Friday, 23 August 2013

Sungguh, Aku Jatuh Hati (Bab 2): Zarra Zuyyin


ADUS... kenapa rasa panas semacam aje muka aku ni? Aku telan liur. Kesat. Takkan tak reti-reti kut. Aku ni dah serupa tomato man, merah semacam aje muka.
“Err..bos…” dah gaya pasangan berkasih pulak berbisik ni. Tuan insiyur masih lagi diam. Hanya matanya sahaja yang tajam merenung. Ni apa kes, gaya tenung anak dara orang macam tembus sampai ke hati pulak. Dia sedar ke tidak? Ni aku bukan tunang dia.
Organ-organ dalaman aku dah macam berhimpit sakan. Sikit lagi memang patah riuk kut jadinya. Pinggang sudah melengkung ala-ala penari balet ais dekat Mid Valley.
“Err… bos… lepaskan saya.” Pinta dengan penuh sopan. Macam banyak aje mata yang memandang kea rah aku dengan tuan insiyur. Karang game EPL ke mana aku ke mana.
Takkan sampai nak kena ketuk kepala kut. Aku jadi resah. Detak hati sudah  berlagu sumbang. Haisy, boleh koma aku macam ni. Oksigen tak sampai ke otak.
“Betul nak saya lepaskan?” Tanya tuan insiyur, juga dalam keadaan berbisik-bisik. Aku angguk. Memang muat-muatlah badan aku terlekap dengan badan dia. Kenapa rasa macam hero dengan heroin Winter Sonata scene romantis di Pulau Nami penuh salji putih tu. Aku? Tuan insiyur?
Rasa nak ketuk kepala sendiri. Sungguh, otak sudah fikir perkara luar alam. Melangkau sempadan kewarasan. Okeylah tu, kome kan nak lari daripada mamat Pakistan, alih-alih terpeluk teruna Melayu!
Tangan aku masih lagi lekap di dada. Tangannya melingkari pinggang aku. Lencun baju aku dengan peluh tanpa jantina. “Lepaslah.” Gumamku perlahan. Mataku mencerun pada wajah berjambang nipis itu. Dan renungan mata ais beku tahap antartika. Langsung tiada riak.
“Okey… as your wish.”
Bedebuk!!!
Tangan pantas menggosok pinggul yang sengal. Muka aku pandang tuan insiyur. Bibirnya senget sebelah. Muka, masih lagi selamba. Langsung tiada rasa bersalah. Kurang asam punya bos. Serentak itu, bunyi ketawa pecah di sekeliling membuatkan aku rasa macam mahu sumpah tuan insiyur jadi katak aje!

 

APALAH yang dikejar sebiji bola tu?”
Ujar tuan insiyur selamba sahaja sambil menyisipkan straw dalam mulutnya. Aku dah terdiam. Nak menjawab karang jadi lain pulak. Yang si Dijah, Fida dengan Umi mata tu masih lagi di skrin besar tu. Dah la menumpang meja tuan insiyur, jadi buat adat menumpang ajelah. Cerita aku tadi yang terkulat-kulat akibat terpeluk anak teruna orang, alih-alih ni siap tumpang meja dia pulak. Haih. Nak menjerit dan bersorak sakan pun rasa segan pulak. Sebab bos sendiri kut. Muka yang aku kena mengadap lima hari seminggu, lapan jam sehari. Kalau terlepas laku silap haribulan memang boleh jadi bahan dekat pejabat pulak.
Malam ni Liverpool main dengan strategi formulasi 4-4-2. Suarez sedang bersungguh-sungguh mengejar bola. Gerrald pula sambut bola. Tendang terus masuk kawasan penalti Red Devils. Bakal buat tendangan. Kali ini pinggan yang terisi roti dhoom aku tolak ke tepi. Sikit aje lagi tu. Bersorak sakan sudah semua penyokong Kops dengan Red Devils.
Sempat aku jeling lelaki di depan aku. Tuan insiyur masih lagi dengan aci selamba dia.
“Padahal bola tu sebiji. Buat penat aje.”
Adeh, ni yang payah bila semeja dengan orang tak minat bola. Tapi aku buat-buat pekak. Sekali Dijah dengan Fida menjerit, aku dah terasa nak menjerit jugak. Tapi, bila terpandang mata tuan insiyur yang menjeling ke arah aku, terus niat terbatal.
Tu gaya nak mengata aku lah tu.
“Jarang jumpa orang perempuan yang fanatik dengan bola.”
Okey, tarik nafas Nani. Dia tak sebut nama kome, jadi anggap aje pendapatnya itu adalah random. Boleh aje dia tuju pada Dijah, Takpun Fida. Atau Umi barangkali.
Gelas air dibawa dekat. “Budak-budak enjin ni memang keras lakunya. Suka tengok bola macam ni. Sukan yang ganas-ganas. Entah-entah, pakai kain batik pun tak reti.”
Wah, kali ini aku rasa tuju tepat dekat aku. Siapa lagi budak enjin dekat meja ini. Aku je!  Fanatik ker aku? Rasanya belum sampai tahap fanatik lagi kut. Sekadar minat aje. Itupun terjebak sebab Yeop Adwa yang perkenalkan aku dengan dunia bola ni. Selalu temankan Yeop Adwa tengok bola, entah bila boleh aku pula yang tersuka dengan sukan bola sepak. Tapi, rasanya tak pelik kut bila orang perempuan minat dengan bola sepak. Penuh aje stadium tu dengan orang-orang perempuan. Yang penting pandai-pandailah jaga adap dan susila.
Dan apa kaitan pula dengan reti pakai kain batik atau tak? Bersimpul neuron aku mencari kesepadanan antara bola dengan kain batik.
“Terjerit, terlolong, bersorak sakan.. Haih..” Gumam tuan insiyur perlahan.
Membara dah rasa dekat dalam hati aku.
Rasa macam berasap dah telinga yang mendengar.
Mata ni sikit lagi keluarlah laser macam Superman tu.
Aku betulkan duduk di kerusi. Menarik gelas sederhana besar yang terisi dengan air tea tarik. Kemudian meneguk, sekadar membasahkan tekak. Tuan insiyur masih lagi dengan aci selamba dia tu.
“Bos…” mata yang tadi menala ke skrin putih aku kalihkan ke arah mamat yang tak minat bola di sebelah aku ni. Bila pandangan mata kami bertembung, aku pulak jadi macam was-was nak membetulkan persepsi dia tentang orang perempuan yang minat bola sepak ni.
“Bos, tahu sebab apa bola tu kena sebiji aje?” tanyaku perlahan. Dia jongket kening kirinya. Tu gaya sarkastik, tau sangat dah.
Aku berdehem. Membetulkan alur suara.
“Sebab pintu gol pun satu aje. Penjaga gol pun sorang aje.” Tengok! Dia main loyar buruk pulak dengan aku. Hangin betullah! Tuan insiyur ketawa kecil. Haih, siap mencemik lagi tu.
“Dan tahu sebab apa 22 orang pemain kejar satu bola aje?” okey, aku pulak mahu tambah rencah.
Bola-bola si bola bulat, loyar buruk jangan ngelat! Falsafah hidup aku.
Tangannya menggendang meja. “Kalau kejar dua biji bola, bukan football lah namanya tu.” Haah! Asbestos betullah bos aku ni. Memang patut kena saman dengan International Federation of Association Football aka FIFA. Baru padan muka!
Aku buat muka. Cepat-cepat pandang ke lain. Rasa malas dah nak melayan tuan insiyur tu.
“Awak tahu tak?” Okey, balas servis nampak tuan insiyur ni.
“Sebiji bola tu orang kejar untuk dapatkan satu kemenangan. Macam cinta jugak. Orang kejar satu cinta sejati untuk dapatkan kebahagiaan abadi.” Haih, apa melalut pulak bos aku yang sorang ni.
Huh...Tadi, bola dengan kain batik. Sekarang, bola dengan cinta?
Adus… apa kena dengan bos aku sorang ni.
“Bos, bola dengan cinta mana ada signifikan pun.” Gumamku rendah.
“Beribu orang malah berjuta sanggup mengejar sebiji bola. Macam tu juga, berjuta pasangan mencari satu cinta iaitu cinta sejati. Dan bukan semuanya berjaya dapat cinta sejati. Sebab tu ada try and error.”
Kali ini tuan insiyur meletakkan tangan di atas meja. Menongkat mukanya. “Cinta tu macam bola lah jugak. Disepak ke sana ke sini. Bila dah masuk gol barulah dapat satu kemenangan. Cinta pun macam tu jugak. Bila dah masuk gol hati yang betul, baru akan dapat kebahagiaan.”
Rasa nak menggaru-garu kepala aje. Biar betul bos aku ni. Bola dengan cinta? Macam tak kena aje.
“Sebab tu awak boleh jatuh cinta dengan bola.” Pulak... Aku mencemik padanya.
“Ker sebab pemain dia kacak?” kali ini aku rasa nak jelir lidah padanya. Daripada bola, merewang ke kain batik. Sekarang sangkut ke wajah pulak. Kena sampuk angin malam ker bos aku sorang ni.
Aku ni memang payah sikit nak buat analisa wajah orang. Pada aku cukup sekadar sedap mana memandang. Kalau tanya hensem ker kacak ker memang aku surrender awal lagi. Lama aku diam. Separuh masa kedua sedang berlangsung. Tapi, fikiran sudah menerawang entah ke mana. Hailah aku ni mulalah nak masuk memory line shoot. Adeh.
“Dah sampai mana?” tersentak. Baru perasan penyokong Kops tengah bersorak sakan, bila masuk lagi sebiji gol.
Aku pandang tuan insiyur. “Bola dan cinta.” Aku ulang ayat itu.
Tuan insiyur sengih mengusik. “Awak kena turun site kalau macam ni.”
Haih, pasal bola dengan cinta aku kena turun site. Relevan ker?
Site mana?”
Tu muka memang minta kena siram dengan tea tarik. “Site hati.”
Huh..”Projek mana pulak?” geram sebenarnya.
“Projek mencari bahagia.”
“Bila tender?”
“Sejak azali.”
Tak mau juga kalah.”Sebut harga?”
“Siapa berusaha, dia akan dapat cinta sejati.”
Roti Dhoom yang masih panas itu aku cubit lalu cicah dengan kuah. Laju aku menyuap ke dalam mulut. Rasa nak mengunyah roti dhoom ini bagi lumat-lumat, seumpama aku mengunyah tuan insiyur.
“Nani….” Panggil Dijah membuatkan suapan aku terhenti. Aku jungkit kening. Apa hal pulak kawan aku sorang ni? 
“Hang cicah kuah apa?” Tanya Dijah. Erk… ini?
“Kari kambing,”jawab tuan insiyur dengan selamba. Mukaku dah cuak.
“Nani…”
“Hai, takkan minat pemain kacak sampaikan selera makanpun nak berkeju segala?”
Aku mendengus geram. Suku bahagian roti dhoom aku cicah dengan kari kambing yang masih lagi bersisa dalam mangkuk sedang di depan aku. Tangan membawa ke dalam mulut. Jelingan Dijah, Fida dan Umi aku tidak pedulikan. Hati tengah panas. “Nani..jangan cari penyakitlah.” Mangkuk berisi kari kambing itu ditolak Dijah. Matanya menjegil kepadaku.
Aku bingkas bangun. “Nak balik.”
Sorotan mata tuan insiyur aku biarkan sahaja. Langkah kaki makin laju meninggalkan Dijah yang masih berurusan di kaunter pembayaran. Perut kian bergelodak. Rasa kian mencucuk.
Kome, memang sengaja cari pasal! Dan aku tahu natijah yang bakal menanti bila aku melanggar pantang yang satu ini.
Kambing dengan Nuradelia Hanani bukan jodoh yang serasi!

4 comments:

  1. huish... bila mau publish ni. xsabar nk tau apa jd dgn tuan insyuir lps kes kena tikam tu. Harap dia selamat la. Dah la pengantin baru, menangis tak blagu la pengantin perempuan. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak baca part tuan insiyur kena tikam tu kat mana?dah try cari tapi tak jumpaa..:((

      Delete