Monday, 30 September 2013

Aduhai Redza (Bab 3): Qaisy



REX memandang kosong tempat letak basikal juga motosikal pelajar itu. Sunyi. Yelah, siapa je yang nak duduk berjam-jam kat sekolah lepas habis sekolah pun? Rex melangkah menghampiri motosikalnya yang diparkir tidak jauh dari tempatnya berdiri tadi. Beg sekolah dibahu ditarik dan diletakkan di dalam bakul.
Badannya terus direbahkan di atas motosikal. Kepala memandang bumbung dengan tangan kanan di atas dahi. Perlahan-lahan bibirnya melagukan melodi yang dia sendiri pun tak tau. Tiba-tiba ingatannya kembali pada gadis yang dilanggarnya pagi tadi juga merupakan rakan sekelas Sam – Tia Ameena. Wajah itu, terasa familiar.
               Otak cuba memerah memikirkan di mana dia pernah terlihat si Tia Ameena itu tapi kosong! Tiada jawapan yang ditemui. Seolah-olah otak tidak mahu berkerjasama membantunya. Dia mengeluh hampa.
Dari hujung tempat letak basikal itu Sam hanya memandang setiap tingkah laku Rex. Perlahan-lahan dia melangkah dan terus tangannya menepuk kuat bahu Rex. Rex tersentak. Terus pandangannya dialihkan dari bumbung ke wajah Sam yang sudah pun berdiri di sisinya – bersama dengan motosikalnya yang diparkir bersebelahan. Sam melabuhkan punggungnya di atas motor. Kening terangkat. Rex pun. Sam senyum. Rex pandang pelik. Dia ni dah kenapa? Senyum je hari ni.
               “Apasal mengeluh?” Sam menegur sambil meletakkan beg sekolahnya di dalam bakul motosikalnya. Rex gelak. Mamat ni perasan je setiap apa aku buat. Macam tak boleh nak sorokkan apa-apa. Dia ada pasang CCTV kat mana-mana ke?
               “Aku takde pasang CCTV pun. Aku dah kenal kau lama, Rex.”
               Creepy.” Balas Rex dengan muka konon-konon takut.
               Sam jongket bahu. Tidak membalas. “So? Kenapa mengeluh?”
               “Mana ada.” Balas Rex tenang. Cuba tidak mahu menunjukkan reaksi yang bukan-bukan. Sam tu bukannya boleh dijangka apa yang dia nak buat.
               “Jangan ingat aku tak nampak.” Sam turut sama berbaring di atas motosikal memandang bumbung. Itulah yang selalu mereka lakukan sebelum pulang. Lepak selama mungkin kat tempat letak basikal tu, boraklah apa-apa pun, berkongsi segala benda sampailah dah tak ada benda nak cerita baru mereka akan bergerak pulang.
Macam dah jadi rutin harian. Kadang-kadang tak ada benda yang nak diborakkan pun tapi entah kenapa mereka mesti menghabiskan masa mereka di atas motosikal itu sambil memandang bumbung tempat letak basikal itu. Hobi? Entah.
               “Takdelah. Apasal pergi stor sukan?” Rex cuba mengubah arah perbualan mereka. Kalau dibiarkan mahu dikorek sampai ke akar umbi. Sam ni kalau dia nak tau sesuatu, sanggup dia tanya benda yang bukan-bukan.
               Sam menjongketkan bahunya. “Amran nak tanya apa ntah. Aku tak dengar sangat pun. Takde kaitan dengan aku saja nak menyusahkan aku.” Rungut Sam dengan bibir terjuih. Rex senyum. Macam perempuan kalau merungut tu.
               Suasana kembali senyap. Masing-masing memandang bumbung macam baru pertama kali melihat bumbung. Tenang dengan keadaan sekolah yang senyap-sunyi. Tak riuh macam waktu ada penghuni di dalamnya. Dah macam pasar. Sana gaduh, sini sepak-terajang.
Maklumlah, sekolah ini dulunya sekolah lelaki. Entah kenapa tiba-tiba nak bertukar jadi sekolah campur pun tak tahu. Tapi baguslah jugak. Bermotivasi la sikit pelajar-pelajar lelaki kat sekolah ni sebab adanya perempuan. Kalau tak bosan je tengok kaum sejenis tiap-tiap tahun. Sejak dah bertukar jadi sekolah campur ni, kuranglah sikit sepak-terajang tu semua. Dan berkurang jugaklah aktiviti mereka tu.
               “Rex.”
               “Apa?”
               “Nak tanya ni.”
               Rex senyum nipis. “Sejak bila kau mintak permission nak tanya soalan ni?” Sinis. Sam ketawa mengekek. Langsung tak kisah dengan ayat perlian Rex.
               Trying to be polite.” Sam angkat-angkat kening. Rex senyum sinis. Apa-apalah weh.
               Rex meletakkan lengannya di atas dahi. “Amenda kau nak tanya?” 
               “Kau tak suka Tia ke?” Soalan tak diduga dari Sam. Rex pandang Sam dengan muka pelik. Dah kenapa masuk bab Tia pulak ni? Ke memang dia tengah tunggu masa nak tanya je?
               “Soalan ke?” Rex menyoal kembali. Sengaja dia tidak mahu menjawab terus soalan Sam. Sengaja dia mahu membiarkan Sam dalam tanda tanya. Lagipun, dia sendiri tak ada jawapan. Macam mana nak jawab? Tak suka ke dia pada Tia Ameena tu?
               “Kemusykilan di hati yang perlukan jawapan.”
               Diam. Lama Sam menantikan jawapan dari Rex tapi Rex macam takde tanda-tanda hendak memberikan jawapan. Baru sahaja Sam hendak membuka mulut Rex bersuara. “Aku rasa macam pernah jumpa dia.”
               “Kau dengan semua perempuan cakap macam tu.” Sam menyakat. Rex garu kepala. Eh? Mana ada! Setahu aku yang selalu buat macam tu si mangkuk ayun ni. Yelah, mesra alam terlebih dose. Sampaikan orang tak pernah jumpa pun dikatakan pernah jumpa. Putus fius.
               “Serius! Aku rasa macam pernah jumpa dia.” Yakin Rex menjawab. Ini serius! Bukan main-main. Muka dia memang familiar. Macam bukan hari ni aku jumpa dia. Memang bukan pertama kali Tia Ameena itu dijumpainya.
               “Soalan aku tu jawab dulu oi.”
               Rex mengeluh. Perlu jugak ke jawab soalan tu? Rex pandang Sam. Sam setia menunggu jawapan. Fine! “Ada aku cakap aku tak suka dia?” Rex masih dengan soalan. Jawapan yang memang takde siapa yang boleh jawab. Sam garu kepala. Memanglah Rex tak pernah cakap dia tak suka Tia tapi cara dia layan Tia tu tak ke macam tak suka? Atau perasaan aku je?
               “Ke kau suka dia?” Soalan lain pula meluncur keluar dari mulut Sam. Terbeliak biji mata Rex mendengarkan soalan itu. Apa ni oi?
               “Ah, kau! Memandai.”
               “Tak ke?”            
               Rex geleng kepala. “Tak!” Laju Rex menafikan. Apa ke aneh sangatlah nak suka seseorang yang baru jumpa tak sampai 24 jam? Dalam sejarah betul! Tapi, kalau aneh takdelah wujudnya perkataan ‘cinta pandang pertama’ kan? Apa-apa jelah.
               Rex bingkas bangun dari pembaringan – terus meregangkan otot-ototnya yang terasa kejang. Tangan kanan menyebak rambutnya ke belakang. Helmet dicapai dan terus disarung ke kepala. Kunci dikeluarkan dari kocek seluarnya dan terus dicucuh ke tempat kunci. Enjin dihidupkan.
               “Balik jom.”
               “Hmm.”
               Sam pun terus bangun, capai helmet dan menyarungkannya ke kepala. Enjin dihidupkan.
“Eh, Rex.”
               “Apa lagi?”
               “Kalau kau suka Tia tu aku boleh tolong.” Sam masih tak mahu mengalah.
               “Dah-dah la weh. Balik!”
               Dan laju motorsikal Rex bergerak meninggalkan Sam makan asap di belakang. Sam geleng kepala. Rex…Rex…



SEJAK DARI pintu sekolah tidak langsung kedengaran suara adiknya yang suka berceloteh itu. Kalau tak, ada je yang nak diceritakan. Tak pun adiknya tu akan turut sama menyanyi mengikut melodi dan lirik-lirik di radio tapi entah kenapa hari ni adiknya diam. Aneh. Pagi tadi rasanya elok je dia borak-borak. Zack pandang Tia. Sesekali kedengaran keluhan dari bibir Tia yang sedari tadi lebih senang memandang ke luar tingkap.
               Zack berdehem cuba menarik perhatian Tia. Tia yang sedar terus memandang Zack dengan kening terangkat. Zack pandang sekilas wajah adiknya sebelum dia kembali menumpukan fokusnya pada pemanduan. “Meen kenapa? Mengeluh je dari tadi.” Zack menegur. Gaya abang prihatin. Eh, memang abang yang prihatin ye! Harap maklum.
               “Takde apa-apa.” Cuba bersuara seperti biasa. Tapi, entah kenapa terasa kekok antara suara dan kata-katanya. Tak synchronize! Tia rasa nak hentak kepala kat dashboard. Kenapa akal selalu tak menurut perintah hati? Eh, apa kaitannya?
               “Cuba cerita dengan saya. Awak kenapa?”
               “Takde apa-apalah abang Zack.”
               Sure takde apa-apa?”
               Sure takde apa-apa.” Tegas. Cuba menyakinkan abangnya tu. Dia malas nak buka cerita sebab kalau dia dah buka cerita, makin banyak pulak soalan yang bakal dijawab.
               “Sangat-sangat sure?” Zack masih mencuba nasib.
               Tia ketap bibir. Dah mulalah tu taktik psycho dia tu. Macamlah dia tak tau aku tak boleh kalau orang psycho aku dengan tunjuk caring terlebih macam yang abang dia tengah buat sekarang ni. Sangat amat nian tak boleh. Tia Ameena mudah lemah dengan orang yang terlalu caring dan pujuk rayu.
               “Awak nak dengar ke?”
               “Saya ada telinga untuk mendengar dan saya adik sorang je adik perempuan nak dilayan. So, I’m on!” Lembut Zack membalas. Cuba membeli hati adiknya. Tia senyum. Okay, taktik abangnya berjaya. Tahniah!
               Tia tarik nafas panjang. Sepanjang mungkin sebelum dia memulakan ceritanya. Wajahnya tunduk memandang jari-jarinya. “Tadi masa nak daftar, saya terlanggar this one guy.  Dan kebetulan dia dengan kawan dia waktu tu. Kawan dia mintak maaf kat saya bagi pihak lelaki yang langgar saya tu. Tapi, cara lelaki tu pandang saya macam saya ada buat salah besar. Macam saya dah bunuh orang!”
               Jeda.
Nafas ditarik panjang. Mukanya yang sedia masam bertambah masam. Reaksi tak puas hati. Ibarat kalau lelaki tu ada kat depan mata, mahu ditunjal dahi lelaki tu sampai tembus.
“Lepas tu, masa masuk kelas saya kebetulan jugak satu kelas dengan mamat yang mintak maaf kat saya tu. Siap duduk sebelah dia tu. Nama dia Sam. Dan kebetulan jugak kawan dia yang namanya Rex tu selalu lepak kelas si Sam ni sebab diorang ni lain-lain kelas. Si Rex ni kelas elit bak kata Sam. Masa rehat tadi, Sam introducekan saya kat Rex ni tapi Rex ni macam nak tak nak je. Bengang pulak saya! Kecik hati tau.” Tia memuntahkan segala rasa yang dipendam sejak dari sekolah tadi. Langsung tak ada pause.
               “Tu je?”
               Tia membulatkan biji matanya. Tak percaya! “Tu je awak cakap? Eh, saya sedih tau tak? Saya bukannya nak buat musuh tapi tak pasal-pasal dah dapat musuh.” Naik seoktaf nada suaranya dengan jawapan balas dari abangnya itu. Tia menyandar ke belakang dengan kedua-dua tangannya disilangkan dan dibawa rapat ke dada. Terjuih bibirnya.
Zack senyum segaris. “He mean no harm kot. Entah-entah dia tak biasa dengan perempuan? Atau memang nature dia macam tu. Awak mana tau?” Zack cuba bersikap rasional. Yelah, kalau nak ikut kepala budak ni memang kerja nak fikir benda yang negatif memanjang. Tia terdiam – memikir.
               “Tapi, tak perlu la sampai macam tu.” Lirih nada suaranya. Sedih tahu? Ingat aku tak ada perasaan ke? I’m fragile, okay.
               “Takpelah. Awak buat biasalah. Mana tau lama-lama okay ke?”
               “Hmm.” Hanya itu yang dibalas Tia. Dia tidak tahu apa yang perlu dibalasnya. Pandangannya kembali ditala ke luar tingkap. Zack geleng kepala. Tangan kirinya mengusap lembut rambut Tia dengan harapan adiknya tenang. Tia hanya tersenyum dengan perbuatan abangnya. Thanks, abang Zack.



MOTOSIKALNYA diparkir seperti selalu. Helmet ditanggalkan dari kepala dan diletakkan di atas rak kasut. Beg sekolah di dalam bakul motosikal dicapai dan terus disandang ke bahu. Anak matanya meliar mencari kot-kot adiknya ada yang sedang menunggunya di laman seperti selalu tapi kosong! Mana diorang ni? Selalu kalau aku balik riuh macam nak bagitahu satu taman ni dengar. Tapi, hari ni sunyi bukan main. Pintu kayu itu ditolak. Perkataan pertama yang menjengah ke telinganya adalah…
               “Angah!!!” Jerit tiga orang adiknya serentak sambil berlari-lari mendapatkannya. Rex geleng kepala. Baru je cakap sunyi tadi. Belum pun sempat dia hendak membuka kasut tubuhnya dipeluk oleh adik bongsunya yang baru berusia empat tahun. Rex sengih dan tubuh si kecil itu didukung.
               “Tak aci! Asyik adik je angah dukung.” Pekik adiknya yang berusia tujuh tahun. Rex gelak dengan kata-kata tak puas hati dari adiknya itu. Tangan kiri mengusap-usap mesra kepala adiknya itu. Dia mencangkung supaya ketinggian dia dan adiknya sama.
               “Izhar kan dah besar. Angah mana larat nak dukung. Alisya kan kecik lagi. Kan Alisya?” Pipi Alisya dicubit. Alisya gelak manja. Muhammad Izhar memuncung tak puas hati. Rex senyum. Tubuh Izhar ditarik merapatinya dan satu ciuman hinggap di dahi Izhar. Izhar senyum malu-malu. Mengada!
               “Haa…angah pun sayang Izhar.”
               “Angah, Izhar dengan Alisya je? Aisyah pun nak jugak.”
               “Haa…yang ni budak mengada namanya. Dah tua bangka kena layan adik bukan mengada macam adik. Along mana?” Rex menyoal sambil melangkah masuk ke dalam rumah dengan Alisya masih dalam dukungannya. Izhar di kanan Rex hanya mengikut ke mana sahaja langkah kaki Rex.
               “Along kat atas dengan abang Farid.”
               “Eh, abang Farid pun ada? Fina pun adalah?” Rex pandang tingkat atas. Aisyah mencebik.
               “Angah, jangan sebab Fina kami adik-adik angah ni terus terabai.” Aisyah memberi amaran. Rex tergelak mendengarkan amaran Aisyah. Fina atau nama penuhnya Nur Afina merupakan cahaya mata kakaknya, Nur Atiyah bersama abang Farid. Menjadikan Nur Afina adalah anak buah kesayangannya sampaikan adik-adiknya sangat mencemburui anak kakaknya itu.
               Rex melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Alisya yang tadinya di dalam dukungan diletakkan di atas riba. Susah betul dapat adik-adik yang manja macam ni. Jenuh nak melayan. Cop, diorang yang manja atau aku yang memanjakan? Hahaha. Tak kisahlah yang pasti penat dan lelah. Tapi, adik-adiknyalah penyeri hari. Tapi, hari ni manja mereka macam terlebih-lebihlah pulak. Ni mesti sebab ada si Fina kan? Gasak kaulah Fina dapat pak cik – mak cik yang cemburu dengan Fina.
               “Aisyah, tolong angah boleh?”
               “Tolong apa?” Aisyah yang baru hendak melabuhkan punggungnya angkat kening.
               “Ambikkan angah air. Haus.”
               “Nak air sejuk ke suam ke air berperisa?”
               “Amboi, bukan main special hari ni?” Rex menyakat. Aisyah jelir lidah.
               “Sebab nanti angah sibuk dengan Fina.”
               Jealous!”
               “Takkkkkk” Laju Aisyah membidas. Mana ada jealous! Setakat Fina tu, tak ada apa pun. Budak kecik je pun. Hati kecilnya membentak.
               “Ambikkan air, please. Anything will do.”
               “2 minit.”
               “Terima kasih.”
               Berdesup Aisyah berlari ke dapur mengambil air untuk angahnya itu. Rex geleng kepala. Macam-macam punya perangai. Izhar yang tadi tak berenggang dengannya sudah hilang entah ke mana.
Alisya pulak lepas dah nampak segala mainan yang bersepah atas lantai terus lupa angahnya itu. Haa…elok sangatlah tu. Waktu itu jugalah kakak dan abang iparnya turun dengan Nur Afina, buah hati mereka. “Baru balik?” Tegur Nur Atiyah sambil melirik Alisya yang khusyuk dengan mainan yang bersepah di atas lantai.
               “Taklah, dah sampai semalam.”
               “Loyar buruk.”
               “Lain kali bagi soalan logik. Tanyalah dah makan ke apa ke.” Rex menghulurkan tangan kepada abang iparnya untuk bersalaman. Huluran tangan Rex disambut. Kedua-dua mereka melabuhkan punggung di atas sofa.
               “Kau tu kalau along tanya bukan nak bagi jawapan yang along nak.” Balas Nur Atiyah sinis. Rex hanya mampu tersengih – menayangkan barisan giginya.
               “Along, nak dukung Fina.” Kedua-dua belah tangannya sudah pun dipanjangkan hendak mengambil Afina dari dukungan kakaknya itu.
               Nur Atiyah memuncungkan bibirnya ke arah adik perempuan mereka yang hanya memandang. “Kau tak nampak si Alisya tu pandang macam nak telan anak along ni?”
               Rex gelak meriah. Apa punya ayatlah akak aku ni. Hiperbola sangat tu. Over! Takdenyalah si Alisya nak telan si Fina tu. “Tadi baru angah tanya pasal along. Si Aisyah cakap along dengan abang Farid ada sekali. Apasal datang?”
“Dah tak boleh datang ke?” Atiyah mengangkat kening kanannya. Rex ketawa kecil. Hamboi, sentap ke apa along ni?
“Angah tanya jelah, long.”
               Atiyah senyum nipis. Seronok dapat menyakat adiknya itu. Nur Afina diletakkan di atas ribaannya. Rex menghulurkan tangannya ke arah Afina dan laju si kecil itu menggapai tangan Rex. Rex senyum lebar. Rindunya aku dengan budak kecik ni. Makin tembam ha.
“Saja datang melawat tengok kau macam mana.” Ujar Atiyah. Fina di tangannya dihulurkan kepada Rex. Rex menyambut Fina dan tak menunggu lama pipi Fina yang montel menjadi sasaran bibirnya.
               “Dah jumpa umi belum?”
               “Dah. Along dah sejam kat sini.”
               “Eh, umi mana?”
               “Umi keluar tadi jumpa cikgu Siti. Biasalah umi dengan cikgu Siti tu kan macam belangkas.”
               Rex angguk. Faham benar kalau dah umi dengan cikgu Siti tu macam mana. Di mana ada umi, di situlah ada cikgu Siti dan sebaliknya. Kawan baik la katakan. Silap haribulan umi nak jodohkan aku dengan anak cikgu Siti tu. Tak nak!!!
               “Eh, along balik dulu. Kirim salam kat umi tau.”
               “Lah, dah nak balik ke? Angah baru sampai ni.”
               “Bosanlah tengok kau.”
               Rex ketawa geli hati mendengarkan kata-kata kakaknya itu. Kejam! Ada ke dikatakan bosan tengok aku? “Tak nak tunggu umi ke?”
               Atiyah menggelengkan kepalanya. “Nanti along call umi je. Kirim salam kat umi. Abang Farid ada hal lepas ni.”
               “Yelah along. Hati-hati balik tu. Bye Fina. Nanti kita jumpa lagi ye.” Fina ditangannya dihulurkan semula kepada kakaknya itu. Susah betul bila dah jumpa anak buah ni. Hahaha.
               “Kau tu jaga diri jugak.”
               “Angah tau, along.”
               “Aisyah, along balik dulu.”
               Terkocoh-kocoh Aisyah berlari dari dapur ke muka pintu. Tangan alongnya disalam dan kedua-dua belah pipi kakaknya dicium. Begitu juga dengan Alisya dan Izhar.
               “Kirim salam kat umi.”
               “Okay, along.”
               Pintu kayu itu ditutup rapat. Rex tarik senyum nipis.
               “Air angah?” soal Rex pada Aisyah yang berdiri di sebelahnya. Aisyah terus menghulurkan gelas yang berisi air kepada angahnya itu. Rex meneguk air yang dihulur dan gelas diberikan semula kepada Aisyah. “Angah naik atas tau. Apa-apa ketuk pintu bilik.”
Terus kakinya mendaki tangga menuju ke biliknya. Apa yang ada difikirannya tika itu hanyalah katil. Tombol pintu dipulas dan pintu bilik dikuak sebelum dia meloloskan diri masuk ke dalam bilik. Suis kipas dihidupkan. Langkah kaki dibawa menghampiri radio dan tangannya menekan butang ‘on’. Tanpa menunggu sesaat terus tubuhnya direbahkan di atas katil – secara meniarap. Heaven!
               Tika itu juga dia seperti teringatkan sesuatu. Tia! That girl! The one. Anak mata liar mencari frame gambar yang terletak di atas mejanya. Rex ketuk kepala. Damn it! Dia menyumpah dirinya sendiri. Macam mana aku boleh terlupa?
Tangan terus mencapai frame gambar di atas meja itu. Tia! Gadis tu. Gadis yang sama. Gadis di dalam gambar itu. Gadis yang ditemui di tasik tempat dia dan Sam selalu lepak mencari ilham sambil memetik gitar. Gambar yang diambil secara curi-curi. Gambar Tia dan kawan-kawannya. Tia adalah gadis di dalam gambar itu. Patutlah macam familiar. Perempuan yang mencuri hatinya. Okay, memang betullah ayat tu. Cinta pandang pertama.

Siapa kata tanpa mengenali seseorang kita tak boleh jatuh cinta?

No comments:

Post a Comment