TAK SAMPAI sehari pun, dah boleh discharge. Lagipun cuma cirit birit je,
bukannya sakit macam nak mati tu. Walaupun tak mati lagi, memang aku rasa macam
nak matilah waktu tu. Cirit birit tahap kronik dah aku rasa. Seingat aku, belum
pernah lagi aku mendera usus-usus dalam perut aku sampai begini sekali.
Entahlah, siapa yang harus aku tuju perasaan salah sebenarnya. Akukah yang
memang buat-buat lupa kambing dengan aku bukanlah kawan baik biarpun memang
penasihat tak bertauliah sibuk bagi nasihat. Atau salah pencetus amarah aku
yang membuatkan aku makan kari kambing macam makan kari ikan darat.
Rasanya
ucapan terima kasih itu harus aku ucapkan kepada tuan-tuan doktor jiran depan rumah.
Untung juga sebenarnya berjiran dengan doktor ni. Semua urusan semasa aku
tercampak dekat tempat kecemasan mereka yang tolong aku. Daripada mula masuk
sampailah masa aku buat muka kesian sebab tak nak kena warded. Bukan salah guna
kuasa pun. Dan insan yang patut dapat ucapan terima kasih itu adalah Doktor
Naufal Ikram. Yang mana kawan-kawan aku suka panggil dia Doktor Am.
Kata
Dijah, kalaulah si Am tu tak keluar buang sampah, memang aku pengsan ala mati
keringlah dipanah matahari depan rumah. Hiperbola sungguh kawan aku sorang ni.
Tapi pun mungkin jugaklah tu. Waktu tengahari buta, matahari tengah memanah
bumi. Mana nak ada manusia dekat luar rumah. Kut ada pun mamat bangla tengah
sapu daun kering. Mujur yang angkat aku mamat Malaysia, kalau mamat Bangla?
Kalau yang cop Malaysia pun ngerinya aku masih lagi rasa sampai ke sekarang,
cuba kalau cop Bangla? Tak boleh nak fikir!
Cuma
entah bila aku boleh zahirkan ucapan terima kasih tu. Akukan alergi
bertahun-tahun tak kebah dengan orang yang ada title doktor. Sudahnya sampai seminggu si Dijah asyik
mengulangtayang soalan yang sama. Soalan Dijah yang masih lagi berlegar dalam
fikiran. Haih.
“Hang
ni pasai apa. Dengan doktor-doktor depan rumah tu, hang boleh jadi belagak
sombong tak tentu pasai.” Huh, sentap aku. Tiba-tiba kena tuduh berlagak
sombong. Tuduhan melulu namanya tu. Ker dah jatuh tahap fitnah?
Mata
masih lagi terpaku di skrin leper biarpun hati dah tersentap untuk kesekian
kalinya. Boboiboy tengah nak pecah tiga. “Bukan sombong la...” aku menafikan
kata-kata Dijah.
Ada
tawa sinis. “Abis tu...ada hang ucap terima kasih kat Am tu?” Erk…Gopal tengah
tukarkan peluru jadi gula-gula. Cayalah.
“La,
nak kena ucap ka?” ujarku selamba. Mata masih lagi tidak lepas daripada skrin
televisyen.
“Kenalah..
bahasa kan budaya bangsa..”Ek? Aku angkat kening. Haiya..kawan aku ni. Orang
kuat KPKK, boleh ganti Datuk Dr. Rais Yatim kalau macam ni.
Kali
ini skrin televisyen kelam. Dengki betullah. Sengaja nak kusutkan keadaan aku.
Perkara kecil aje kut. Setakat ucapan terima kasih. “Aku…aku…” Aku hela nafas.
Payah betullah nak memahamkan orang. Aku ni memang alergi dengan ‘doktor’!
“Nanti-nantilah…”
Dijah mendengus perlahan. Aiseh, sejak bila Dijah boleh jadi pro-doktor-Am
pulak nih. Tipulah kalau aku kata langsung tak ada rasa ralat sebab masih lagi
belum berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih secara lahir kepada hero
Malaya tu, bak kata Fida. Lepas kes tuan doctor sorang tu selamatkan aku ala
scene drama slot Akasia, aku terus senyap. Jumpa berselisih pun aku buat diam
aje. Paling takpun aku senyum ajelah. Kira okeylah tu. Ada peningkatan. Dah
boleh nak bersenyum. Daripada dulu-dulu tu, balik-balik muka toya jugaklah yang
aku tayangkan.
Perlu
ker nak ucap..Terima kasih doc?
Sah,
ada urat saraf dalam serebrum aku yang longgar!
Apa
yang sedang aku buat ni? Mata melirik pada sebuah tulisan tangan sendiri dalam
buku nota yang comot sekali dengan calitan coklat, gula aising dan tepung. Buku
nota masakan yang aku guna ni dah masuk edisi ke lapan sejak zaman sekolah menengah.
Lagi tujuh edisi ada di rumah dekat Perak. Yang kelapan ni ada dan baru
beberapa helai mukasurat sahaja yang digunakan. Selak satu demi satu resipi,
mata terus jadi rambang. Bukan tak ada keyakinan pun, ada. Cumanya, bila
sesekali terfikir. Okey ker apa yang aku nak buat ni? Aci selamba ajelah. Sibuk
sangat berkicau mulut si Dijah tu suruh aku berterima kasih sangat.
Entah
mana penyampai maklumat yang Dijah rasuah akupun tak pasti, tau-tau dia suruh
aku kukus kek coklat. Tak payahpun sebenarnya. Resepi memang dalam kepala aje.
“Am
tu suka sangat makan kek coklat kukus.” Tapi… entahlah.
“Apa
kata, kalau hang dah bisu sangat nak ucap terima kasih dekat Am, hang buat kek
coklat hantaq je kat Am…”
Idea
gila! Dan kerana idea gila itulah aku bertungkus lumus, menghidupkan gas, letak
air dalam periuk kukus, letak periuk, isi air dalam periuk kemudian tutup guna
penutup. Okey, done! Kemudian kalut-kalut aku buka kabinet cari bekas, bongkar
bekas tepung, tebuk tin susu pekat, koyak plastik serbuk coklat. Itu semua
bukan langkah-langkah nak membuat kek coklat kukus ke?
Memang
sah aku buat kerja gila!
Gila
taklah gila sangat. Sebagai tanda terima kasih sebab jadi hero selamatkan aku.
Orang berbudi kita berbahasa. Tapi, bahasa aku bahasa makanan. Bolehlah kan? Nak
berbahasa madah pujangga tu memang putus fius kut jadinya nanti.
Dalam
mangkuk tembikar sedang-sedang tu aku masukkan tepung jenama Blue Key. Kemudian sukat secawan gula,
tuang dalam mangkuk. Tuang pulak susu pekat dalam cawan matrik, tuang dalam
mangkuk lagi. Milo, serbuk koko Vochelle dengan
minyak masak aku sekalikan juga dalam mangkuk. Akhir sekali air panas. Terus
capai sudip, kemudian aku kacau searah. Bila adunan dah sebati, aku pecahkan
pula telur ayam. Kacau lagi sekali. Kali ni memang tak lama. Bila telur ayam
dah masuk dengan adunan tadi, aku berenti. Kalih pada pengukus yang sedang elok
mendidih. Tin bekas kek aku alas dengan kertas minyak. Dengan Basmallah, aku
tuangkan adunan coklat lagi berkilat tu dalam tin. Hentak-hentak manja sikit, kemudian
terus aku letak dalam periuk pengukus. Siap lilit dengan kain lagi dekat
keliling periuk. Nanti air wap jatuh atas kek. Bantat kek aku nanti.
Lega
satu bab!
Seterusnya
bab menghias kek. Perlu hias ala kek sambut hari lahir atau hias ala nak makan
sendiri aje? Buat kerja biar ikhlas! Okey, noted.
Kerusi meja makan aku tarik sementara menantikan kek siap dikukus. Tangan
menongkat dagu atas meja makan. Sampai ke sudah, aku bertenggek depan dapur
otak masih lagi berfikir.
Apa
yang aku dah buat? Buat kek.
Untuk
siapa? Doktor Naufal Ikram…
Kata
Dijah, dia seorang lelaki yang peramah. Memang sahlah kawan aku kaki borak.
Kata Fida, rajin pergi solat dekat surau. Memang sah lah kawan aku yang sorang
ni kaki skodeng. Dan kata umi, boleh buat calon suami! Dan memang sahlah kawan
aku yang ni pula sudah sampai seru nak bersuami.
Nak
kata ada rupa, semua orang ada rupa. Mungkin sebab dia juga kaki sakat itu
sebab dia boleh masuk dengan kawan-kawan aku. Dengan aku? Boleh bilang berapa
patah perkataan yang terkeluar daripada mulut aku bila kadang-kadang aku
dipaksarela oleh Dijah untuk join
lepak depan rumah sambil basuh kereta.
Rumah
jadi riuh dan gamat seketika bila suara budak-budak serumah tiba-tiba ada.
Erm..baru balik jogging agaknya. Dengar derap kaki menghampiri aku. “Aku ada
bau kek laa…” Suara Dijah. Aku diam. Terus angkat kaki masuk dapur. Selamatkan
diri sebelum aku kena gula kaw-kaw
dengan Dijah!
“Kek
coklat kukuslah kawan-kawan...” diam-diam sudahlah cik Dijah oii. Aku ketuk
jugak kau dengan sudip ni karang!
“Am tanya hang dah okey ke belum?” pembuka
bicara Dijah membuatkan aku jungkit kening. Fida sudah lama belayar sepi dalam
bilik. Umi pula dekat balkoni tengah melayan bagai nak rak encik tunang di
Mesir telefon.
“Erm..okey
je.” Jawabku tanpa nada.
Aku
mengemaskan duduk. “Am tanya aku tadi, hang tu pasai pa sombong sangat?” CSI
sudah nak mula.
“Bukan
sombong cuma segan.” Jawabku tanda nada. Kenyataan pembelaan diri namanya ni.
“Yelah
tu…” herot mulut si Dijah. Aku tarik senyum segaris. Haila, ada lagi yang si
Dijah tak puas hati.
“Aku
bagi kek kan. Tanda terima kasih.”
“A’a...
aci pas kat aku kemudian hang lari macam tak cukup tanah.” Pecah ketawa aku.
Teringat kejadian petang tadi. Masak sahaja kek, kemudian aku siram dengan topping coklat dengan tabur coklat urai
tu aku paksa ajak si Dijah menemankan aku ke depan rumah. Segan sangat la pulak
tiba-tiba nak tercongok depan rumah anak teruna orang sambil mendulang kek
coklat kukus sebiji. Tak ke putus fius namanya. Dah gaya nak meminang
nampaknya.
“Hang
cuba bagi salam.” Gulp! Aku ker?
Aku
tolak dekat dia pulak. “Hang la. Nani mana pernah buat kerja macam ni.” Kerja
memalukan diri sendiri namanya. Dijah tarik muka masam.
“Please...” kelip-kelip mata, hembus doa
mana yang patut supaya lembutlah hati kawan aku yang sorang ini.
“Assalamualaikum…”
suara Dijah membuatkan aku terasa kecut perut dan rasanya usus-usus aku sedang
bersimpul dengan jayanya.
“Err,
hang tolong bagi. Aku sakit perut.” Tanpa mendengar persetujuan Dijah,
tangannya kucapai lalu kuletak bekas kek dan aku..pecut langkah seribu balik
rumah! Kronik betullah aku! Alergi dekat orang yang pegang title doktor. Haru!
“Nani…”suara
Dijah membuatkan tawaku mati.
“Dalam
rumah ni, aku rasa yang paling tak suka cerita bab cintan cintun hang. Awat?”
aku separuh mengeluh. Dijah ni pergi menuntut dengan CSI Horatio tu ker?
Aku
bangun.“Ngantuklah…” langkah kuatur menuju ke tingkat atas.
“Nani…Definisi
untuk lari dari kenyataan ker tu.” Tebak Dijah.
Aku
tayang sengih sebelum kaki mula menapak anak tangga.
Aku
hempaskan badan di atas katil. Menengadah ke siling bilik. Merenung kipas yang
berputar. Namun tembus hingga ke langit malam. Bosan. Aku bangun, lalu Toshiba Satelite Pink aku tarik daripada
dalam beg laptop.
Tekan
on, buka internet. Laju sahaja tangan
menaip laman sesawang blogspot. Time for
blogging! Blog yang aku daftarkan sehari selepas aku
cerai-kasih-putus-talak dengan Hafiz Nubhan. Sudah dua tahun rupanya. Pejam
celik pejam celik maknanya sudah dua tahun aku keseorangan. Bukan menjanda namanya
tu. Cerai tanpa talak, jauh sekali lafaz nikah. Khilaf zaman dulu-dulu.
Aiseh…Sengaja cari penyakit. Gatal tak bertempat. Sudahnya? Huwaa.. Merana sorang diri.
Okey, malam ini nak
bercerita tentang falsafah apa pulak?
Kawan-kawan sejagat.
Malam ini kita buka
falsafah cinta. Bukan selalu aku nak buka hikayat cintan-cintun ni. Kira malam
ni aku kena hembus dek badi angaulism budak-budak serumah. Cerita tentang
cinta… Apa itu cinta? Aku rasa ahli akademik tertinggi pun tak boleh nak bagi
justifikasi dan definisi yang tepat tentang cinta. Tapi, apa yang pasti…Cinta
itu bahagia. Bahagia pula? Herm… bahagia itu adalah membahagiakan orang lain.
Hidup adalah untuk membahagiakan. Dan yang paling utama adalah bahagia dalam
redhaNya, Pemilik Segala Hati.
Kelu.
Aku patah-patahkan jari. Bila nak menaip tentang cinta sahaja aku jadi kelu.
Laju tangan membuka tetingkap yang lain. Mukabuku pulak. Membaca tazkirah yang
disebarkan melalui medium sosial ni. Kalau status yang pelik-pelik awal aku
‘tanda alih keluar’. Habis semua hal dalam kelambu pun nak dikhaborkan untuk
pengetahuan umum jugak ke. Pelik betullah.
Kotak
sembang muncul dengan tiba-tiba. Ada yang menyapa. Aku garu pipi.
Iyan : Kak Yang… J
DeLiaNani : Dah tak
pandai nak bagi salam ke?
Iyan : Sorry…sorry… kak.
Assalamualaikum
DeLiaNani :
Waa’laikummussalam :P
Iyan : Kak Yang, baca
emel ker idak?
DeLiaNani : Sorry, bz
lah. Ada apa?
Iyan : Bulan depan 25 hb
jangan lupa balik tau.
DeLiaNani : Naper nyer?
Kome nak kawin ke?
Iyan : Mana tau?
Aku
terdiam. Iyan nak kawin? Master dia
dah habis ker? Keluarga mereka memang suka kahwin awal-awal kut. Macam Yeop
dia… Eh…
DeLiaNani : Tahniah…
Iyan : Yang wajib datang
tau..
DeLiaNani : InsyaAllah.
Iyan : Kak Yang, ada
orang nak sangat-sangat jumpa akak.
Gulp!
Aku telan liur. Siapa yang mengidam nak jumpa dengan aku pulak? Geng Bukit
Gantang ker? Haiya… Kawan aku yang sorang ni suka buat ayat bercirikan suspen
dengan aku.
DeLiaNani : Tak nak
baliklah. Kirim hadiah kat Mak Ajah je.
Iyan : Putus sahabat!
Wah,
main ugut-ugut pulak. Aku ketawa sendiri.
DeLiaNani :
Okey…okey..tak janji. Takut sibuk.
Iyan: Wajib!
Perbualan
ditamatkan dengan aku termangu sorang diri. Jari telunjuk dibawa ke pelipis,
mengetuk perlahan dahi. Iyan ni sebenarnya jiran sebelah rumah merangkap kawan
sekolah dan juga bekas adik ipar tak jadi! Iyan ni sebaya aku aje. Abang sulung
dia Yeop Apez. Itulah calon suami tak jadi!
Tragik
kisah pelamin anganku musnah empat tahun lepas. Bercinta dengan orang sebelah
rumah je. Ingat-ingat bolehlah bajet kahwin nanti, dah sebelah je kan, kiranya
kenduri disekalikan. Ngee, berangan
tak sudah. Memang Yeop Apez naik pelamin. Bezanya, pengantin perempuan bukanlah
aku. Nun, dekat Ireland sana dia menikah. Aku? Mahu banjir satu Shah Alam masa
tu. Bila fikir balik alangkah bodohnya aku sebab menangis bagai nak rak.
Sia-sia airmata yang mengalir macam air paip Syabas tu. Tumpah pada yang tak
sepatutnya.
Dan
rasanya atas sebab tu jugak kut aku meletakkan tanda ‘Tidak Percaya’ pada
setiap muka lelaki yang menghampiri aku. Tayang muka toya sebaik mungkin. Kau
buatlah lawak tahap Maharaja Lawak sekalipun, memang takkan terkesan. Spesis
lelaki yang aku percaya ada dua aje. Abah dengan Yeop aku. Yang lain? Tak payah
nak pening-pening kepala fikir.
Bak kata Hlovate
dalam novel 5 tahun 5 bulan tu...
‘Boys are stupid’.
Definately, i’m agreed!
Suara sumbang; Nani sombong!
Ada aku kisah?
Best..first time bca karya u mmg i trus tertarik nak baca smpi hbs. Hehe keep it up.!
ReplyDelete