“TIA AMEENA, bangunlah! Nak tidur sampai pukul berapa?”
Jerit Zack dari muka pintu dengan muka mencuka. Budak ni, kalau dah tidur susah
betul nak bangun. Agaknya kalau letak bom kat sebelah pun tak sedar jugak.
Tia
mendengus di bawah selimut. Sibuklah dia ni! Orang nak tidur lagi la. Kejutlah
esok ke lusa ke tulat ke. Tangan terus menarik selimut, membaluti keseluruhan
tubuhnya yang mengerengkot kesejukan.
Zack geleng
kepala. Pintu bilik adiknya ditolak seluas mungkin. Gila punya budak. Siapa je
cukup normal sanggup tidur bersejuk macam ni? Orang kat kutub utara tu pun
pakai baju setebal mungkin tau tak?
“Bangun, Tia
Ameena. Hari ni awak nak pergi mendaftar. Abang Zack tak teman. Awak daftar
sendiri.” Zack bersuara lagi. Tubuhnya sudah pun berdiri terpacak di hadapan
katil Tia. Tangan mencapai alat kawalan jauh yang dilekatkan di dinding dan
terus jarinya menurunkan suhu pendingin hawa di bilik adiknya itu. Gila punya
orang tidur bersejuk macam ni. Ada jugak yang mati kesejukan dalam rumah ni
gamaknya.
“Mengantuklah,
abang Zack. Kita daftar esok jelah. Kan senang.” Tia menggumam di sebalik
selimut yang menutupi muka dan badannya. Langsung tiada tanda-tanda untuk
bangun dari tidur. Janganlah kacau saya nak tidur! Zack ketap bibir. Eh, budak
ni. Ingat daddy ada share dengan
sekolah tu hape nak main tunda-tunda hari mendaftar? Mengada punya budak. Tanpa
kompromi, tangannya terus menarik kasar selimut yang membaluti tubuh Tia.
“Abang
Zack!” Jerit Tia dengan tindakan tidak diduga Zack. Zack memandang tajam wajah
Tia. Kalau diikutkan mahu sahaja diheret adiknya itu masuk ke dalam bilik air.
Tapi, macam kejamlah pulak. Tia menggenyeh-genyeh matanya yang terasa pedih.
Nak buka pun macam tak nak buka. Macam dah kena gam je kelopak mata ni.
Zack geleng kepala. Tak senonoh punya anak
dara. Elok sangatlah sampai bangun pagi pun abang yang kacak bergaya ni tolong
kejutkan. “Awak nak bangun ke nak saya tarik?” Zack menggertak. Saja je nak
main gertak-gertak sebab dia tahu Tia takkan bangun selagi tak dipaksa dan
digertak. Degil macam apa je. Entah perangai siapalah yang dia ikut ni.
Tia
mencebik. Dia masih lagi berbaring di atas katil. Langsung tiada tanda-tanda
untuk bangun. Hujung matanya memerhati tubuh abangnya yang sudah pun berganjak
ke sisi katil. Tia menggenyeh-genyeh matanya sekali lagi. Eee…kacau daun
betullah dia ni. Esok pun boleh pergi daftarkan? Mesti jugak ke hari ni?
Bukannya pihak sekolah tu nak kenakan bayaran ke hape kalau daftar lambat. Cis
cis! Benci.
“Meen…”
“Yelah…saya
bangunlah ni.” Tia bingkas bangun dari pembaringannya. Rambutnya yang panjang
melepasi bahu dibiarkan menggerbang. Kusut masai. Faham-fahamlah kalau dah
namanya baru bangun tidur. Saya bukannya nak buat iklan rambut pun nak kena
rambut cantik-cantik bangun tidur. Iklan dalam tv tu semua penipu je. Tia
memandang Zack yang masih setia di sisi katilnya dengan mata antara nak terbuka
dengan tidak.
Zack
bercekak pinggang. “Cepatlah. Abang Zack nak pergi PJ ni. Nak hantar awak lagi,
nak ke sana lagi. Tu, subuh dah nak habis.” Zack mengomel dengan mulut
memuncung macam itik. Tangannya terus mencapai tuala pink di atas penyidai kayu di sudut kiri bilik Tia lalu dilemparkan
tepat mengenai muka adiknya itu. Oi, main kasar nampak? Dah tak reti nak bagi
elok-elok ke? Zack angkat kening.
“Setengah jam.”
“What? Eh, jangan nak mengada. 15 minit
je. Ingat saya nak tunggu awak ke?” Putus Zack tanpa berfikir panjang. Amboi,
sampai setengah jam nak bersiap, ingat nak pergi prom night ke? Nak pergi sekolah je pun. Over punya budak.
“Abang
Zackkk!” Tia memprotes. Gila apa nak bersiap 15 minit? Tak pernah dibuat Tia
Ameena bersiap 15 minit. Melampau! Eee…nak suruh aku mandi kerbau apa mamat ni?
Kerbau pun tak nak mengaku aku kawan tau tak?
Zack
menggelengkan kepalanya. “No, jangan
nak mengada. 15 minit je saya kasi awak bersiap. Saya tunggu awak dalam kereta.
Lambat, pepandailah awak hidup” Sambung Zack lagi. Masih tiada kompromi. Tia
menjegilkan biji matanya tanda tak puas hati. Ini memang kejam! Kejam yang
amat. Hitler! Tia menyumpah dalam hati. Nak cakap depan-depan tak berani.
“Benci
awak!”
“Siapa suruh
bangun lambat? Seronok sangat online
sampai tak ingat pagi dengan malam.” Bebel Zack dan dia terus melangkah
meninggalkan Tia dengan mata terpejam celik di atas katil. Tia mencebik. Abang
yang kejam! Saya tak suka awak. Lambat-lambat dia bangun dari katilnya. Sempat
juga di melirik pada jam loceng yang diletakkan di atas meja solek. Okay, sudah
pukul 6.50 pagi Tia. Okay, dah lambat sangat ni. Dan dia terus bergegas menuju ke bilik air
dengan tuala tersangkut di bahu.
“LAMBAT!” Ayat
pertama yang keluar dari mulut Zack sebaik sahaja Tia memboloskan tubuhnya ke
dalam perut kereta Myvi SE berwarna hitam kepunyaan Zack. Tia hanya menadah
telinga mendengarkan perkataan itu keluar dari mulut abangnya. Okay, saya tahu
saya lambat. So what?
Tia
menghenyakkan punggungnya di atas kerusi penumpang. Tangan menarik tali
pinggang keledar. Wajah Zack yang mencuka dijeling sekilas. Woah, buruklah awak
buat muka macam tu. Dah serupa kera Tok Wan kat kampong tu haa. Sedara yang
terpisah ke?
“Sorry.” Tia meminta maaf. Dikerling lagi
wajah abangnya di sebelah. Masih tiada senyuman pada wajah abangnya. Alahai.
“Sorry
awak tu dah tak laku.” Balas Zack. Tangannya melepaskan handbreak lalu perlahan-lahan kakinya menekan minyak dan kereta
Myvi itu meluncur tenang di atas jalan. Tia menebarkan pandangannya ke luar
tingkap. Zack menumpukan perhatiannya pada pemanduan. Hanya suara DJ radio yang
memecahkan kesunyian di antara mereka.
“Nanti,
daftar jangan nak buat muka toya.”
“I know.” Ala, abang Zack ni cakap
macamlah aku first time pindah
sekolah. Dah selalu kot. Eh, takdelah selalu tapi takdelah first time. Kira dah boleh sesuaikan diri dengan suasana bertukar
sekolah ni. Dah tak ada masalah jugak nak buat kawan. Semua sebab papa banyak
kali dah berpindah tempat kerja. Dari dia sekolah rendah sampailah ke sekolah
menengah, tak pernahnya dia tak tukar sekolah.
“Jangan
sampai saya dapat call yang
bukan-bukan.”
Tia angkat
kening. “Contoh?”
“Nak saya
senaraikan semua aduan cikgu-cikgu awak ke?”
Tia
menggelengkan kepalanya. “Tak payah.” Laju Tia membalas tanpa menunggu sesaat.
Tak perlu untuk abangnya mengingatkan setiap apa yang dia pernah buat kat
sekolah-sekolahnya sebelum ini. Dia tahu dia nakal kat sekolah lama dulu. Cukup-cukuplah dengan leteran daddy dan
mummy. Jangan nak ditambah lagi. Boleh sakit otak kalau hari-hari ahli
keluarganya nak membebel dengan sikapnya itu.
“Behave kat sana.”
“Saya
taulah. Tak perlulah nak ulang banyak kali. Takkan tiap kali tukar sekolah nak
kena dengar benda yang sama?” Tia buat muka bosan. Dah boleh hafal setiap
dialog abangnya tu. Zack mencebik.
“Saya
mengingatkan.”
Tia
mendengus. “Ye, saya tau.” Tia menyilangkan kedua-dua belah tangannya dan
dibawa rapat ke dada. Tak suka bila kena layan macam budak kecik. Abang dia ni
tak sedar ke yang adiknya ni dah 17 tahun bukan tujuh tahun? Tahulah nak jaga
diri sendiri.
“Mummy
dengan daddy takde untuk seminggu. Jangan nak buat perangai tak senonoh.”
“Daniel
Ezaqiel, saya tahu. Saya kan adik awak yang tersayang.” Ujar Tia dan sengaja
dia menekankan ayat adik dan tersayang itu.
Zack diam.
Malas hendak bertekak dengan adiknya. Bukannya dia tak tahu perangai Tia Ameena
tu macam mana. 17 tahun membesar bersama-sama takkanlah perangai pelik adiknya
tu dia tak khatam. Sampai dia boleh buat list
perangai adiknya yang pelik tu. Semua nak kena ikut kepala otaknya.
“Abang
Zack.”
“Apa?”
“Meen tahu
jaga diri. Promise.” Rendah nada
suara Tia. Kepalanya tunduk memandang jari-jemarinya yang bertaut sesama
sendiri. Zack menarik nafas dalam-dalam.
“Just to make sure. Jangan carik pasal.”
“Yelah.”
“Jangan buat
musuh.” Tambah Zack lagi. Tia mendengus. Bosan mendengar ceramah tak sudah
abangnya itu. Boleh tak kalau dalam sehari tak berceramah?
“Bila Meen
buat musuh? Dorang yang carik pasal.” Tia membela diri. Betul apa? Orang je
yang sibuk-sibuk nak cari gaduh dengannya.
Zack
menjeling tajam. Tia menarik nafas panjang sebelum menghelanya keluar. “Okay, okay. I get it. Jangan carik
pasal. Puas?” Tia memandang Zack dengan kening sebelah terangkat. Zack tarik
senyum segaris.
Tia menghela
nafas panjang sekali lagi. Okay, susahnyalah nak meyakinkan Encik Daniel
Ezaqiel ni. Ketuk kepala dengan stereng baru tahu. Ala, salah kau jugak Tia
Ameena. Yang kau bijak-pandai selalu carik pasal apasal? Tiap kali kau pindah
ada je rekod buruk kau tu. Eh, salah diorang jugaklah nak cari pasal dengan
aku. Bukan salah aku pun.
“Abang
Zack…”
“Apa lagi?”
“Secret
Recipe balik sekolah.”
“Botaklah
saya hari-hari dengan awak.”
“Ala…kedekut.”
Tia mencebik.
“Kedekut
saya pun, saya belanja tau. Mintaklah abang Zaf. Asyik saya je.”
“Tu raja
segala kedekut.”
Zack garu
kepala. Tia buat muka mengharap di sebelah. Alahai, mak cik ni. Macamlah dia
tak tahu abang-abang dia ni tak tahan dipujuk-rayu. Lagi-lagi kalau dah tayang
muka nak mintak pelempang macam tu. Muka toya habis. Kopak…kopak…
“Yelah.
Yelah. Tapi…”
“Jangan
carik pasal. Got it!” Tia memotong
sebelum sempat Zack menyambung ayatnya. Zack angguk kepala.
“Good girl.”
Tia mencebik
lagi. Zack melambakkan tawanya. Dan mereka kembali diam sehinggalah kereta Myvi
kepunyaan Zack berada betul-betul di hadapan pagar sekolah baru Tia.
ni cerita zaman persekolahan ehh? erk, mcm formal sgt abg dia guna 'saya-awk'.. hee no offense, kay? chill.. hanya menyampaikan apa yang terlintas di minda.. ^^
ReplyDeleteerrr..abang n adik ckp guna saya-awak..mcm pelik jer bila baca..
ReplyDelete