September 2008
“AIRA!” Sergahan Farah membuatkan Aira yang sedang
sibuk menulis spontan menutup buku notanya yang berkulit keras. Aira segera
mengalih pandang ke kanan, ke arah Farah
yang sudah pun melabuhkan sila di atas katilnya. Aira hanya mampu menggelengkan
kepalanya mengenangkan tingkah Farah yang selamba. Setelah hampir dua bulan
berkongsi bilik dengan Farah, Aira sudah masak benar dengan karenah temannya
yang satu itu. Perangai muka seposen, sesuka hati buat harta benda orang macam
harta benda sendiri. Mujur juga Aira jenis yang tak ambil kisah, asalkan
barangnya tak rosak, Aira memang tak berkira.
“Buat apa tu?” Farah menyoal sambil menyandarkan tubuh ke
belakang katil. Sempat mengerling ke arah bakul sampah milik Aira yang sudah
dipenuhi gumpalan kertas putih. “Writing
again?”
Aira
mengangkat mata ke atas mendengarkan soalan Farah. Chet, gaya dia tanya tu
macam la aku tak pernah buat kerja lain. Soalan redundant Farah dibiar sahaja tak berjawab. Aira terus mengumpulkan
alat tulisnya yang berterabur di atas meja lalu diletakkan ke dalam kotak pensel
Cath Kidston miliknya.
“Aku pelik la. Kau selalu tulis. Tapi tak pernah bagi aku
baca. Kalau kau tak bagi orang baca, macammana kau nak tahu tulisan kau tu
bagus ke tidak?” Farah tak putus-putus menyoal. Farah sedia maklum, Aira memang
suka menulis sejak mereka berkenalan di maktab rendah. Selama dua tahun, mereka
merupakan rakan sekelas di Maktab Rendah Innova. Farah masih ingat lagi, ke
mana sahaja Aira pergi, dia pasti akan membawa bersamanya sebuah buku hard cover berwarna merah jambu dan
sebatang pen. Sangka Farah, buku itu merupakan diari peribadi milik Aira.
Tetapi pernah sekali Farah terpandang coretan Aira yang ditulis dalam bentuk
rangkap. Takkan la tulis diari berangkap-rangkap macam tu kan. Jadi Farah pun
buat kesimpulan tulisan Aira tu mesti sajak atau puisi. Tapi boleh jadi juga
lirik-lirik lagu kegemaran Aira. Okay
that’s besides the point. Yang penting, Aira memang minat menulis. Noktah!
“Sebab memang tulisan aku bukan untuk dibaca la.” Aira
menyangkal defensif. Pada Aira, tulisannya bersifat peribadi. Aira bukan jenis
yang petah bercerita atau pandai meluahkan rasa pada sesiapa sahaja, kecuali
pada teman yang rapat dan keluarga. Kalau nak suruh Aira beri pendapat dalam
kelas, tu memang payah sekali. Jadi cara Aira untuk melepaskan apa yang terbuku
di dada ialah dengan menulis. Coretannya lebih mencerminkan pemikirannya
sendiri. Bukan untuk dikongsi pada umum.
Farah mencebik mendengarkan jawapan Aira. “Siapa cakap? Masa
kat Junior College dulu pun cikgu
puji puisi kau apa.”
Laju sahaja Aira menggelengkan kepala. “That’s the worst piece I ever written, tahu tak? Aku tak boleh
tulis kalau kena paksa.” Mendatar sahaja Aira membalas. Waktu itu, mereka
berada di tahun pertama maktab rendah. Pada semester itu, cikgu Fuad baru
sahaja memperkenalkan kepada mereka tentang puisi dan jenis-jenisnya. Lepastu
tak pasal-pasal setiap pelajar perlu menyiapkan satu puisi bertemakan alam
sekitar dan hantar kepada cikgu pada hari yang berikutnya. Dah lah perlu tulis
ikut tema, dalam masa sehari pulak tu! Tidak dapat tidak, Aira menyumpah dalam
hati. Dia rasa sangat terkongkong apabila terpaksa tulis mengikut ‘syarat’
macam tu. Aira rasa kreativitinya terbatas apabila perlu menulis mengikut
kriteria-kriteria tertentu. Tapi entah bagaimana sajaknya yang diberi tajuk
‘Putih’ berkenaan kucing yang mati kerana tubuhnya yang kecil tersepit di
antara besi-besi paip di kolong blok telah berjaya menarik perhatian cikgu
Fuad. Walhal pada pandangan Aira sajak tersebut tidak punya jiwa pun kerana
ditulis secara paksa.
“Worst piece?”
Farah menyoal sarkastik. “Kalau kau punya worst
piece dapat masuk majalah sekolah, I
wonder kau punya best piece masuk
mana. Masuk TV kot!” Tambahnya lagi dengan sebelah kening terjongket tinggi.
Farah tetap tak faham-faham lagi. Kenapa la susah sangat budak Aira ni nak
tunjukkan bakat yang dia ada? Bukan semua orang tau boleh tulis puisi! Gaya
Aira ni macam lah menulis tu satu jenayah sampai orang tak boleh tahu atau baca
apa yang ditulis.
“Kau tulis pasal aku ek? Sebab tu kau tak bagi aku baca?”
Farah cuba menyerkap jarang.
“Eh! Takde maknanya eh nak tulis pasal kau!” Kusyen kecil
yang diletakkan di belakang kerusi dicapai lalu dibaling ke arah Farah.
“Perasan!”
“Dah tu?” Kusyen yang dibaling Aira sempat ditangkap Farah
lalu dipeluk erat, dibuat macam bantal busuk sendiri pulak. “Kau ada crush eh tak bagitau aku? Or wait, kau ada boyfriend eh?!” Farah menyoal lagi penuh excited. Yelah, waktu freshmen
orientation camp tempoh hari ada ramai mamat hot tapi Aira buat tak endah je. Farah pun musykil jugak. “Lepastu
kau tulis dalam diari kau tu, I-fell-in-love-with-yada-yada-yada…”
Aira malas lagi mahu melayan Farah yang dah mula mengarut.
Tanpa mengendahkan Farah, dia terus sahaja bangun dari kerusi. Buku nota dan
alat tulisnya disimpan semula ke dalam laci. Lalu dia bergerak ke almari baju,
mengambil tuala berwarna merah jambu polos yang tersangkut di penyidai.
“Eh aku tak habis cakap lagi la! Kau nak pergi mana?” Farah
menggerutu geram. Ada ke patut dia gerak macam tu je bila orang tengah excited ni?
“Aku nak mandi la.” Aira membalas acuh tak acuh. Dia membuka
pintu bilik, menyarung selipar sebelum terus berlalu keluar ke kamar mandi yang
terletak di hujung tingkat dua Blok 43 Hall
8.
Sebenarnya Blok 43
ada 4 tingkat. Setiap tingkat ada kamar mandi dan dapur sendiri. Jadi kamar
mandi dan dapur ni akan dikongsi dengan penghuni yang tinggal di tingkat yang
sama. Secara keseluruhan, ada 9 bilik di tingkat dua. Setiap bilik ada dua
orang penghuni. Jadi secara total ada lebih kurang 18 penghuni kesemuanya yang
berkongsi satu kamar mandi. Jadi faham-faham je lah, kalau nak dekat pukul
tujuh malam tu makin ramai la yang nak mandi, maka makin panjanglah queue. Jadi sebelum queue panjang, baik Aira mandi dulu.
“Eh tunggu! Aku pun nak mandi jugak!” Sayup-sayup sahaja
suara Farah menampar gegendang telinga Aira. Dia mengambil toiletriesnya yang memang tergantung di luar pintu bilik. Terus
sahaja berlalu tanpa menunggu Farah yang terkedek-kedek di belakang.
“KENAPA mama call
tak angkat? Aira kat mana ni? Aira sihat?” Belum sempat pun Aira menjawab salam
Puan Suhaida, dia sudah pun diserang dengan soalan bertalu-talu. “Aira dah
makan ke belum?”
“Sabar, ma. Sabar. Satu persatu okey?” Aira membalas sambil
melekapkan telefon bimbitnya ke telinga kiri, manakala tangan kanannya pula
sedang lincah memasang wayar untuk mengecaj komputer riba. Mama memang macam
tu. Sentiasa kalut!
“Mama call dari
lepas zohor sampai ke lepas maghrib baru dapat dengar suara Aira. Aira pergi
mana ni? Kenapa mama call tak angkat?
Lepastu SMS tak balas! Aira ni buat mama risau je tau tak,” bebel Puan Suhaida
lagi dalam satu nafas.
Aira tersengih. “Mama tahu tak mama kalau masuk cakap petah
spontan mama confirm menang juara?”
“Aira!” Nada suara Puan Suhaida naik sedikit. Dari hujung
talian, Aira sudah dapat mengagak saat ini mata mama mesti dah terjegil keluar.
“Jangan main-main la. Mama serius ni!”
Aira tertawa kecil mendengar ugutan mamanya. “Aira ada kelas
back to back hari ni. Phone tertinggal dalam bilik. Ni pun
Aira baru pegang phone. Belum sempat
Aira call mama, mama dah call Aira dulu.”
“Boleh percaya ke ni?” Puan Suhaida menyoal tak puas hati.
“Ma, sejak bila Aira tak boleh dipercayai ni?” Aira menyoal
kembali. Ada ke patut mama tanya macam tu? Sentap okey!
“Okey. Mama percaya.” Putus Puan Suhaida, enggan
memanjangkan cerita. Lagipun dia tahu, Aira memang seorang anak yang mendengar
kata. Tak pernah buat perangai pun. Cuma…akhir-akhir ini hubungan antara Aira
dan abahnya tidak begitu baik. Entahlah. Puan Suhaida pun tak tahu kenapa boleh
jadi begini. Mungkin bila perangai abahnya yang suka mengongkong semakin menjadi-jadi membuatkan
Aira yang dulunya sentiasa menurut kata mula memberontak dalam diam.
menjadiSebab itu Puan Suhaida ambil keputusan untuk telefon Aira, ingin memujuk
anak gadis itu untuk pulang makan malam di rumah. Kalau nak harapkan
suaminya…sampai sudah pun Aira tak akan balik!
“Aira balik hujung minggu ni?” Puan Suhaida menyoal dalam
nada lembut. Seakan-akan cuba memujuk. Sejak berpindah duduk di hall, Aira jarang-jarang balik ke rumah.
Sebulan sekali pun tak. Puan Suhaida tahu, keputusan Aira untuk duduk di hall merupakan satu cara untuk protes
kerana tidak puas hati dengan abahnya. Sangka Puan Suhaida, apabila Aira
merajuk begitu sekali suaminya akan sedar. Tapi jauh panggang dari api!
Suaminya buat tak endah sahaja. Konon rajuk Aira tak panjang. Bila dah reda
nanti balik lah dia. Tapi…dah hampir dua bulan dah! Tak ada tanda-tanda pun
rajuk Aira akan pudar. Langsung tak ada!
Di luar sedar, Aira melepaskan keluhan pendek mendengar
soalan mamanya. Dia menghela nafas panjang lalu melepaskannya perlahan-lahan.
“Abah…abah ada kat rumah?”
Puan Suhaida terdiam mendengar soalan Aira. Tahu, hati gadis
itu masih lagi keras. Tetapi Puan Suhaida pasti, hati Aira seperti kerak nasi.
Kalau selalu terkena air, lambat laun akan lembut juga, kan?
“Abah ada kat rumah ke tak?” Aira mengulang lagi soalannya
tadi apabila mama diam, tidak menyahut.
“Ada.” Dalam keberatan, terpaksa juga Puan Suhaida berterus
terang. “Aira, walau macammanapun abah kan tetap abah Aira. Apa dia buat
semuanya untuk kebaikan Aira jugak, kan?”
“Sampai bila-bila pun Aira tak akan faham kenapa dia
berkeras tak nak Aira masuk NUS.” Dingin nada Aira ketika membalas. Sungguh,
dia tak akan pernah faham kenapa. Walhal Universiti Kebangsaan Singapura itu
merupakan universiti idaman Aira sejak kecil lagi. Dah dapat tawaran, abah
paksa suruh tolak. Mati-mati nak Aira terima tawaran di Universiti Teknologi
Kebangsaan, mengambil ijazah dalam bidang perguruan di Intitut Pendidikan Kebangsaan
(NTU/NIE). Dah lah paksa orang jadi guru, lepastu Aira tak diberi kebebasan
langsung untuk memilih matapelajaran apa yang hendak diajar nanti.
Semuanya abah yang buat keputusan. Abah tu macam Hitler,
tahu tak? Pemerintahan kuku besi. Dulu masa abang nak sambung studi, dia okey
je. Tak adalah kongkong sangat! Entah kenapa bila part Aira, abah jadi over
decisive pulak.
“Dia bukan tak nak Aira masuk NUS, dia cuma tak nak Aira
ambil Malay Studies. Tu je,” Puan
Suhaida bersuara perlahan, tak putus-putus cuba untuk memujuk. “He wants the best for you, Aira.”
“Aira tak nak argue,
ma. Aira penat.” Aira malas lagi hendak berbicara. Sudah banyak kali hal ini
diperdebatkan dan sudah terlalu banyak kali Aira tewas tanpa diberi sebarang
peluang untuk berhujah.
“Aira…”
“Sorry ma. Aira
tak balik minggu ni. I love you.
Goodnight.” Tanpa menunggu balasan mama terus sahaja Aira mematikan talian.
Telefon bimbitnya dilempar ke atas katil. Wajahnya diraup kasar. Bertabahlah
Aira. Ini baru permulaan!
No comments:
Post a Comment