“OKEY Yuna, kami tunggu
kau kat luar ni ya. Good luck okey”, Zarra berpesan kepada Ayuna ketika
Ayuna beredar untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan bertulis KPLI.
“Good
luck honey!” ucap Zoey.
Dengan
perlahan Khairy mendekati Ayuna.
“Yuna, selamat maju jaya. Semoga lulus
peperiksaan ni dan dapat mengejar cita-cita kau. Sentiasa ingat yang aku, Zarra
dan Zoey sentiasa menyokong kau.” Khairy berkata perlahan.
“Terima
kasih semua. Kamu semua tunggu kejayaan aku. Walaupun bidang aku tak sama macam
kamu semua tapi aku tetap sahabat kamu sampai bila-bila.” Ayuna beremosi
menuturkan kata-kata tersebut.
Ayuna
melangkah masuk ke dalam dewan dengan penuh keyakinan. Di sinilah impiannya
bermula dan disini juga merupakan titik tolak akan hala tuju hidupnya. Ayuna
berdoa agar dipermudahkan segala urusannya.
Selesai
peperiksaan bertulis KPLI Ayuna melangkah keluar dewan dengan tersenyum. Zarra,
Zoey dan Khairy berlari menerpa ke arah Ayuna.
“Okey
tak?” laju Zarra bertanya kepada Zarra.
“Sabar,
sabar. Aku okey. Alhamdulillah, semuanya aku dapat jawab. Usaha dah, doa pun
dah, sekarang aku bertawakkal apa sahaja keputusannya nanti.” Ayuna bersuara
tenang.
“Okey
Yuna, you need to promise me. Kalaulah, aku tak mendoakan okey, kalaulah
kau tak berjaya untuk pergi next step dalam bidang ni, I really hope
you back to nature okey. Cuba ikut nasihat walid dan umi kau. Mana tahu
kut-kut kat sanalah perjuangan sebenar kau.” Pujuk Zarra sambil memegang tangan
Ayuna.
Dengan
perlahan Ayuna melepaskan tangannya dari genggaman Zarra. Dengan keluhan yang
amat berat Ayuna mengangguk bersetuju dengan cadangan Zarra itu. Zarra dan Zoey
melompat kegirangan dengan persetujuan Ayuna. Khairy turut gembira mendengar
keputusan Ayuna kerana dia tahu sekiranya Ayuna bekerja dengan umi dan
walidnya, gadis itu sentiasa akan berada dekat dengannya.
“Eh,
yang kau berdua ni happy sangat kenapa?” Ayuna bertanya sambil mencekak
pinggang ke arah Zarra dan Zoey.
“Kenapa?
Happy sangat kalau aku tak dapat jadi cikgu?” sambung Ayuna lagi.
“Happy
ye? Alamak terlebih sudah!” jawab Zarra sambil ketawa.
“Tak
de lah Yuna, of course la we all happy, andaikan kau tak dapat
jadi cikgu kau akan kerja dengan umi dan walid kau, so secara automatiknya
kau akan dekat dengan kami. Kalaulah kau jadi cikgu, mana tahu Kut-kut kau kena
hantar kat pedalaman Sabah dan Sarawak. Bukan ke jauh tu, macam mana nak shopping
sama-sama lagi.’ Sambung Zoey pula.
Tertawa
Ayuna melihat telatah rakan-rakannya. Ayuna menoleh ke arah Khairy yang hanya
diam dari tadi.
“Hah
Khai, kau tak nak tokok tambah statement dia orang ni ke?” Ayuna cuba
membawa Khairy ke dalam perbualan mereka.
Khairy
yang dari tadi hanya tersenyum dan mengangkat bahu sebagai tanda tiada komen. Suasana
diam seketika. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Tiba-tiba Khairy memecah
kesunyian.
“Eh,
jomlah balik. Tak kan nak tidur kat sini pulak kut.”
Empat
sekawan ini berjalan beriringan ke arah kereta Khairy yang terletak di tempat
letak kereta. Sepanjang perjalanan ke tempat letak kereta, empat sekawan ini
ketawa kerana melihat keletah Zarra dan Zoey yang sentiasa sahaja mempunyai
idea untuk melawak. Sambil menghidupkan enjin kereta Khairy bersuara,
“Zarra, Zoey, aku rasa next week kita orang
hantar kau orang berdua pergi uji bakat Raja Lawak okey.”
Ketawa besar Ayuna mendengar kata-kata Khairy.
Terburai ketawa empat sahabat itu tatkala mendengar kata-kata Khairy.
Hai,
tak sangka kau pun pak lawak jugak ye Khai. Desis Ayuna dalam hatinya sambil tersenyum memandang ke arah
Khairy.
“Yuna!
Yang kau senyum sorang tengok Khai tu kenapa?” tegur Zarra tatkala ternampak
Ayuna tersenyum. Ayuna kantoi tenung anak teruna orang!
Aiseh,
minah kepoh ni, perasan je aku buat apa pastu outspoken pulak
tu. Malulah aku. Getus Ayuna dalam hati sambil memandang ke arah Zarra dengan
geram. Khairy tersenyum sendirian mendengar kata-kata Zarra sambil menoleh ke
arah Ayuna disebelahnya manakala Zoey hanya ketawa menyokong kata-kata si
Zarra.
“Okey
kita nak lunch kat mana ni?” Ayuna bersuara bagi menukar topik perbualan
Zarra sebelum bertambah hangat lagi topik itu diperkatakan.
“Hai,
tukar topik ke Yuna?” Zoey pula mencelah menyebabkan muka Ayuna merah padam.
Khairy
tersenyum sambil menambah, “Sudahlah kau orang, kesian Yuna tu. Salah ke dia
tengok aku yang handsome ni, maskulin lagi tau, bukan macam kau.” kata
Khairy kepada Zoey.
“Amboi,
sentap aku tau Khai.” kata Zoey sambil menyambung, ‘Memang la aku tak maskulin
macam kau tapi aku jelita kan sayang?” kata Zoey sambil memandang ke arah Zarra di sebelahnya.
Pecah ketawa mereka berempat mendengar kata-kata Zoey.
“Kau
orang cukup merapu boleh tak? Fokus! Kat mana kita nak lunch ni? Aku dah
lapar tahap gaban ni, apabila lapar mulalah tahap humor aku lower down.”
Kata Zarra sambil buat muka lapar.
“Okey-okey,
lunch hari ni aku settle sebab kau orang dah teman aku kan.” Kata
Ayuna sambil tersenyum.
“Yes!
I love you Yuna, tapi belanja makan nasi boleh tak sebab aku lapar giler
ni.” Pujuk Zarra kepada Ayuna.
“Alaa,
kalau sushi boleh tak? Sushi pun nasi jugak kan?” Ayuna sengih sambil
menjawab pertanyaan Zarra.
“Kau
tak matilah Yuna kalau makan makanan Malaysia ni!” kata Zarra lagi kepada Ayuna
sambil mencemikkan mukanya.
“Okey
lah, Khai kita pergi makan kat Selayang. Restoran yang dekat dengan office
kau tu. Sedap juga makanan kat sana. Lauk pauk pun banyak pilihan.” Arah Ayuna
kepada Khai.
“Okey!”
balas Khairy ringkas.
“Alamak
ai, jauhnya nak pergi makan. Mati kebuluranlah aku kalau macam ni.” Zarra
berbisik kepada Zoey sambil disambut dengan ketawa Zoey.
“Alah,
kau tak kan matilah Zarra setakat nak pergi Selayang tu, bukan jauh mana pun
Selayang tu. Khai kan racer, pejam mata dah sampai Selayang tu.” Balas
Ayuna tersengih.
“Kau
tengah kenyang sebab kerjaya impian kau akan jadi kenyataan memang lah buat kau
rasa kenyang Yuna. Aku ni dah lah tak sempat nak breakfast pagi tadi
pastu tunggu kau exam dah berapa jam, mahu tak kebulur aku macam ni.” Zarra menjawab perlahan sambil membuat muka
kasihan.
“Eh
Yuna, kenapa kau suka sangat bidang pendidikan khas ni. Aku tengok macam tak
sesuai je kau ni nak jadi cikgu sebab style kau lebih kepada macam wanita
korporat gitu macam umi kau.”
Zoey bertanyakan Ayuna kerana sepanjang
mengenali Ayuna sejak dari zaman persekolahan lagi Ayuna tidak menunjukkan
sebarang minat terhadap bidang pendidikan. Seingat Zoey lagi Ayuna mula
menunjukkan minat terhadap bidang pendidikan sejak mereka mula mengisi borang
penempatan ke universiti. Zoey seakan pelik kerana Ayuna tidak memilih untuk
belajar di luar negara tetapi hanya melanjutkan pelajarannya di Universiti
Malaya tidak seperti mereka bertiga.
Pada
ketika itu Khairy telah melanjutkan pelajarannya di Jepun, manakala Zoey dan
Zarra telah memilih universiti yang sama di Munich of University, Australia.
Namun pada masa itu mereka berpendapat bahawa Ayuna tidak mahu berjauhan
daripada keluarganya sehingga menyebabkan dia memilih untuk belajar di dalam
negara sedangkan keputusan peperiksaan Ayuna adalah yang terbaik di antara
mereka berempat.
Ayuna
terdiam sejenak. Dia menunduk memandang ke lantai kereta Mitsubishi Lancer
milik Khairy. Sesekali kelihatan kaki Ayuna menguis-nguis karpet di lantai
kereta Khairy. Sambil menghela nafas yang panjang Ayuna mengangkat wajahnya dan
berpaling ke arah Zoey yang berada di tempat duduk belakang kereta.
Zoey
memandang Ayuna dengan perasaan yang serba salah kerana bimbang pertanyaannya
itu menggores perasaan sahabatnya Ayuna.
“It’s
okey Yuna kalau kau tak ready nak jawab soalan aku tu, anggap sahaja
soalan bodoh yang tak pernah aku tanya.” Zoey berkata perlahan sambil memandang
ke wajah Ayuna.
“Ish
kau ni Zoey, ada pula macam tu. Tak de maknanya soalan kau tu bodoh cuma
aku yang bodoh ni tengah memikirkan good ways to explain kat kau tentang
perasaan aku terhadap bidang ni.” Ayuna berbicara tatkala merasakan Zoey berasa
bersalah terhadap soalan yang diutarakan kepadanya.
“Hah!
Tahu kau goyang Zoey, takut juga kau erk kalau si Yuna ni kecik hati dengan
kau.” Zarra menembak Zoey. Terletus ketawa kecil Ayuna tatkala mendengar
kata-kata Zarra.
“Okey,
macam ni lah, biar Yuna explain masa kita makan nanti. Kita pun dah
sampai ni. Aku tengok perut Zarra macam dah rabak je tak dapat makanan lagi.” Kata
Khairy mencelah perbicaraan antara Ayuna, Zarra dan Zoey.
“Itu
aku setuju!” laju Zarra bersetuju sambil tangannya laju membuka pintu kereta
Khairy.
Dengan
langkah yang panjang Zarra dengan lajunya memasuki ke dalam Restoran Ulam
Kampung. Sepantas itu juga Zarra terus mengambil makanan di meja bufet yang
telah disediakan kepada pelanggan untuk mengambil dan memilih pelbagai jenis
lauk-pauk untuk makan tengah hari. Setelah selesai mengambil makanan, empat
sahabat baik ini memilih untuk duduk di tempat yang agak jauh dari orang ramai
yang kelihatan sesak. Restoran ini memang terkenal dengan masakan kampung dan
menjadi tumpuan bagi penduduk kota untuk makan tengah hari. Selesai pelayan
mengambil order minuman mereka, Zoey memecah kesunyian antara mereka
yang sedang leka menikmati makan tengah hari itu.
“Yuna,
tadi kata nak cerita pada kami macam mana kau boleh meminati bidang pendidikan khas
ni?” Zoey terus bertanya dengan penuh minat.
“Eh,
belum cerita lagi ke?” Ayuna berpura-pura terlupa.
“Kau
ni Yuna, cepat betul nyanyuknya.” Tokok Zarra sambil menyuapkan nasi ke
mulutnya.
“Alah,
gurau sikit pun dah tak boleh. Cepat sangat touching budak lapar ni.” Gurau
Ayuna kepada Zarra pula.
“Aku
pun tak tahu sebenarnya macam mana aku boleh tersyok pulak nak jadi
cikgu kanak-kanak istimewa ni tapi mungkin Allah nak tunjukkan kat aku sesuatu
yang akan berada di masa hadapan aku, insya-Allah.” Ayuna menyambung lagi.
“Sebenarnya,
masa kita masing-masing nak melanjutkan pelajaran di universiti dulu pun, aku
memang dah nak apply bidang pendidikan khas ni tapi masa tu umi dan
walid aku halang. Kau orang semua pun tahu akan hal itu kan dan seperti yang
kau semua sedia maklum juga aku terpaksalah lanjutkan pelajaran dalam bidang
ekonomi ni. Satu perkara yang aku tak pernah bagi tahu kau orang sebab sebenar aku
belajar kat sini sahaja adalah disebabkan oleh kurangnya minat aku terhadap
bidang tu so buat apa aku habiskan duit untuk belajar kat overseas.
Mana tahu kut-kut kandas pelajaran aku dalam bidang ekonomi tu tak le rugi duit
je pergi belajar jauh-jauh.” Panjang lebar Ayuna memberi keterangan sambil
menguis-nguis nasi dalam pinggan dengan menggunakan sudunya.
“Oh,
kenapa kau tak pernah beritahu kami bertiga fasal hal ni. Mati-mati kita orang
ingat kau tak mahu berjauhan dengan walid dan umi kau.” Zarra mencelah.
“Dah
kau orang tak pernah tanya, so aku expect kau orang dah tahu lah reason aku belajar
kat sini je.” Ayuna menjawab kata-kata Zarra.
“Tapi
Yuna,’ Zoey secara tiba-tiba bersuara.
“Aku
belum dapat jawapan pada soalan aku tadi.” Kata Zoey sambil menyedut air laici
dihadapannya.
“Eh!
aku belum jawab ke?” Ayuna bertanya semula kepada Zoey.
“Ya
Allah, apa ke masalahnya dengan kau ni Yuna. Sejak bila pulak kau dah
jadi extra nyanyuk ni.” Zarra mencelah lagi.
Khairy
yang dari tadi hanya menjadi pendengar dan pemerhati setia mula menyampuk.
“Sudahlah
tu Zoey, Zarra. Dari tadi kau orang asyik menyampuk macam mana Yuna nak
habiskan cerita dia.” Khairy bersuara perlahan.
“Ish
kau ni Khai, asyik back up Yuna je kerja kau kan!” Zarra bersuara sambil
menjelir lidahnya ke arah Khairy.
“Iye,
iye, aku sambung cerita aku ni.”
Ayuna berkata lagi sebelum menyambung kembali
ceritanya.
“Sebenarnya
selepas sahaja tamat SPM, syarikat umi dan walid aku ada terlibat dengan
kerja-kerja kebajikan dengan membuat landskap taman mini secara percuma di
setiap rumah kebajikan yang terpilih. Salah satu tempatnya adalah di rumah
kanak-kanak istimewa down syndrome. Tamat sahaja projek membuat landskap
taman mini kat situ, umi dan walid dijemput untuk merasmikan taman mini tu.
Kebetulan umi dan walid bawa aku bersama-sama dia orang untuk merasmikan taman
itu. Pada masa itulah hati aku mula tersentuh melihat kanak-kanak istimewa di situ
bukannya tersentuh melihat kebajikan yang dibuat oleh walid dan umi aku.
Sementara menunggu walid dan umi aku berbual-bual dengan pengerusi rumah
kebajikan itu, aku didekati oleh seorang kanak-kanak down syndrome bernama
Alyssa. Budak tu comel sangat tapi sayangnya dia dibuang oleh keluarganya
kerana kecacatannya. Dia sangat bijak berbicara walaupun tutur katanya tidak
berapa aku fahami. Menurut penjaganya di pusat itu, Alyssa selalu menyatakan
bahawa dia ingin ke sekolah tetapi tidak dapat mereka penuhi kerana tidak
banyak sekolah yang menawarkan perkhidmatan pendidikan khas kepada
murid-muridnya yang istimewa. Menurut penjaga pusat itu lagi, di pusat itu
Alyssa turut diberi pendidikan tetapi ia hanyalah terhad kepada perkara-perkara
asas seperti pengurusan diri sahaja. Menurut pandangan aku sendiri, aku dapat
rasakan yang Alyssa teringin untuk bersekolah seperti kanak-kanak lain dan
belajar didalam kelas seperti kanak-kanak sihat yang lain tetapi…,’ Ayuna
terhenti seketika. Kelihatan matanya berkaca-kaca seperti memendam perasaan
yang sangat berat.
Zarra
lantas memegang tangan Ayuna dan bertanya,
“Apa
yang terjadi pada Alyssa?”
Zarra
yakin sesuatu yang buruk telah berlaku
ke atas Alyssa sambil tangannya terus mengusap-usap tangan Ayuna supaya
sahabatnya tabah. Zoey dan Khairy hanya senyap sambil terus memandang ke arah
Ayuna untuk mengetahui kisah selanjutnya mengenai Alyssa.
Ayuna
mengangkat wajahnya dan dihela nafasnya yang panjang. Dengan kekuatan yang
diberikan oleh Zarra dia menyambung kembali ceritanya.
“Selang
seminggu selepas berkenalan dengan Alyssa, dengan keizinan walid dan umi aku
minta Pak Jusoh hantar aku ke sana untuk bertemu Alyssa. Aku ke sana dengan
membawa buku-buku untuk Alyssa mula belajar dan mencapai cita-citanya untuk ke
sekolah tapi sungguh aku tidak menyangka yang Allah lebih menyayangi Alyssa.
Menurut Puan Rosnah, pengerusi di rumah kebajikan itu Alyssa hilang pada
keesokan harinya selepas bertemu aku. Rupa-rupanya disebabkan oleh kata-kata
rangsangan daripada aku agar dia mula belajar supaya dapat pergi ke sekolah
telah menyebabkan dia keluar secara curi-curi untuk ke sekolah sehingga dia
dilanggar oleh sebuah kereta ketika cuba untuk melintas jalan untuk masuk ke
kawasan pagar sekolah di seberang jalan.” Ayuna menamatkan ceritanya dengan
juraian air mata yang semakin laju.
“Yuna,
kenapa kau tak pernah kongsi dengan kami tentang hal ini. Selama ini kau
ceritakan semua masalah kau pada aku walaupun jarak antara Australia dan Malaysia tu jauh. Kenapa
masa kita berada hanya sejengkal jauhnya kau tak kongsikan perkara ini pada
kami. Kenapa kau pendamkan seorang diri?” tanya Zarra dalam tangisan.
Tangisan
dua sahabat itu terhenti tatkala Khairy bersuara,
“Yuna! aku Mohd Khairy Adzran bin Mohd Azrul
bersama Zahrah Aqilah binti Zahreel dan Syed Zakrel Qusyaidel bin Syed Qalbu
sebagai sahabat karib kau berjanji akan berkongsi segala suka dan duka kau dan
paling penting sekali akan membantu kau merealisasikan impian kau untuk menjadi
guru pendidikan khas demi Alyssa.” Khairy berjanji kepada Ayuna.
“Fuh!
Mantap gila ikrar kau tu bro tapi kau janganlah sebut kuat sangat nama Syed
Qalbu tu, unik tahu nama tu, bukan semua orang mampu memilikinya.” Gurau Zoey
bagi memecahkan suasana suram yang mengelilingi mereka.
“Entahnya
si Khai ni. Kagum pulak aku tengok dia ni.” Zarra pula menyampuk. Akhirnya terletus ketawa
empat sahabat ini dan Ayuna kembali ceria seperti sediakala.
No comments:
Post a Comment