TIA memandang blok-blok yang tersergam di hadapannya. Hampir berpinar
matanya. Gila! Mana aku nak carik pejabat? Dahlah satu manusia pun aku tak
nampak kat sini. Tia menggaru kepalanya yang tak gatal. Masak…masak…Okay, Tia. Chill. Takat nak carik pejabat kacang
putih je. Malaysia boleh, Tia boleh! Yeah. Tia melangkahkan kakinya – memulakan
misi mencari pejabat sekolah yang entah kat ceruk mana letaknya.
Sesekali anak matanya memandang
jam di pergelangan tangan. 7.30 pagi. Mak aih, semangat betul aku pergi
mendaftar di awal pagi. Kalau tak sebab abang Zack kena pergi Petaling Jaya,
jangan harap aku nak terpacak kat sekolah semata-mata nak mendaftar awal pagi
macam ni. Tia mengomel di dalam hati.
Langkah kaki
masih diatur mencari pejabat sekolah. Anak mata memerhati setiap papan tanda
yang tergantung di setiap lorong, kaki lima dan blok yang dilaluinya. Oi, mana
pejabat sekolahnya? Nak suruh aku tawaf satu sekolah ke? Tia mengomel lagi.
Mulut dah memuncung-muncung jadinya. Kalau orang tengok memang terus reject nak buat awek.
Tia garu kepala yang tak gatal.
Macam mana aku nak cari pejabat sekolah kalau arah pejabat sekolah pun aku tak tahu?
Agak-agak kalau aku panggil Doraemon ada gaya macam logik tak dikala aku
memerlukan pertolongan seseorang untuk membawa aku ke arah yang
sebenar-benarnya?
Dan benda
pelik sejak aku melangkah masuk ke kawasan sekolah ini adalah…hmm…mungkin
firasat aku je. Entahlah. Sebab dari tadi macam tak nampak seorang perempuan
pun. Mungkinkah budak perempuan terlalu malu sampai diorang tak nak tunjuk
muka? Oh, sungguhlah merepek!
Okay, Tia! Time to find the office. Tia mula melangkah. Anak mata melilau
mencari papan tanda yang mampu membawanya ke pejabat sekolah. Sesekali
tangannya membetulkan lipatan pada lengan baju kurungnya. Panas. Rambutnya yang
diikat tocang kuda beralun mengikut gerak langkahnya. Tia mengerutkan dahinya.
Aku kat sekolah mana ni? Betul ke sekolah ni ke aku salah masuk sekolah ni?
Dalam pada dia sibuk mencari papan tanda menunjukkan arah ke pejabat
bahunya dilanggar dari arah kanan. Hampir-hampir dia jatuh menyembah bumi
tetapi nasib baiklah dia sempat mengimbangi tubuhnya daripada terjatuh.
Tia terus mencari makhluk Allah yang bijak dan baik hati melanggarnya
itu. Kelihatan seorang lelaki sedang berlari macam dikejar dek hantu dan
dibelakangnya diikuti oleh seorang lagi lelaki – turut sama berlari. Tetapi
entah kenapa lelaki yang dibelakang itu berhenti dan berpaling memandangnya.
Tia angkat kening. Ada apa-apa yang tak kena ke? Ke aku ada buat salah?
“Awak, sorry.
Kawan saya tak sengaja langgar awak.”
Tia pandang kiri
dan kanan. Tak ada orang pun. Takkan dia cakap dengan dinding? Dan takkan dia
cakap dengan aku, kan? Ke dia memang cakap dengan aku? Tia pandang lelaki yang
sedang tersenyum manis memandangnya. Tia menuding jari kepada dirinya dengan
muka ragu-ragu.
Lelaki itu gelak serentak
menganggukkan kepalanya. “Saya cakap dengan awaklah. Sorry tau. Kitorang
nak cepat ni.” Lelaki itu angkat tangan kanan dengan muka bersalah. Tia garu
kepala. Err, nak cakap apa?
“Sam! Larilah gila.
Tak payah nak jual minyak.” Jerit kawan kepada Sam yang sudah pun berhenti dari
berlari macam kena kejar hantu tadi. Oh, nama mamat ni Sam. Kawan Sam yang
tidak diketahui namanya itu memandang tepat wajah Tia dengan pandangan tak puas
hati. Tia kerut dahi. Aku buat salah apa? Ke aku yang patut mintak maaf
sebenarnya ni? Confuse sekejap.
“Ngok! Kau dah
langgar awek sikit punya cantik mintak maaf la gila.” Sam membalas. Senyuman
masih dilemparkan buat Tia.
Tia hanya senyum – sekadar membalas senyuman yang diberikan. Cantik?
Wah, terus dipuji cantik tau! Jangan main-main. Tia dah kembang kuncup.
Berbunga-bunga hatinya mendengarkan pujian itu walaupun dia tak pasti sama ada
ikhlas atau tidak. Tak pernah-pernah ada yang memujinya cantik. First time
okay. Okay, tipu sangatlah tu, kan? Senyuman makin lebar dilemparkannya. Yelah,
nanti cakap dia sombong pulak. Tak naklah rosakkan imej di hari pertama
sekolahkan? Ni bukan sebab dia puji tau. Tak ada kaitan.
“Esok-esoklah.
‘Anchor’ tu lagi penting. Soal hidup dan mati.” Balas si kawan tak nak
mengalah. Macam besar sangat je masalah mereka sampai masuk soal hidup dan mati.
Nak kena hukuman gantung ke?
“Kau pun satu, yang
pergi buat misi gores dan menang kat kereta dia siapa suruh? Dah kantoi
sibuklah nak lari bagai.” Sam membebel macam mak nenek sambik memandang
kawannya yang masih lagi setia menunggu Sam untuk menyambung larian mereka yang
tertangguh dek perlanggaran tak disengajakan tadi. Tia jadi serba salah
tiba-tiba.
“Eh, korang
sambunglah lari. Saya okay.”
“Haa…kau tengok.
Awek cantik ni suruh kita sambung lari. Hahaha.” Sam gelak meriah. Kelakar! Tia
turut sama gelak. Kawan kepada Sam mendengus. Mahu sahaja kasut dikakinya
dicabut dan dibaling ke kepala kawannya itu. Kalau dah peramah tu, semua orang
nak ditegur. Dalam misi cemas dan mendebarkan ni pun sempat-sempat nak
beramah-mesra.
“Kau nak jual
minyak berapa lama lagi?” Si kawan dah makin hilang sabar. Berang barangkali
dengan Sam yang macam tak ada tanda-tanda nak melarikan diri. Rela dirinya
tertangkap dengan ‘Anchor’ yang disebut oleh mereka.
“Kau cabut dulu.
Aku follow nanti.”
“Aku tak nak
korbankan kawan. Cepatlah gila!” Jerit kawan si Sam lagi.
“Haa..okay okay.”
Sam pandang Tia.
Tia angkat kening. Ada apa lagi?
“Nama saya Sam. Tu
kawan saya, Rex. Bila-bila kita jumpa lagi eh? Bye. Kitorang ada misi.
Misi menyelamatkan diri.” Sempat Sam memperkenalkan dirinya dan kawannya itu.
Tia tarik senyum segaris dan mengangguk.
“Okay, selamat
untuk awak berdualah eh?”
“Doakan kitorang
tak mati dalam pertempuran!” Sam menjerit sambil langkah kakinya dibuka selaju
mungkin hendak menyaingi langkah kaki Rex. Tia gelak.
“I will.”
Tia turut sama menjerit. Anak matanya menyoroti langkah dua lelaki yang baru
ditemuinya – Sam dan Rex. Dan pada dia ralit memerhati dia perasan, Rex
berpaling ke belakang buat 2-3 saat – memandangnya dengan pandangan tajam. Tia
telan air liur. Aku buat salah apa?
TIA melangkah beriringan dengan Cik Aznida yang bakal menjadi guru kelasnya
beberapa minit dari sekarang. Entah kenapa jantungnya tak berhenti-henti
berdegup. Dah macam nak luruh jantungnya jadinya. Takut? Takkanlah. Bukannya kali
pertama dia berpindah sekolah macam ni. Dah berkali-kali sampai dah bosan
dengan hidupnya yang asyik berpindah sekolah.
“Okay, kita dah sampai depan
kelas.” Tia pandang atas muka pintu – melihat papan tanda yang terlekat di atas
pintu kelas itu. 5 Waja. Amboi, memang bersemangat waja aku lepas ni. Tia gelak
dalam hati.
“Masuk sekali dengan saya.” Arah
Cik Aznida dengan senyuman. Tia hanya menganggukkan kepalanya. Takkan nak
bantah pulak? Dia cikgu weh. Lagipun, baru hari pertama takkan dah nak buat perangai.
Tak ingat pesan abang Zack yang panjang berjela boleh buat karangan dua muka
surat tu?
Mereka
sama-sama melangkah masuk ke dalam kelas itu. Tia berjalan beriringan dengan
Cik Aznida – langsung tak pandang kiri kanan. Entah kenapa, dia ada firasat yang
sangat kuat dia akan bertemu dengan lelaki yang ditemui secara tidak sengaja
tadi. Rex dan Sam kan?
“Okay, kelas. Hari ni kita ada classmate baru. Tia, kenalkan diri.”
Tia senyum antara jadi dengan
tak. Kekok tiba-tiba. Dia terus berdiri di depan kelas. Nafas ditarik
dalam-dalam. Kepalanya diangkat memandang setiap inci kelas sebelum anak
matanya menangkap wajah yang dikenalinya. Err…Sam?
Sam semangat melambai-lambaikan
tangannya ke arah Tia. Wajah Tia sudah pun berubah merah dengan reaksi Sam. Weh,
tak payah nak over sangatlah! Malu la
siot. Tia terus melarikan pandangannya dari memandang Sam. “Nama saya Tia
Ameena binti Abdullah Mursyid. Asal Selangor. Anak bongsu dari tiga
adik-beradik dan satu-satunya anak perempuan.” Tia menghela nafas. Lega. Cik
Aznida mengangguk.
“Awak boleh duduk sebelah Sam.
Sam, tempat sebelah tu kosongkan?”
“Kosong cikgu! Memang untuk cik
Tia ni.”
“Woi, tak payah nak flirty sangatlah.” Satu suara dari
hujung kelas melaung. Perempuan. Sam sengih.
“Cikgu, cikgu tak patut bagi Tia
duduk sebelah Sam. Jadi apa-apa bahaya.” Sahut satu suara lagi. Juga perempuan.
Sam hanya senyum tanpa menyangkal kata-kata yang dilemparkan oleh dua orang
perempuan tadi.
Dan bermulalah sesi
sahut-menyahut bahan-membahan di dalam kelas itu. Semuanya sebab Sam. Sam tu
memang pemeriah suasana kelas ke? Tia hanya memerhati. Cik Aznida pun turut
sama membahan. Apakah? Beberapa ketika, suasana kembali tenang dan reda. Tia
masih juga berdiri statik di tempatnya. Tak berganjak.
“Tia, awak bolehlah duduk kat
tempat awak.” Tia menganggukkan kepalanya dan terus mengatur langkah menuju ke
barisan belakang – tempat duduknya yang bersebelahan dengan Sam. Sam menanti
dengan senyuman manis. Tia tarik kerusi dan terus melabuhkan punggungnya.
Sam tongkat
dagu memandang Tia. “Hai. Jumpa lagi. Tak sangka sekelas kan?”
Tia senyum senget. “Err…hai. Tak
sangka secepat ni.”
“Kita berjodoh tak?”
“Sam, tak payah nak jual minyak.”
Suara di hadapan mereka menyampuk dengan gelak cover. Takut didengari cik Aznida yang comel lote tu. Sam menendang kerusi si penyampuk tadi. Eh, kacau je aku
nak ‘beramah-mesra’.
“Sorry. Mamat menyampuk ni namanya Azri. Tapi, jangan layan dia
sangat sebab mereng.”
“Yang mereng tu kau, Sam.”
Dan sekali lagi kerusi Azri
menjadi tendangan kaki Sam. Azri gelak cover.
Tia tekup mulut menahan gelak. Kelakar!
“So, aku Sam. Nama penuh Syahir Azam bin Musa. Pendek jadi Sam.” Sam
memperkenalkan dirinya sekali lagi. Tiada panggilan saya-awak yang selalu
digunakan di awal perkenalan. Tia tarik senyum segaris.
“Tia Ameena. Panggil je Tia.”
“Oh, pasal
pagi tadi. Sorry tau. Rex tu memang
macam tu. Orang dah buat salah memang kalut sentiasa.”
“Oh. Dia tak sekelas dengan kau?”
Sam menggelengkan kepalanya.
Senyuman masih setia di bibir. “Dia budak pandai. Mana duduk kelas ni. Dia
kelas Inspirasi. Memang berinspirasi sentiasa. Tu kelas elit untuk bebudak
pandai macam dia tu. Kelas dia kat bangunan belah sana, tingkat dua. Kalau kau
ke depan sikit boleh nampak dia sebab dia duduk tepi tingkap. Kitorang memang
selalu berkomunikasi macam ni.” Panjang lebar Sam menerangkan. Tia tekun
mendengar setiap butir bicara ayat Sam. Langsung tak menyampuk. Anak matanya
dilirikkan mencari bangunan yang dimaksudkan. Oh, bangunan tu ke?
“Apa yang korang buat sampai lari
macam tak cukup tanah tadi?” soal Tia sambil tangannya mengeluarkan pensel case dan buku dari beg sekolah.
Sam ketawa kecil. “Kitorang buat
pertandingan gores dan menang kat kereta cikgu disiplin. Bebudak sekolah ni
panggil dia ‘Anchor’.”
What? Gores dan menang? Kereta guru disiplin? Amboi, kemain diorang
ni. Adakah diorang ni boleh dibuat geng bermasalah? Macam best je nak dibuat member. “Tu yang lari? Kantoi la ni?”
Sam gelak cover. Tia faham sendiri. Memang sahlah kantoi. Kalau tak kantoi,
masakan lari macam kena kejar hantu tadi? Kalau kena cekup mau kena tindakan
tatatertib tak pun gantung sekolah. Memang menarik.
“Kita sambung borak kejap lagi
sebab cik Aznida dah sepuluh kali jugak pandang kita ni.” Sam terus buat-buat
fokus memandang papan putih di hadapan. Tia hanya menarik senyuman segaris.
Saya dah buat kawan baru! Tapi, entah kenapa dia tertarik dengan Rex lelaki
yang memandangnya macam ada hutang antara mereka. Rex huh? I wonder…
KRINGG! Loceng rehat berbunyi. Tia meregangkan segala otot-ototnya yang terasa
kejang dek terlalu lama duduk statik memandang papan putih. Sam di sebelahnya
sudah selamat lesap entah ke mana. Bukan main laju dia hilang. Lapar sangat
agaknya?
Tia
mengeluarkan botol air dari begnya dan diteguk perlahan-lahan. Dia tak ada mood
nak makan sebenarnya. Lagipun, dia menunggu habuan lebih besar sebaik sahaja
dia balik nanti. Secret Recipe!
Apalah agaknya abang-abang aku tu tengah buat sekarang ni? Dalam pada dia sibuk
mengingati abang-abangnya itu, bahunya dicuit. Tia berpaling ke kanan. Wajah
Sam menyapa pandangannya. Ceh! Dia ni ke?
“Tak makan?” Sam menyoal.
Geleng. “Kenyang.” Tipu. Tapi,
memang dia tak lapar pun cuma kenyang tu taklah. Tapi, tak kisahlah kan?
Bukannya dia tau pun.
“Pergi mana tadi?”
“Jemput putera raja.”
“Putera raja?”
“Haah. Tu…dah sampai pun.” Tia
mengalihkan pandangannya dari Sam ke muka pintu dan tika itu pandangannya dan
Rex bertembung buat lima saat. Cepat-cepat masing-masing melarikan pandangan ke
arah lain.
Rex
melangkah menghampiri meja Sam – yang kebetulan bersebelahan dengan meja Tia.
Haa…eloklah tu. Rex menarik kerusi Azri dan dipusingkan ke belakang, menghadap
Sam. Sam membuka bungkusan roti di hadapannya. Terus digigit roti yang sudah
separuh dibuka pembalutnya.
“Eh, Rex. Kau ingat tak awek
cantik yang kau langgar tadi? Ni haa…dia sekelas dengan aku weh! Nama dia Tia.
Tia, ni Rex. Nama penuh Muhammad Redza.” Bersemangat Sam memperkenalkan mereka
berdua. Rex hanya angguk. Tia juga. Tak bersuara walau sepatah. Macam ada
jongkong emas dalam mulut.
“E’eleh. Kau tak payah nak bajet
macho la. Cakaplah hai ke apa.” Sam menumbuk kasar bahu Rex. Rex ketap bibir.
Mamat ni dah kenapa? Nak makan kasut ke?
“Bisinglah kau ni. Bak roti.”
Terus tangannya menyambar roti di tangan Sam dan menggigit roti itu. Roti
dihulurkan semula kepada Sam. Sam menyambutnya dan terus menggigit roti
ditangannya.
“Kalau kau nak tau, kitorang
kawan dari kecik.” Sam dah mula buka sejarah hidup mereka berdua. Rex sepak
kaki Sam. Sam menyeringai. Pedih!
Rex menjulingkan matanya. “Perlu
ke nak buka semua cerita?”
“Tak payahlah marah.”
Tia hanya memandang dua kawan di
hadapannya. Tapi, entah kenapa dia macam hendak terus memandang Rex. Macam ada
aura penarik pada lelaki itu. Dia jatuh suka kat lelaki tu ke? Eh, takkanlah. Agak-agaklah
pun nak suka kat mamat ni kan?
“Haa…si Rex ni ramai gila peminat
cuma dia ni je jual mahal. Tapi, kau jangan risau. Dia jenis setia.” Sam gelak
meriah. Seronok! Rex buat-buat pekak. Malas nak melayan kawannya tu. Sam kalau
dah buka mulut kalah mak-mak bergosip.
“Err, Rex.” Satu suara menegur
dari arah belakang. Tiga pasang mata memandang si empunya suara. Perempuan. Tia
angkat kening. Siapakah? Muka boleh tahan. Cun.
“Hmm?”
“Nak pinjam notes Sejarah boleh?”
Angguk. “Nanti ambik kat Sam.” Datar.
Beku. Macam orang tak ada perasaan je gayanya. Tia kerut dahi. Rex ni orang ke
robot? Gila stiff! Macam manalah
diorang berdua ni boleh berkawan? Sorang peramah kemain. Yang sorang stiff macam kayu. Oh, mungkin batu.
Err…konkrit? Tia mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali. Semacam tak percaya
dengan apa yang dilihatnya. Apakah ini suatu misteri yang perli dikaji?
“Thanks.” Tersenyum lebar si cik adik tadi dan terus berlalu
meninggalkan mereka bertiga di situ. Sam menyengih. Terdengar juga siulan kecil
meniti di bibir lelaki itu. Rex masih lagi membeku – tidak memberikan sebarang
reaksi. Sah mamat ni robot! Sahih. Tiada keraguan lagi.
“See? Saya dah cakap. Dia memang famous.”
“Kau jangan buat fitnah la.” Rex
menidakkan dengan nada malas. Tangan kanan menggaru-garu kepalanya.
Berkerut-kerut dahinya tika itu. Nampak sungguh dia tak selesa dengan ayat yang
baru je keluar dari mulut Sam. Nampak jelas sungguh dari bahasa badannya.
“Mana ada fitnah. Benda betul.”
Rex menarik nafas panjang sebelum
menghembuskannya keluar. “Dahlah. Aku balik kelas dulu. Notes Sejarah tu esok pagi aku bagi kat kau. Kau pass la kat budak perempuan tadi. Apa
nama dia? Maya eh? Aku chow dulu.” Rex bingkas bangun dari duduknya. Tangan
kanan menyebak juntaian rambut yang menutupi dahinya. Dia memandang sekilas ke
arah Tia yang masih memandangnya. Tia melarikan pandangannya ke arah lain.
Terasa bahang mukanya tika itu. Malu? Bukan…bukan. Cuma pandangan mata dia
tu…menakutkan. Ya, menakutkan!
“Dah nak blah ke?”
“Hm.” Hanya itu yang dibalasnya.
Sam hanya menarik senyuman segaris.
“Balik tunggu aku. Nak pergi stor
sukan dulu.”
Rex angguk. Kerusi Azri
diletakkan semula ke posisi. Kedua-dua belah tangannya diselukkan ke dalam
poket seluar dan dia terus melangkah meninggalkan Sam dan Tia. Tia menghantar
langkah Rex dengan ekor matanya. Muhammad Redza…Rex. Dia aneh!
It starts from here
No comments:
Post a Comment