BENCI betul aku hari Isnin ni,
kena pakai tali leher lah, kena pakai blazerlah, rimas betul macam ni. Rungut
Faeq sambil membetulkan tali leher dan blazer yang dipakainya.
“Fuyoo!
Handsomenya cikgu pagi-pagi macam ni dah pakai tali leher dengan blazer.
Handsome dah mengalahkan Aaron Aziz lagi, macam ahli korporat pun ada
juga cikgu.’ Usik pelajar-pelajar tahun lima di tepi kaki lima tatkala melihat
guru matematik mereka lalu sambil
membetulkan tali leher dan blazernya menuju ke tapak perhimpunan.
“Awak
semua memang pandai bodek saya kan?” jawab Faeq sambil mengerling ke arah
anak-anak muridnya yang sedang berdiri di kaki lima sambil menunggu waktu
perhimpunan.
“Dah! Semua pergi ke tapak perhimpunan, sekejap
lagi loceng dah nak berbunyi.” Arah Faeq kepada pelajar-pelajarnya yang masih
berkeliaran di situ.
Mohd
Faeq Haiqal bin Hanifah begitulah empunya nama. Orangnya tinggi lampai,
berkulit kuning langsat, berambut ikal dan berkaca mata. Dia boleh
dikategorikan sebagai seorang guru yang agak kacak di sekolah itu berbanding
dengan guru-guru lelaki yang lain dan ditambah dengan statusnya yang masih muda
dan membujang. Faeq telah menjadi guru kegemaran di kalangan para pelajarnya. Selepas
tamat pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang
pendidikan matematik, Faeq terus ditempatkan di sebuah sekolah di kampung
halamannya iaitu di Sekolah Kebangsaan Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.
Faeq
ternyata amat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berbakti di kampung
halamannya sendiri. Mendidik kanak-kanak di kampung halamannya sendiri adalah
satu anugerah yang tidak ternilai yang telah diberikan kepada Faeq dan dia
sendiri bercita-cita tinggi untuk melahirkan lebih ramai lagi graduan
university dari kampung halamannya disamping dapat menjaga kedua-dua ibu bapanya
yang semakin dimamah usia.
‘Kringgg’
bunyi loceng sekolah menamatkan Faeq dari lamunannya. Dia segera berjalan
menuju ke tapak perhimpunan. Kelihatan Guru Besar dan beberapa guru-guru yang
lain telah mengambil tempat di kerusi yang disediakan khas kepada guru-guru di
tapak perhimpunan. Selesai mengemaskan semula tali leher dan blazernya Faeq
mengambil tempat duduk di posisi belakang sekali.
“Hai
cikgu Faeq, duduk belakang lagi?” tegur satu suara manis dari sebelah kanannya.
Tersentak
seketika Faeq dan lantas menoleh ke arah kanannya. Kelihatan cikgu Bazilah
sedang tersenyum ke arahnya. Faeq membalas senyuman cikgu Bazilah dengan
senyuman sumbing dengan hasrat tidak mahu meneruskan perbualan dengannya. Faeq
terus membuka buku notanya dan mencatatkan beberapa perkara yang harus
dilakukannya pada hari ini kerana minggu ini merupakan minggu bertugasnya
sebagai guru pemantau.
“Amboi!
Sombongnya cikgu Faeq kita ni, orang kat sini tegur dia tak jawab pula.’ Cikgu
Bazilah memancing kata lagi.
Alahai
minah ni, orang tak jawab tu tandanya tak sudi nak layanlah maksudnya.
Itu pun tak faham-faham lagi ke? ngomel Faeq dalam hatinya sambil melemparkan
senyuman malas kepada cikgu Bazilah.
“Minggu
ni kita sama-sama bertugas sebagai guru pemantau kan?” sambung cikgu Bazilah
lagi.
Alahai,
tak habis-habis lagi ke. Aku sumpah tak de mood nak berborak dengan dia
ni apatah lagi nak bertugas sama-sama dengan dia. Faeq terus mengomel dalam
hatinya sambil mengangguk ke arah cikgu Bazilah.
“Seterusnya
kita jemput guru bertugas kita minggu ini iaitu cikgu Faeq untuk menyampaikan
pesanannya kepada kamu semua. Silakan cikgu Faeq.” Kata-kata Guru Besar
menyedarkan Faeq dan dia bingkas bangun dan terus ke astaka untuk memberikan
amanatnya kepada pelajar-pelajarnya.
“Assalamualaikum.
Seperti yang awak semua sedia maklum saya dan cikgu Bazilah merupakan guru yang
bertugas pada minggu ini. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan seperti
masalah kesihatan atau sebagainya awak semua boleh berjumpa dengan saya atau
pun cikgu Bazilah. Saya juga suka mengingatkan awak semua supaya menjaga
displin dan tidak merayau-rayau di luar kelas pada waktu persekolahan. Seperti
minggu-minggu bertugas saya pada sebelum ini, saya akan mendenda sesiapa sahaja
yang berada di luar kelas pada waktu persekolahan tanpa membawa kad kebenaran
keluar kelas. Itu sahaja pesanan saya untuk awak semua dan kita tamatkan
perhimpunan dengan nyanyian lagu sekolah dan bacaan surah al- Asq.’ Ucap Faeq
bagi menamatkan ucapannya.
Selesai
acara perhimpunan pagi pada hari Isnin yang cerah itu Faeq melangkah laju
menuju ke bilik guru sambil menanggalkan blazer dan tali lehernya.
“Hai cikgu Faeq, tadi macam Aaron Aziz tapi
sekarang dah macam Aziz Satar, tadi macam ahli korporat sekarang dah macam ahli
keparat pulak.” Tegur pelajar-pelajar tahun lima yang berada di hadapan
kelas mereka.
“Amboi-amboi
awak semua, bukan main lagi kan. Sudah! Masuk kelas semua! Baharu tadi saya
cakap saya akan denda sesiapa yang berada di luar kelas, belum apa-apa lagi
awak dah melawan cakap saya?”
Faeq
menjegilkan matanya kepada pelajarnya. Semua pelajar tersebut lari bertempiaran
masuk ke kelas mereka. Faeq pula meneruskan langkahnya ke bilik guru bagi
memulakan rutin hariannya.
No comments:
Post a Comment