AHAD datang lagi!
Hari
yang mendamaikan. Rutin harian, usai solat subuh dan baca al-masturat, aku
bergegas masuk ke dapur. Entah angin apa yang berhembus, celik aje mata
teringat nasi lemak. Bagai terasa-rasa di tekak. Nasi lemak air tangan mak,
memang sedapnya mengalahkan nasi lemak yang MAS hidangkan atas pesawat! Betul,
memang aku tak tipu. Tanyalah sesiapapun, makan di hotel yang tarafnya sembilan
bintang sekalipun, nikmat makanan itu takkan sama dan takkan sesedap masakan
seorang ibu hatta cuma nasi goreng kampung semata.
Bukannya
susah sangatpun. Tapi hairan jugaklah. Sukatan semua ikut resepi mak. Bahanpun
sama macam yang mak guna. Bila rasa, tetap tak sama macam yang mak masak. Huwaa... ini yang rasa mahu meleleh
airmata pagi-pagi ahad yang sepi begini.
Itu
fakta, bukan auta!
Berketang
ketung seorang diri dalam dapur. Budak-budak serumah yang lain menyambung
tidur, yelah pagi tadi game EPL tamat
pukul tiga pagi. Bersorak dalam rumah aje. Mahu mata tak jadi mata kelawar.
Tidur siang, jaga malamlah jawabnya.
Teringat
pula Cik Suzuki pucat lesi aku yang dah lama tak mandi manda. Minggu lepas
semedang sibuk. Asyik keluar daerah. Dua hari ke Perak, kemudian turun ke
Pahang pulak. Terbang naik ke Kelantan. Melompat negeri, tawaf satu Semenanjung
kaedahnya. Melawat projek-projek yang terbengkalai dan dikategorikan sebagai
projek sakit sampaikan aku yang naik semput.
Semuanya dilakukan sekali harung. Tuan insiyur ke Sabah dan Sarawak.
Aku, sebelah Semenanjung. Adeh…Itu
yang rasa minggu lepas aku sibuk mengalahkan pak menteri lagi lagaknya.
Pashmina
lebar warna biru muda aku lilitkan bagi kemas menutup aurat. Baju lengan
panjang dengan seluar track suit
warna hitam aku sarung. Bak kata Dijah, Cik Suzuki aku macam keluar bengkel
buruk je. Kesian cik Suzuki aku. Dahlah pucat lesi, berdebu semacam aje.
Terlantar di rumah seminggu.
Timba
kosong aku capai kemudian letakkan di bawah paip air. Tegakkan badan kemudian
mencapai botol shampoo lalu dituangkan dalam timba itu. Agak-agak cukup, aku
campak span kuning kemudian kepala paip air aku pulas. Menderu turun masuk
dalam timba dan buih-buih sudah naik. Aku duduk mengcangkung depan timba.
Agak-agak suku air sabun dalam timba aku terus pulas tutup paip air. Tangan
sudah meramas-ramas span yang berat dengan air sabun.
Aku
tegakkan badan aku kembali. Timba aku letakkan berhampiran dengan kereta. Paip
air yang panjang aku buka gulungannya. Paip air utama aku pulas. Perlahan-lahan
air aku halakan ke badan kereta. “Kita mandi yer cik Suzuki. Kesian, bercomot
sakan kome ye. Sorrylah, minggu ni puan kome semedang sibuk. Nasib kome lah
dapat puan macam teman ni.”
“Awak
cakap dengan...”
“Opocot
mak kau!” tangan aku yang sedang menghalakan getah paip air ke badan cik Suzuki
terus ditalakan ke kanan.
Ayatnya
pecah dua. “Kereta.” Aku telan liur. Muka dan badan pemilik suara yang
menyergah aku sudah kuyup.
“Awak!”
jatuh getah paip air. Tergamam dan kaku seketika. Mak ai, apa dah jadi? Aku
tersiram anak teruna orang. Adus...
Tangannya
pantas meraup wajah yang basah dengan air. Aku rasa tertelan jugak kut. Sebab
air tu terpancut tepat ke muka. Itulah pandai sangat, sergah orang tak bagi
salam. Inilah akibatnya!
“Awak...
saya dah mandi pagi tadi.” Tawa yang aku tahan akhirnya terletus juga. Kuyup
anak teruna orang aku siram. Hai lah Nani, mahu cipta skandal ker? Aku
buat-buat biasa sahaja. Getah paip yang jatuh aku kutip lalu aku pulas paip air
untuk tutup alirannya. Dan segala tingkah aku terasa canggung bila tahu ada
mata yang galak memerhatikannya.
“Lain
kali bagi salam. Mujur saya tersiram air, kalau saya telangkupkan awak dengan
timba tu macamana?” Pecah tawa Dr. Am. Erk... kenapalah aku terlebih mesra alam
sangat pulak. Rasa mahu tampar mulut sendiri. Nak ke kiri pun rasa salah, nak
ke kanan pula rasa tak kena. Huisy, apa aura tuan doktor jangkit dekat aku ni.
Tawanya
masih lagi bersisa. “Awak ni melatah rupanya.” Baru teringat. Aduhai, malunya.
Dah lah melatah, kemudian siram dengan air. Wah, berapa banyak malu yang aku
dah buat pagi-pagi ni.
“Err...
tindakan refleks.” Jawabku bersahaja. Rasa aku tadi macam sunyi sepi. Tak ada
orang pun. Adus… Mujurlah aku tidak berdondang sayang atau zapin kuda kepang,
kalau tidak memang tayangan percuma ajelah. Bahaya betul kome ni Nani!
“Awak...
awak...” dia menggeleng sambil menyembunyikan senyum. Eleh!
Derap
kakinya kian menghampiri aku. Dengan berpakaian sukan lengkap yang basah, dia
melabuhkan duduk di atas pagar batu separas lutut. Aku jadi tak betah. Tangan
yang mahu mencapai span basah dalam timba terus terbatal niat. Beku terus niat
nak basuh kereta. Hai la…
“Bukannya
apa, saya tengok awak ralit sangat bersembang. Ingatkan cakap dengan sesiapa,
rupanya cakap dengan kereta.” Ujarnya sambil senyum tersungging. Kelakar ker
bergebang dengan kereta? Ker memang tak pernah dibuat orang.
“Baik
awak pergi buat medical check up.
Mana tau minor effect sebab terhantuk
hari tu kut.” Haisy, tuan doktor sorang ni buat aku takut pula. Bahasa halus
dialah tu minor effect, bahasa
kasarnya aku dah mereng sebab cakap dengan kereta. Ada ka?
Aku
tayang muka tak bersalah. “Baru balik jogging?”
sapaku perlahan. Apa jenis soalan yang aku tanya tu. Adeh… dah memang sah-sah
kawan tu baru balik jogging takkan
baru balik dari shopping complex
pulak kut. Gagal logik akal namanya tu Nani. Rambling tak tentu pasal!
Perlahan
tangan mencapai timba. Digagau span yang berat dengan air. Angkat dan terus
hempas atas badan badan Cik Suzuki tanpa perah dahulu. Apa lagi, terperciklah
tudung, muka dan baju aku dengan air berbuih!
“Ouch...”
betullah, tak biasa aku basuh kereta di bawah pengawasan orang berlainan
jantina selain abah dengan Yeop Adwa sahaja. Ada sahaja yang tidak kena.
“Awak
ni kenapa? Tu comot muka dengan buih.” Cepat-cepat tangan tarik hujung tudung
lalu menyeka wajah sehingga hilang buih dan air yang terpercik tadi. Aku hela
nafas yang tertahan sejak tadi.
Dari
ekor mata aku nampak tuan doktor senyum-senyum. Kemudian matanya tunduk menekur
ke lantai. Hai lah, aku ni kalau dah dua-dua aje dekat sini mula rasa semacam
aje. Dah la dua-dua basah. Sorang kena simbah, yang sorang lagi simbah sendiri.
Karang bangun jiran sebelah menyebelah elok aje skodeng aku dengan tuan doctor.
Tak ker haru namanya tu. Yang tuan doktor pun tak reti-reti nak balik rumah
dia. Boleh pulak sangkut dekat rumah aku dulu. Gaya macam jauh benor, padahal
tu depan aje. Laung pun boleh dengar. Atau,. nak minta mintak air segelas ke?
Tuan
doktor berdehem. “Terima kasih bagi kek tu. Sedap.” La…nak cakap itu je? Patut
tak boleh agak pun. Aku sengih sendiri.
“No sweat. Ala, bukannya susah pun. Nanti
saya bagi resepi...” Selaku perlahan. Cuba nak pecahkan tembok bisu yang aku
pandai-pandai cipta sendiri. Alah, setakat buat kek coklat kukus aje kut
bukannya pavlova yang nak kena mengerah mixer sampai putih telur jadi meringue.
Ini, campur, kacau, kukus..Makan!
“Air
tangan Nani lagi sedap kut.” Wah, matahari sudah naik, suluh ke mukaku. Panas
ni! Cepat-cepatlah air sabun ni habis. Aku rasa lagi lama aku dekat luar ni
boleh jadi tomato man rupa aku.
“Nani,
keje mana?” Dr. Am sambil tangannya menyeka peluh di muka.
Mula
nak menggaru pipi. “Err... Dekat KPM.” Datar.
“Ooo”.
Cukup tiga harkat.
Paip
air aku buka lalu aku siram cik Suzuki. Berjejeran air sabun mengalir. Kemudian
aku terdengar derap tapak kaki menghampiri kami. Geng jiran depan rumah dah
tersengih-sengih. Kemudian sama-sama labuhkan duduk berhimpit dengan tuan
doktor yang basah tu. Aku membalas dengan senyum malas. Macam aku buka warung
kopi je, pakat nak kerumun kat sini. Aku sudah naik gelisah, tak selesa
jadinya. Mana pulak budak-budak rumah ni. Mimpi apa yang sampai tak boleh nak
bangun-bangun lagi tu. Terkulat-kulat aku nak melayan tuan-tuan doktor semua.
Dr.
Asri buat muka pelik. Dipandang wajah Dr. Am kemudian kalih pada aku pula.
“Aik, basah dua-dua. Pakat-pakat main air ker?” pertanyaan yang membuatkan
darah menyerbu muka dengan pantas. Mana aku nak sorok muka ni.
“Banyaklah
main air. Kes tersiram namanya ni.” Rasa nak berterima kasih dengan tuan doktor
yang namanya Am. Ayat penyelamat keadaan.
“Sekali
sekala kena siram dengan dara pujaan. Apa salahnyakan?” Gulp! Dara pujaan?
Mendalam maksudnya tu. Kome jangan nak fikir lebih-lebih yer. Pesan cik hati.
Ada
tawa kecil. Aku rasa muka toya aku dah jadi muka malu-malu alah. Ini
betul-betul kena tangkap basah namanya!
“Memang
padanlah hangpa dua ni.” Sahut seorang lagi tuan doktor. Pecah berderai tawa
mereka semua. Rasa mahu piat-piat aje telinga anak-anak teruna orang. Rasa mahu
rasa angkat kaki masuk dalam rumah serta merta. Tapi, tidak menghormati tetamu
namanya pulak. Sudahnya aku tegak berdiri di sebelah cik Suzuki.
“Apa-apa
ajelah. Janji kami bahagia, kan Nani...” kening Dr. Am terjungkit ke atas.
Hailah, aku siram dengan air sabun pulak kut nanti, bagi segar sikit. Asyik
buat lawak tak berkualiti aje.
“Yelah-yelah...
kami doakan hangpa dua bahagia.” Haru betullah tuan-tuan doktor semua ni.
Terlebih fikir masalah penyakit agaknya.
“Amin...”
serentak yang lain menadah tangan, gaya mengaminkan doa! Lagi sepatah, memang
terkulat-kulatlah kau orang kena mandi dengan air sabun!
“Nani..nanti
tolong buat lagi yer kek tu.” Lembut Dr. Asri membuat permintaan. Macam aku ni
tukang ambil order online pulak.
“Boleh
je.” Jawabku sambil tangan masih lagi memancutkan air ke badan kereta.
“Kami
ni makan tak kenyang sebenarnya.” Erk…kali ini aku dengar macam suara orang
kecewa dan kemudian ada tawa kecil kedengaran.
“Napernye?”dah
keluar lorat perak pulak. Aku kalih pandang kepada mereka bertiga. Dr. Asri
sedang berpeluk tubuh bersandar di kereta Dijah.
“Ada
ke patut, si Am ni potong bagi kami sorang sepotong cinonet tu je.” Gaya macam
seorang anak mengadu pada ibunya. Aku sengih kelat. Pulak. Ni kes mengadu aku
rasa.
“Sayang
sangat nak potong. Katanya nak makan sorang-sorang je.” Bulat mataku memandang
tuan doktor yang sorang tu.
“Kau
memang nak mandi dengan air sabun kan...” Laju sahaja Dr. Asri memecut menuju
ke rumah mereka sambil membawa timba milik aku.
“Eh,
saya punya tu...” jeritku. Apa kes tiba-tiba nak bawak lari timba aku tu.
Langkah
tuan Dr. Am terhenti. Dia kalih dan pandang tepat padaku. Kemudian tarik senyum
segaris. “Sharing is caring kan”
Tegak
badanku. Sharing is caring. Cukup sensitif bagi orang perempuan! Sharing is killing! Mahu aja aku
menjawab begitu. Namun, cepat-cepat akal menegah. Nak sharing apa pulak? Tak lama untuk aku tahu, span dan air sabun aku
sudah menyimbah Honda City warna hitam kepunyaan Dr. Am.
Haiyaa….itupun
nak berkongsi ker? Di muka pintu rumah jiran depan rumah, Dr. Asri dah sengih
mengusik. “Nani..lepas ni kongsi apa pulak?” Ngee..
Dr.
Am datang menghampiri aku. Sambil berbisik, “Kita kongsi hati nak?” Huh, aku
baling jugak karang stiletto Umi ni.
Cepat-cepat aku berpaling. Mahu menyudahkan sesi mandian cik Suzuki, nama nak
kalih ke depan memang taklah. Muka ni dah panas semacam aje.
Dr.
Asri dah bantai gelak guling-guling dekat depan pintu rumah.
Itu
nak gulakan aku atau nak mengayat aku? Haiya… Nani sejak bila boleh fikir
soalan luar alam sampai macam tu sekali? Erk… Menonong aku masuk dalam kereta,
start enjin kereta. Menderu bunyi enjin dan stereng mula aku gerakkan. Kemana?
Entah… Biar jauh daripada doktor-doktor yang terlebih ayat-ayat miang serumpun
ni.
Dan
aku nampak kenyit mata tuan doktor pemilik Honda City!
Benci
betullah.
Kata
orang-orang tua, benci-benci lama-lama jadi sayang-sayang.
Ohh, shut up!
No comments:
Post a Comment