“Meen, next week kita pergi Golden Palm Tree.”
Amboi cara dia macam bukan bernada
ajakan. Itu macam arahan mandatori. Biasanya Adam akan tanya dia free
atau tidak, ada banyak tempahan atau tidak. “Abang...”
“Please sayang. Semalam Meen cakap next week free kan?”
“Nanti, let me discuss with Aiman ya.”
“Aiman cakap tak ada order next week.”
“Aiman tu, kalau banyak kerja pun dia tetap akan kata tak ada kerja.” ‘Makcik’
Aiman memang macam tu sejak dia berkahwin dengan Adam. Apabila Adam tanya
tentang jadual kerja mereka, dia akan kata tak sibuk. Contohnya macam minggu
hadapan ni, mereka ada tiga majlis bertunang, dua majlis nikah dan lima majlis akikah.
Belum lagi kira dengan barang hantaran dan dekorasi yang perlu mereka buat.
“Please sayang, for our annivesary.”
Oh okey. Yasmeen tersenyum lebar. “Abang belanja.” Balas Yasmeen.
“Share lah sayang.” Gurau Adam.
“Share?” mata Yasmeen bulat memandang Adam. “Tak nak! Tak aci! Abang ajak
Meen, tapi kena share.” Mahal tu nak pergi Golden Palm Tree Resort & Spa.
Dia rela guna duit tu untuk pergi shopping.
“Sayang, berapa kali nak bagi tahu ni, Aci kat office tu dah resign.”
“Abang, boleh tak jangan main-main.” Geramnya dia dengan Adam. Puas hati
apabila dapat picit hidung Adam sampai merah.
Adam ketawa. “Meen sayang abang tak?”
Bertambah cemberut wajah Yasmeen. “Berapa kali nak bagi tahu ni?” tapi
dia angguk juga. Memang dia sayang pada Adam.
“Okey, disebabkan Meen sayang abang, semua expenses abang belanja.”
Yasmeen ketawa. Adam ni la... “Abang sayang Meen kan sebab tu abang belanja
kan?”
“Meen rasa?”
Yasmeen tersenyum. Kalau dengan Adam ni macam nilah mereka. Ada saja yang
hendak dijadikan topik bergaduh. Tapi bukanlah bergaduh besar, gaduh mereka ni
gaduh sayang.
“Tak rasa apa-apa.”
“Sampai hati, Meen tahu tak abang sayang Meen?”
“Abang please stop it. Bila nak habis ni.”
“Ya abang sayang Meen, jadi abang belanja semua.”
“Semua?”
“Ya sayang.” Adam memandang wajah Yasmeen yang nampak sangat teruja
dengan tawarannya. “Semua.” Adam mendepangkan tangannya dan membuat bulatan
yang membawa maksud ‘semua’.
“Insya-Allah abang. But I need to do some shopping, boleh?” Banyak
bajunya sudah tidak muat gara-gara badannya naik mendadak.
“Okey, boleh sayang and you look good in baby blue.”
Yasmeen senyum, dia faham maksud Adam tu yang suka melihat dia memakai
baju warna baby blue katanya nampak sangat lembut sedangkan dia suka pada warna
yang garang barulah nampak ceria. “Baju kelawar aja yang Meen muat sekarang
ni.” Yasmeen mengeluh perlahan. Tak tahulah kenapa berat badannya boleh naik mendadak
seminggu dua ni. Sudahlah kuat makan, kuat merajuk dan emosinya juga jadi
sangat sensitif. Kadang-kadang tu tak tahu kenapa, tiba-tiba dia sudah merajuk
dan berkecil hati.
“Tak kisahlah Meen pakai baju apa pun, yang penting I love you sayang.” Adam
tunduk memandang Yasmeen yang sedikit rendah darinya. Kedua belah tangannya
memegang pinggang Yasmeen.
Dia perasan juga lekuk pinggang Yasmeen agak melebar berbanding daripada
sebelum ini. Mengandung kah? Tetapi dia diamkan saja, tidak mahu bertanya
kepada Yasmeen bimbang nanti dia berkecil hati. Isu mengandung adalah isu
paling sensitif pada Yasmeen!
Yasmeen senyum membalas senyuman Adam. “Abang tak nak pergi kerja ke?”
tali leher Adam dibetulkan, biar nampak lebih kemas.
“Oh sorry lupa, abang pergi kerja ya.” Lama dia mengucup dahi Yasmeen.
Terasa bibirnya hendak berada di situ lebih lama. Dalam keterpaksaan dia
menjauh sedikit dari Yasmeen.
“Abang pergi dulu ya sayang.” Tangan kanannya mengusap lembut kepala
Yasmeen. Alhamdulillah dengan kehidupan mereka yang sederhana dan bahagia.
“Happy working abang.”
Yasmeen menghantar Adam hingga ke kereta. Setiap hari dia berdoa agar
keselamatan Adam terpelihara walau di mana saja dia berada kerana Adam itulah
nyawanya. Yasmeen masih lagi berdiri dan melambaikan tangan ke arah kereta Adam
yang bergerak pergi. Begitulah rutinnya setiap pagi atau setiap kali Adam kena
pergi outstation.
Mereka memilih bilik Ivory Palm Villa. Kalaulah laut di Sepang ini airnya
biru tentu lebih cantik dan menarik. Tetapi tak kisahlah asalkan dia dapat
luangkan masa berdua begini. Selepas urusan check in selesai mereka menuju ke
kafe terlebih dahulu untuk makan tengah hari.
Kafe Sepoi-Sepoi kelihatan lengang. mungkin mereka yang datang awal
agaknya. Yasmeen memandang ke sekeliling. “Abang, kita duduk meja yang
menghadap ke laut tu nak tak?” Yasmeen menunjukkan arah meja yang
dimaksudkannya.
“Sure sayang.”
Damainya memandang laut yang terbentang luas. Ditambah pula dengan angin
yang bertiup perlahan. Terasa sangat nyaman dan menenangkan. Mereka membuat
pesanan makanan laut. Adam senyum, hari ini dia akan ikutkan saja segala
kemahuan Yasmeen. Esok kan hari bahagian mereka.
“Meen.”
“Ya.”
“Thank you.” Ucap Adam dalam senyuman mengusik.
“Kenapa?” udang bakar yang sudah dibuang kulit oleh Adam tadi dicucuknya
dengan garpu.
“Tolong kopekkan kulit udang.” Yasmeen ni suka makan makanan laut seperti
udang, ketam, kerang dan adik-beradik makanan laut yang lain. Tetapi satu aje
perangai Yasmeen ni, dia suka makan tapi malas hendak kopek makanan laut yang
berkulit dan bercangkerang. Selalunya dialah yang tolong buatkan untuk Yasmeen.
“Berkira! Meen dah belikan baju baru
untuk abang tau.” Balas Yasmeen tidak mahu kalah. Mulutnya yang bulat penuh
dengan udang mengundang tawa Adam.
Comelnya dia, puji Adam dalam hati sebelum dia membalas kata-kata Yasmeen
tadi. “Itu Meen sendiri yang pakai bukan abang.”
“Tapi Meen pakai untuk abang tengok, abang siap request nak baby blue. Tapi
tak apalah kalau abang berkira sangat. Meen tak payah pakai dan abang tak payah
tengok.” Penat tahu dia pusing keliling Paradigm Mall hari itu untuk cari baju yang
sesuai dengan ‘kegemukan’nya sekarang ni. Sudahlah tu, dia sanggup tawaf satu
shopping mall semata-mata nak cari warna baby blue. Adam tu satu aje
perangainya, kalau dia cakap suka maknanya kita kena cari kerana dia tidak akan
beritahu secara terus terang.
Adam ketawa. “Tahu tak yang Meen ni comel sangat kalau membebel macam
ni.” Adam mengelap hujung bibir Yasmeen dengan hujung ibu jarinya.
“Tahu... tapi abang tak boleh berkira sangat sebab Meen kan isteri
abang.” balas Yasmeen selamba dan udang yang sudah berkopek kulit dalam pinggan
Adam dia cucuk dengan garpu.
“Thanks sayang.” Ucap Yasmeen sambil mengenyitkan sebelah matanya ke arah
Adam.
“Naughty wife.” Balas Adam menggelengkan kepala.
Bagaimanakah agaknya jika dia terpaksa meninggalkan Yasmeen? Bagaimanakah
kehidupan Yasmeen nanti? Terbit pertanyaan di hatinya di celah kebahagiaan yang
dia sedang kecapi saat ini.
“Meen.”
“Hmm...” Yasmeen memandang Adam di hadapannya.
Adam senyum, dia suka suara manja Yasmeen yang menggumam begini. Mungkin
Yasmeen juga akan mengecapi kebahagiaan sekiranya dia masih lagi bersama dengan
Ariel?
“Walau apa pun yang terjadi, hari ini, esok dan bila-bilalah... abang
sentiasa nak Meen cari kebahagiaan Meen sendiri.”
“Kenapa? Abang tak bahagia dengan Meen ke?” kenapa lain macam sangat ni?
Dia ada buat salah ke? Atau dia ada mengecilkan hati Adam ke tanpa disedari?
“Sangat bahagia.” Abang sayang Meen sampai mati.
“Habis tu kenapa ni?” Angin laut bertiup sedikit kuat hingga alas meja
pun turut beralun keras ditiup angin.
“Abang sayang Meen dan sebab tu lah abang kata, abang nak Meen cari
kebahagiaan sendiri. Kebahagiaan Meen, kebahagiaan abang jugak.”
“Oh...” Yasmeen memandang Adam di hadapan. Lama mereka berkenalan,
bercinta, terputus dan akhirnya jodoh mereka bersatu juga. Adam bukanlah
pilihan keduanya selepas Ariel kerana Ariel juga bukanlah pilihannya pertama. Kedua-dua
mereka ada tempat istimewa di hatinya. Bezanya, Ariel adalah kisah silam yang
banyak memberinya pengajaran.
“Meen ingatkan apa tadi. Tapi, kebahagiaan abang pun kebahagiaan Meen
jugak. ” Balas Yasmeen perlahan. “Kita jalan tepi pantai nak tak?” mesti
seronokkan kalau dapat jalan tepi laut waktu redup macam ni. Bukan senang nak jumpa
waktu tengah hari yang redup dan mendung macam ni.
Angin semakin kencang bertiup hingga menyukarkan dia hendak bergerak
kerana dress yang dipakainya turut sama terbang ditiup angin. “Kuatnya angin,
nak hujan kut.” Rungut Yasmeen perlahan.
“Ya kut.” Bahu Yasmeen semakin erat dipeluk. “Jomlah balik, sejuklah.”
“Itulah abang, tadi Meen suruh bawak cardigan tak nak.”
Adam ketawa perlahan.
“Lepas tu sendiri yang sejuk.”
Memang betul pun hari nak hujan. Ketika mereka sampai di hadapan pintu
bilik, hujan turun dengan lebatnya dan semakin kuat juga ombak menghempas tiang
bilik mereka ni.
“Hujan.” Bisik Yasmeen ketika menarik langsir pintu lungsur bilik mereka.
“Bagus untuk misi khas malam ni.”
“Misi apa?” bulat mata Yasmeen memandang Adam. Misi apa pulalah yang dia
hendak buat ni. Tengok gaya muka macam lain macam aja. Macam ada misi ‘jahat’
aje.
“Rahsia.” Balas Adam dalam senyuman. Sekurang-kurangnya biarlah Allah
berikan dia seorang zuriat untuk menjadi teman Yasmeen kala ditinggalkan.
“Rahsia apa ni? Misi ni mesti ada Meen kan?” Adam ni suka buat dia
tertanya-tanya. Tak sukalah.
“Rahsialah...” balas Adam. Rambut Yasmeen yang terjuntai diselak ke tepi
telinga. Mereka berpandangan sesama sendiri. “Dalam misi abang tu, memang ada
Meen sorang aje. Kalau Meen tak ada, misi pun gagal.” Balas Adam dalam senyuman
dan lembut dia mencium dahi Yasmeen.
“Baiknya clue abang, Meen dah tahu.”
“Bijak isteri abang ni.” Ya Allah, aku bersyukur kerana diberi peluang
untuk merasai nikmatnya mencintai seorang isteri seperti Yasmeen. berikanlah
dia keberkatan dan kebahagiaan hidup kerana membahagiakan hati suaminya. Doa
Adam dalam hati.
Malam tu hujan masih lagi turun dengan lebatnya. Mereka hanya buat
pesanan makanan ke bilik saja. Hendak keluar pun malas waktu hujan begini.
“Happy anniversary abang.” Bisik Yasmeen di telinga Adam. Dalam hati
terbit juga rasa sedih. Sudah dua tahun mereka berkahwin, sampai sekarang masih
belum dikurniakan cahaya mata. Anak kan pengikat kasih sayang antara suami dan
isteri.
“Happy anniversary sayang.” Balas Adam perlahan.
“Sorry Meen cuma sempat beli baju aja untuk abang.” Bisik Yasmeen
perlahan dan rasa bersalah. Baju tu cuma untuk keguaan Adam pergi kerja saja.
Adam senyum. Yasmeen yang berdiri di hadapannya dia tatap dengan penuh
rasa cinta. Misteri jodoh tidak pernah ada siapa yang tahu. Siapa menyangka
Yasmeen yang pernah terlepas daripadanya, kini menjadi miliknya yang sah.
“Abang pun tak beli hadiah untuk Meen because I am your anniversary
gift.” Balas Adam nakal dan inilah misi khasnya.
“Ala... Meen beli baju tau tapi abang tak beli apa-apa pun.”
“Take me as you anniversary gift.” Usik Adam dalam ketawa yang panjang
walau pun selepas itu dia mengaduh kesakitan dicubit oleh Yasmeen.
“Abang jahat.”
Semakin kuat dia ketawa memandang Yasmeen yang bercekak pinggang. Tetapi
akhirnya akur juga pada misi khasnya. Ya lah misi ni akan gagal kalau dia tiada
partner dan orang yang paling tepat dan berhak adalah Yasmeen.
“Okey, okey.” Adam mengangkat kedua belah tangannya tanda mengaku kalah.
“Kita berdamai okey sayang?” ketawanya masih bersisa memandang Yasmeen yang
muncung seperti itu. Comel sangat.
“Janji jangan usik Meen lagi?”
“Janji sayang.” Yasmeen dibawa ke dalam pelukannya. Ya Allah, berkatilah
hidup isteri ku. Doa Adam berulang kali. Ada banyak rasa dalam hatinya yang
susah hendak dijelaskan, dia akan terus mendoakan untuk Yasmeen setiap kali
memandang wajah isterinya dan setiap kali dia merasai nikmat bahagia.