TELEFON BIMBIT YANG
BERGEGAR mematikan lamunan Aira yang sudah hanyut dibawa angan di
salah sebuah bangku di perpustakaan. Pesan Farah tadi suruh tunggu di sini
dahulu sebab sesi konsultasinya masih belum tamat. Dah nak dekat periksa macam
ni, memang non stop hits konsultasi
dan kelas tambahan la gamaknya. Minggu depan mula periksa, minggu ni baru kelam
kabut cari pensyarah nak clear doubts.
Mujur jugak Aira dah mula dari awal. Aira tahu dia bukan born smart. Dia perlu mula ulangkaji dari awal kalau nak ‘compete’ dengan penuntut yang lain kalau
nak kejar first class degree seperti
yang abah minta tu.
Untuk kesekian kali perut
Aira berbunyi lagi. Perut Aira dah lama bergendang sejak dari tadi tapi tak nak
lah Aira turun makan di kantin sendiri.Walaupun dah hampir satu semester di
Intitut Pendidikan Nasional ini, Aira tak ada kawan rapat selain Farah.
Memandangkan Aira tak punya kelas tetap, setiap modul Aira akan bertemu dengan
kumpulan yang berbeza-beza. Jadi kawan setakat untuk hai-hai bye-bye tu ada la, tapi kalau kawan
tahap kamceng gila macam Farah tu…sampai hari ini Aira masih tak jumpa.
Sekali lagi perut Aira
berbunyi. Aira menggerutu geram. Kalau tahu terpaksa tunggu Farah lama gila
macam ni, Aira lebih rela beli nasi bungkus makan di hall. Lagi aman, tahu tak? Dengan malas Aira mengangkat kepalanya
yang tadi beralas lengan lalu mencapai telefon bimbit yang dibiarkan terdampar
di atas meja. Satu mesej whatsapp
baru sahaja diterima.
‘Call abang sekarang.’
Aira mencebik sedikit
membaca pesanan ringkas dari abang kesayangannya yang bernada perintah. Amboi
banyak cantik muka dia! Dah lah mesej sebulan tak sekali. Tiba-tiba mesej macam
ni nak suruh-suruh? Blah la!
‘Tak nak!’
Ringkas sahaja Aira
membalas. Biar abang tahu Aira merajuk!
‘Aira! Call abang la!’
Aira biarkan sahaja telefon
bimbitnya begitu. Malas lagi mahu membalas. Namun seketika kemudian telefon
bimbitnya bergegar lagi, tanda ada satu mesej lagi baru masuk.
‘Abang baru sampai Singapore!’
WHAT?! Terbeliak biji mata Aira apabila melihat mesej
terakhir dari abangnya, Yusuf. Dia yang tadinya masih bermalas-malasan terus
sahaja duduk tegak. Terkebil-kebil membaca mesej terakhir abang. Biar betul?
Bukan ke abang masih kat Melbourne? Dah kenapa abang tiba-tiba balik secara
mengejut ni? Tanpa berdalih lagi jemarinya laju sahaja mendail nombor yang
tertera di skrin.
“Abang!!” Sebaik sahaja salam
dibalas terus sahaja Aira menjerit. Tapi untuk seketika sahaja, apabila
menyedari dia masih berada di perpustakaan terus sahaja dia menekup mulut.
Termalu sendiri! Begnya terus digalas dan langkahnya panjang menuju ke arah
pintu keluar.
“Hah! Abang cakap dah
sampai Singapore baru tau nak call! Bertuah punya adik!” Yusuf
mengomel sendiri. Tu la, konon nak surprise
sangat. Dah sampai tanah air baru sedar tak bawa kunci rumah. Telefon mama dan
abah, langsung tak berjawab. Macammana nak balik rumah kalau macam ni!
“Abang kat mana sekarang?”
“Arrival Terminal 2 la cik kak oi. Baru keluar
kapal terbang. Luggage pun belum
ambik ni.”
“Okey, tunggu sana sampai
Aira datang.” Aira melirik sekilas ke arah jam di pergelangan tangan. Dah pukul
lima. Peak hour ni. Kalau naik teksi,
mesti jam. Sejam baru la sampai
lapangan terbang. Tapi tak apalah. Biar abang tunggu! Padan muka dia! Aira dah
gelak kejam dalam hati.
“Abang tunggu kat Coffee Bean. Cepat tau!” Aira tak sempat
pun nak balas apa-apa, abang Yusuf dah terlebih dahulu matikan talian. Hampeh!
Satu mesej dihantar kepada Farah, memberitahu bahawa dia perlu pulang untuk
menjemput abang. Langkah Aira terus dipanjangkan ke perhentian bas. Minta-minta
la ada teksi lalu kat sini. Amin!
“DAH BESOK baru nak sampai la?” Sambil mengacau Iced Red Velvet Cocoa, Yusuf menyoal
Aira yang baru muncul entah dari mana. Aira dapat mengesan nada rajuk di situ.
Tapi nak buat macammana? Seperti yang Aira jangkakan, jalan jammed teruk tadi. Dah lah jam, ada kemalangan pulak tu. Memang macam
dah jatuh ditimpa tangga. Terpaksa la abang Yusuf tunggu kan. Mama merayap
dengan kawan-kawan dia pergi spa kut. Abah pulak sibuk memanjang kat ofis.
Memang harus la kan tak jawab telefon. Nak tak nak terpaksa juga Yusuf tunggu
Aira, bukannya ada pilihan lain pun.
“Dah desperate baru cari Aira la?” Aira membalas soalan dengan soalan.
Hah ambik kau sebijik! Nak merajuk konon! Tolong eh, Aira lebih berhak nak
merajuk okey!
Yusuf tertawa kecil
mendengar jawapan Aira. Tanpa dipelawa Aira terus sahaja melabuh duduk di
hadapan Yusuf dan menyuap kek coklat yang berbaki separuh ke dalam mulut. Lapar
gila okey? Dah lah pagi tadi tak sarapan, lepastu tunggu nak makan tengahari
dengan Farah macam tunggu kucing bertanduk, lepastu tersangkut dalam kesesakan
lalu lintas hampir sejam, memang Aira gila kalau dia tak lapar.
“Aira dari mana ni? Kenapa
lambat sangat?”
“Aira dari kampus la. Tau
tak kampus Aira kat ceruk mana?”
“Err Kent Ridge?”
“Itu kampus untuk NUS (National University of Singapore) la!”
Pantas sahaja Aira menyangkal. Asal boleh je mamat ni!
“Huh?” Yusuf mengerut dahi,
tak mengerti. “Bukan Aira study kat NUS ke?”
“Abang.” Aira dah bagi
Yusuf the-deadly-stare. “Masa bila
pulak Aira belajar kat NUS ni?”
“Kan abah tuari kata Aira shortlisted untuk law!”
Aira masih lagi dengan
pandangan maut menikam mata abang Yusuf. “Didn’t
you hear that Aira dah kena reject
pun?”
“Eh? Kenapa?”
“Argh abang!” Aira rasa
macam nak tarik rambut sampai gugur. Dia malas lagi mahu terangkan. Nampak
sangat apa yang Aira komplen berbulan-bulan yang lalu masuk telinga kanan dan
keluar telinga kiri. Langsung abang Yusuf tak ingat pun! Tak guna! Buang air
liur je bercerita! Buang kredit! Buang masa! Huh! Aira dah peluk tubuh,
bersandar di belakang kerusi. Merajuk!
Yusuf masih lagi cuba mengorek
peti minda. Cuba ingat kembali perbualannya yang terakhir dengan Aira. Yang
Yusuf ingat, kali terakhir mereka borak, hampir dua bulan lepas. Waktu itu
sememangnya Yusuf memang melampau sibuk tahap tak cukup kaki dan tangan dah.
Yusuf ingat Aira menangis di telefon. Okey, tipu. Aira bukan jenis yang reti menangis. Tapi
Yusuf dapat kesan nada suara Aira yang macam-nak-nangis di talian. Kenapa ya
Aira emosi sangat waktu itu? Oh shoot!
Seperti lampu mentol yang tiba-tiba bernyala, Yusuf ingat semuanya!
“Sorry Aira. Memory card
abang lagging sikit.” Yusuf bersuara
apabila Aira masih lagi mogok tak nak bicara. Wajahnya masih lagi masam
mencuka. “How’s life in NIE?” Yusuf
menyoal lagi apabila Aira tetap diam, tak membalas apa-apa.
Mendengar perkataan NIE (National Institute of Education),
barulah Aira tersenyum sikit. “Haa ingat pun!”
“Sorry.” Sekali lagi Yusuf memohon maaf. Serba salah jugak,
macammana la perkara penting macam ni Yusuf boleh terlepas pandang? Memang
patut pun Aira merajuk. Tak kena bambu ni kira dah cukup baik dah tu.
“Macammana study so far? Okey?”
“Honestly?” Aira bertanya dengan sebelah kening terjongket. “Aira
tak boleh buat presentations. I think I
suck really bad. And I don’t like most of the modules. But do I have a choice?
No. So, suck it up.”
“That bad?” Yusuf menyoal, penuh simpati. Tapi nak buat macammana?
Abah memang macam tu. Hitam kata abah, hitamlah. Putih kata abah, putihlah.
Memang susah nak toleransi dengan abah ni. Cuma di antara mereka dua beradik,
Yusuf je yang berani bersuara. Yusuf boleh tolong bend sikit rules abah. “Sorry
I wasn’t there to help you out. Kalau abang ada, mungkin abah akan dengar
cakap abang.”
“It’s okay. Abah had his mind made up. Abang pujuk macammana pun
abah tetap tak akan bersetuju.”
“Aira dengan abah okey?”
“Aira keluar dari rumah tu.
Aira tak boleh pandang muka abah. Aira takut nanti kurang ajar.”
“What?” Hampir-hampir rahang Yusuf jatuh ke lantai. Terkejut
mendengar jawapan adiknya yang satu itu. Sepanjang hidup Yusuf, tak pernah
sekali pun Aira menjawab kata-kata mama atau abah. “His decision really affected you this time, I guess? Till you had to
move out just to hold your tongue?”
Yusuf masih ingat lagi,
waktu Aira nak sambung belajar lepas ‘O’Levels pun abah yang tentukan suruh
masuk maktab rendah mana. Bila Aira pilih matapelajaran apa untuk ‘A’Levels
pun, abah yang tentukan. Aira dapat ambil bahasa Melayu dan sastera pun sebab
Yusuf yang back up. Kalau ikutkan
hati abah, abah memang nak Aira ambil matematik, ekonomiks dan sains sahaja.
Tapi Yusuf pandai bodek. Kata Yusuf peluang untuk Aira masuk universiti lebih
cerah kalau ambil bahasa Melayu dan sastera sebab Aira boleh ace it. Jadi satu gred dah secure.
Kalaulah Yusuf tak ada
waktu itu, jangan harap Aira dapat ambil. Abah memang anti Malay society through and through kut. Anti beyond repair punya bak kata orang. Tak tahu lah nak buat
macammana lagi untuk abah lihat minat Aira terletak kat mana sebenarnya.
Mendengarkan soalan Yusuf,
Aira tertunduk, merenung sepasang flats
yang tersarung di kaki. “Abang tak ada, mama pun tak boleh kata apa. Aira takut
tak ada orang boleh kawal Aira kalau Aira betul-betul hilang sabar.”
“Tak apa. Abang faham. So, Aira duduk kat mana sekarang?”
“Aira duduk kat Hall of Residence kat NTU/NIE. Asrama
lah kira,” jelas Aira tak berselindung.
Oh. “Jadi…dah berapa lama
Aira tak balik?” Soalan Yusuf membuatkan Aira yang tadinya tertunduk terus
mengangkat wajah, menentang pandangan abangnya yang redup, memohon jawapan.
“I’m sorry?”
“Dah berapa lama Aira tak
balik?” Ulangnya sekali lagi dalam nada yang sama. Nada yang membuat Aira rasa
bulu romanya ternaik tegak. Tak, nada abang langsung tak kasar. Lembut lagi
ada. Dan entah kenapa mendengar soalan abang dalam nada lembut macam tu
membuatkan Aira rasa seolah-olah abang sedang menghiris hatinya halus-halus.
“Entah.” Aira angkat bahu
tanda tak tahu. Memang sungguh Aira tak ingat. Kali terakhir mereka jumpa waktu
nenek di hospital lebih kurang sebulan dua yang lalu. Mereka makan tengahari
bersama dan perbualan terakhir dengan abah bukannya menyenangkan. Siap bagi deadly reminder suruh kejar first class degree. First class degree
apakenama kalau third class degree
pun Aira tak yakin boleh genggam.
“Aira tak kesian mama?”
“Kesian.”
“Tak sayang mama?”
“Sayang.”
“Tak rindu mama?”
“Rindu.” Sepatah-sepatah
Aira menjawab. Tipu la kalau Aira kata tak kesian, tak sayang dan tak rindu.
Ikutkan hati nak je balik tiap-tiap hari makan masakan mama. Tapi mengenangkan
abah dan endless lecture abah, lebih
baik tak payah balik kalau menyakitkan hati je.
“Dah tu balik.”
“Abah?”
“Just balik.”
Aira terdiam. Kalau ikut
pelan asal, memang Aira ke lapangan terbang sebab tak nak ikut abang pulang ke
rumah.
“Aira?” Yusuf memanggil
lagi bila Aira seakan-akan sudah ‘hilang’ dalam dunianya sendiri. “Balik dengan
abang jom?”
Lambat-lambat Aira
mengangguk. “Okey,” putus Aira akhirnya. Lagipun minggu ni study break week. Dah tak ada kelas lagi dah jadi tak perlu kelam
kabut balik hall esok. Just tolerating one more day with abah won’t
kill me kan?
No comments:
Post a Comment