayang dekat pipi yang haram untuk aku sentuh itu.
Pandai-pandai gunakan Iyan sebagai alasan tetapi dia yang nak jumpa dengan aku.
Buat apa nak jumpa dengan aku, patutnya empat tahun lepas dia jumpa aku,
bukannya sekarang. Empat tahun yang telah membuatkan hatiku terluka separahnya.
Empat tahun dulu, hampir sahaja aku gagal. Sudahlah masa dia lafazkan ‘cerai’
tanpa nikah, lagi seminggu aku nak menghadapi peperiksaan akhir. Terkedu
seketika! Merangkak aku mengutip sisa-sisa kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
Akhirnya hikayat cinta aku yang berkecai itu aku tahu sebab musababnya. Rupanya
berpisah dengan aku untuk mengahwini cik doktor di Ireland sana.
“Nani...”
ton suara yang dulunya sering aku rindukan. Dulu yer. Sekarang? Rasa semakin
benci!
“Stop Yeop Apez. Jangan nak karang
hikayat pelik dekat sini.”
“Yeop
sayangkan Yang.” Aku ketawa tanpa dipaksa.
Seketika
aku lirik mata pada wajah itu. Kata aku, Yang bencikan Yeop.
“Keluarga
kita sudah setuju.”
Bulat
mataku. “Setuju apa?” tanyaku sedikit pelik.
“Yeop
akan masuk minang Yang!” bagaikan kilat menyambar hatiku bila mendengar
kata-kata Yeop Apez.
Aku
hela nafas. Rasa macam tak cukup oksigen. “Jangan nak buat keja gila la Yeop.”
Datar nada suaraku. Lelaki ini kalau aku berkeras, menjerit bagai nak rak
sekalipun tak lut punya.
Yeop
Apez ukir senyum. “Kerja gila apanya. Yeop nak nikah dengan Yang. Kerja
muliakan namanya.” Bukan kerja gila lagi kalau macam tu. Putus tiba-tiba,
kemudian balik tiba-tiba terus nak masuk meminang aku. Ingat aku ni dah tak ada
kerja lain gamaknya. Dok melangut menunggu dia aje. Macamlah aku ni tak laku
sangat. Erk? Yang pasti, ini memang kerja gila!
Dia
menghela nafas “Nani dah ada orang lain?” tanya Yeop Apez perlahan.
Dah
rasa macam nampak lampu menyala atas kepala aku.
“Ada!”
jawabku sepatah dengan sedikit senyum sinis aku pamerkan.
“Siapa?”
“Nuradelia
Hanani...” lembut panggilan itu membuatkan aku dan Yeop Apez masing-masing
terdiam. Kerusi di sebelahku ditarik dan ada tetamu yang tidak kuundang sedang
melabuhkan duduknya di situ. Gulp! Aku telan air liur bila tetamu itu mula
menarik senyum segaris dan serentak keningku terangkat tinggi.
Senyuman
lelaki ini terus mematikan senyuman Yeop Apez!
Dan
aku mula menarik nafas lega.
“Saya
cadangnya nak beli kek untuk tunang saya, nampak awak tadi. Muka ketat semacam
je. Saya rasa tak sedap hati.” Terang tuan insiyur. Aku menghela nafas. Wajah
sudah mampu untuk mengukir senyuman.
Riak
muka Yeop Apez yang memang jelas nampak kecewa tidak aku hiraukan. Ada aku
peduli dia kecewa ker sakit hati ker. Sama macam empat tahun lepas. Ada dia
peduli aku tertungging terbalik dekat sini menahan sakitnya bila dikecewakan.
Kali ni kita seri yer Yeop Apez.
Tanpa
pamitan dengan kata-kata, jelingan matanya sudah cukup memaklumkan aku bahawa
lelaki itu tidak mungkin akan mengaku kalah, dia berlalu begitu saja. Huluran
salam tuan insiyur langsung tidak disambut. Bila ditinggalkan dengan tuan
insiyur, baru mula rasa nak mengelabah pulak. Aci selamba muka tuan insiyur
belum mampu membuatkan aku melepaskan nafas dengan lega. Yang pasti, aku Nampak
banyak tanda soal sedang bermain atas kepalanya.
Bersedia
Nani… satu…dua…
Point
pertama. “Dating mende, muka macam
nak ajak gaduh je.” Aku tayang sengih kelat.
Point
kedua. “Siapa tu? Calon suami bukan rasanya sebab gaya awak layan macam calon
musuh je.” Aku ketap bibir.
Point
ketiga “Mesti hikayat cinta tak kesampaian kan?” membuatkan aku terus bungkam!
Aku
tenung kek yang langsung tidak terusik. Mujur tuan insiyur menyelamatkan
keadaan biarpun aku nampak wajah merah padam Yeop Apez menahan amarah. Adeh!
Tangan laju sahaja memicit dahi bila migrain sudah mengucapkan hello.
“Hikayat
cinta yang telah berkubur bos.” Jawabku perlahan.
Tawa
kecil tuan insiyur lepas akhirnya. Angin monsun tropika tengah berhembus elok.
Amat jarang melihat wajah tegang tuan insiyur jadi senyum manis. Tahu jugak
senyum rupanya. Entah kenapa aku rasa tenang. Tanganku kedua-dua menongkat
wajah.
“Nak
kongsi hikayat cinta yang dah berkubur tu?” ulang tuan insiyur Izz Harriz
dengan mimik muka lucu.
“Naaa... kubur tak bertanda. Memang
takkan jumpa dah.” Ujarku tenang.
“Terjun
lombong tak?” makin giat dia mengusik aku. Bos yang dingin beku, asyik meroyan
rupanya tahu jugak makna nak buat lawak sakat keji. Bravo!
“Tak..
Terjun bendang tepi rumah je.” Kali ni pecah tawanya sampaikan beberapa orang
pengunjung di restoran itu sudah mula menoleh pada meja kami dan
berbisik-bisik. Kesian, boyfriend dia orang tak betul! Kali ini aku pulak yang
ketawa dalam hati. Agak-agaklah Nani kalau nak buat lawak pun.
“You
deserve for the best one.” Kata tuan insiyur setelah tawanya reda. Mungkin.
Lama-lama, aku angkat bahu. Siapa tahu kan? Betullah kata Fida, aku patut buka
hikayat baru.
Selesai
membayar, aku beriringan dengan tuan insiyur keluar daripada restoran. Keluar
dengan hati yang tenang. Jam sudah menginjak ke pukul 7 petang. Tak lama lagi
bakal masuk maghrib.
“Okeylah
bos, terima kasih kerana menyelamatkan saya tadi.” Ucapku sambil tersenyum.
Dia
buat muka pelik. “Menyelamatkan in terms
of?”
Aku
tarik senyum segaris. “Apa-apa ajelah…”
“Nani,
saya suka kalau awak senyum. Dan saya cukup tak suka bila orang perempuan asyik
masam je.” Erk… Bila masa pulak aku masam. Kut iyer sebab tekanan kerja. Ngee.. sah, bos telek muka aku di
pejabat!
“Okeylah, jaga diri baik-baik.” Pesannya
sebelum memberi salam dan mula melangkah pergi.
Lama
aku pandang tubuh lelaki itu sampai dia menghilang di sebalik orang ramai.
Tersenyum mengingatkan kebetulan yang terjadi. Pertolongan yang hadir. Betul,
itulah bantuan yang Dia hantar kerana Dia tahu aku tidak mampu untuk menghadapi
karenah lelaki bernama Dr. Hafez Nubhan itu. Kusut hidup bila sebaris nama itu
meniti di bibir.
Jadi,
ke mana kita cik Nuradelia Hanani? Hati tengah gundah gulana ala-ala melankolik
mahu terjun bangunan baik cari tempat istimewa. Mana lagi tempat yang istimewa
lagi sempurna untuk kita perhambaan diri serta meluahkan segala rasa. Rumah
Allah!
Erm,
masjid! Perfect place!
Tak
tunggu lama, aku pusingkan tubuh dan kaki mahu mengatur langkah.
“Ouch…aduh!”
Kepala
aku terhantuk dengan dada seseorang. Bila aku dongakan muka sambil tangan
menggosok kepala, jantung terasa bagaikan terhenti.
“Eh,
Dr. Am...”
Terpacak
tubuh yang bersalut tee dengan slack di depan aku. Riak wajah yang
membuatkan aku rasa nak buat-buat tak kenal aje. Ini dah macam muka suami marah
bila tertangkap isteri yang curang! Ngee..
Luar alam dah fahaman kome tu Nani. Aku telan liur. Sorotan mata yang amat
tajam. Tiba-tiba aku naik seram!
Dia
menghampiri aku seraya berbisik di tepi telinga. “Siapa tu?”
Dan-dan
rasa kepala berdenyut sakan!
No comments:
Post a Comment