RUANGAN PONDOK itu diselubungi oleh ketawa mereka berdua. Nainaa Azzuana hanya memandang di saat melihat Myra Isabella meneruskan suapan aiskrim berperisa coklat itu ke dalam mulut.
Gadis itu hanya menggelengkan kepalanya selamba. Separuh
daripada aiskrim yang dibeli oleh mereka dekat kedai hujung simpang sudah
dihabiskan gadis itu.
“Kau ni makan ke melantak mak cik?” soalnya dengan nada
bergurau.
Myra hanya mempamerkan sengih hingga ke hujung pipi. Nainaa
ni kalau dah tanya pasal makan aiskrim memang tak lain tak bukan dah tu. Mesti
sebab something yang dari dulu lagi
dia tak pernah mampu nak lawan aku. Hee…
“Ek ela…tak kisah
la melantak ke apa. Apasal? Padahal kau jealous
sebab kau ngilu kalau makan aiskrim cepat-cepat kan?” selamba di bertutur
sambil menjongketkan kedua-dua belah keningnya.
“Whatever,” Nainaa menjawab sambil
menjulingkan matanya ke langit.
Myra Isabella tersenyum nakal saat mendengar balasan
daripada teman baiknya itu. See? Kan
aku dah cakap ni kes jealous punya
pasal.
Hee… Myra 1 Nainaa 0.
“Bila abang balik?” dia bertanya spontan sambil mengerling
sekilas ke arah gadis yang berada di sebelahnya itu.
Nainaa Azzuana angkat kening.
“Sejak bila pulak kau kisah bila abang balik ke tak ni? Don’t tell me kau dengan abang ada apa-apa? Ke memang betul?” balasnya selamba
sambil mengenyitkan mata nakal, sengaja mahu menyakat bestie yang sorang tu.
Myra Isabella hanya menjulingkan mata ke atas mendengar
serkap jarang Nainaa. Tu semua cerita lama Nainaa, lagipun abang takkan pernah
suka aku. Aku aje yang bertepuk sebelah tangan. Tapi yeke sebelah tangan aje?
“Sebenarnya abang dah lama suka dekat Myra,” Nadjmi Khalish
yang berada bersebelahan dengannya bersuara tenang.
Kenyataan itu membuatkan jantungnya hampir melompat keluar.
“Hah?” ujarnya spontan.
Botol air mineral yang dipegang di tangan kiri itu terlepas
terus gara-gara terkejut dengan apa yang baru didengarinya. Waktu itu dia dan
Nainaa sama-sama berada di tingkatan 3 manakala Abang Khalish pula di tingkatan
5.
“Tipu...” sambungnya lagi.
Nadjmi Khalish hanya tersenyum manis kepadanya. Sumpah waktu
tu dia rasa nak luruh jantung. Abang ni nak bergurau dengan aku ke apa ni?
“Betul la, abang tak main-main la. Myra suka dekat abang
tak?” sekali soalan yang terpacul dari bibir lelaki itu seakan melumpuhkan
segala urat sarafnya.
Dia mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Terkial-kial
dia memerah otak untuk mencari jawapan yang dirasakan sesuai untuk menjawab
pertanyaan itu.
“Err… Mesti la
Myra suka sebab abang kan baik and
selalu jaga Myra,” jawabnya teragak-agak. Grr…
apasal tetiba aku jadi gagap semacam aje ni? Rasa macam nak hempuk kepala
sendiri dengan botol air mineral ni.
“Itu aje?” duga lelaki itu lagi.
Kepala yang tidak gatal itu kembali digaru. Dia dah naik
pening dengan pertanyaan demi pertanyaan yang terluah dari mulut Nadjmi
Khalish, merangkap abang kandung kepada bestie
sendiri yang duk sakan berkejar dekat
tengah padang sana hah.
“Habis tu abang nak jawapan yang macam mana lagi?” balasnya
poyo dengan sengih tak bersalah.
“Myra, cepat sikit! Game
dah nak start ni,” lantang suara
serak-serak basah milik Nainaa Azzuana itu memanggilnya dari arah belakang.
Myra Isabella berpaling spontan.
“Aku datang!” Laungnya kembali.
“Haa… abang buat apa ni dengan member adik? Abang tengah mengayat Myra eh?” usik gadis bertubuh
tinggi lampai itu sambil mengenyitkan matanya comel.
Nadjmi Khalish mempamerkan senyuman nakal.
“Banyak la adik ni, yela memang abang tengah usha line dengan Myra pun tapi member adik ni jual mahal sangat. Adik
tolong adjust untuk abang boleh tak?”
tuturnya selamba sambil menjongketkan kedua-dua belah keningnya ke arah Nainaa
yang dah tergelak sakan.
Myra rasa macam dah jadi robot bernyawa yang duduk dekat
tengah-tengah di antara Nadjmi Khalish dan juga Nainaa Azzuana, adik-beradik
yang sama aje stok sengal tak habis tu.
“Mesti la boleh, untuk abang kesayangan adik ni apa pun
boleh. Kan Myra?” sampuk Nainaa sambil memeluk bahu Myra yang dah keluar aura
tali gantung.
Gadis itu dah start
memberikan pandangan membunuh kepada Nainaa yang berdiri di depannya. Dia
geleng kepala dalam hati, adik-beradik berdua ni perangai sama aje. Grr…
“Myra pergi dulu. Bye,”
ujarnya kalut.
Malas nak berbahas nanti tak pasal-pasal dia jugak yang
terkena. Muka dah merah dan dia tak tahu adakah itu disebabkan oleh panas
matahari ataupun kerana dia segan.
“Myra...” Nadjmi Khalish memanggilnya.
“Yep?” gadis itu
berpaling memandang seraut wajah yang masih tak lekang dengan senyuman itu
sambil mengerutkan dahi.
“Kut ye pun pakai la kasut dulu,” selamba Nadjmi bertutur
sambil matanya tunduk memandang ke arah dirinya yang masih berkaki ayam.
Tangan menepuk dahi.
“Right!”
Myra Isabella tersentap terus di saat Nainaa Azzuana memetik
jari beberapa kali di hadapannya.
Dush!
Boleh pulak fikiran aku melayang terbang entah ke mana-mana.
Dia mengukir senyum segaris. Pandangannya kembali ditalakan ke arah suara yang
bertanya.
“Ingat dekat mamat beku tu ke ingat dekat kenangan terindah
duduk berkongsi batu depan air terjun?” ringan aje soalan itu meniti di hujung
lidah.
Bulat mata Myra Isabella memandang seraut wajah itu.
Spontan, tangannya dah mencubit pinggang Nainaa. Terjerit-jerit Si Nainaa yang
memang tak tahan geli kena geletek.
“Okey, okey. Aku surrender!
Semput la Myra oii…” dia angkat tangan mengalah.
Myra dah tersenyum menang. Matanya dah memancar sinar keji. Aku
tau dekat mana weak spot kau, Nainaa.
Rasakan! Heh!
“Lain kali kalau nak merapu, ingat dulu eh. Aku selam kau
masuk kolam ikan depan rumah nak?” selamba dia bertanya dengan kening yang
terangkat sebelah.
Kepala digeleng pantas. Takde kerja aku nak berendam dekat
dalam tu.
“Hahaa… sape suruh
kau mengelamun entah ke mana-mana? Aku teka aje la. Lagi satu, kenapa kau tanya
macam tu pasal abang tadi?” dia dah masuk gear
adorable Nadjmi Khalish’s only sister.
“Takde la, saja aje aku tanya. Dia takde girlfriend ke? Mana la tahu balik
Malaysia nanti terus bertunang. Tak pun kahwin terus ke?” tuturnya selamba
sambil mengerling sekilas ke arah wajah itu.
Nainaa di sebelah dah gelak terguling-guling.
“Abang? Nak kahwin? Dengan rambut panjang serabai macam tu
ada ke orang yang minat? Kalau aku pun aku tendang masuk longkang aje,” ujar
gadis itu selamba sambil memegang perut yang dah sakit gara-gara terlebih
gelak.
Myra ni logik la sikit, abang tu nak kahwin sekarang memang
tak la ibu nak kasi kan? Entah pape
la member aku yang sorang ni, kalau la dia tahu macam mana
rupa abang sekarang mahu pengsan dekat situ jugak budak kecik ni nanti.
“Rambut dia dah panjang ke sekarang? Kau biar betul,” Myra Isabella
bertanya sekadar ingin tahu.
Dalam hati kecilnya terdetik, dah dekat dua tahun dia tak
jumpa insan bernama Nadjmi Khalish. Tak tahu la macam mana dia sekarang.
Nainaa pantas mengangguk.
“Serious la weh,
katanya tak sempat nak potong sebab sibuk sangat dengan belajar. Sebab tu dia
tak berani nak webcam dengan ibu,
takut kena marah gamaknya. Selalunya apa-apa hal abang akan skype dengan aku aje,” tutur gadis itu
lagi dengan tawa yang masih bersisa, geli hati dengan perihal yang baru
dibangkitkan oleh Myra.
“Oh, yeke...”
balas gadis itu dengan suara yang antara keluar dengan tidak.
“Tapi kan aku lagi suka kalau kau yang kahwin dengan abang. At least dengan kau aku tak berkira
sangat kalau nak kongsi abang,” tetiba
Nainaa keluar idea luar kotak.
Myra yang berada di sebelahnya lipat maut mencari wajah
bujur sirih itu. Minah mata bulat ni sengaja nak kenenkan aku dengan abang dia
ke saja nak main-main ni?
“Erk? Apakah yang
cuba disampaikan di sini? Kau kurang makan ubat eh hari ni?” soalnya selamba
sambil meletakkan tapak tangan di dahi gadis itu.
Nainaa sekadar menggelengkan kepalanya comel.
“Betul la apa yang aku cakap ni, nanti bila kau dah kahwin
dengan abang aku boleh jumpa kau hari-hari. Kalau kau kahwin dengan orang lain
mesti nak jumpa selalu pun susah. Tak best
la macam tu,” selamba dia membalas sambil memeluk bahu teman baiknya itu.
“Haha... Macam-macam kau ni Nainaa,” sambut Myra sambil
tersenyum menggeleng.
Tiba-tiba gadis yang berada disebelahnya itu petik jari
spontan.
“Haa… kau nak tau tak dulu aku pernah cakap dekat abang
kalau nak kahwin baik kahwin dengan kau aje senang. And abang cakap dia akan pertimbangkan cadangan aku,” ringan aje
kata-kata itu meniti di hujung lidah gadis comel itu.
Kali ini giliran Myra Isabella pulak yang tergelak sakan.
“Kau ni agak-agak la Cik Nainaa Azzuana oii…Takde maknanya
abang nak kahwin dengan aku. Lagipun.. nanti jemu aku asyik nak mengadap muka
kau aje tiap-tiap hari!”
Gadis itu terus berlari menuju ke dalam rumah sebaik sahaja
menyudahkan ayatnya.
“Kurang asam jawa kau, Myra Isabella!!”
Nainaa yang baru menangkap pergerakan itu segera mengejarnya
dari belakang.
No comments:
Post a Comment