Monday, 16 December 2013

Hatiku Tertinggal di Manchester (Bab 1): Eyla Myra


DERINGAN TELEFON BIMBIT yang berlagu nyaring dengan suara Demi Lovato – Fix A Heart menyedarkannya daripada terus mengelamun. Dia hanya tersenyum di saat melihat nama pemanggil yang tertera. Butang hijau segera ditekan.
“Dah dapat offer letter?” soal Nainaa straight to the point, memang dah tak belok kiri kanan masuk simpang bagai dah.
Nafas ditarik perlahan.
“Dah, aku dapat Kolej Mara Banting. Kau macam mana pulak?” giliran Myra pula bertanya.
Nainaa di hujung talian sudah mula melebarkan sengih hingga ke pipi.
“Aku dapat Kolej Mara Kuala Nerang. By the way, tercapai juga hasrat member aku yang sorang ni nak ambil perubatan. Tahniah,” balas gadis itu girang.
Myra ni memang gila nak ambik medic since zaman sekolah lagi, sekali dapat tu memang bersyukur sangat-sangat. Aku sebagai member baik pun turut tumpang gembira sekaki. Hee…
Thanks. Haa… Lola baru aje call aku tadi katanya dia dapat pergi Mesir,” spontan perihal
Lola terlintas di kepala.
“Tahu, dia pun baru call aku jugak tadi. Wei, aku ada lagi satu berita gembira nak bagitau kau ni!” Nainaa Azzuana dah keluar gaya excited.
“Apa?” Myra Isabella turut tidak sabar mahu mendengarnya.
“Tak lama lagi kita bakal jadi jiran,” suara empat ratus ribu megawatt itu mula memetir.
“Hah? Kau pindah datang sini ke? Err… aku memang tak salah dengar kan?” Myra bertanya dengan mata yang dibulatkan spontan.
Senyum gembira sudah mula terukir di bibir kedua-dua sahabat itu.
Yup! Kebetulan Uncle Daud jiran sebelah rumah kau tu kawan ayah. Dia nak jual rumah tu sebab dia nanti nak menetap dekat London, jadi ayah aku beli la rumah tu. Bulan depan kitorang pindah,” terang gadis itu lagi dengan panjang lebar dengan nada suara yang jelas excited.
Rahang Myra Isabella jatuh tanpa dipaksa.
Seriously? Sumpah aku excited! Akhirnya dapat juga merasa berjiran dengan kau!”
Nainaa di hujung talian dah tergelak sakan. Haa…memang haru kalau dah dua kepala menjadi satu, tu belum tambah dengan Si Lola lagi. Pokoknya, kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa bakal kecoh dengan kehadiran dua sekawan itu.
“Aku pun sama weh, dah lama teringin nak duduk dekat KL dengan kau. Finally, menjadi jugak. Hee… jangan lupa tunggu aku datang tau!”
Gadis itu bersuara ceria sambil bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman.
Rightio, baby! Jangan risau, nanti jangan lupa rodger bila kau dah sampai. Boleh jugak aku tolong family kau mengemas apa yang patut,” balas Myra yang dah menawarkan diri untuk membantu.
Great!”
Nainaa menjawab pantas sambil memetik jarinya.


“ADUH!”
Myra menggosok dahi yang terasa sengal. Apekes aku ni? Asal pergi tempat baru aje asyik nak berlanggar dengan orang. Rungutnya dalam hati.
“Sorry,” ujar lelaki yang berada di hadapannya.
“It’s okay,” balasnya lembut sambil memungut kertas yang bertaburan di lantai. Lelaki itu turut membantunya.
“Hatim, jom. Kau jangan nak jual minyak pulak dekat sini. Aku tengah lapar ni,” kedengaran susuk tubuh yang berada di belakang lelaki yang dilanggarnya tadi bersuara.
Myra dah rasa kaku tak mampu nak bergerak.
‘Tolong la ini bukan seperti yang aku jangkakan. Tolong la semua ni bukan kenyataan.’
Perlahan-lahan dia mengangkat kepala untuk melihat gerangan insan yang bersuara itu. Jantungnya berdegup kencang menghantar oksigen ke setiap pembuluh darah. Pandangan mereka akhirnya bertaut buat seketika sebelum laju dilarikan ke arah lain. Dia dah menyumpah dalam hati.
Sah, memang dia!
Myra dah tak tahu nak menyorok dekat mana. Aci tak kalau aku buat terkejut dan terus lari? Ke nak buat-buat tak kenal aje? Sungguh dia buntu.
Bala sungguh la jumpa dia dekat sini. Hish!
Hatim menghulurkan himpunan kertas A4 yang baru dikutipnya sebentar tadi kepada Myra yang masih dengan riak terkejut macam baru lepas kena sampuk. Huluran itu bersambut dengan muka yang terpaksa dimaniskan.
Jujur perasaan terkejut dia tak habis lagi. Bukan terkejut sebab kes berlanggar sebentar tadi, tapi lebih kepada terkejut apabila melihat susuk tubuh tegap milik Faris Iskandar Bin Mohd Syauqi yang sedang berdiri di sisi Hatim.
“Thanks,” ucapnya sepatah kepada Hatim.
Dia masih lagi tidak berganjak dari situ saat Hatim dan Faris lalu melepasinya. Dalam hati dia ketuk kepala. Kenapa la aku boleh tak tahu yang dia pun ada dekat KMB jugak?
Memang disaster tujuh keturunan betul.


“AKU DENGAR CERITA ada budak baru masuk kelas kau muka macam Orlando Bloom, betul ke Lola?” Nainaa Azzuana bertanya sambil meletakkan botol air mineral yang dipegangnya ke sisi.
Kening Myra Isabella terangkat sebelah apabila mendengar ayat yang baru diucapkan oleh Nainaa sebentar tadi. Orlando Bloom ke Drew Seeley ke, ada aku kisah?
Lola sekadar menjongketkan bahu.
Orlando Bloom tak Orlando Bloom aku tengok ramai aje geng-geng budak perempuan yang tangkap lentok dengan mamat tu. Nama dia Faris Iskandar Bin Mohd Syauqi. Kenapa, kau pun berminat jugak ke?” selamba dia bertanya dengan sengih keji yang mula bermain di bibir.
Nainaa membulatkan matanya spontan. Aku? Berminat nak try mana-mana budak lelaki dekat sekolah ni? It’s simply not me, please.
 “Aku rasa kau tak makan ubat hari ni. Thanks, but no thanks. For your information Cik Lola, aku tanya aje. Lagipun bukan selera aku la mamat-mamat dalam sekolah ni haa,” dia menjawab dengan mata yang dijulingkan ke langit yang terbentang luas.
Lola dan Myra masing-masing mempamerkan sengih sumbing, dah masak sangat dah dengan perangai cik kak sorang ni. Crush dalam diam ramai aje tapi sorang pun tak lepas nak jadi boyfriend dia. Tak ready nak bercinta kata dia, macam-macam.
“Patut la aku tengok Joyah and the gang semangat berkobar-kobar duk pakai mascara dengan sembur minyak wangi habis sebotol dalam kelas tadi. Aku ni haa yang tak boleh nak bernafas dengan minyak wangi yang bau entah hapa hapa tu,” celah Myra dengan nada sarkastik.
Nainaa petik jari spontan sambil mengangguk ke arah Myra yang berada di sebelahnya.
Yep, betul tu sis. Perangai macam nak bunuh orang aje, karang tak pasal ada yang mati tercekik nafas sendiri,” ujarnya sama sarkastik dengan ayat Myra Isabella.
Ketawa mereka bertiga pecah di tepi padang itu.
Speak of the devils, nuu diorang ada dekat padang sana tengah tengok mamat tu main rugbi,” Lola menyambung bicara sambil memandang ke arah sekumpulan pelajar yang sedang berkumpul di tengah-tengah padang.
Dua pasang mata lagi ikut sama membuang pandang ke arah yang dimaksudkan.
“Cuba kau tunjuk sikit yang mana satu the sooo-called Orlando Bloom tu,” Nainaa dah buat gaya curious.
“The one yang pakai jersi nombor 25 tu. Haa… tu la dia Faris Iskandar,” jawab Lola dengan muka takde perasaan. Nak heran apanya aku kan tengok mamat tu hari-hari dekat kelas.
Nainaa Azzuana mengecilkan mata bundar, cuba menganalisis makhluk yang duk sakan berkejar di tengah-tengah padang tu.
“Rightio, mamat tu boleh tahan la. Takde la muka hancur or macam muka Bepop dalam komik Lawak Kampus ke apa. No wonder budak-budak melenggang terlebih lenggok tu boleh cair. Tapi kalau fikir balik diorang tu semua orang pun nak try. Ingat tak kes waiter dekat mall dulu tu? Yang tu pun sangkut tak ingat dunia,” gadis bermata bundar itu bertutur dengan mata masih melekat pada si dia yang berjersi nombor 25 itu.
“Nasib baik kau kata Bepop. Kalau kau sebut Cikgu Noodles jawabnya aku pengsan terus. Itu lagi tak boleh blah,” celah Lola. Mereka bertiga sememangnya spesis kipas susah mati komik Lawak Kampus karya Keith.
Wei! Apa pulak samakan watak komik dengan watak manusia sebenar ni? Korang ni macam-macam la. Tak baik tau mengata orang. Biar la asal diorang bahagia. Jangan kita pulak yang jadi macam diorang sudeh.
Myra Isabella mempamerkan sengih sumbing sementara Lola dah menggelengkan kepala. Nainaa, Nainaa, gaya dah macam personal investigator gituu. Semua benda dia tahu.
“Jangan kata kau dah jatuh hati Myra. Aku pengsan sekarang jugak gamaknya.”
“Absolutely not my taste,” ujar Myra pendek sambil mengerling sekilas ke arah Nainaa yang bersuara sebentar tadi.
“Kau jangan Myra, nanti tersangkut baru kau tahu. Nanti tak dapet aku nak nolong,” balas gadis itu dengan jari telunjuk yang digoyangkan perlahan.
“Try me.”
Dia sengih tak berdosa. Botol air mineral yang berada di sisi dicapai lalu diteguk perlahan.
“Aku tau. Taste kau macam abang aku kan? Artistic and charming. Awww,” selamba ayat itu ditutur oleh member sebelah a.k.a Nainaa Azzuana.
Tersembur terus air yang baru sahaja hendak ditelan menuruni rengkung. Sengal kuasa sepuluh punya bestie. Lola buat-buat tak dengar. Malas nak ambil port. Karang tak pasal dengan dia sekali yang kena. Angin Myra ni bukan boleh kira.
Myra sudah menjegilkan mata.
“Kau pernah rasa kena sepak sampai terperosok masuk dalam longkang tak Nainaa?” selamba dia bertanya dengan suara tanpa nada. Aura membunuh dah keluar.
Nainaa membalas dengan sengih tak bersalah yang dah mula melebar ke pipi.
“Tak dan aku tak nak rasa pun. Haha… sorry la Myra. Aku bergurau aje tadi. Hee…” cepat-cepat dia menjawab dengan jari yang disusun sepuluh, gaya budak kecik mintak maaf masa Hari Raya.
Heh! Dia memang tahu Myra bukannya buat betul-betul pun.


“DAHAGA LA PULAK, aku nak pergi beli air. Kau nak?” soal Lola kepadanya.
“Macam biasa,” ujarnya dengan senyuman manis dibibir. Air kegemaran dia tak lain tak bukan, air tin Mocha dari jenama BOSS.
Lola mengangguk tanda mengerti.
“Aku ikut kau sekali la Lola, nak cari jajan sama. Mengantuk pulak study waktu petang macam ni. Kau okey kan duduk sorang-sorang sekejap?” Nainaa di hadapan bersuara sambil meletakkan pensil ke atas muka buku yang baru bertulis separuh muka surat itu.
Myra Isabella sekadar menggeleng dengan senyuman yang mula memekar di bibir.
“Relaks la wei. Bukannya korang nak tinggal aku pergi hujung dunia pun. Cepat balik tau,” balasnya sambil mengenyitkan mata sebelah.
“Rightio,” gadis berdua itu bertutur serentak sebelum kelibat mereka mula menjauh.
Myra Isabella kembali menumpukan perhatian kepada kira-kira Matematik Tambahan yang sememangnya dah buat dia rasa pening kepala.
Petang tu mereka bertiga lepak di pondok berhampiran padang sekolah. Sementara nak menunggu waktu makan, ada baiknya siapkan kerja sekolah yang masih terbengkalai. Prep malam karang boleh buat revision untuk subjek lain pulak.
“Hello, sugar. May I sit here?” suara garau yang kedengaran menyapa dari sisi kiri itu membuatkan dia tersentak.
Malaun mana pulak yang nak mengganggu ketenangan jiwa aku waktu lewat petang macam ni. Masak gulai baru tahu.
“Kalau aku kata tak boleh, kau nak buat apa?” balasnya sarkastik.
Dia menjeling sekilas ke arah jejaka itu. Laa! Mamat yang Si Nainaa kata hot tu ke? Kenapa pulak tiba-tiba datang dekat sini? Nak cari pasal dengan aku ke?
Jejaka itu tersenyum manis lalu duduk di kerusi bersebelahan dengan Myra, tempat Lola duduk sebentar tadi. Bola rugbi yang sejak tadi dipegang diputarkan menggunakan jari telunjuk.
Myra Isabella buat muka. Jangan kacau aku boleh tak? Ada yang tak nak hidup lama ni.
“Nama I Faris Iskandar. Nak berkenalan boleh?” ujar jejaka itu lagi dengan suara menggoda.
Wajah yang manis dengan senyuman itu tak sedikit pun mencairkan hati, bikin lagi panas ada la. Aish!
“Aku rasa dari kau buang masa dekat sini, baik kau pergi sambung main dekat padang sana! Datang sini buat apa?” Myra sudah mula mengetap gigi.
Malaun ni memang nak kena!
Woah! Lagi marah lagi comel pulak,” Faris masih lagi dengan riak selamba.
“Okey, kau nak apa sebenarnya?”
Pen dihempap kasar ke meja. Suaranya sudah naik satu oktaf. Sungguh tahap kesabarannya sudah semakin menipis.
“Nak you jadi girlfriend I. Boleh?” selamba dia bertanya dengan kening yang dijongketkan berulang kali. Gaya flirting Mat Romeo.
Gadis itu sekadar mempamerkan wajah yang tak beriak. Aura Snow Queen Antartik.
You better off sementara fikiran aku masih waras ni,” dia sudah mula genggam penumbuk. Kalau nak buat gaya Romeo, kau memang salah pilih orang la. Aku memang tak berminat dengan spesis-spesis tenuk macam kau.
Senyuman terlebih madu masih tidak lekang dari bibir jejaka itu. Nama yang tertulis di buku latihan itu direnung sekilas sebelum dia berlalu pergi.
“Okey la, I nak sambung game balik. Nice to meet you Myra Isabella,” Faris bertutur sambil mengenyitkan mata kanan sebelum beredar dari pondok itu.
Makin berbara hati gadis itu mendenganya. Ada yang tak sayang nyawa gamaknya ni.
“Tak jalan la Eady. Maybe next time,” laung Faris Iskandar kepada rakan yang berada di tepi padang.
“I told you,” balas Eady yang kemudiannya diselangi dengan ketawa kuat.
Myra Isabella mengetap bibir geram. Dia dah rasa macam nak baling Faris Iskandar dengan selipar. Spesis cipan terbang punya mamat!
Kau memang salah cari lawan lah.

No comments:

Post a Comment