Tuesday 27 August 2013

Aduhai Redza (Bab 1): Qaisy

“TIA AMEENA, bangunlah! Nak tidur sampai pukul berapa?” Jerit Zack dari muka pintu dengan muka mencuka. Budak ni, kalau dah tidur susah betul nak bangun. Agaknya kalau letak bom kat sebelah pun tak sedar jugak.
Tia mendengus di bawah selimut. Sibuklah dia ni! Orang nak tidur lagi la. Kejutlah esok ke lusa ke tulat ke. Tangan terus menarik selimut, membaluti keseluruhan tubuhnya yang mengerengkot kesejukan.
Zack geleng kepala. Pintu bilik adiknya ditolak seluas mungkin. Gila punya budak. Siapa je cukup normal sanggup tidur bersejuk macam ni? Orang kat kutub utara tu pun pakai baju setebal mungkin tau tak?
“Bangun, Tia Ameena. Hari ni awak nak pergi mendaftar. Abang Zack tak teman. Awak daftar sendiri.” Zack bersuara lagi. Tubuhnya sudah pun berdiri terpacak di hadapan katil Tia. Tangan mencapai alat kawalan jauh yang dilekatkan di dinding dan terus jarinya menurunkan suhu pendingin hawa di bilik adiknya itu. Gila punya orang tidur bersejuk macam ni. Ada jugak yang mati kesejukan dalam rumah ni gamaknya.         
“Mengantuklah, abang Zack. Kita daftar esok jelah. Kan senang.” Tia menggumam di sebalik selimut yang menutupi muka dan badannya. Langsung tiada tanda-tanda untuk bangun dari tidur. Janganlah kacau saya nak tidur! Zack ketap bibir. Eh, budak ni. Ingat daddy ada share dengan sekolah tu hape nak main tunda-tunda hari mendaftar? Mengada punya budak. Tanpa kompromi, tangannya terus menarik kasar selimut yang membaluti tubuh Tia.
“Abang Zack!” Jerit Tia dengan tindakan tidak diduga Zack. Zack memandang tajam wajah Tia. Kalau diikutkan mahu sahaja diheret adiknya itu masuk ke dalam bilik air. Tapi, macam kejamlah pulak. Tia menggenyeh-genyeh matanya yang terasa pedih. Nak buka pun macam tak nak buka. Macam dah kena gam je kelopak mata ni.
 Zack geleng kepala. Tak senonoh punya anak dara. Elok sangatlah sampai bangun pagi pun abang yang kacak bergaya ni tolong kejutkan. “Awak nak bangun ke nak saya tarik?” Zack menggertak. Saja je nak main gertak-gertak sebab dia tahu Tia takkan bangun selagi tak dipaksa dan digertak. Degil macam apa je. Entah perangai siapalah yang dia ikut ni.
Tia mencebik. Dia masih lagi berbaring di atas katil. Langsung tiada tanda-tanda untuk bangun. Hujung matanya memerhati tubuh abangnya yang sudah pun berganjak ke sisi katil. Tia menggenyeh-genyeh matanya sekali lagi. Eee…kacau daun betullah dia ni. Esok pun boleh pergi daftarkan? Mesti jugak ke hari ni? Bukannya pihak sekolah tu nak kenakan bayaran ke hape kalau daftar lambat. Cis cis! Benci.
“Meen…”
“Yelah…saya bangunlah ni.” Tia bingkas bangun dari pembaringannya. Rambutnya yang panjang melepasi bahu dibiarkan menggerbang. Kusut masai. Faham-fahamlah kalau dah namanya baru bangun tidur. Saya bukannya nak buat iklan rambut pun nak kena rambut cantik-cantik bangun tidur. Iklan dalam tv tu semua penipu je. Tia memandang Zack yang masih setia di sisi katilnya dengan mata antara nak terbuka dengan tidak.
Zack bercekak pinggang. “Cepatlah. Abang Zack nak pergi PJ ni. Nak hantar awak lagi, nak ke sana lagi. Tu, subuh dah nak habis.” Zack mengomel dengan mulut memuncung macam itik. Tangannya terus mencapai tuala pink di atas penyidai kayu di sudut kiri bilik Tia lalu dilemparkan tepat mengenai muka adiknya itu. Oi, main kasar nampak? Dah tak reti nak bagi elok-elok ke? Zack angkat kening.
“Setengah jam.”
What? Eh, jangan nak mengada. 15 minit je. Ingat saya nak tunggu awak ke?” Putus Zack tanpa berfikir panjang. Amboi, sampai setengah jam nak bersiap, ingat nak pergi prom night ke? Nak pergi sekolah je pun. Over punya budak.
“Abang Zackkk!” Tia memprotes. Gila apa nak bersiap 15 minit? Tak pernah dibuat Tia Ameena bersiap 15 minit. Melampau! Eee…nak suruh aku mandi kerbau apa mamat ni? Kerbau pun tak nak mengaku aku kawan tau tak?
Zack menggelengkan kepalanya. “No, jangan nak mengada. 15 minit je saya kasi awak bersiap. Saya tunggu awak dalam kereta. Lambat, pepandailah awak hidup” Sambung Zack lagi. Masih tiada kompromi. Tia menjegilkan biji matanya tanda tak puas hati. Ini memang kejam! Kejam yang amat. Hitler! Tia menyumpah dalam hati. Nak cakap depan-depan tak berani.
“Benci awak!”
“Siapa suruh bangun lambat? Seronok sangat online sampai tak ingat pagi dengan malam.” Bebel Zack dan dia terus melangkah meninggalkan Tia dengan mata terpejam celik di atas katil. Tia mencebik. Abang yang kejam! Saya tak suka awak. Lambat-lambat dia bangun dari katilnya. Sempat juga di melirik pada jam loceng yang diletakkan di atas meja solek. Okay, sudah pukul 6.50 pagi Tia. Okay, dah lambat sangat ni.  Dan dia terus bergegas menuju ke bilik air dengan tuala tersangkut di bahu.



LAMBAT!” Ayat pertama yang keluar dari mulut Zack sebaik sahaja Tia memboloskan tubuhnya ke dalam perut kereta Myvi SE berwarna hitam kepunyaan Zack. Tia hanya menadah telinga mendengarkan perkataan itu keluar dari mulut abangnya. Okay, saya tahu saya lambat. So what?
Tia menghenyakkan punggungnya di atas kerusi penumpang. Tangan menarik tali pinggang keledar. Wajah Zack yang mencuka dijeling sekilas. Woah, buruklah awak buat muka macam tu. Dah serupa kera Tok Wan kat kampong tu haa. Sedara yang terpisah ke?
Sorry.” Tia meminta maaf. Dikerling lagi wajah abangnya di sebelah. Masih tiada senyuman pada wajah abangnya. Alahai.
 Sorry awak tu dah tak laku.” Balas Zack. Tangannya melepaskan handbreak lalu perlahan-lahan kakinya menekan minyak dan kereta Myvi itu meluncur tenang di atas jalan. Tia menebarkan pandangannya ke luar tingkap. Zack menumpukan perhatiannya pada pemanduan. Hanya suara DJ radio yang memecahkan kesunyian di antara mereka.
“Nanti, daftar jangan nak buat muka toya.”
I know.” Ala, abang Zack ni cakap macamlah aku first time pindah sekolah. Dah selalu kot. Eh, takdelah selalu tapi takdelah first time. Kira dah boleh sesuaikan diri dengan suasana bertukar sekolah ni. Dah tak ada masalah jugak nak buat kawan. Semua sebab papa banyak kali dah berpindah tempat kerja. Dari dia sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah, tak pernahnya dia tak tukar sekolah.
“Jangan sampai saya dapat call yang bukan-bukan.”
Tia angkat kening. “Contoh?”
“Nak saya senaraikan semua aduan cikgu-cikgu awak ke?”
Tia menggelengkan kepalanya. “Tak payah.” Laju Tia membalas tanpa menunggu sesaat. Tak perlu untuk abangnya mengingatkan setiap apa yang dia pernah buat kat sekolah-sekolahnya sebelum ini. Dia tahu dia nakal kat sekolah lama dulu.  Cukup-cukuplah dengan leteran daddy dan mummy. Jangan nak ditambah lagi. Boleh sakit otak kalau hari-hari ahli keluarganya nak membebel dengan sikapnya itu.
Behave kat sana.”
“Saya taulah. Tak perlulah nak ulang banyak kali. Takkan tiap kali tukar sekolah nak kena dengar benda yang sama?” Tia buat muka bosan. Dah boleh hafal setiap dialog abangnya tu. Zack mencebik.
“Saya mengingatkan.”
Tia mendengus. “Ye, saya tau.” Tia menyilangkan kedua-dua belah tangannya dan dibawa rapat ke dada. Tak suka bila kena layan macam budak kecik. Abang dia ni tak sedar ke yang adiknya ni dah 17 tahun bukan tujuh tahun? Tahulah nak jaga diri sendiri.
“Mummy dengan daddy takde untuk seminggu. Jangan nak buat perangai tak senonoh.”
“Daniel Ezaqiel, saya tahu. Saya kan adik awak yang tersayang.” Ujar Tia dan sengaja dia menekankan ayat adik dan tersayang itu. 
Zack diam. Malas hendak bertekak dengan adiknya. Bukannya dia tak tahu perangai Tia Ameena tu macam mana. 17 tahun membesar bersama-sama takkanlah perangai pelik adiknya tu dia tak khatam. Sampai dia boleh buat list perangai adiknya yang pelik tu. Semua nak kena ikut kepala otaknya.
“Abang Zack.”
“Apa?”
“Meen tahu jaga diri. Promise.” Rendah nada suara Tia. Kepalanya tunduk memandang jari-jemarinya yang bertaut sesama sendiri. Zack menarik nafas dalam-dalam.
Just to make sure. Jangan carik pasal.”
“Yelah.”
“Jangan buat musuh.” Tambah Zack lagi. Tia mendengus. Bosan mendengar ceramah tak sudah abangnya itu. Boleh tak kalau dalam sehari tak berceramah?
“Bila Meen buat musuh? Dorang yang carik pasal.” Tia membela diri. Betul apa? Orang je yang sibuk-sibuk nak cari gaduh dengannya.
Zack menjeling tajam. Tia menarik nafas panjang sebelum menghelanya keluar. “Okay, okay. I get it. Jangan carik pasal. Puas?” Tia memandang Zack dengan kening sebelah terangkat. Zack tarik senyum segaris.
Tia menghela nafas panjang sekali lagi. Okay, susahnyalah nak meyakinkan Encik Daniel Ezaqiel ni. Ketuk kepala dengan stereng baru tahu. Ala, salah kau jugak Tia Ameena. Yang kau bijak-pandai selalu carik pasal apasal? Tiap kali kau pindah ada je rekod buruk kau tu. Eh, salah diorang jugaklah nak cari pasal dengan aku. Bukan salah aku pun.
“Abang Zack…”
“Apa lagi?”
“Secret Recipe balik sekolah.”
“Botaklah saya hari-hari dengan awak.”
“Ala…kedekut.” Tia mencebik.
“Kedekut saya pun, saya belanja tau. Mintaklah abang Zaf. Asyik saya je.”
“Tu raja segala kedekut.”
Zack garu kepala. Tia buat muka mengharap di sebelah. Alahai, mak cik ni. Macamlah dia tak tahu abang-abang dia ni tak tahan dipujuk-rayu. Lagi-lagi kalau dah tayang muka nak mintak pelempang macam tu. Muka toya habis. Kopak…kopak…
“Yelah. Yelah. Tapi…”
“Jangan carik pasal. Got it!” Tia memotong sebelum sempat Zack menyambung ayatnya. Zack angguk kepala.
Good girl.”
Tia mencebik lagi. Zack melambakkan tawanya. Dan mereka kembali diam sehinggalah kereta Myvi kepunyaan Zack berada betul-betul di hadapan pagar sekolah baru Tia.

2 comments:

  1. ni cerita zaman persekolahan ehh? erk, mcm formal sgt abg dia guna 'saya-awk'.. hee no offense, kay? chill.. hanya menyampaikan apa yang terlintas di minda.. ^^

    ReplyDelete
  2. errr..abang n adik ckp guna saya-awak..mcm pelik jer bila baca..

    ReplyDelete