Thursday, 26 December 2013

Hatiku Tertinggal di Manchester (Bab 3): Eyla Myra


MASA MEMANG BERLALU dengan pantas. Sedar tak sedar, dah hampir separuh semester sebenarnya dia belajar dekat KMB ni.
Subjek yang dipelajari pun dah semakin banyak. Masa yang ada pulak tak pernah berlalu dengan kosong. Ada-ada aje aktiviti yang perlu dijalankan. Hari-hari indah dia dekat kolej ni memang cukup penuh dengan jadual kelas, assignments, presentation, research, segala bagai.
Myra Isabella menarik nafas lega. Matanya meniti laju ke atas muka surat planner yang bertulis penuh.
Creative dah. Service pun dah buat separuh. So, maknanya tinggal Action la yang belum sentuh sekuman pun lagi. Esok kut geng kelas bagitau nak buat hape untuk penuhkan jam kredit benda alah ni,” gumamnya sendiri sambil membulatkan sesuatu di baris-baris ayat itu.
Radin yang sedang leka menyiapkan laporan amali angkat muka. Rasanya betul dia dengar Myra bercakap sendiri tadi. Kut ye aku pakai headphone pun, telinga aku ni tak pernah lagi tersalah dengar ke apa.
“Kau buat apa tu dengan mulut terkumat-kamit? Menurun ke apa?” soalnya selamba dengan mata yang dah kembali berlari ke atas kertas laporan.
Myra sengih. Rambutnya yang bertocang dua digoyangkan perlahan.
“Banyak la kau. Kut orang menurun kena kira jam kredit untuk CAS tu ye la kut. Aku tengah semak benda ni hah. Credit hour untuk Action still berbaki 60 jam kut. Mana nak cekau?” dia angkat planner sendiri.
Radin tergelak kecil. Headphone di kepala dah dilurut dan diletakkan ke tepi bantal.                         
Ek ehh kau ni. Bukan last week Firash dah bagitau ke untuk lengkapkan jam kredit Action tu kita akan pegi mendaki Gunung Nuang pagi lusa? Kau tak tau eh?” bulat matanya memandang Myra yang sememangnya tengah mengerutkan dahi. Wajahnya kelam terus.
Apakah?
“Telinga kau sumbat earphone ke masa meeting kelas hari tu? Nak cakap ponteng ada aje tercongok dekat situ,” kali ni Radin sengih keji. Dia dah faham sangat dah dengan perangai roommate dia yang sorang ni. Telinga dengan earphone color putih dia tu dah macam kembar siam. Tak boleh nak berenggang langsung.
Dahi ditepuk spontan. Bibirnya dah mula melebarkan sengih hingga ke pipi. Betul la tu. Hee… boleh pulak terlupa kan?
“Ha’ah la! Aku lupa terus pasal meeting kelas hari tu. Mana taknya, aku tengah mengadap buku Biology masa tu. Kan nak exam,” Myra kenyit mata sebelah sambil ayat-ayat itu dituturkan.
Roommate dia dah geleng kepala. Nasib kau la Radin dapat roommate yang sengal macam ni. Tapi sengal-sengal pun otak cair. Tu memang tak boleh nak dinafikan.
Exam lambat lagi la wei. Lagi tiga minggu. Macam-macam la kau ni. Sekarang jangan cakap kau tak tau details pasal tu pulak. Yang ni memang boleh kasi rahang aku jatuh tak boleh nak tutup,” sambung gadis berkaca mata itu lagi sambil mata yang dah dikecilkan.
Myra sengih dengan muka tak bersalah. Dua jari dah diangkat ke tepi pipi kiri sebagai tanda peace. Trademark biasa kalau dah terkantoi. Sama aje perangai dia dengan Lola dengan Nainaa. Memang tak boleh nak ditolong dah.
“Aku la budak ni…” Radin tepuk dahi kuat.
Ketawa Myra pecah tanpa penapis di tengah-tengah ruang bilik di saat jam dah menunjukkan tepat pukul 1 pagi. Dia dengan Radin memang macam tu. Selagi tak pukul 2 pagi, masing-masing memang takkan tidur.


“OKEY SEMUA, sila buat final check untuk barang-barang yang perlu korang bawak. Make sure semuanya okey and kalau boleh jangan bagi ada satu pun yang tertinggal. Jauh wei Hulu Langat tu kut korang rasa boleh senang-senang nak patah balik,” suara ceria Firash pecah di tengah-tengah dataran tempat mereka berhimpun pada pagi itu.
Jam sudah menunjukkan tepat pukul 7.30 pagi. Kalau ikut tentatif program, mereka semua akan bertolak dari kolej ke Hulu Langat pada pukul 8 pagi nanti.
Di satu sudut, Myra Isabella kelihatan sedang menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Sesekali dia tersenyum sendiri. Yep, kalau dah bersms dengan Si Nainaa memang tak sah kalau takde lawak selamba luar petala dia.

Aku nak gerak gi Gunung Nuang dh kejap lagi. Sumpah excited. Sbb ni first time J

Sending option terus ditekan.
“Ramai jugak eh budak-budak yang join benda alah ni. Aku ingatkan budak kelas kita aje,” Hani yang bertutur dari sisi sebelah kirinya mematikan lamunan Myra.
Dia angkat muka memandang member di sebelah. Apekehal pulak Hani ni? Gaya cakap macam ada peserta tak diundang aje.
Kejap! Betul ke ada?
“Err… bukan budak-budak kelas kita aje ke yang pegi?” dia bertanya dengan dahi yang dah berkerut seribu.
Hani sengih sambil berpandangan dengan Radin yang dah sama lebar sengihnya. Kening double jerk semakin ligat bermain di raut wajah masing-masing.
Wei, korang ni dah kenapa? Gaya macam ada yang tak kena aje dengan korang ni. Betul la aku tanya. Ada budak kelas lain jugak ke yang join?” Myra tak puas hati. Soalan yang sama kembali dilontarkan ke arah dua rakan di kiri dan kanannya.
“Tuu…” muncung Hani dah mula menghala ke arah sekumpulan budak lelaki yang sedang rancak berborak. Sesekali ketawa mereka jelas kedengaran.
Myra mengecilkan matanya memandang budak-budak yang dimaksudkan. Takde pape yang pelik pun. Ada Firash Si Ketua Kelas, Nik Syakir Si Pengarah Program, Hilman AJK Logistik, Kimi AJK Makanan. Oh, okey. Ada Hatim dengan Zayed budak kelas sebelah.
Ek ehh, yang lagi sorang tu gaya dia macam…
Rahangnya jatuh tanpa dipaksa dengan mata yang dah dibulatkan spontan. Who on earth yang tengah membetulkan letak sweatshirt biru muda yang dipakai tu?
“Faris Iskandar…” ujarnya tanpa nada.
Radin dah slap high-five dengan Hani apabila memandang wajah cemberut Myra Isabella. Masing-masing dah faham sangat dah kenapa reaksi dia macam tu. Sebab masing-masing pun dah faham sangat dengan perangai alergik dia dengan mamat tinggi berkulit putih tu. Heh!
Okay guys, bas dah sampai. Jom gerak angkut barang,” Hilman Si AJK Logistik dah mula bersuara sambil tangan ditepuk untuk mencuri perhatian para peserta.
Gunung Nuang, we’re coming! Hoyeah!
Dari ekor matanya, Myra Isabella tahu Inche Faris Iskandar di hujung kelompok sebelah kiri dah tersenyum sumbing memandang dia. Eii… mamat ni memang la. Aish!


PENDAKIAN ke base camp Gunung Nuang yang dikenali sebagai Kem Lolo itu memakan masa hampir dua jam. Sepanjang perjalanan ni, dah macam-macam benda yang mereka jumpa. Betul la orang cakap pemandangan dekat sini memang cantik.
Masuk kali ni dah tak tahu berapa kali Hani dan Radin membasahkan tekak dengan air mineral yang dibawa. Muka masing-masing pulak toksah duk cerita la. Merah aje semedang, kalah udang kena bakar.
Myra sengih. Dalam diam, dia memang tak nafikan yang cabaran nak mendaki gunung ni punya la banyak. Tambah lagi untuk dia yang first time mendaki ni, memang semput la.
Nasib baik ada Nainaa yang sudi menjadi penasihat peribadi dia untuk mendaki bagai ni. Cik kak sorang tu takpela, memang dah minat dia memanjat mendaki gunung ni. Budak lasak la katakan.
“Kalau macam ni la gaya dia, aku rasa tak sempat sampai base camp lagi air korang dah habis. Ada bawak spare tak?” dia bertanya sambil mengipaskan muka dengan hujung tudung bawal hitam yang dipakai.
Radin hanya menjawab dengan anggukan di kepala. Mata beralih pulak pada Hani di belakang.
“Aku tak larat dah ni oii! Rasa macam nak patah kaki. Kalau tak kenangkan kita dapat markah untuk semua ni tak hingin aku datang. Waaa… semput!” tersekat-sekat dia menjawab dengan muka macam orang nak menangis.
Myra sekadar menggelengkan kepala mendengar omelan member sendiri. Langkah diteruskan jugak sambil tangan kanan dah mengheret lengan Hani. Karang jalan laju-laju buat tertinggal pulak budak ni. Tak ke haru nanti?
Mereka kini dah sampai ke laluan berhutan yang membukit. Mata dah bulat memandang jalan dekat depan. Mak aii… sekali pandangan dah mendongak ke atas, rasa macam putus asa dekat situ jugak. Bapak mencanak gunung ni!
“Hati-hati sikit Myra, jangan laju sangat. Tanah ni dah la basah, gaya macam baru lepas hujan pun ada. Aiee… seram pulak aku,” Radin yang berada lima tapak di depan berpaling ke belakang memandang Myra yang sedang meneruskan langkah ke atas.
Hani yang terlebih dulu mendaki naik sempat menghulurkan tangan untuk membantu gadis itu melepasi akar-akar pokok yang menjalar tebal.
“Takpe, Hani. Jangan tunduk macam tu, nanti jatuh ke depan. Kau dengan Radin jalan dulu, takut tertinggal geng diorang pulak. Aku okey aje,” tuturnya dengan suara yang dikuatkan sedikit.
Elok tangan dah berpaut pada akar pokok untuk naik ke atas, kaki kanan yang terpijak tanah lembap ala-ala tanah lumpur membuatkan Myra hilang imbangan badan.
“Aaa!!” gadis itu dah bersuara kuat sambil mengemaskan pegangan pada tempat dia berpaut sebentar tadi.
“Myra!!” Radin dan Hani dah sama-sama memetir di tengah-tengah kekalutan itu.
Sepantas kilat, Myra terasa macam ada tangan yang sempat menahan badan dia daripada terjatuh terus. Tangan itu melekap kemas di kedua-dua belah bahu dia sekarang. Nasib baik ada orang dekat belakang ni, kalau tak aku dah bergolek-golek jatuh ke bawah gamaknya.
Ya Allah, syukur Alhamdulillah.
Belum sempat berpaling untuk mengucapkan terima kasih, suara garau itu dah terlebih dulu menembusi gegendang telinga.
“Myra Isabella, hati-hati sikit. Jalan ni memang licin. Untung I dekat belakang you aje tadi, sempat jugak sambut. Kalau tak I tak tau la nak cakap apa,” suara kalut bercampur cemas itu mengembalikan dia ke alam nyata.
Badan terus ditegakkan dan dia terus menoleh memandang gerangan Mr. Saviour dekat belakang. Aiee… dia ke yang sambut aku tadi?
Thanks…” ujarnya sepatah dengan anak mata yang dah menikam kemas ke seraut wajah lelaki itu.
Faris Iskandar mengangguk. Sungguh dia terkejut dengan kejadian sebentar tadi. Mujur dia sempat bertindak.
“Semua okey ke?” suara lantang Firash yang juga kedengaran cemas dari atas mencuri tumpuan enam pasang mata di situ.
Radin, Hani, Hatim dan Zayed mengangkat ibu jari tanda ‘okey’ manakala Myra dan Faris hanya menganggukkan kepala. Takde apa yang mampu diucapkan pada masa tu. Sungguh dia cuak bercampur kelu.
“Alhamdulillah, kalau macam tu kita teruskan perjalanan. Lagi sikit nak sampai ke Kem Lolo. Matahari pun dah tegak terpacak dekat atas kepala ni,” laung Firash lagi sambil mengipaskan cap yang dipakai ke muka.
Enam kepala mengangguk serentak.
You jalan dengan I. Takut jadi pape pulak,” nada perlahan tapi tegas yang dituturkan oleh Faris membuatkan Myra melopong.
Grr… ni malapetaka apa pulak sampai nak kena jalan dengan dia? Aku pun boleh jalan sendiri la. Dah la perasaan malu tadi tak hilang lagi. Semput jugak karang dekat sini. Sempat dia mengomel di dalam hati. Tapi suara mamat tu dah gaya macam diktator je. Memang dia takde pilihan lain. Gasak jelah.
Pendakian diteruskan dengan Faris Iskandar yang setia berada di belakang.
Sepanjang pendakian sampai la selamat tiba di Kem Lolo yang dijadikan tempat mereka bermalam sebelum meneruskan perjalanan ke puncak gunung, mata Faris Iskandar tak lepas dari memandang ke arah budak perempuan yang sorang tu.
Hati sendiri ada jugak terdetik, sejak bila dia jadi ambik kisah pasal Miss Troublemaker a.k.a seteru ketat zaman sekolah menengah tu? Dia akhirnya menarik senyum segaris sambil kepala dah mula menggeleng.
“Myra Isabella,” tuturnya perlahan sambil mata ditala ke anak sungai di depan.
“Apa weh? Kau cakap apa tadi?” Hatim di sebelah dah mula mengerutkan kening. Brader ni cakap apa tadi? Macam berbisik pun ada.
Faris Iskandar sengih.
Nothing.”
The rest is history.

No comments:

Post a Comment