Friday, 23 August 2013

Tunggu Aira di Kota Bandung (Bab 2): Nirrosette



“FOR THE PAST DECADES or even centuries, there has been an ongoing discussion regarding the importance of the humanities and the sciences – whether or not they bear the same weightage or if one constitutes a higher importance than another.” Di suatu sudut Lecture Theatre 1, Aira tekun mendengar kuliah Profesor Adrian sambil mencatit nota untuk modul Critical Perspectives in Education. Topik yang dibincangkan pagi ini ialah berkenaan kepentingan mata pelajaran kemanusian seperti bahasa, sastera dan geografi dan mata pelajaran sains seperti kimia, biologi dan matematik – satu topik yang sangat dekat di hati Aira. Masakan tidak, Aira sendiri tersepit dalam masalah yang sama.
Sejak kecil lagi, abah bermati-matian mahukan Aira dan abangnya, Yusuf, untuk menguasai mata pelajaran matematik dan sains. Sedangkan kekuatan Aira terletak pada bahasa dan sastera. Tetapi abah tak peduli. Segala macam kelas tambahan abah paksa Aira pergi, semata-mata untuk kuatkan foundation bagi matapelajaran sains. Mujur juga abang Yusuf pandai, dapat juga tolong Aira dalam membuat kerja sekolah. Sebab itu abang Yusuf dapat melanjutkan pelajarannya di Universiti of Melbourne dalam bidang architecture. Kekuatan abang Yusuf memang terletak di situ.
Sedangkan Aira? Bukannya Aira tak pandai. Tapi kekuatan Aira dan abang Yusuf berbeza. Aira lebih cenderung ke arah bahasa tetapi tawaran untuk melanjutkan pelajaran di fakulti sains sosial di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) ditolak abah bulat-bulat.



“SIA-SIA JE pergi NUS! Ambil Malay Studies! Nanti graduate jadi cikgu Melayu jugak! Buang masa!” Seakan-akan masih terngiang lagi di telinga Aira pertelingkahannya dengan abah pada suatu masa tak lama dahulu.
“Cikgu Melayu okey apa, abah. What’s wrong with that?”
What’s wrong with that? Everything is wrong! Dah lah jadi cikgu, cikgu Melayu pulak tu. Abah tak suka. Abah tak nak orang kata anak abah tak pandai. Jadi cikgu Melayu sebab terdesak tak boleh sambung belajar tempat lain.” Encik Zainudin tetap berkeras dengan keputusannya. Dia sudah nekad, walau apapun berlaku dia tetap tidak akan benarkan Aira untuk menyambung pengajiannya dalam bahasa Melayu. Tak ada value. Tak ada kepentingannya. Lebih-lebih lagi dalam konteks sekarang, dalam konteks negara ini yang mana peluang pekerjaan lebih tertumpu ke arah sains dan teknologi. Bahasa Melayu seolah-olah sudah menjadi bahasa ketiga setelah bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Tengok sahaja anak teman-temannya yang lain yang mengambil pengajian bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Singapura. Akhirnya selepas graduate jadi apa? Jadi cikgu juga. Tak pun, jadi wartawan. Itupun peluang dalam bidang kewartawanan tak begitu banyak mentelah di Singapura cuma ada satu akhbar dan dalam dua-tiga sahaja buah majalah hiburan dalam bahasa Melayu. Ijazah Malay Studies tu tak boleh bawa ke mana. Yang sambung di Intitut Pengajian Nasional (NIE)  pula lain halnya.
Seringkali Encik Zainudin mendengar cerita, oleh kerana permohonan untuk ke tempat lain tak berjaya, maka terpaksa ke NIE melanjutkan pelajaran dalam pengajian bahasa Melayu. Semua orang pun tahu, kriteria untuk ambil pengajian bahasa Melayu di NIE mudah sahaja – asalkan lulus bahasa Melayu di peringkat ‘A’ Level sudah cukup. Sebab tu orang pandang rendah pada mereka yang ambil pengajian bahasa Melayu. Sebab konon bahasa Melayu tu last resort ataupun the only way out.Lainlah kalau ambil medic, kalau ambil engineering…semua orang pandang sebab nak masuk punya lah susah. Masa depan lebih cerah! Gaji pun besar!
“Habistu abah nak Aira buat apa?”
“Kalau Aira nak sangat mengajar, you teach something else. Teach Science or Mathematics. Definitely not Malay.”
Aira terhenyak di atas kerusi mendengarkan kata putus abah. Tak tahu hendak kata apa lagi. Abah. Memang. Kejam!



“SCIENCES and commerce are gaining more acknowledgements and are the areas with high demand for labour. As such, it is essential for the government to provide a workforce that is equipped with the necessary skills before entering these industries. And hence, the  strong emphasis on the Sciences. Do you realise that?” Penjelasan lanjut Profesor Adrian tidak dapat tidak terus menerus mengingatkan Aira kepada abahnya. Abahlah salah seorang manusia yang berfikiran macam tu. Kalaulah semua orang berfikiran macam abah, musnahlah bahasa. Musnahlah bangsa. Kan? Padahal abah tu pun bangsa Melayu jugak. Tak sedar-sedar lagi ke?
“What they don’t realize is that one of the seven deadly sins is science without humanity.” Aira menuturkan tanpa sedar. Walhal waktu itu Aira sedang scribble ayat tersebut di atas kertas kosong. Entah macammana dia boleh tersebut kuat-kuat pula.
“I’m sorry?” Profesor Adrian yang sedang berdiri di hadapan skrin projector mencekak pinggang, memerhati barisan-barisan kerusi di hadapannya, mencari siapa yang bersuara tadi. “I heard somebody said something.”
Aira mengetap bibir kuat. Adoi! Macammana kau boleh terlepas kata ni Aira oi! Aira perasan mata-mata di kiri dan kanan yang sudah melekap ke arahnya. Wajahnya terasa panas pula. Farah di sebelah pun dah ternganga besar. Matanya bulat bukan main. Sejak bila Aira pandai bersuara dalam kelas ni?
“Come on, don’t be shy. Speak up!” Profesor Adrian bersuara lagi, kali ini sepasang mata coklatnya melekat pula ke arah Aira. Sedar, gadis berhoodie corak tribal itu menjadi perhatian ramai. Mesti dia yang bersuara tadi kan?
Aira menelan liur. Membasahkan tekaknya yang tiba-tiba terasa kering amat sangat. 
“Wealth without work
Pleasure without conscience
Science without humanity
Knowledge without character
Politics without principle
Commerce without morality
Worship without sacrifice.
Mahatma Gandhi said these are the seven deadly sins, sir. If I could highlight to you, Mahatma Gandhi did mention ‘Science without humanity’ & ‘Commerce without morality’.  So I truly believe we need equal balance for both.” Aira bersuara juga akhirnya, perlahan tetapi cukup untuk pendengaran Profesor Adrian yang sedang berdiri tidak begitu jauh dari tempat Aira melabuh duduk. Berdebar-debar jantungnya menanti reaksi Profesor Adrian. Takut benar andai pandangannya tidak diterima Profesor Adrian. Aira menghembus nafas lega sebaik sahaja terpandang segaris senyuman lebar di wajah lelaki kacukan itu.
Profesor Adrian mengangguk-anggukkan kepala, bersetuju dengan ‘sanggahan’ dari pelajarnya. Memang dia sengaja memprovok sedari tadi, memberitahu tentang kepentingan matapelajaran sains tetapi tidak ada seorang pelajar pun yang bangkit untuk ‘defend’ humanities. Akhirnya Aira bangkit juga untuk membangkang.
Profesor Adrian sendiri tidak bersetuju bagaimana sesetengah pihak terlalu memberi perhatian kepada mata pelajaran sains sedangkan mata pelajaran kemanusian juga perlu untuk pembangunan seorang pelajar secara holistik. Ini merupakan satu masalah yang dihadapi ramai ibu bapa di Singapura kerana terlalu menitikberatkan satu aspek sahaja. Sebagai cikgu pelatih, ia merupakan tanggungjawab mereka semua untuk menyedarkan ibu bapa bahawasanya ia sangat penting untuk mendedahkan anak-anak mereka kepada kedua-dua aspek.
“For the holistic development of a child, it is essential to ensure that the child is being exposed to both areas of study. The sciences develop a set of skills, training the left brain while the humanities  develop another set of skills, training the right side of the brain instead and hence utilizing both sides for a balanced upbringing.”
Aira hanya mampu mengulum senyum tawar mendengar ulasan Profesor Adrian. Kalaulah abah ada di sini. Kalaulah abah dapat dengar penjelasan Profesor Adrian tadi!



“KAU dah kenapa?” Aira jongket kening tinggi-tinggi bila Farah tak henti-henti tersengih macam kerang busuk sejak keluar dari LT (Lecture Theater).
“Aku masih tak percaya yang berbual tadi tu kau.” Farah sengih lagi menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik macam kat dalam iklan Darlie.
Aira buat muka bodoh. Teruja sangat kenapa? “Believe it or not, that was me alright.” Aira membalas sambil mengangkat mata ke langit. Dia mempercepatkan langkah, ingin ke kantin. Waktu-waktu macam ni kantin memang penuh dengan manusia yang kebuluran. Kalau lambat setapak mesti perlu beratur panjang.
“Takde la. Kau tak pernah bersuara dalam tutorial, what more lecture kan. Jadi bila kau cakap tadi aku pun jadi speechless la.”
Aira mengangkat bahu acuh tak acuh. “Kau tau tak tadi tu aku kantoi?” Soalnya sebelum menoleh sekilas ke arah Farah di sebelah. Memang Aira langsung tak perasan apa yang dia cakap dalam hati tadi dia boleh tercakap kuat-kuat. Ingat Aira nak sangat bersuara macam tu? Rasa macam nak sembunyi dalam lubang tikus pun ada bila semua orang pandang.
“Aku tau. Aku nampak muka kau dah cuak gila macam tertelan kapur barus.” Farah tertawa sendiri mengingatkan muka panik Aira tadi. Seumur hidup Farah, Aira tak pernah akan bersuara kalau disuruh untuk beri pendapat. Aira lebih rela berdiri atas kerusi akibat didenda dari beri pendapat. Tak tahu lah kenapa. Mungkin Aira takut pendapatnya akan ditentang habis-habis. Tapi tak salah apa bersuara? Freedom of speech, beb. Orang terima atau tidak itu belakang kira.
“Tak kelakar seh.” Aira menggumam sendiri di bawah nafas. Geram. Sejak dari kecil lagi Aira dididik untuk telan sahaja apa yang dikatakan. Terima sahaja tanpa bantahan. Kalau tak puas hati pun, Aira tak pernah suarakan. Pernah sekali sewaktu kecil dahulu Aira bertanya kenapa abah merokok sedangkan di sekolah Aira diajar tentang bahaya rokok. Abah langsung tak beri belas kasihan pada Aira yang baru sahaja berumur sepuluh tahun ketika itu. Habis tubuhnya dilibas teruk-teruk guna tali pinggang abah. Untuk tiga hari tiga malam Aira tak mampu bergerak. Habis berbilai-bilai tubuhnya.
Mulai detik itu Aira serik. Dia tak pernah lagi bersuara. Aira pendamkan sahaja semuanya dalam hati. Tak pun, Aira luahkan dalam bentuk puisi. Apabila dah meningkat dewasa, sekali lagi Aira tidak bersetuju dengan keputusan abah yang bermati-matian tidak mahu Aira meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Singapura. Sudahnya, Aira berada di sini. Bukannya Aira ada pilihan lain pun. Kalau Aira berkeras tak mahu pun, Aira bukannya boleh biaya pengajiannya tanpa bantuan abah.
Mujur juga teman baik Aira, Farah, menyambung pengajiannya di sini. Taklah Aira rasa keseorangan sangat. Walaupun Farah akan ambil major dalam bahasa Inggeris dan Sejarah manakala Aira sendiri major dalam Geografi dan Matematik, sekurang-kurangnya untuk beberapa foundation modules mereka berada di dalam kelas yang sama.  
“Tapi seriously, kau hafal quote Mahatma tu?” Farah masih lagi tak habis-habis dengan topik tadi. Seseungguhnya dia memang teruja gila. Kalau lah boleh record video macammana tadi Aira ‘deklamasi’ quote Mahatma tu, dengan seluruh LT yang tersenyap seribu bahasa dan Profesor Adrian sendiri yang dah tersenyum lebar, memang Farah dah record dan muatnaikkan di YouTube okey.
“Farah, get over it.” Seperti biasa Aira malas nak layan Farah. Dia terus melangkah ke sebuah meja kosong berdekatan dan meletakkan beg galasnya di situ. . Beg duit dan telefon bimbitnya dikeluarkan dari beg sebelum Aira meliarkan pandangan ke arah gerai-gerai berdekatan.
Farah mengekor langkah Aira dari belakang, tak bersuara lagi. Muncungnya sudah panjang sedepa.Tanya sikit pun tak boleh. Poodah!
“Kau nak makan ke tak ni? Sebelum queue panjang baik kau cepat.” Aira mengerling ke arah Farah yang sudah pun melabuh duduk. Tak ada gaya macam nak pergi beli makanan pun.
“Tak nak!” Farah memeluk tubuh sambil mencebik. “Aku puasa.”
Puasa? Aira pandang Farah dengan dahi berlapis. Puasa apakenama kalau tadi dalam kuliah asyik mengunyah gula-gula?
“Kau tak nampak ke aku tengah merajuk ni. Pujuk aku cepat!”
What?!” Dia ni umur dah sembilan belas buat perangai macam baru sembilan bulan dah kenapa! “Buruk la merajuk macam tu. Cepat la aku dah kebulur tahap boleh makan orang dah ni.” Aira menggesa geram.
Say the magic word.”
“Cepat –”
“Say it.”
“Cik Farah Diyanah Binte Tayib, makan jom. Please?”
Farah dah tersenyum panjang macam menang loteri gayanya. “Aku tau kau sayang aku. Kau belanja aku makan okey?” Tanpa menunggu lagi terus sahaja dia mengorak langkah menuju ke gerai nasi campur kegemarannya.
Aira hanya mampu menggelengkan kepalanya. Speechless. Farah memang macam tu. Agak gila-gila, selamba, kadang-kadang manja tak bertempat, kebudak-budakan…tapi itu yang buat Aira sayang Farah kut.



HEY, you’re the girl from my lecture just now right?” Hampir-hampir sahaja jantung Aira gugur apabila ditegur seseorang dari belakang ketika sedang beratur untuk membeli jus buah-buahan.
Aira menoleh. Wajah Profesor Adrian yang menyapa pandangan membuat Aira lupa untuk bernafas. Terkejut bukan kepalang. Langsung tak menyangka Profesor Adrian pun turun makan di kantin ini. Dah lah queuenya panjang maha amat. Yelah, kalau dah profesor, doktor madya semua ni kan taraf dah lain sikit. Ingat tak main makan di kantin, makan di restoran-restoran sahaja.
Lambat-lambat Aira menganggukkan kepalanya, mengiakan. Tuhan sahaja yang tahu betapa malunya Aira ketika itu sebab ramai mata yang memandang.
“I didn’t catch your name earlier on, your name is…?”
“Mahirah Zainudin,” Beritahu Aira sambil tersenyum gugup.
“Saya tak pernah perasan awak dalam kelas saya sebelum ini. Awak pun ada dalam kelas tutorial saya kan?” Soal Profesor Adrian dalam loghat Inggeris yang pekat walaupun fasih berbahasa Melayu.
Lagilah Aira ternganga tak percaya. Boleh berbual Melayu prof ni? Fuh!
“Err, saya memang tak outstanding,  Prof. Mungkin sebab tu Prof tak perasan.” Tak tahu nak beri reaksi macammana, terlepas ayat itu dari bibir mungil Aira.
Profesor Adrian tertawa lepas mendengar jawapan Aira. Dia menggelengkan kepalanya sedikit, tidak bersetuju dengan pernyataan Aira. Pada pandangan Profesor Adrian, ada sesuatu pada gadis itu yang masih lagi belum ditunjukkan. Menjadi tenaga pengajar di Institut ini, kerapkali Profesor Adrian bertemu dengan para pelajar yang ghairah untuk memberi pandangan. Not to prove a point but rather to ‘show off’. Kadang-kadang apa yang dibahaskan ‘off-tangent’, tak ada kena mengena pun dengan topik yang dibincangkan. Tapi Aira lain. Pandangannya mudah, praktikal, tetapi cukup untuk memberi impak.
“Saya pasti Mahirah tahu ada komponen class participation yang akan diberi gred?”
Aira tertunduk. Hatinya terasa seolah-olah dipalu kuat. Kenapa Prof tegur ni? Aku silap cakap ke tadi sampai nak kena denda? Lambat-lambat dia mengangkat wajah, memandang Profesor Adrian dengan pandangan penuh bersalah. “Saya kena penalise ke Prof?”
Hah? Profesor Adrian rasa seperti hendak ketawa besar mendengar soalan Aira. Penalise?! “No.” Laju sahaja dia menjawab, menidakkan andaian Aira. “Speak up more Mahirah, so I can give you a better grade for your class participation.”
Erk? Terkebil-kebil Aira memandang Profesor Adrian yang sedang mengulum senyum panjang.
“Yes, miss?”
Aira kembali menoleh ke hadapan apabila amoi gerai jus buah-buahan tu dah panggil tanya nak pesan apa. “Watermelon juice, thanks.” Hampir sahaja Aira lupa apa yang nak dibeli. Dia masih lagi termangu-mangu dengan pesanan Profesor Adrian tadi. Speak up more? Oh tidak!

No comments:

Post a Comment