Monday 9 September 2013

Sungguh, Aku Jatuh Hati (Bab 4): Zarra Zuyyin



TAK SAMPAI sehari pun, dah boleh discharge. Lagipun cuma cirit birit je, bukannya sakit macam nak mati tu. Walaupun tak mati lagi, memang aku rasa macam nak matilah waktu tu. Cirit birit tahap kronik dah aku rasa. Seingat aku, belum pernah lagi aku mendera usus-usus dalam perut aku sampai begini sekali. Entahlah, siapa yang harus aku tuju perasaan salah sebenarnya. Akukah yang memang buat-buat lupa kambing dengan aku bukanlah kawan baik biarpun memang penasihat tak bertauliah sibuk bagi nasihat. Atau salah pencetus amarah aku yang membuatkan aku makan kari kambing macam makan kari ikan darat.
Rasanya ucapan terima kasih itu harus aku ucapkan kepada tuan-tuan doktor jiran depan rumah. Untung juga sebenarnya berjiran dengan doktor ni. Semua urusan semasa aku tercampak dekat tempat kecemasan mereka yang tolong aku. Daripada mula masuk sampailah masa aku buat muka kesian sebab tak nak kena warded. Bukan salah guna kuasa pun. Dan insan yang patut dapat ucapan terima kasih itu adalah Doktor Naufal Ikram. Yang mana kawan-kawan aku suka panggil dia Doktor Am. 
Kata Dijah, kalaulah si Am tu tak keluar buang sampah, memang aku pengsan ala mati keringlah dipanah matahari depan rumah. Hiperbola sungguh kawan aku sorang ni. Tapi pun mungkin jugaklah tu. Waktu tengahari buta, matahari tengah memanah bumi. Mana nak ada manusia dekat luar rumah. Kut ada pun mamat bangla tengah sapu daun kering. Mujur yang angkat aku mamat Malaysia, kalau mamat Bangla? Kalau yang cop Malaysia pun ngerinya aku masih lagi rasa sampai ke sekarang, cuba kalau cop Bangla? Tak boleh nak fikir!
Cuma entah bila aku boleh zahirkan ucapan terima kasih tu. Akukan alergi bertahun-tahun tak kebah dengan orang yang ada title doktor. Sudahnya sampai seminggu si Dijah asyik mengulangtayang soalan yang sama. Soalan Dijah yang masih lagi berlegar dalam fikiran. Haih.
“Hang ni pasai apa. Dengan doktor-doktor depan rumah tu, hang boleh jadi belagak sombong tak tentu pasai.” Huh, sentap aku. Tiba-tiba kena tuduh berlagak sombong. Tuduhan melulu namanya tu. Ker dah jatuh tahap fitnah?
Mata masih lagi terpaku di skrin leper biarpun hati dah tersentap untuk kesekian kalinya. Boboiboy tengah nak pecah tiga. “Bukan sombong la...” aku menafikan kata-kata Dijah.
Ada tawa sinis. “Abis tu...ada hang ucap terima kasih kat Am tu?” Erk…Gopal tengah tukarkan peluru jadi gula-gula. Cayalah.
“La, nak kena ucap ka?” ujarku selamba. Mata masih lagi tidak lepas daripada skrin televisyen.
“Kenalah.. bahasa kan budaya bangsa..”Ek? Aku angkat kening. Haiya..kawan aku ni. Orang kuat KPKK, boleh ganti Datuk Dr. Rais Yatim kalau macam ni.
Kali ini skrin televisyen kelam. Dengki betullah. Sengaja nak kusutkan keadaan aku. Perkara kecil aje kut. Setakat ucapan terima kasih. “Aku…aku…” Aku hela nafas. Payah betullah nak memahamkan orang. Aku ni memang alergi dengan ‘doktor’!
“Nanti-nantilah…” Dijah mendengus perlahan. Aiseh, sejak bila Dijah boleh jadi pro-doktor-Am pulak nih. Tipulah kalau aku kata langsung tak ada rasa ralat sebab masih lagi belum berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih secara lahir kepada hero Malaya tu, bak kata Fida. Lepas kes tuan doctor sorang tu selamatkan aku ala scene drama slot Akasia, aku terus senyap. Jumpa berselisih pun aku buat diam aje. Paling takpun aku senyum ajelah. Kira okeylah tu. Ada peningkatan. Dah boleh nak bersenyum. Daripada dulu-dulu tu, balik-balik muka toya jugaklah yang aku tayangkan.
Perlu ker nak ucap..Terima kasih doc?
Sah, ada urat saraf dalam serebrum aku yang longgar!

Apa yang sedang aku buat ni? Mata melirik pada sebuah tulisan tangan sendiri dalam buku nota yang comot sekali dengan calitan coklat, gula aising dan tepung. Buku nota masakan yang aku guna ni dah masuk edisi ke lapan sejak zaman sekolah menengah. Lagi tujuh edisi ada di rumah dekat Perak. Yang kelapan ni ada dan baru beberapa helai mukasurat sahaja yang digunakan. Selak satu demi satu resipi, mata terus jadi rambang. Bukan tak ada keyakinan pun, ada. Cumanya, bila sesekali terfikir. Okey ker apa yang aku nak buat ni? Aci selamba ajelah. Sibuk sangat berkicau mulut si Dijah tu suruh aku berterima kasih sangat.
Entah mana penyampai maklumat yang Dijah rasuah akupun tak pasti, tau-tau dia suruh aku kukus kek coklat. Tak payahpun sebenarnya. Resepi memang dalam kepala aje.
“Am tu suka sangat makan kek coklat kukus.” Tapi… entahlah.
“Apa kata, kalau hang dah bisu sangat nak ucap terima kasih dekat Am, hang buat kek coklat hantaq je kat Am…”
Idea gila! Dan kerana idea gila itulah aku bertungkus lumus, menghidupkan gas, letak air dalam periuk kukus, letak periuk, isi air dalam periuk kemudian tutup guna penutup. Okey, done! Kemudian kalut-kalut aku buka kabinet cari bekas, bongkar bekas tepung, tebuk tin susu pekat, koyak plastik serbuk coklat. Itu semua bukan langkah-langkah nak membuat kek coklat kukus ke?
Memang sah aku buat kerja gila!
Gila taklah gila sangat. Sebagai tanda terima kasih sebab jadi hero selamatkan aku. Orang berbudi kita berbahasa. Tapi, bahasa aku bahasa makanan. Bolehlah kan? Nak berbahasa madah pujangga tu memang putus fius kut jadinya nanti.
Dalam mangkuk tembikar sedang-sedang tu aku masukkan tepung jenama Blue Key. Kemudian sukat secawan gula, tuang dalam mangkuk. Tuang pulak susu pekat dalam cawan matrik, tuang dalam mangkuk lagi. Milo, serbuk koko Vochelle dengan minyak masak aku sekalikan juga dalam mangkuk. Akhir sekali air panas. Terus capai sudip, kemudian aku kacau searah. Bila adunan dah sebati, aku pecahkan pula telur ayam. Kacau lagi sekali. Kali ni memang tak lama. Bila telur ayam dah masuk dengan adunan tadi, aku berenti. Kalih pada pengukus yang sedang elok mendidih. Tin bekas kek aku alas dengan kertas minyak. Dengan Basmallah, aku tuangkan adunan coklat lagi berkilat tu dalam tin. Hentak-hentak manja sikit, kemudian terus aku letak dalam periuk pengukus. Siap lilit dengan kain lagi dekat keliling periuk. Nanti air wap jatuh atas kek. Bantat kek aku nanti.
Lega satu bab!
Seterusnya bab menghias kek. Perlu hias ala kek sambut hari lahir atau hias ala nak makan sendiri aje? Buat kerja biar ikhlas! Okey, noted. Kerusi meja makan aku tarik sementara menantikan kek siap dikukus. Tangan menongkat dagu atas meja makan. Sampai ke sudah, aku bertenggek depan dapur otak masih lagi berfikir.
Apa yang aku dah buat? Buat kek.
Untuk siapa? Doktor Naufal Ikram…
Kata Dijah, dia seorang lelaki yang peramah. Memang sahlah kawan aku kaki borak. Kata Fida, rajin pergi solat dekat surau. Memang sah lah kawan aku yang sorang ni kaki skodeng. Dan kata umi, boleh buat calon suami! Dan memang sahlah kawan aku yang ni pula sudah sampai seru nak bersuami.
Nak kata ada rupa, semua orang ada rupa. Mungkin sebab dia juga kaki sakat itu sebab dia boleh masuk dengan kawan-kawan aku. Dengan aku? Boleh bilang berapa patah perkataan yang terkeluar daripada mulut aku bila kadang-kadang aku dipaksarela oleh Dijah untuk join lepak depan rumah sambil basuh kereta.
Rumah jadi riuh dan gamat seketika bila suara budak-budak serumah tiba-tiba ada. Erm..baru balik jogging agaknya. Dengar derap kaki menghampiri aku. “Aku ada bau kek laa…” Suara Dijah. Aku diam. Terus angkat kaki masuk dapur. Selamatkan diri sebelum aku kena gula kaw-kaw dengan Dijah!
“Kek coklat kukuslah kawan-kawan...” diam-diam sudahlah cik Dijah oii. Aku ketuk jugak kau dengan sudip ni karang!

 “Am tanya hang dah okey ke belum?” pembuka bicara Dijah membuatkan aku jungkit kening. Fida sudah lama belayar sepi dalam bilik. Umi pula dekat balkoni tengah melayan bagai nak rak encik tunang di Mesir telefon.
“Erm..okey je.” Jawabku tanpa nada.
Aku mengemaskan duduk. “Am tanya aku tadi, hang tu pasai pa sombong sangat?” CSI sudah nak mula.
“Bukan sombong cuma segan.” Jawabku tanda nada. Kenyataan pembelaan diri namanya ni.
“Yelah tu…” herot mulut si Dijah. Aku tarik senyum segaris. Haila, ada lagi yang si Dijah tak puas hati.
“Aku bagi kek kan. Tanda terima kasih.”
“A’a... aci pas kat aku kemudian hang lari macam tak cukup tanah.” Pecah ketawa aku. Teringat kejadian petang tadi. Masak sahaja kek, kemudian aku siram dengan topping coklat dengan tabur coklat urai tu aku paksa ajak si Dijah menemankan aku ke depan rumah. Segan sangat la pulak tiba-tiba nak tercongok depan rumah anak teruna orang sambil mendulang kek coklat kukus sebiji. Tak ke putus fius namanya. Dah gaya nak meminang nampaknya.
“Hang cuba bagi salam.” Gulp! Aku ker?
Aku tolak dekat dia pulak. “Hang la. Nani mana pernah buat kerja macam ni.” Kerja memalukan diri sendiri namanya. Dijah tarik muka masam.
Please...” kelip-kelip mata, hembus doa mana yang patut supaya lembutlah hati kawan aku yang sorang ini. 
“Assalamualaikum…” suara Dijah membuatkan aku terasa kecut perut dan rasanya usus-usus aku sedang bersimpul dengan jayanya.
“Err, hang tolong bagi. Aku sakit perut.” Tanpa mendengar persetujuan Dijah, tangannya kucapai lalu kuletak bekas kek dan aku..pecut langkah seribu balik rumah! Kronik betullah aku! Alergi dekat orang yang pegang title doktor. Haru!
“Nani…”suara Dijah membuatkan tawaku mati.
“Dalam rumah ni, aku rasa yang paling tak suka cerita bab cintan cintun hang. Awat?” aku separuh mengeluh. Dijah ni pergi menuntut dengan CSI Horatio tu ker?
Aku bangun.“Ngantuklah…” langkah kuatur menuju ke tingkat atas.
“Nani…Definisi untuk lari dari kenyataan ker tu.” Tebak Dijah.
Aku tayang sengih sebelum kaki mula menapak anak tangga.

Aku hempaskan badan di atas katil. Menengadah ke siling bilik. Merenung kipas yang berputar. Namun tembus hingga ke langit malam. Bosan. Aku bangun, lalu Toshiba Satelite Pink aku tarik daripada dalam beg laptop.
Tekan on, buka internet. Laju sahaja tangan menaip laman sesawang blogspot. Time for blogging! Blog yang aku daftarkan sehari selepas aku cerai-kasih-putus-talak dengan Hafiz Nubhan. Sudah dua tahun rupanya. Pejam celik pejam celik maknanya sudah dua tahun aku keseorangan. Bukan menjanda namanya tu. Cerai tanpa talak, jauh sekali lafaz nikah. Khilaf zaman dulu-dulu. Aiseh…Sengaja cari penyakit. Gatal tak bertempat. Sudahnya? Huwaa.. Merana sorang diri.
Okey, malam ini nak bercerita tentang falsafah apa pulak?
      Kawan-kawan sejagat.
Malam ini kita buka falsafah cinta. Bukan selalu aku nak buka hikayat cintan-cintun ni. Kira malam ni aku kena hembus dek badi angaulism budak-budak serumah. Cerita tentang cinta… Apa itu cinta? Aku rasa ahli akademik tertinggi pun tak boleh nak bagi justifikasi dan definisi yang tepat tentang cinta. Tapi, apa yang pasti…Cinta itu bahagia. Bahagia pula? Herm… bahagia itu adalah membahagiakan orang lain. Hidup adalah untuk membahagiakan. Dan yang paling utama adalah bahagia dalam redhaNya, Pemilik Segala Hati.
Kelu. Aku patah-patahkan jari. Bila nak menaip tentang cinta sahaja aku jadi kelu. Laju tangan membuka tetingkap yang lain. Mukabuku pulak. Membaca tazkirah yang disebarkan melalui medium sosial ni. Kalau status yang pelik-pelik awal aku ‘tanda alih keluar’. Habis semua hal dalam kelambu pun nak dikhaborkan untuk pengetahuan umum jugak ke. Pelik betullah.
Kotak sembang muncul dengan tiba-tiba. Ada yang menyapa. Aku garu pipi.
Iyan : Kak Yang… J
DeLiaNani : Dah tak pandai nak bagi salam ke?
Iyan : Sorry…sorry… kak. Assalamualaikum
DeLiaNani : Waa’laikummussalam :P
Iyan : Kak Yang, baca emel ker idak?
DeLiaNani : Sorry, bz lah. Ada apa?
Iyan : Bulan depan 25 hb jangan lupa balik tau.
DeLiaNani : Naper nyer? Kome nak kawin ke?
Iyan : Mana tau?
Aku terdiam. Iyan nak kawin? Master dia dah habis ker? Keluarga mereka memang suka kahwin awal-awal kut. Macam Yeop dia… Eh…
DeLiaNani : Tahniah…
Iyan : Yang wajib datang tau..
DeLiaNani : InsyaAllah.
Iyan : Kak Yang, ada orang nak sangat-sangat jumpa akak.
Gulp! Aku telan liur. Siapa yang mengidam nak jumpa dengan aku pulak? Geng Bukit Gantang ker? Haiya… Kawan aku yang sorang ni suka buat ayat bercirikan suspen dengan aku.
DeLiaNani : Tak nak baliklah. Kirim hadiah kat Mak Ajah je.
Iyan : Putus sahabat!
Wah, main ugut-ugut pulak. Aku ketawa sendiri.
DeLiaNani : Okey…okey..tak janji. Takut sibuk.
      Iyan: Wajib!
Perbualan ditamatkan dengan aku termangu sorang diri. Jari telunjuk dibawa ke pelipis, mengetuk perlahan dahi. Iyan ni sebenarnya jiran sebelah rumah merangkap kawan sekolah dan juga bekas adik ipar tak jadi! Iyan ni sebaya aku aje. Abang sulung dia Yeop Apez. Itulah calon suami tak jadi!
Tragik kisah pelamin anganku musnah empat tahun lepas. Bercinta dengan orang sebelah rumah je. Ingat-ingat bolehlah bajet kahwin nanti, dah sebelah je kan, kiranya kenduri disekalikan. Ngee, berangan tak sudah. Memang Yeop Apez naik pelamin. Bezanya, pengantin perempuan bukanlah aku. Nun, dekat Ireland sana dia menikah. Aku? Mahu banjir satu Shah Alam masa tu. Bila fikir balik alangkah bodohnya aku sebab menangis bagai nak rak. Sia-sia airmata yang mengalir macam air paip Syabas tu. Tumpah pada yang tak sepatutnya.
Dan rasanya atas sebab tu jugak kut aku meletakkan tanda ‘Tidak Percaya’ pada setiap muka lelaki yang menghampiri aku. Tayang muka toya sebaik mungkin. Kau buatlah lawak tahap Maharaja Lawak sekalipun, memang takkan terkesan. Spesis lelaki yang aku percaya ada dua aje. Abah dengan Yeop aku. Yang lain? Tak payah nak pening-pening kepala fikir.
Bak kata Hlovate dalam novel 5 tahun 5 bulan tu...
‘Boys are stupid’.
Definately, i’m agreed!
      Suara sumbang; Nani sombong!
      Ada aku kisah?

1 comment:

  1. Best..first time bca karya u mmg i trus tertarik nak baca smpi hbs. Hehe keep it up.!

    ReplyDelete