Friday, 23 August 2013

Kau Belacan, Aku Keju! (Bab 2): Ayuna Asma



“KHAIRY!” panggil mama dan papa Khairy.
“Ya mama, papa!”  jawab Khairy sambil keluar dari biliknya.
Why you looks so sad honey?” tanya mama Khairy yang berbangsa Cina tatkala melihat Khairy begitu kelesuan.
Nothing mama, just tired.”  Ringkas jawapan yang diberikan oleh Khairy.
Did you have problem honey?” mamanya bertanya lagi.
No, why? I have no problem mama. Just too tired.” Perlahan jawapan yang diberikan Khairy tetapi tegas.  
“Mama, enough. Dia cuma penat je kan.” Perlahan papa Khairy memujuk isterinya yang kelihatan begitu mendesak Khairy untuk bercerita.
“Mama, papa, Khairy masuk bilik dulu ye. Nak berehat kejap.” Khairy memohon keizinan mama dan papanya.
“Papa!” pantas Puan Aisyah memalingkan badannya ke arah suaminya yang sedang menonton tv.
Enough mama, enough!” perlahan Encik Azrul memotong percakapan isterinya.
No papa. I just curious about something.” Sambung Puan Aisyah lagi.
Why?” pendek pertanyaan Encik Azrul sambil matanya tetap di kaca tv.
“Biasanya kalau Khairy keluar dengan Ayuna, Zarra dan Zoey, apabila dia balik dia mesti happy, but not today. He’s not happy at all!” panjang lebar Puan Aisyah berbicara.
“Mama, Khairy dah besar panjang. Dah kerja pun dia tu. Mama tak boleh nak ambil tahu semua hal yang terjadi dalam hidup dia. He have his own personal life.” Perlahan Encik Azrul menasihati isterinya.
No papa! Mama bukan nak jaga tepi kain dia pun, mama just concern about him. I know my son. I know he loves Ayuna but he keeps silent. You know what papa, masa mama kemas bilik dia, punya la banyak gambar Ayuna on his working table. He’s our only son, mana mama tak risau.” Adu Puan Aisyah lagi.
Encik Azrul memusingkan badannya dan memandang lembut isterinya.
 “Mama, let him make his own decision. Lagipun Khai tak boleh nak paksa Ayuna untuk suka Khai even Khai suka Ayuna. He knows how to handle his own problem. Now, papa nak mama cuma tumpukan perhatian pada papa, mana tahu kut-kut papa nak kahwin lain!’ usik Encik Azrul pada isterinya sambil ketawa.
“Ish, papa ni!” cemik Puan Aisyah sambil ketawa.
“Dah mama sibuk nak ambil tahu personal life Khai sampai terlupa nak jaga personal life papa, so biarlah orang lain jaga personal life papa.’ Encik Azrul terus mengusik isterinya.  Gurauan Encik Azrul disambut dengan tawa lembut isterinya.
Khairy cuba melelapkan matanya, tetapi tidak berjaya. Fikirannya melayang mengingatkan Ayuna. Terdetik persoalan dihatinya bagaimana wanita moden dan bertaraf tinggi seperti Ayuna masih mampu mengekalkan adat ketimurannya. Ayuna amat berbeza sekali dengan Zarra. Ayuna masih lagi boleh berfesyen mengikut perkembangan fesyen yang terkini sambil mengekalkan tudung yang menutup auratnya terhadap kaum lelaki. Itulah yang membuatkan hati Khairy benar-benar tertawan dengan Ayuna. Ayuna bukan sahaja cantik, malah amat berbudi bahasa dan pandai bergaya bersesuaian dengan ciri-ciri seorang wanita Islam. Dia juga amat merendah diri walaupun umi dan walidnya tercalon sebagai tokoh korporat yang berjaya di Malaysia.  Arghhh, sampai bila aku nak terus mengenang Ayuna ni.  Khairy merungut sambil mengiringkan tubuhnya untuk mendapatkan posisi yang lebih selesa untuk tidur. Ayuna, Ayuna, sampai matilah aku tergila-gilakan kau. Harap dapat mimpi yang indah bersama Ayuna, bisik Khairy sambil melelapkan matanya.



JAM menunjukkan pukul 2.00 pagi. Ayuna masih bertelekung dan berteleku di atas sejadah. Selesai menunaikan solat tahajjud, Ayuna berzikir dan berdoa agar Allah memakbulkan permintaannya untuk menjadi seorang pendidik. Hati Ayuna benar-benar dipagut rasa pilu tatkala melihat kanak-kanak istimewa dan oleh kerana itu Ayuna bertekad untuk menjadi seorang pendidik kepada kanak-kanak istimewa itu. Tidak lupa Ayuna turut berdoa agar Allah melembutkan hati umi dan walidnya dan menerima keputusannya dengan hati yang terbuka dan memberinya dorongan dalam mengejar cita-citanya. Juraian mutiara air mata Ayuna jatuh ke sejadah tatkala dia benar-benar memohon agar doanya dimakbulkan Allah.
Selesai menunaikan solat Ayuna mengemas telekung dan sejadahnya. Sewaktu meletakkan sejadah dan telekung di rak, Ayuna terpandang gambarnya bersama Zarra, Zoey dan Khairy.  Ya Allah Khairy! Kenapalah tiap kali aku berdoa aku selalu terlupa nak doakan dia sekali. Ayuna mengetuk-ngetuk kepalanya dengan perlahan. Ayuna duduk di birai katilnya dan menadah tangan memohon agar dibukakan hati Khairy untuk wanita lain. Ayuna tidak mahu Khairy terus terseksa menanti dirinya sedangkan Ayuna benar-benar tidak dapat menerima Khairy lebih dari seorang sahabat.
Morning sayang!” sapa Puan Aryana ketika melihat Ayuna menghidangkan sarapan pagi di meja makan. ‘
“Mak Nab masak apa pagi ni sayang?” tanya Puan Aryana cuba untuk bermesra bersama puteri kesayangannya.
Hurmm, hari ini special sebab bukan Mak Nab yang masak tapi Yuna yang masak untuk umi dan walid.” Jawab Ayuna sambil tersenyum bangga.
“Oh, really? Sayang walid masak apa pagi ni?” celah Encik Akmal sambil duduk di meja makan.
For my lovely walid and umi, Yuna masak egg benedict and prawn macaroni with cheese.”Jawab Ayuna sambil meletakkan pinggan egg benedict di hadapan walid dan uminya.
American breakfast again!” serentak Encik Akmal dan Puan Aryana bersuara.
“Alah, walid dengan umi ni, macam baharu hari ni je kenal Yuna. Yuna kan pandai masak western je.’ Ayuna bersuara seakan merajuk. Tersenyum Encik Akmal dan Puan Aryana melihat puteri kesayangan mereka berpura-pura merajuk.
“Alaa, Yuna belajar la masak masakan kampung dengan Mak Nab, Yuna kan pandai dan cepat belajar. Nanti boleh masak nasi lemak untuk walid. Walid rindu nak makan nasi lemak, nasik lemak dekat Indonesia tak sedap la.” panjang Encik Akmal memujuk puteri kesayangannya.
Hurmm, kalau macam tu hari ini jugak Yuna belajar dengan Mak Nab.” Laju Ayuna menjawab permintaan walidnya.
“Ayuna tak keluar shopping ke hari ni?” Puan Aryana mencelah.
“Umi, its Monday. Working day for my buddies. Eh, umi dengan walid tak masuk office ke hari ni?’ Ayuna bertanya.
After lunch. Walid nak lunch dekat rumah hari ni. Yuna kan nak masak.” Sambung Encik Akmal.
“Haaa! Mampus aku!” ucap Ayuna dalam hati.

No comments:

Post a Comment