TRUTT… TRUTT…, Telefon berdering
mematikan lamunan Ayuna. Ayuna Amani seindah namanya, begitu juga empunya diri.
Anak tunggal kepada pasangan Encik Akmal dan Puan Aryana ini memiliki segala-galanya
dari segi paras rupa, harta benda dan budi bahasa. Tetapi sayangnya Ayuna tidak
dapat memiliki kasih sayang walid dan uminya kerana kesibukan mereka dengan
urusan perniagaan. Dengan langkah yang kemalasan Ayuna melangkah ke meja
soleknya. Dilihatnya pada skrin telefon pintar Blackberry nya tertera
nama sahabat baiknya Zarra.
Hmmm, mesti nak ajak pergi shopping
ni. Ngomel Ayuna, lalu Ayuna menekan butang answer.
“Helo
Zarra, sales kat mana pulak kali ni?” Ayuna terus bertanya kepada
Zarra tanpa menunggu Zarra bersuara.
Kedengaran
tawa halus Zarra di hujung talian. “Haha,
macam tahu-tahu je kau ni kan Yuna. You know me very well babe!” kata Zarra. “Jom pergi Pavilion, ada saleslah”,
sambung Zarra lagi.
“Hmmm,
aku malaslah Zarra, tak tahu kenapa tak de mood nak shopping pulak.
Maybe next time okey!” jawab
Ayuna acuh tak acuh.
“Hish,
kau ni kenapa Yuna? Biasanya kalau dengar perkataan sales je
melompat kau nak pergi, ni boleh pulak tak de mood. Confuse
aku!” usik Zarra.
“Entahlah
Zarra, aku rasa macam tak sedap hati je hari ni. Macam ada yang tak kena
je dengan aku.” Luah Ayuna lagi.
“Kau
ni tak sihat ke Yuna? Semacam je aku rasa peliknya.” Ngomel Zarra.
“Ish,
aku sihatlah, cuma rasa tak sedap hati, tu je.” Balas Ayuna malas mahu
memanjangkan cerita.
“Okeylah
kalau macam tu, aku pergi dengan Khairy dengan Zoey ajelah hari ni. Kalau kau rasa nak join kita orang
just give me a call, okey.” Pesan Zarra pada Ayuna.
“Okey,
thanks for understanding my dear, bye!” Ucap Ayuna.
Ayuna
meletakkan kembali Blackberry nya di meja solek lalu dia melangkah
menuju ke balkoni biliknya. Ruang balkoninya kelihatan sangat cantik dan
mendamaikan. Berhadapan dengan taman mini yang dihiasi pelbagai warna bunga ros
kesukaan Ayuna dan sebuah gazebo cukup mendamaikan jiwa Ayuna yang tidak
keruan. Taman mini itu dibina sendiri oleh walid dan umi Ayuna sebagai hadiah sempena
tamat pengajiannya dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya dan ia di selenggara
rapi oleh tukang kebun mereka. Bilik Ayuna juga direka dan dihias cantik ala
Arabian oleh walid dan uminya yang menjalankan perniagaan rekaan hiasan
dalaman.
Ayuna
berasa sangat kesepian. Banglo dua tingkat mempunyai enam bilik tidur itu
kelihatan benar-benar sepi. Walid dan uminya sudah seminggu ke Indonesia atas
urusan perniagaan mereka. Yang tinggal di banglo itu hanyalah Ayuna bersama
pembantu rumahnya Mak Nab dan suaminya Pak Jusoh yang bekerja sebagai tukang
kebun dan merangkap pemandu keluarganya sekali sekala. Ayuna benar-benar kesunyian
tambahan pula dia tidak mempunyai adik beradik. Ayuna hanya mempunyai Zarra,
Khairy dan Zoey yang akan sentiasa menemaninya dikala dia kesepian. Namun, hari
ini Ayuna tidak berasa ingin berkongsi kesepian bersama mereka bertiga.
‘Hurmm…’
berat kedengaran keluhan Ayuna seperti berat hatinya pada waktu itu. Ayuna
melangkah menuju ke meja belajarnya. Ditenungnya notebook kepunyaannya sedalam-dalamnya.
Hari ini genap enam bulan Ayuna menamatkan pengajiaannya. Seingat Ayuna dia
masih belum memohon sebarang pekerjaan. Ayuna masih teringatkan pesanan
walidnya.
‘Yuna, walid tak mahu Yuna bekerja dengan
orang lain. Empayar perniagaan walid dan umi dah semakin membesar. Walid dan
umi cuma ada Yuna sahaja untuk menguruskannya. Lagipun, sebesar mana sangat
gaji seorang guru jika dibandingkan dengan gaji yang akan Yuna dapat apabila ambil
alih syarikat walid kelak.’ Keras Encik Akmal memberi amaran.
Luluh
hati Ayuna tiap kali teringatkan amaran walidnya. Semalam, tatkala keluar
membeli belah bersama Zarra, Khairy dan Zoey, Ayuna sempat singgah ke Bank
Muamalat untuk membeli pin permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Hati
Ayuna begitu kuat untuk menjadi seorang pendidik pelajar pendidikan khas tetapi
halangan walid dan uminya terlalu kuat dan payah untuk Ayuna belakangi. Ayuna
mengambil bidang ekonomi di Universiti Malaya atas desakan walid dan uminya
sedangkan Ayuna turut mendapat tawaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris
dalam bidang pendidikan khas.
Ayuna
terduduk di bucu katil, mengenang kembali perjalanan hidupnya yang begitu
sukar. Sesekali terdetik di hati Ayuna kenapa dia harus dilahirkan sebagai anak
walid dan uminya yang begitu mementingkan kebendaan.
Ayuna
tekad, sudah dua puluh dua tahun Ayuna menuruti segala kemahuan walid dan
uminya. Tidak sesekali pernah Ayuna menyangkal keputusan yang dibuat oleh walid
dan umi untuk dirinya. Hari ini, biarlah Ayuna sendiri yang menentukan hala
tuju kehidupannya di masa akan datang. Bagi Ayuna mencapai cita-citanya sebagai
seorang guru pendidikan khas amatlah penting dalam hidupnya.
Ayuna
melangkah menuju ke meja belajarnya. Dibuka notebook nya dan dilayari
laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan berhati-hati Ayuna mengisi
permohonan untuk menjadi guru pendidikan khas. Selesai mengisi permohonan
tersebut Ayuna tersenyum puas lalu dicapai blackberrynya dan mendail nombor
telefon Zarra.
“Babe,
you all kat mana? I nak join you all, okey tak?” sapa
Ayuna dalam kegembiraan.
“Hek’eleh,
cepatnya kau pulih dari murung kau tu. Ingat kau nak murung sampai tahun depan.
Hurmm, kita orang dah dekat Pavilion ni, kalau nak join cepat
sikit datang, nanti habis semua pakaian kat sini aku beli!” jawab Zarra sambil
ketawa.
Ayuna
menggelengkan kepalanya sambil meletakkan telefon bimbitnya di meja solek.
Zarra yang dikenali sejak di bangku sekolah menengah memang terkenal dengan
sifat kelakarnya dan sifat itulah yang menyebabkan Ayuna amat senang bersahabat
dengannya dan Zarra seorang yang sangat memahami akan situasi Ayuna.
“HELO! Kau orang kat mana ni.
Dah penat aku menapak seluruh Pavilion ni tapi bayang kau orang pun aku tak
nampak.” Rungut Ayuna.
“Laa,
kau dah sampai ke Ayuna? Tak dengar pun bunyi jet kau landing kat rooftop
sini?” Zarra mula melawak.
“Eee…
main-main pulak dia. Kau orang kat mana ni? Aku balik karang!” ugut
Ayuna.
“Hahaha,
okey laa kalau nak balik. Hahaha. We all dekat Starbucks ni, si Zoey ni
penat pulak katanya, nak rest dulu.” Adu Zarra.
Ayuna
melangkah masuk ke Starbucks dan menuju ke meja Zarra dan rakannya dengan
senyuman. Zarra yang melihat Ayuna yang masuk ke kafe tersebut dengan senyuman
berasa sangat hairan.
Aik,
minah ni pagi tadi bukan main emo ni dah senyum-senyum sumbing apahal pulak.’
Getus hati Zarra tatkala melihat Ayuna.
“Happy
nampak! Kena nombor ekor ke?” seloroh Zarra tatkala Ayuna melabuhkan punggung
di kerusi sebelahnya.
“Hurmm,
memandai je kau ni Zarra. Tak de
maknanya aku nak beli benda haram tu. Duit walid dengan umi aku pun banyak lagi
untuk aku berbelanja.” Tukas Ayuna
sambil ketawa.
Zoey
ketawa mendengar celoteh Zarra yang tiada henti mengusik Ayuna. Khairy yang
sejak tadi diam memandang Ayuna dengan mendalam. Sesak dihati Khairy tidak
dapat dibendung. Menatap wajah manis Ayuna yang bertudung amat mendebarkan
hatinya. Sudah bertahun Khairy memendam perasaan terhadap Ayuna tetapi tidak
pernah diluahkannya bimbang merosakkan persahabatan mereka yang telah sekian
lama.
“Hai
Khai, yang kau tenung Yuna macam harimau nak baham kambing tu apahalnya? Kau
lapar sangat ke sampai nampak Ayuna macam nampak kambing panggang je.”
usik Zarra lagi.
Khai
yang terkejut dengan teguran Zarra terus mengalihkan pandangannya ke arah Zoey.
Ayuna yang terkejut mendengar usikan Zarra ketawa yang dibuat-buat bagi
menghilangkan rasa malunya dan Khairy. Zoey dan Zarra turut ketawa tatkala
melihat Ayuna ketawa.
“Ketawa
tu ketawa la juga, jom la kita pergi menggores kad lagi. Penat aku dah hilang
ni.” Ajak Zoey.
“Alah,
aku belum minum lagi.” Rengek Ayuna. ‘
“Tak
de maknanya kau nak minum, jom cepat! Prada, Gucci, Versace, Bulgari,
semua tengah tunggu aku tu.” Ngomel Zoey dengan gaya seorang perempuan sejati.
Ketiga-tiga sahabat itu tergelak besar melihat telatah Zoey yang sememangnya seorang
yang lembut.
Zarra
dan Zoey melangkah laju masuk ke Butik Bulgari meninggalkan Ayuna dan Khairy di
belakang. Mereka berjalan beriringan sambil membuntuti Zarra dan Zoey yang
gilakan shopping.
“Erm,
kau dah isi ke permohonan KPLI tu Yuna?” Khairy bersuara memecah kebisuan
antara mereka.
“Sudah!” sepatah Ayuna menjawab. Ayuna
memahami gelodak dihati anak muda kacukan Cina-Melayu itu.
Khairy
dikenalinya sejak di zaman sekolah menengah bersama-sama dengan Zarra dan Zoey.
Khairy seorang yang pendiam dan mempunyai wajah yang bersih dan kacak. Semasa
di bangku sekolah banyak pelajar perempuan yang menggilai Khairy tetapi
seingatnya tidak pernah seorang pun yang dilayannya. Kebanyakan masa Khairy
dihabiskan bersama Ayuna, Zarra dan Zoey. Khairy telah melanjutkan pengajiannya
di Jepun dan bekerja sebagai Eksekutif di Public Bank. Berbeza dengan Ayuna,
ketiga-tiga sahabatnya itu meminati bidang perbankan dan berkhidmat sebagai
Eksekutif di bank-bank di ibu kota.
“Yuna!”
panggil Khairy. Ayuna menoleh ke arah Khairy dan mata mereka bertentangan
seketika. Ayuna mengalihkan pandangan dari mata Khairy.
“Yuna!”
panggil Khairy lagi tetapi kali ini dengan lebih lembut seolah-olah berbisik di
telinga Ayuna.
“Kenapa?”
tanya Ayuna tetapi kali ini dia tidak menoleh ke arah Khairy.
“Tak
de apa-apa. Aku tengok kau macam berangan je. Berangan
kat aku ye?” Khairy menduga Ayuna.
Ayuna
tersengih menunjukkan giginya yang putih dan tersusun rapi sambil menjawab, “Tak
de maknanya Khai!” lalu Ayuna melangkah laju menuju ke Butik Bulgari.
“Kau
orang berdua dating ke lambat sangat masuk sini. Habis semua barang Zoey dah
beli.” usik Zarra tatkala melihat Ayuna dan Khairy melangkah masuk ke dalam
Butik Bulgari.
“Memang
kita orang dating pun!” bersahaja Khairy menjawab. Bulat mata Zarra dan Ayuna
tatkala mendengar jawapan bersahaja Khairy.
“Ala,
apa salahnya kalau mereka dating Zarra. Kita pun dating jugak kat sini
kan? Secocok apa kita berdua ni, Zarra, Zoey! Hobi pun sama, shopping!”
Zoey pula bersuara. Meletus ketawa empat sahabat itu mendengar jawapan Zoey.
AYUNA menghempas tubuhnya ke
katil. Terasa seluruh badannya amat lenguh terutamanya dibahagian kakinya.
Seluruh ceruk Pavilion mereka berempat jelajahi. Kaki Ayuna terasa
berdenyut-denyut kerana berjalan seluruh Pavilion dengan bertumit tinggi. Tit… tit…
Pesanan ringkas SMS masuk ke telefon Ayuna. Dengan perasaan malas Ayuna mengambil
telefonnya di dalam beg tangannya dan melihat pesanan tersebut.
Ayuna,
thanks for spending your time with us! sangat
ringkas pesanan yang diterima dari Khairy.
You’re
most welcome!
seringkas itu juga Ayuna membalas.
Hurmm Khairy, muka kau memang handsome!
Tapi sayang hati aku ni memang pelik. Aku tak suka orang yang handsome. Aku
tak suka orang yang metroseksual macam kau! Aku suka lelaki yang simple je!
Pelik kan? ngomel Ayuna seorang diri.
Ayuna
bingkas bangun menuju ke bilik air tatkala melihat jam sudah berganjak ke pukul
enam petang. Sesudah membersihkan diri Ayuna menunaikan solat asar dan berdoa,
‘Ya Allah, kau lembutkanlah hati walid dan umi untuk menerima keputusan ini Ya
Allah. Sesungguhnya aku hanya ingin mencapai cita-citaku untuk mendidik
anak-anak istimewa ini Ya Allah, bukannya untuk menderhakai kedua-dua ibu bapaku
Ya Allah,’ rintih Ayuna dalam doanya sesudah solat.
No comments:
Post a Comment