Monday, 2 September 2013

Tunggu Aira di Kota Bandung (Bab 4): Nirrosette

“OIT! SENYUM SORANG-SORANG MAKRUH!” Aira tersedar dari lamunan apabila bahunya dicuit seseorang. Matanya hinggap ke arah Farah yang sudah pun melabuh duduk di kerusi setentangnya.
“Suka-suka je keluarkan hukum sendiri. Tak credible sungguh.” Aira membidas tak bersetuju. “Aku tunggu kau dah setahun agaknya kat bangku ni. Dah tidur bangun tidur bangun dah tahu tak.”
Farah tertawa kecil mendengar Aira mengomel. Bukan selalu Aira mengomel macam ni. Tapi kali ini memang Farah lambat gila. Memang patut pun kena lecture. Janji pukul empat nak makan sama-sama, sekarang dah masuk pukul enam. Melampau gila la tu kan.
Sorry, lepas discussion tadi aku solat asar dulu kat musollah.” Farah melekapkan kedua-dua telapak tangannya menghadap Aira. “Ampun Aira, oleh disebabkan kau dengan baik hatinya dah tunggu aku, maka aku akan belanja kau makan hari ni okey.”
Aira mengangkat mata ke langit. “Nak makan apanya, kantin dah tutup pun!” Aira mengeluh pendek. Fringe yang sudah jatuh menutup dahi diselitkan ke belakang telinga. Pukul lima petang tadi gerai makanan Western kegemaran Aira dah tutup. Dah tu nak makan apa!
Sorry,” tutur Farah penuh bersalah. “Kita pergi Jurong Point jom?”
“Kau drive. Aku malas.” Aira menjawab ringkas. Dia bangun dari bangku, begnya digalas ke bahu.
“Okey.” Farah angkat ibu jari tanda bersetuju. “Oh Aira, tadi ada orang distribute flyer ni.” Sehelai kertas A5 berwarna biru laut diserahkan kepada Aira.
Aira menyambutnya malas. “Apa ni?”
“Pertandingan menulis puisi. Siapa menang akan dihantar ke Bandung untuk bengkel penulisan puisi.”
Langkah Aira terhenti. Dia memusingkan tubuhnya, menghadap Farah di sebelah. “You know I don’t write for competitions, do you?”
“Aku tau! Tapi tak salah kan kau cuba? Tema dia tentang alam sekitar. Aku confident kau mesti dah tulis banyak puisi pasal ni. Kau kan suka beach, park tu semua. Kau hantar je lah mana-mana puisi kau yang ada.”
“Aku rasa aku pernah beritahu kau, tulisan aku bukan untuk dibaca kan.”
“Tapi Aira –”
“No.”
“Ai…”
“Don’t push your luck, Farah. Aku pernah beritahu kau sekali dan aku tak nak ulang lagi. Aku tak akan tulis untuk mana-mana competition. Faham?”
Farah terdiam. “Faham.” Sepatah dia membalas.
Tanpa menunggu lagi Aira terus melangkah. Flyer yang diberikan Farah tadi dikepal menjadi bola sebelum terus dilontarkan masuk ke dalam tong sampah berdekatan.
Farah hanya mampu menggelengkan kepala. Sampai bila-bila pun Farah tak akan faham kenapa Aira tak pernah nak kongsikan tulisannya dengan orang lain. Aira, Aira! Hesy.



“KAU OKEY ke tak ni?” Farah pandang Aira yang dah lembik macam katak tersandar di tepi pintu bilik.
“Aku okey.” Aira angkat ibu jari tanda dia tak apa-apa.
“Okey apakenama macam tu! Macam nak mati je aku tengok.” Farah melangkah mendapatkan Aira, memapahnya kembali untuk duduk di atas katil.
“Mulut kau celupar la. Aku okey. Sungguh ni.” Aira bersungguh-sungguh cuba membuktikan yang dia sememangnya okey. Tapi wajahnya yang tak bermaya langsung tak nampak okey pun!
“Kau salah makan apa ni sampai muntah-muntah teruk macam ni sekali?” Seingat Farah, untuk makan malam tadi Aira cuma makan megi Tom Yam je dengan air milo panas. Bukannya Aira tak pernah makan megi tu. Takkanlah alergi kut!
“Bukan salah makan la. Aku memang biasa macam ni before presentation.”
What?” Terjegil mata Farah memandang Aira. “Maksud kau?”
“Aku memang nervous teruk la. I tend to vomit one day or at least a few hours before presentation.” Aira menyembamkan wajahnya ke atas bantal. Cuba menahan rasa loya yang mula melonjak naik ke anak tekak. Tak tahu lah kenapa, memang sejak kecil kut dia ada symptomps macam ni. Sebelum apa-apa pembentangan, Aira memang gementar gila sampai tahap akan muntah. Muntah sekali je tak apa, ni tidak. Muntah berlambak-lambak seolah-olah apa yang Aila telan tahun lepas pun semuanya keluar balik. Ni bukan hiperbola okey. Sungguh ni!
“Habistu macammana kau baik? Kau makan apa?”
“Nanti dia hilang sendiri.” Balas Aira ringkas. Dia yang tadinya tertiarap di atas katil kini mengubah posisi, terlentang pula. Tetap juga Aira tak selesa. Dia akhirnya bangun, mencapai tumblernya di sisi katil yang berisi air suam lalu diteguk sedikit demi sedikit sampai habis. Usai minum, Aira pun bangun dari katil. Nota-notanya yang tadi bersepah di atas meja tulis dikumpulkan. Hoodie yang tersangkut di atas kerusi pula disarungkan ke tubuh.
Farah terkebil-kebil memandang Aira. Dah nak dekat sebelas malam ni, nak ke mana pulak budak Aira ni? “Kau nak pergi mana ni Aira?”
“Aku pergi study room kat common hall kejap. I need to get up and about. Kalau tak nanti aku muntah lagi.” Aira capai pula lanyard yang terdampar di atas meja lalu dikalungkan ke leher. Lanyard ni kira macam nyawa okey. Kad matrik, kad ezlink, kunci bilik, kunci rumah, thumbdrive…segala harta benda penting semuanya disangkutkan di situ. Mudah nak cari bila letak semua benda penting di satu tempat. Tapi kalau hilang…memang sengsara la.
“Kau biar betul? Kau tidur je lah! Rehat!”
“Tak boleh!” Laju sahaja Aira menggeleng. Skrip untuk pembentangan esok Aira belum hafal sampai lancar lagi. Aira tak macam orang lain, Aira tak boleh spontan. Kalau mengajar, Aira memang tak ada masalah sebab audience lebih muda. Tapi kalau perlu buat pembentangan di hadapan pensyarah dan kawan-kawan yang seusia ataupun lebih tua…Aira memang gugup! “Aku tak ready untuk esok,” jujur Aira membuat pengakuan.
“Kau ni takut sangat. Whack je la. Mesti boleh punya!”
“Farah, aku bukan macam kau. You might think presentations and speaking up are easy but for me it isn’t,” entah kenapa nada suara Aira terasa ‘stiff’ pada pendengaran Farah.
“Aira…” Farah cuba memujuk. “Nanti bila kau mengajar, every lesson is a presentation, alright? Kau kena cuba biasakan diri kau mulai dari sekarang.”
“Kau tak faham.” Aira menggeleng. Dia meraup wajahnya kasar. Aira tak ada masalah berkomunikasi dengan mereka yang lebih muda dari Aira. Aira sendiri pernah menjadi mentor di maktab rendah dahulu, mengajar juniornya sastera. Sebab itu Aira nekad nak ambil kerjaya perguruan ini. Sebab Aira nak sentiasa dekat dengan bahasa Melayu dan sastera. Aira dah buat keputusan, kalau dia ambil Malay Studies di NUS pun, selepas grad nanti Aira tetap akan jadi guru sebab Aira memang tak boleh jadi wartawan. Sememangnya Aira tak reti nak temubual orang bagai. But abah just had to come in and ruin all her plans!
Abah paksa Aira tolak tawaran di NUS. Abah beri kata dua, kalau nak ke NUS perlu ambil jurusan lain – akauntan, bisnes, guaman – atau ke NIE tetapi ajar matapelajaran lain selain bahasa Melayu dan sastera. Aira mana boleh jadi akauntan atau peguam atau business woman semua tu! Memang la keputusan A’Levels Aira bagus, tapi communication skills Aira hancur! Aira ingat lagi, abah yang beria-ia suruh Aira cuba apply guaman. Aira shortlisted. Tapi dalam bilik temuduga, Aira gugup! Sampaikan bila ditanya penemuduga nama siapa pun Aira susah benar nak jawab. Terang-terang permohonan Aira ditolak!
Mujur waktu temuduga untuk tawaran pengajian di NIE, Aira okey. Memang harus la okey sebab orang yang menemu duga tu senyum je sepanjang masa. Takde la macam singa kelaparan macam yang temu duga untuk guaman tuh.
“Aira…” Farah bersuara lagi, lembut memujuk. Sungguh, Farah betul-betul nak faham Aira kalau Aira beri peluang. Sebab walaupun dah hampir tiga tahun berkawan Farah rasa masih banyak lagi tentang Aira yang Farah tak tahu. Farah masih tak faham kenapa Aira begitu takut untuk luahkan pandangan di khalayak. Farah masih tak faham kenapa Aira tak nak kongsikan bakatnya dalam bidang penulisan pada orang lain. Farah jugak tak faham kenapa Aira ada di sini, ambil Geografi dan Matematik sedangkan sedari dulu lagi dah terang dan nyata minat Aira tumpah pada bahasa dan sastera!
Sorry, Farah. Sebelum aku muntah lagi baik aku pergi study room dulu. Happy mugging!” Tanpa menunggu lagi Aira terus melangkah keluar. Farah hanya mampu merenung pintu kamarnya yang sudah tertutup rapat dengan rasa hampa. Dia memandang meja tulis Aira yang penuh dengan buku-buku rujukan dan gumpalan kertas putih yang belum sempat dibuang ke dalam tong sampah. Entah kenapa Farah terdorong untuk bangun, melangkah ke meja tulis Aira untuk menyusun apa-apa yang patut.
Ek? Dahi Farah berkerut sedikit apabila terpandangkan buku nota hard cover milik Aira yang terbuka luas di atas meja. Dia terpanggil untuk melangkah setapak lagi, supaya dapat melihat isi yang tercurah di atas buku nota tersebut dengan lebih jelas. Mata Farah laju sahaja menyapu bait-bait yang tertera di situ. Farah melopong sendiri. Masya Allah. This. Is. Good!

2 comments:

  1. eh, ni cerita Tunggu Aira di Kota Bandung ke admin..?
    Macam lain je..? .____."

    ReplyDelete
  2. Maaf, Alfi. Kita ralat. Sudah dibetulkan. Selamat membaca! :)

    ReplyDelete