MIMI masih beratur untuk
mengambil makanan. Sementara Melissa sedang duduk di meja, atau lebih tepat
lagi Melissa sedang ‘cup’ meja ni. Waktu puncak macam sekarang ni, susah betul
nak dapat meja makan. Restoran Nenda ini, satu-satunya kedai yang menjual nasi
campur yang paling murah dan sedap sekali. Menunya terlalu banyak untuk dipilih
dan tiap hari pelanggan dihidangkan dengan lauk yang berbeza. Jadi tak
hairanlah kenapa kedai makan ini seperti dihurung lalat kalau tiba waktu makan.
“Okey tak lauk ni?” tanya Mimi. Dia yang volunteer nak ambilkan nasi dan lauk untuk Melissa.
“Okeylah.” Melissa memang tak cerewet tentang makanan. Asalkan ada yang
pedas, dia boleh terima. Dia tak macam Mimi, PA Si Irfan tu. Kalau bab makan,
memilih sungguhlah. Yang itu banyak kalori, yang ini berminyak sangat. Sebab
itu jangan haraplah Melissa nak tapau apa-apa untuk Mimi, dia malas nak dengar
bebelan Mimi nanti.
“Wah, banyaknya lauk kau ambil?” Melissa membandingkan pinggan di
hadapannya dengan pinggan yang baru diletakkan oleh Mimi.
“Aku sakit hati hari ni. Jadi sebab tu aku nak makan banyak-banyak.” Jelas
Mimi.
“Siapa yang buat kau sakit hati?”
“Adalah.” Jawab Mimi selamba.
Mengada-ada betul Mimi ni, kita cuma nak ambil berat. Bukan nak kepoh-kepoh
tahu.
“Alah, kalau kau tak cakap pun aku tahu le.”
“Siapa?” Tanya Mimi. Alahai, polosnya dia ni.
“Siapa lagi. ‘Tuan Belum Haji’ tulah.” Mimi tergelak kecil. Melissa tahu
Mimi cuma nak kontrol lawa. Cuba kalau dekat pejabat, mahu dia mengilai macam
puntianak.
“Tak baik tau kau panggil bos aku ‘Tuan Belum Haji.”
“Memang betul apa aku cakap. Dia belum lagi naik Haji lagi apa. Lagi satu
rasa macam tak sesuai aja kalau nak panggil Tuan Irfan, ‘Tuan Belum Haji’ lebih
padan dengan perangai dia yang bukan-bukan tu.” Cemuh Melissa.
“Bos aku cuma suka cari fasal dengan kau aje.”
“Tahu pun. Ingatkan otak kau dah tak berfungsi lagi.”
“Tak baik tau kau ni.” Mimi sudah berhenti dari menyuap nasi. Dia memang
pantang kalau Melissa mengata bos dia lebih-lebih.
“Cik Mimi, cuba kau fikir baik-baik. Betul apa semua yang aku kata fasal Si
Irfan tu. Kak Piah pun perasan dia selalu cari fasal dengan aku tau.”
“Itu aku tahulah.”
“Bagus kalau kau tahu. Apabila kau berdua-dua dengan dia, tolong bagi
nasihat kat dia sikit. Kau cakap la benda-benda yang boleh buat dia insaf.”
Mimi hanya tertawa mendengar nasihat Melissa. Tapi dalam hati Melissa, dia tahu
sangat perangai Mimi. Tak mungkin dia nak cakap fasal Melissa kat Irfan. Mimi
kan kagum habis dengan bos dia tu. Saat ini, Melissa cuma kena banyak bersabar.
Dia pasti lama kelamaan Mimi akan dapat diracun juga. Melissa akan tunggu saat
di mana Mimi sudi sekapal dengan dia. Kalau dia presiden kelab anti-Irfan, dia
akan lantik Mimi jadi timbalan.
No comments:
Post a Comment