AYUNA membelek-belek surat
khabar Berita harian. Tiba-tiba mata Ayuna tertancap pada satu artikel yang
bertulis ‘KEPUTUSAN PERMOHONAN KPLI AMBILAN 2012. SILA RUJUK LAMAN SESAWANG
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA UNTUK SENARAI NAMA YANG BERJAYA UNTUK MENDUDUKI
PEPERIKSAAN’. Ayuna melompat turun dari sofa dan berlari ke tingkat atas menuju
ke biliknya. Dia membuka notebook nya dan membuka laman sesawang
Kementerian Pelajaran Malaysia. Sambil
menunggu laman Kementerian Pelajaran Malaysia dibuka Ayuna berdoa agar namanya
turut tersenarai untuk menduduki peperiksaan bertulis tersebut. Ayuna menyemak
senarai yang berjaya untuk menduduki peperiksaan. Oleh kerana namanya bermula
dengan huruf A maka Ayuna dengan mudah menemui namanya yang tersenarai sebagai
calon yang berjaya untuk menduduki peperiksaan bertulis.
Alhamdulillah
Ya Allah, terima kasih Ya Allah. Ucap
Ayuna dengan penuh kesyukuran. Lantas Ayuna mengambil BBMnya dan dengan pantas
dia menaip mesej kepada Zarra.
Kedengaran
lagu ‘I love the way you lie’ nyanyian Rihanna feat Eminem dari
BBM Ayuna. Tertera nama Zarra di skrin BBM Ayuna. Wah, wah, cepatnya kau call Zarra.’ Desik
hati Ayuna sambil menekan butang answer di BBMnya.
“Assalamualaikum
cik kak, cepatnya kau call.” Terjah Ayuna sebelum sempat Zarra berkata
apa.
“Hahaha,
aku memang cepat kalau bab gosip-mengosip ni.” Zarra menjawab.
“Gosip
apanya Zarra oii. Mana ada gosip. Tak nak say congrats to me ke?” Ayuna
bertanya kepada Zarra.
“Hahaha,
aku lupa laa. So sorry friend. Anyway congratulation to you.
Walid dengan umi kau dah tahu ke tentang hal ni?” ucap Zarra sambil ketawa.
“Hurmm,
ni la masalahnya sekarang ni. Kau free tak? I need your help.” Rayu
Ayuna kepada Zarra.
“Okey,
6.00 pm at Nando’s Jusco Setiawangsa tapi kau kena belanja sebab aku teringin
nak makan Nando’s. Hahaha, okey tak?” Zarra menyarankan lokasi.
“Okey,
see you there!’ balas Ayuna sambil meletakkan telefonnya.
“HISH dah 6.30 petang ni, mana pulak
si Zarra ni, janji pukul enam petang.” Getus
Ayuna sambil menghirup fresh orange di hadapannya. Ayuna melihat ke arah
pintu masuk restoran itu dan matanya tertancap ke arah tiga orang manusia yang
sedang berjalan ke arahnya.
“Alaa,
kenapa la si Zarra ni ajak Zoey dengan Khairy, bukannya nak melepak pun.” Rungut
Ayuna perlahan sambil tersenyum ke arah rakan-rakannya.
“Congrats
honey!” ucap Zoey kepada Ayuna.
“Erk,
thanks Zoey, cepat jugak CNN sebar berita kan?” ucap Ayuna kepada
Zoey sambil memandang ke arah Zarra. Zarra membuat muka selamba sambil melihat
buku menu.
“Yuna,
tahniah. Semoga impian kau tercapai.” Perlahan Khairy berkata kepada Ayuna.
Ayuna mengalihkan pandangannya kepada Khairy. Di saat itu dapat Ayuna rasakan
bahawa Khairy kecewa dengan berita gembira yang diterima Ayuna. Ayuna tahu
Khairy tidak menggalakkan Ayuna memohon untuk menjadi guru kerana bimbang Ayuna
akan pergi jauh daripadanya.
‘Terima
kasih Khai. Aku harap sangat sokongan dari kamu semua sahabat kesayangan aku.
Kamu semua tahu kan, walid dengan umi aku tak menyokong aku dan aku harap
sangat agar kamu semua menyokong aku.” Terang Ayuna agar Khairy mengerti.
“Kami
semua sokong kau Ayuna, jangan kau risau.” Celah Zarra pantas. Zoey mengangkat
tangan menandakan bersetuju. Ayuna tersenyum melihat rakan-rakannya yang
sentiasa dibelakangnya tidak kira susah atau senang.
“Umi
dan walid Yuna dah tahu ke berita ni?” Khairy bertanyakan Ayuna. Ayuna tunduk sambil
menggelengkan kepalanya.
“Haa,
aku ada plan.” Jerit Zarra sambil mengangkat tangannya. Zarra sentiasa
mempunyai idea yang bernas untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
Ayuna. Oleh sebab itu Ayuna sentiasa berkongsi masalahnya dengan Zarra dan
Zarra menjadi orang kepercayaannya.
“Apa
kata kau pergi je dulu ujian tu, tak perlu beritahu umi dengan walid kau.
Lagipun kau belum tentu lulus ujian tu kan? Punya la ramai orang yang akan
menduduki ujian tu untuk mengisi cuma beberapa kekosongan. Jadi kebarangkalian
untuk kau lulus ujian tu cuma 40% je kecuali berlakunya keajaiban.” Hujah Zarra
panjang lebar.
“Aku setuju dengan idea Zarra tu. Kalau kau
lepas ujian bertulis ni, kau ada satu lagi ujian kan? Apabila kau dah betul-betul
dapat KPLI ni baharu lah kau beritahu walid dan umi kau.” Zoey menambah.
“Ada
betulnya cakap Zarra dan Zoey tu Yuna. Kalau dah confirm dapat baharu
beritahu walid dengan umi Yuna. Bukan apa, kalau Yuna beritahu mereka
awal-awal, takut nanti mereka halang Yuna pergi ujian tu.’” Khairy akhirnya
bersuara menyokong Zarra dan Zoey. Khairy sedar pada waktu ini Ayuna amat
memerlukan sokongan mereka. Khairy perlu berada dibelakang Ayuna walaupun dia
menyedari akan kehilangan Ayuna sekiranya dia membenarkan Ayuna pergi menduduki
peperiksaan KPLI tersebut. Ayuna tersenyum bangga melihat rakannya yang
sentiasa menyokong minatnya. Air mata Ayuna mengalir perlahan mengenangkan
sahabatnya yang selalu berada dibelakangnya.
“Kau
jangan nak emo sangat Yuna, aku dah
lapar ni. Cepat order, kau kata nak belanja kan?” Zarra memecah
kesunyian mereka.
SELESAI
menunaikan
solat isyak Ayuna turun ke bawah. Dia
berjalan menuju ke dapur. Kelihatan Mak Nab sedang menyediakan makan malam
untuk mereka sekeluarga.
“Mak
Nab masak apa tu?” tegur Ayuna ramah. Sudah lama Mak Nab dan suaminya Pak Jusoh
bekerja bersama keluarga mereka. Ayuna sudah menganggap Mak Nab dan Pak Jusoh
seperti ibu dan bapa saudaranya.
“Mak
Nab masak makanan kegemaran walid dan umi Yuna, masak lemak daging salai. Mesti
mereka rindu nak makan masakan kampung.” Jawab Mak Nab sambil tangannya laju
menyediakan makan malam untuk Ayuna sekeluarga.
“Mak
Nab, rehatlah. Simpan je makanan tu dalam peti ais. Yuna tahu, walid dengan umi
tak balik makan malam. Dah beberapa malam mereka balik lewat, malam ni pun
mesti mereka balik lewat lagi. Kalau tak, Mak Nab makan ajelah dengan Pak
Jusoh.’ Perlahan Ayuna bersuara.
“Kalau
walid dengan umi tak balik, takkan Yuna tak nak makan malam?” laju Mak Nab bertanya.
“Mak
Nab ni macam baharu hari ni je kenal Yuna.’ Ayuna bersuara lagi.
“Oh
lupa pulak Mak Nab. Anak mat salih celup ni tak suka makan nasi
terutamanya lauk pauk kampung.” Usik Mak Nab sambil tersenyum.
“Ala
Mak Nab ni, mana ada anak mat salih tapi anak umi dengan walid lah.’ Ayuna
bersuara manja.
“Okeylah
Mak Nab, Yuna naik bilik dulu. Assalamualaikum.’ Sambung Ayuna sambil berlalu
meninggalkan Mak Nab di dapur sebelum sempat Mak Nab menjawab salam Ayuna.
Mak
Nab melihat Ayuna berlalu pergi dengan penuh perasaan kasihan. Ayuna membesar
di saat empayar perniagaan Encik Akmal dan Puan Aryana melebar sehingga
menyebabkan Ayuna kekurangan kasih sayang umi dan walidnya.
AYUNA melabuhkan punggungnya di
kerusi meja solek sambil merenung kosong ke arah cermin dihadapannya. Berputar-putar
fikiran Ayuna menerawang jauh. Tiba-tiba lamunan Ayuna terhenti tatkala BBMnya
berbunyi. Ayuna menoleh ke skrin dan tertera nama Khairy pada skrin BBMnya. Apa
pulak mamat ni nak malam-malam macam ni? Ayuna mengomel sambil menekan punat answer.
“Assalamualaikum.”
Perlahan suara memberi salam dihujung talian.
“Wa’alaikumsalam
Khai. Ada apa ya?” berhati-hati Ayuna bertanya bimbang melukai hati pemuda
tersebut.
“Nothing,
just wanna invite you to have a dinner
with me.” Perlahan Khairy mengutarakan hajatnya kepada Ayuna.
“Eh,
macam tahu-tahu je Yuna belum dinner.” Ayuna cuba bergurau untuk menghilangkan rasa janggal di antara
mereka.
“Macaroni
and cheese, deal?” Khairy cuba mengumpan Ayuna dengan makanan
kegemarannya.
“Wow!
Sounds good!” Ayuna gembira mendengar cadangan Khairy.
“Okey
good, kau buka pintu rumah, aku betul-betul depan rumah kau dengan
macaroni and cheese kau.” laju Khairy mengarahkan Ayuna membuka pintu.
“Ya
Allah, betul ke?” Ayuna kurang percaya dengan kata-kata Khairy.
“Yes
Ayuna Amani Akmal, I’m here, cepat buka pintu sebelum aku makan semua
macaroni and cheese ni. Mama aku buat ni, confirm sedap tau!” panjang
Khairy memberi penjelasan.
“Okey,
aku datang sekarang!” laju Ayuna membuat keputusan.
Ayuna
dengan pantas mengambil tudungnya dan disarungkan ke kepalanya. Dia berlari
turun ke bawah dan membuka pintu untuk Khairy.
“Are
you alone?” Ayuna bertanya kepada Khairy tatkala melihat Khairy
berseorangan turun dari kereta.
“Yes,
I’m alone. Kenapa? Kau nak suruh aku bawa mama dengan papa sekali ke? Bukannya
nak pinang kau lagi, rilekslah.” Khairy cuba melawak.
“No,
I means Zarra and Zoey!” laju Ayuna menjawab.
“Oh
Zarra dan Zoey. Tak de la, aku dari rumah. Mama buat extra
macaroni and cheese so aku teringat kat kau. That’s why
aku datang sini bawa macaroni and cheese ni.” Panjang Khairy membuat penjelasan.
“Okey
jom pergi dapur, nanti boleh suruh Mak Nab buatkan air.” Ajak Ayuna sambil
berjalan menuju ke dapur. Khairy mengekori Ayuna menuju ke dapur.
Khairy
merenung Ayuna yang begitu manis bertudung walaupun berada di dalam rumahnya. Ayuna,
Ayuna. Kau bikin aku gila bayang! getus Khairy dalam hati.
“Wah,
Khai bawak macaroni and cheese untuk Yuna rupanya. Patutlah Yuna tak
nak makan malam. Tadi Mak Nab masak makanan kampung dia tak nak makan.” Celah
Mak Nab mengisi kesepian meja makan sambil membawa air untuk Ayuna dan Khairy.
“Alah
Mak Nab ni, suka usik Yuna. Mak Nab tak nak masak macaroni untuk Yuna macam
mana Yuna nak makan.” Rajuk Ayuna sambil memuncungkan mulutnya.
Tertawa
Khairy melihat telatah Ayuna yang kebudak-budakkan. Kalaulah gadis ini dapat ku
miliki.” Jerit Khairy dalam hati.
“Dah,
jangan nak merajuk. Esok Mak Nab masak Seafood Lasagna with extra
Cheese okey?” Mak Nab cuba memujuk Ayuna.
Tersenyum
Ayuna mendengarkan janji Mak Nab.
“Okey,
janji ya Mak Nab.” Ayuna mengikat janji. Mak Nab mengangguk lalu beredar
meninggalkan Ayuna dan Khairy di meja makan. Sepi seketika ruang tersebut di
saat Ayuna menikmati hidangan yang dibawa oleh Khairy.
No comments:
Post a Comment