Monday, 26 August 2013

Tunggu Aira di Kota Bandung (Bab 3): Nirrosette



Nenek terjatuh, masuk ICU CGH.
Pesanan ringkas dari mama cukup untuk membuat Aira yang tadinya sedang bermalas-malasan di atas katil untuk terus bangun. Matanya yang tadi layu tiba-tiba menjadi celik secelik-celiknya. Tanpa menunggu lagi dia terus mendail nombor mama. Tak sampai dua deringan, panggilannya sudah pun dijawab.
“Ma, nenek okey tak?” Cemas Aira menuturkan. Setahu Aira, nenek memang dah tak kuat. Sejak kebelakangan ini nenek sering sakit-sakit. Mungkin umur dah makin meningkat, maka makin uzur tubuh nenek jadinya.
“Mama tak tahu. Mak busu telefon mama, nenek terjatuh masa nak ambil wuduk subuh tadi kat bilik air. Mama pun baru siap, nak pergi hospital sekarang.”
“Dah telefon abang?”
“Jangan telefon dulu.” Laju sahaja Puan Suhaida melarang. “Kita tengok keadaan nenek macammana.”
“Oh okey.” Aira menganggukkan kepalanya, mengerti. Abang Yusuf memang rapat sangat dengan nenek. Sejak kecil lagi nenek yang asuh abang Yusuf sebab mama dan abah bekerja. Bila dah ada Aira baru mama berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuhnya. Kalau abang Yusuf tahu, mesti abang Yusuf akan terus book the first ticket dan fly balik.
“Aira jumpa mama kat hospital. Aira siap sekarang.” Talian pun dimatikan. Aira mengerling ke arah jam loceng yang terletak elok di atas meja tulis. Sudah hampir jam lapan pagi. Patutlah badan rasa letih semacam. Aira mana pernah bangun seawal ini pada hari Ahad! Paling awal pun pukul sepuluh kut.Pandangan matanya terhenti pula pada Farah yang sedari tadi merenungnya dengan penuh tanda tanya.
“Siapa masuk hospital?” Farah menyoal penuh prihatin. Dia memang dah dengar butir bicara Aira sedari tadi. Kalau Aira bangsa yang akan stay up belajar sampai tiga empat pagi, Farah pula bangsa yang akan tidur awal dan belajar selepas subuh. Sebab itu apabila Aira jawab panggilan tadi, Farah dengar semuanya sebab Farah sememangnya dah bangun dan sedang buat kerja di meja tulis. Bilik yang dihuni mereka berdua tak ada la besar sangat, jadi kalau seseorang bebual di telefon memang tak boleh nak berahsia la.
“Nenek aku.Dia terjatuh tadi. Masuk Intensive Care Unit (ICU).”
“Hospital mana?”
Changi General Hospital (CGH).”
Farah melopong. “Jauh tu! Kau nak naik apa?”
Aira angkat bahu. Dia belum fikir sebenarnya. Kalau naik tren ni mau besok baru sampai destinasi. Okey tipu, tak ada lah lama sangat. Tapi waktu-waktu kecemasan macam ni, satu minit pun rasa macam setahun.
“Teksi kut.” Aira menjawab akhirnya setelah menimbangkan beberapa pilihan yang ada. Dia bangun dari katil, menuju ke almari pakaian lalu menarik keluar mana-mana baju yang tak ronyok dan tak perlu digosok.
“Kau nak pinjam kereta aku?” Farah menawarkan tanpa perlu berfikir dua kali. Farah bukan gunakan pun kereta tu hari ini. Sebenarnya keluarga Farah sekarang tinggal di daerah Angsana, Johor Bahru. Baru juga keluarganya berpindah ke sana. Kalau tak silap Aira, mereka berpindah pada awal tahun ini. Kedua ibu bapa Farah dah pencen, jadi nak ‘larikan’ diri dari keriuhan hidup di Kota Singa.
Adik beradik Farah yang lain kesemuanya sudah pun berumah tangga dan tinggal di rumah sendiri. Farah pula akan memandu pulang ke JB dua minggu sekali. Kereta yang Farah ada ni pun sebenarnya milik ayah Farah. Ayah tinggalkan keretanya di sini supaya mudah untuk Farah bergerak ke mana-mana memandangkan ayahnya sudahpun membeli kereta lain di Johor Bahru.
“Kau biar betul?” Jelas sekali suara Aira bernada terkejut. “Kau tak takut aku calarkan kereta kau?” Soalnya lagi menginginkan kepastian. Walaupun Aira ada lesen memandu, Aira bukannya ada kereta sendiri. Jadi jarang-jarang Aira drive. Kali terakhir Aira drive pun dua minggu lepas. Waktu itu mereka mengidam nak makan di Simpang Bedok. Dah jelak makan megi di hall. Tekak memanggil-manggil nak makan di restoran Spize. Farah malas nak drive jadi Farah suruh Aira. Nyaris-nyaris Aira calarkan kereta Farah bila nak buat reverse parking.
“I trust you.” Kunci keretanya dicampak ke arah Aira di hujung bilik yang sudah pun bersedia untuk menangkap. Kesian pula kalau Aira terpaksa naik teksi pagi-pagi macam ni. Lagipun, pagi Ahad ni ingat senang ke teksi nak masuk daerah Hall of Residence yang ulu macam ni? Paling tidak pun Aira kena book teksi. Dah lah dicaj untuk booking, lepastu dari Boon Lay nak ke Simei punyalah jauh bermeter-meter. Makan berpuluh-puluh dolar setakat untuk tambang teksi saja nanti. Membazir!
Aira memandang kunci di tangan. Dia sudah menguntum senyum panjang. “Thanks, Farah. I owe you!”



“ADA orang sakit baru nak tunjuk muka? Nak tunggu orang mati baru ingat ada keluarga?” Aira diam sahaja mendengar teguran abah yang maha sarkastik. Dia tunduk juga menyalami dan mencium tangan abah walaupun hatinya dah berbuku. Wajahnya ditampal senyum plastik. Sabar Aira, sabar! Abah memang macam tu!
“Abang ni…” Puan Suhaida menepuk bahu suaminya tidak puas hati. Dah lah dia susah hati fikirkan ibu yang terlantar sakit di wad. Ni suaminya pulak nak cari pasal dengan anak di hospital. Sakit kepala tahu tak? Ada ke patut tegur Aira macam tu sedangkan dah hampir dua bulan tak jumpa?
“Aira sihat? Rindunya mama dengan anak mama ni!” Tubuh Aira yang kecil molek ditarik ke dalam pelukan. Ubun-ubun Aira dicium penuh kasih. Tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya Puan Suhaida akan anak gadisnya itu. Dah lah anak sulungnya berada jauh di rantau orang, ini yang ada dekat pun jarang-jarang jumpa.
“Aira sihat, ma. Nenek macammana?”
“Nenek dah sedar, ada kat atas.”
“Siapa ada kat atas?” Soal Aira sambil melabuhkan duduk di bangku sebelah mama.
“Ramai saudara-mara kat atas. Sebab tu mama  tunggu kat bawah, takut nanti nurse halau pulak,” beritahu Puan Suhaida tanpa ditanya.
“Makcik kesayangan kau tu ada kat atas,” tambah Encik Zainudin dalam nada kurang senang.
Makcik kesayangan? Dahi Aira berlapis mendengarkan ayat abahnya. Lain macam je.
“Mak long ada kat atas dengan anak-anak dia.” Puan Suhaida memberi penjelasan apabila membaca riak Aira yang keliru.
Oh! Aira menganggukkan kepalanya. The infamous mak long merangkap kakak sulung mama yang tak pernah ngam dengan abah. Sebenarnya Aira tak ada masalah pun dengan keluarga mak long. Lantak la anak-anak mak long tu doktor ke peguam ke apa, rezeki masing-masing kan. Abah yang selalu sentap dengan mak long sebab mak long tu kalau bercakap memang ikut sedap mulut.
Aira ingat lagi waktu berkunjung ke rumah nenek tahun lalu, sewaktu kenduri arwah genap sepuluh tahun arwah atuk meninggal dunia. Mak long tanya Aira nak sambung belajar di mana selepas ‘A’Levels. Aira tak fikir panjang pun, terus sahaja jawab nak jadi cikgu ataupun ambil pengajian Melayu di peringkat universiti. Mak long ketawakan okey!
“Apa standard jadi cikgu ni Aira. Cikgu Bahasa Melayu pulak tu? Come on Aira, banyak lagi bidang lain. Don’t be a typical Malay. Malas nak berusaha. Ambil jalan yang mudah je.” Tegur mak long pedas. Sentap jugak Aira bila mendengar. Mungkin mak longlah antara sebab-sebab kenapa abah sungguh-sungguh menentang impian Aira kut.
Kurang selesa bercakap tentang kakaknya, Puan Suhaida laju sahaja menukar topik. “Nenek terjatuh terhentak jubin. Tapi doktor kata tak ada apa-apa pendarahan dalaman jadi tak perlu risau sangat. Nenek dah keluar ICU, sekarang ada kat wad biasa,” jelasnya panjang lebar.
Alhamdulillah! Aira meraup wajah lega. Dalam hati Aira memanjat syukur, mujurlah tak ada apa-apa yang serius. Boleh lah tarik nafas panjang, kan.
“Eh eh mak long!” seru Aira spontan sebaik sahaja mendongak dan terpandang kelibat keluarga mak longnya yang baharu sahaja keluar dari perut lif, menuju ke arahnya.
“Haa Aira, baru sampai?”
Aira menganggukkan kepalanya mengiakan. Tangan mak long dicapai lalu disalam penuh hormat. Matanya berkalih pula ke arah dua orang abang sepupunya yang berada di sisi mak long. “Abang Wan dengan abang Hakim tak kerja ke hari ni?”
Belum sempat Fizwan mahupun Hakim membuka mulut, mak long sudah terlebih dahulu menjawab.
“Mana pulak tak kerja. Faham-faham lah, kerja macam diorang ni hari minggu pun kerja. Diorang kat sini pun sekejap je. Maklumlah, Wan dengan Hakim kan sibuk. Yelah, gaji besar, tanggungjawab pun besar lah kan.”
Aira tersengih sahaja mendengar jawapan mak long yang berjela-jela. Info yang sangat tak penting, okey.
“Wan on duty petang ni. Hakim pulak ada meeting sekejap lagi, kan Hakim? Kat mana tu Corcorde Hotel eh, Kim?” Mak long menambah lagi bila tak ada sesiapa pun yang bersuara.
Hakim tersenyum serba salah mendengar celoteh maknya sedari tadi. Dia sekadar mengangguk, tak mahu mengulas panjang. “Pak ngah dengan mak ngah lama lagi ke kat sini?” Soalnya sambil memandang ke arah Puan Suhaida dan Encik Zainudin silih berganti.
“Sementara tak ada kerja ni, kita memang stay sini lah, jaga nenek,” jawab Puan Suhaida sambil tersenyum. Lagipun memang dah menjadi tanggungjawab Puan Suhaida untuk menjaga ibunya yang uzur, kan? Kalau nak harapkan kakaknya yang sulung…tak tahulah sibuk memanjang buat apa entah. Adiknya yang bongsu pulak, semua anak-anaknya masih kecil lagi. Kesian pulak kalau nak kena gendong semua duduk di hospital kan.
“Oh…Yusuf mana, mak ngah? Belum habis study lagi ke?” Fizwan pula bersuara apabila menyedari ada seseorang ‘missing in action’ di situ.
“Yusuf dah final year sekarang, Wan. Sibuk sebab nak dekat exam katanya. Hujung tahun ni dia balik lah.”
“Eleh, banyaklah sibuk exam. Macamlah tak tahu Yusuf tu. Sibuk belajar untuk exam ke sibuk berfoya-foya kat sana?” Berubah riak wajah Aira mendengar soalan mak long. Amboi selamba badak je mak long kutuk abang Yusuf! Bikin hati panas ni!
“Apa mak ni, mestilah sibuk belajar.” Hakim bersuara kurang senang. Tahu, maknya memang selalu berperangai macam tu. Anak orang lain semua tak ‘elok’. Anak sendiri jugak yang sempurna. Padahal Hakim dengan Fizwan tak sesempurna mana pun. Setakat dapat karier bagus, tu pun mak dah riak sekampung. Memang Hakim gembira sebab dapat jadi kebanggaan emak, tapi itu tak membawa maksud dia suka emaknya memperkecilkan anak orang lain.
“Biasalah, orang Melayu selalu hangat-hangat tahi ayam. Masa mula-mula pergi je semangat janji setia nak belajar lah apa lah. Tapi kat sana terus lupa diri. Balik bukan bawak degree tapi bawak bini!” Mak long mencemuh lagi tanpa mempedulikan air muka keluarga adiknya yang sudah pun berubah riak.
Aira diam sahaja, tak mahu kata apa-apa. Bukan tak biasa dengan speech biasalah-orang-Melayu-kan-blablablabla. Mentang-mentanglah dia kahwin dengan mat saleh, dapat anak mix blood muka macam orang putih. Lupa diri agaknya dia tu asal Melayu jugak.
“Kak…” Puan Suhaida bersuara agak keras, menegur kelantangan kakaknya. Dia mengerling sekilas ke arah suaminya di sisi. Merah padam wajah Encik Zainudin mendengar cemuhan kakaknya tadi. Puan Suhaida tahu, kesabaran suaminya sudah sampai ke kemuncak. Kalau tak hentikan di sini pasti akan tercetus pertengkaran.
“Kita balik dulu lah, mak ngah, pak ngah, Aira,” ujar Hakim cuba untuk meredakan suasana. Sebelum pak ngah meletup baik gerak dulu. Bukan Hakim tak tahu, pak ngah dengan emaknya memang tak sebulu. Terus sahaja dia tunduk menghulur tangan untuk bersalaman dengan kedua ibu bapa Aira.
Aira sekadar memandang tingkah mereka tiga beranak tanpa mampu berkata apa-apa. Dia melepaskan keluhan berat. Sampai bila agaknya keadaan ini akan berterusan ya? Aira sendiri tak pasti. Sampai bila-bila…mungkin!



“ADA CONTACT abang?”
Hah? Aira yang sedang menyuap mee siam ke dalam mulut hampir-hampir sahaja tersedak bila abah tiba-tiba tanya macam tu. “Tak.” Sepatah Aira menjawab. Memang tak ada pun. Kali terakhir abang Yusuf mesej pun lebih kurang dua bulan yang lalu. Abang Yusuf tu hampeh, tahu tak? Tau la dia sibuk bagai dengan studies tapi sekurang-kurangnya mesej lah sekali sekala, tak pun Facebook ke, Tweet ke, sekurang-kurangnya Aira tahu jugak abangnya masih hidup. Tapi abang Yusuf tak ada akaun Facebook. Twitter pun tak ada. Nak harapkan Web Cam, setahun tak sekali dia online. Laptop tu humban dalam gaung sudah.
“Jangan bohong!” Keras suara abah kali ini benar-benar membuatkan Aira tersedak. Sesungguhnya mee siam yang pedas dan tersedak ialah satu keadaan yang sangat memeritkan, tahu tak? Cepat-cepat Aira meneguk air sirap bandungnya yang dipesan tadi untuk menghilangkan rasa perit di tekak. Fuh! Lega!
“Aira! Abah tanya ni!” Encik Zainudin menyoal geram. Tak puas hati dengan jawapan Aira tadi yang dirasakan seperti main-main.
Apa kes abah ni?! Nak je Aira jerit tapi seperti biasa juga, Aira mana reti nak tunjuk tak puas hati depan abah. Dia sekadar menganggukkan kepala. “Betul bah, tak!”
“Kenapa abang ni?” Puan Suhaida yang tadinya berdiam diri akhirnya bersuara jugak. Sudah lah berbulan rasanya tak makan sekeluarga, akhirnya dapat makan bersama hari ini…suaminya buat perangai pulak. Ada hikmah sebenarnya bila ibunya jatuh. Kalau ibunya tak jatuh, rasanya sampai bulan depan pun dia tak dapat tengok muka Aira. Mujur juga ibunya tak mengalami apa-apa serius, jadi tak perlu nak risau sangat.
“Yusuf pun dah lama tak telefon kita. Entah-entah apa kakak awak cakap tadi tu betul. Dia bukannya sibuk belajar, tapi sibuk berfoya-foya!” Encik Zainudin bersuara lagi, menuduh.
“Ya Rabbi, abang!” Naik nada suara Puan Suhaida tanpa dapat ditahan. Terkejut mendengar ayat suaminya yang tak pasal-pasal termakan tuduhan kakaknya yang tidak berasas.
“Yusuf tak macam tu. Saya kenal anak kita macammana!” Laju sahaja dia menyangkal kata-kata suaminya tanpa perlu berfikir berkali-kali.Lagak Encik Zainudin macamlah baru kenal Yusuf satu hari. Dah hampir dua puluh tiga tahun mereka besarkan Yusuf. Takkan tak kenal lagi anak sendiri perangainya macammana? Yusuf tu jenis yang tahu keutamaan dalam hidup. Dan keutaman dalam hidupnya sekarang ialah untuk membawa pulang segenggam ijazah. Yusuf pasti takkan lupa tentang itu!
“Aira, jangan cuba nak sorok dari abah. Aira kan rapat dengan abang. Mesti Aira tahu rahsia abang!”
Hampir-hampir Aira mengangkat mata ke langit mendengar tuduhan abah yang melulu. Sesungguhnya Aira rasa macam nak ketawa tergolek pun ada. Abang Yusuf dan berfoya-foya tak boleh fit in satu ayat yang sama, okey? Abang Yusuf tu kawan perempuan pun tak ada. Nak berfoya-foya apakenama.
“Abang tak macam tu la, abah.” Bermati-matian Aira cuba menafikan. Tak tahu nak buktikan macammana lagi dah. Akhirnya Encik Zainudin give up. Tapi tak lama, sebab selepas itu Aira pulak yang jadi sasaran.
“Ingat! Aira kat NIE untuk belajar, dapat ijazah. Abah tak nak dengar halfway Aira gatal nak kahwin. Makin bising mulut mak long nanti. Faham tak?”
“Abang…kalau dah jodoh, tak apa lah. Abang nak Aira jadi anak dara tua? Kalau nak tunggu dia habis belajar 4 tahun, lepastu ada 4 tahun bond lagi, bila masanya Aira nak kahwin?” Tidak dapat tidak, Puan Suhaida menyanggah juga suaminya. Risau la jugak dengar suaminya pesan pada Aira macam tu. Dah lah anak sulungnya sampai sekarang tak ada calon, Aira lagilah...jangankan buah hati pengarang jantung, crush pun Aira langsung tak ada ni. Susah juga.
Umur Puan Suhaida makin lama makin meningkat. Keinginan untuk menimang cucu makin lama makin membuak-buak. Lebih-lebih lagi sejak Aira berpindah dan Puan Suhaida tinggal berdua sahaja dengan Encik Zainudin. Tentulah Puan Suhaida terasa sunyi pada waktu siang ketika suaminya bekerja.
Puan Suhaida mengalih pandang pada Aira yang duduk di sebelahnya, sibuk menghirup kuah mee siam konon langsung tak ambil perhatian dengan kata-katanya tadi. “Ni Aira kat sekolah baru tak ada jumpa orang ke?”
Aira terkebil-kebil memandang mamanya. Soalan apa tu? “Tiap-tiap hari Aira jumpa orang, ma. Takkan jumpa alien kut.”
“Aira!” Lengan Aira dicubit sekuat hati. “Mama serius, Aira main-main pulak. Maksud mama, Aira ada jumpa sesiapa ke yang Aira berkenan?”
Aira tersengih-sengih mendengar soalan mama terchenta. Memang faham soalan mama tadi tapi saja buat-buat tak faham. “Kenapa, kalau ada mama nak tolong pinangkan ke?” Aira mengenyitkan sebelah mata, mengusik.
“Kau jangan buat malu abah, Aira!” Encik Zainudin menegur tegas.
Aira mencebik sedikit mendengar teguran abah. Apa lah! Orang gurau pun tak boleh ke? Abah ni serius sangat. “I’m only nineteen, ma. I’m positively not in love and I’m not interested.”
“Good to hear that.” Belum sempat mama membuka mulut, abah terlebih dahulu memotong. “You listen to me Aira. You better graduate and get your first class degree. Do you understand me?” Suara abah yang bernada perintah membuatkan Aira ‘zip’ mulut dan terus menyuapkan baki mee siam ke dalam mulut. Dia menganggukkan kepala berat. “Faham, abah.”

No comments:

Post a Comment