Monday, 11 November 2013

Vehaen: Satu Cerita (Bab 1 - Bahagian II): Ainul Farihah



Bunyi alunan melodi yang datangnya dari keyboard si jiran bagaikan menjadi inspirasi. Inspirasi yang mengisi kesunyian malamnya tatkala  dia sedang membuat kerja sekolah.
Imran Fatih. Akhirnya dia mengetahui nama lelaki itu melalui abangnya.
Rifat mengukir senyum, memandang ke arah tingkap bilik Imran yang berhadapan dengan tingkap biliknya. Walaupun dia tahu pemain keyboard itu tidak melihat senyumannya, cukuplah senyuman  itu menjadi tanda terima kasih. Terima kasih kerana menjadikan alunan musik itu inspirasinya hampir setiap malam. Rif’at. Musik dan nasyid adalah kegemarannya.
Alunan melodi itu terhenti. Gerakan tangan yang giat menulis turut  berhenti. Rif’at mengangkat muka. Tingkap di seberang itu dibuka, ada tangan yang menyelak langsir. Terlihatlah wajah pemain keyboard itu, sedang menghirup udara malam yang nyaman.
Seketika, pandangan Rif’at dan Imran bertemu.
Senyum diukir, tanda perkenalan.
                                                                  ^_^
Bunyi deruman enjin dan hon motor yang tidak henti dari tadi membuatkan langkah yang diatur semakin melaju.
“Kawan-kawan abang bising dari tadi,” Iqbal, adik bongsu berusia 6 tahun berkata.
Imran menjeling adiknya itu sambil tangannya ligat membuka kunci pagar. “Aku belum pekak, aku taulah,”.
“Cakap sikit pun nak marah,” Luqman yang sedang menyiapkan kerja sekolah menyampuk tanpa memandang wajah abangnya.
“Kau..,” Imran menggetap bibir. Dia melambung kunci pagar tersebut ke arah Luqman. “Simpan ni. Jangan nak menyibuk,”.
Dia mendekati tiga pemuda bermotor di hadapan pintu pagar rumahnya itu.
“Nasib baik ayah aku tak ada sekarang,” ujar Imran.
Seorang daripada mereka tersengih. “Keluar sekarang yok..”
Imran menggetap bibir, berfikir.
“Aku ada ini,” Dengan sengihan tersirat, rakan yang berada di tengah-tengah menunjukkan satu kotak yang berada di dalam genggaman tangannya.
“Heh,…” Tanpa berfikir panjang, Imran mencapai topi keledar yang terletak di rak kasut. Kotak rokok di tangan kawannya itu dicapai.
“Khairi, kau…kalau bab pancing aku ni, nombor satu, ya..” Imran mengetatkan topi keledarnya dan membetulkan kedudukannya.
“Macam tak kenal,” Khairi membalas. “Kata kawan,”.
Tok.Tok. Helmet yang kemas tersarung di kepala diketuk perlahan.
“Kau ini, sejak bila tahu jaga keselamatan ni? Nak pakai helmet pula..” Rakan yang sejak tadi senyap bersuara.
“Dah takut mati, agaknya,”. Tawa berderai.
“Nahas aku kalau ayah aku nampak..” Imran mengukir sengih. “Daripada mati sebab kepala pecah terhantuk jalan, baik aku selamatkan diri dari kepala pecah dengar ceramah ayah aku,”.
Tawa berderai lagi.
“Dah. Chow..”
Jeritan dan sorakan empat sekawan itu menghilang diiringi pandangan Luqman dan Iqbal yang memerhati dari tadi.  Bukan sahaja mereka, pemergian Imran dan kawan-kawannya turut dihantar oleh pandangan Rif’at.
                                                                  ^_^
Buku latihan matematik dihempas di atas katil. What Do You Want From Me – Adam Lambert bergema di segenap ruang bilik melalui speaker yang disambungkan pada komputernya.
Aaarghh…Imran meraup wajah. Musim persekolahan telah lama bermula, dan baginya musim memenuhkan kepala dengan perkara-perkara mengarut telah bermula. Dari dahulu lagi, belajar bukanlah minatnya. Namun, memandangkan tahun ini dia akan menduduki PMR, ayahnya menggesanya agar berusaha lebih.
Hati gelisah, jiwa serabut.
Pandangannya terkunci pada Al-Quran yang sudah sekian lama menjadi perhiasan rak bukunya. Sudah berhabuk. ‘Spiderman’ pun dah mula buat sarang. Entah bila kali terakhir dia menyelak Al-Quran, dia juga sudah lupa. Dia menghela nafas.
Al-Quran penenang jiwa. Dia tahu. Bukannya tak belajar subjek pendidikan islam di sekolah. Namun, dia tidak punya kekuatan yang mendorongnya agar mencapai kitab Allah itu. Baca pun merangkak-rangkak. Tak boleh, tak boleh.. Sambil tersengih kecil, dia menggeleng mengenangkan kekurangan yang satu itu.
Pandangannya kini beralih pula kepada  keyboard yang tersadai di tepi tingkap itu. Yang ni aku boleh…
Segera dia meletakkan keyboard tersebut atas kaki pendirinya. Hampir setiap malam dia mengalunkan melodi dari keyboard tersebut. You – Switchfoot yang menggantikan lagu Adam Lambert dimatikan.
Menggunakan sebelah  tangan, dia menyelak langsir. Matanya dikecilkan, memfokuskan pandangannya pada jiran sebelah. Bayang si jiran duduk dan belajar di mejanya jelas kelihatan.
Rajinnya dia, detik hati kecilnya. Hampir setiap malam dia memerhatikan jirannya itu ketika jari jemarinya sibuk menekan kekunci keyboardnya.
Apahal kau rajin sangat, hah?  Dia sendiri menginginkan dorongan untuk dia berusaha. Jari-jemarinya ligat menari di atas kekunci-kekunci hitam putih itu.
Inspirasi.
Perkataan itu muncul entah dari mana menjengah mindanya. Dorongan. Inspirasi. It’s the same. I need it.
Hah. Huh.
Oksigen dan udara lebih diperlukan sekarang. Dadanya rasa sesak. Sekilas dia berpaling. Rasa curiga menyelinap.
 Laa…yang aku tak bukak suis kipas pulak apa kes?? Patutlah dirinya bermandi berpeluh. Sengetlaa..
Jarinya berhenti menekan kekunci. Kemalasan yang menyelimuti diri membuatkan kakinya terasa berat untuk melangkah ke arah suis. Hakikatnya hanya tujuh langkahan (agak-agak je..) sudah mencukupi. Lantas tangannya menyelak langsir dan membuka tingkap. Udara segar malam dihirup.
Nikmatnya..Matanya menatap bulan yang sekelilingnya dihiasi bintang malam. Bulan tak ada perasaan, sebab bulan bukan living things. Maka dia tak boleh nak  respons bila berjuta manusia memandang ke arahnya. Tapi dirinya, ya. Seorang manusia, in science language, homosapiens. Ada perasaan. Dan dia kini perasan dirinya diperhatikan. Well, sixth sense… Hatinya berbicara sendiri. Not bad jugak science aku..
Pandangan beralih. Ada orang... senyum ke arahnya. Jiran sebelah.
Kaku.
Aduh, ‘usha’ aku pulak malam-malam macam ni…Baginya, itu seventh sense.
Perasan tahap giga.
                                                                  ^_^
Rif’at tersengih seorang diri, mengenangkan reaksi Imran malam tadi. Imran langsung tidak membalas senyuman, malah terus mengelak daripada memandangnya. Macam wanita yang malu-malu dan melarikan pandangannya apabila dirinya dan prince charming bertembung pandangan. Yosh!! Agak terasa ke’geli’an di situ… Tapi lagak Imran melarikan pandangan bukan terklasifikasi dalam kategori tu laa...
Sombong. Itu klasifikasinya.
Husnudzon iaitu bersangka baik, itu yang terbaik. Betul laa malu agaknya.
Tangannya kembali ligat menulis, menyiapkan tugasan yang diberi. Terasa macam ada sesuatu yang kurang malam itu. Sesuatu yang sepatutnya dan selalunya ada. Kerjanya diteruskan sambil mulutnya terkumat-kamit menyanyikan Al-Aqsa Yang Mulia- Najahan. Nasyid kuno untuk zaman itu.
Biar nasyid lama atau kuno, as long as the message tak kuno, dia layan. Lagi-lagi situasi Al-Aqsa sekarang, tidak pernah berubah sejak dahulu. Mulut tidak lagi terkumat-kamit. Hati pula berhenti dari berkata-kata. Sekilas dia menjeling ke arah tingkap seberang.
      Ahah!
Melodi dari keyboard jiran sebelah. Itu yang kurang. Inspirasinya.
                                                                  ^_^
Beberapa hari berlalu. Sama seperti malam tempoh hari. Melodi keyboard sudah tidak beralun lagi.
“Rif’at,”.
Balik kampungkah? Hatinya tertanya-tanya. Tak mungkin, kerana baru sahaja sebentar tadi dia melihat Luqman dan Iqbal bermain bola di pekarangan rumah.
“Rif,”.
Sebentar. Mengapa dia begitu mengambil berat akan seorang yang dia sendiri belum mengenalinya? Persoalan yang timbul itu menyedarkan dirinya akan realiti itu.
Pasti ada sesuatu Tuhan dah susun.
Hati kembali tenang. Kembali kepada Allah adalah satu-satunya cara bagi menjawab persoalan yang tidak dapat dijawab sendiri.
“Aamir Rif’at,” suara Dr. Amina menggetarkan telinganya. Dalam science tingkatan dua chapter satu, eardrum vibrates when sound waves hit it. Teringat bagaimana susahnya dia disuruh melukiskan kembali struktur telinga yang menunjukkan perjalanan gelombang suara.
“Ya. Allah, ampunkanlah dosa anakku,”.
Mata dikelip beberapa kali. Akhirnya tersedar juga dia dari lamunannya. Sengih terukir. “Ya, ummi. Maaf, tak perasan pula,”.
“Rif, sejak akhir-akhir ini, suka termenung ya.. Fikir apa?”
Rif’at hanya menggeleng.
“ Pergilah ambil angin petang di luar, sekali-sekala,” kata Dr. Amina.
Secawan  teh diteguk. Tangan Dr. Amina dikucup. Begitulah dia. Terus akur dengan nasihat si ibu. Malas mahu berkompromi. Perkara mudah. Bukannya disuruh kutip angin dan asingkan oksigen dengan karbon dioksida serta nitrogen lalu dibawa balik ke rumah.
Kasut disarung ke kaki, Mp3 disumbat ke telinga. Alunan nasyid mendidik jiwa mula memenuhi fikiran dan jiwanya.
Taman permainan terletak tidak jauh dari rumahnya. Habis satu lagu Ehlam Ma’aya nyanyian Hamza Namira berlagu. Mirwana feat Altimet dengan lagu Itu Ini Begitu Begini pula mengambil alih.
Kau membisik, Kau memanggil
Cuba mengheretku ke ruang fantasi
Bicaramu menggoda, Semua bagai indah
Hanya madah sia-sia, racun berbisa

      Kepalanya turut bergerak mengikut rentak lagu apabila tiba di bahagian korus. Kaki menjejak ke taman permainan tersebut.

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta

Matanya memerhatikan kanak-kanak yang riang bermain di taman permainan tersebut. Melihatkan situasi itu, dia teringat zaman kanak-kanaknya. Tidak sebertuah mereka yang berada di hadapan matanya kini.
Di tengah kekecohan riang kanak-kanak, ada sesuatu yang menarik perhatiannya.
Ouh, ni peluang namanya….
Dengan tekad, dia mengatur langkah ke arah tersebut.
                                                                  ^_^
“Ingat, Imran Fatih. Ayah akan pulangkan keyboard ini kalau  kamu dapat capai result yang baik untuk PMR,”.
“Apa tahap result yang baik pada ayah?”
“7 A dan ke atas,”.
Gosh…gila 7 a. Naik zaman sekolah menengah, gred C lah result paling membanggakan. Ini nak 7 A. 1, 2, 3, 4, 5, 6, dan 7…Banyak tu…. Kot ye kalau mintak result macam tu zaman sekolah rendah boleh laa agaknya.
Suara ayahnya bergema di minda. Kepalanya terasa bagaikan mahu meletup. Trinitroluena bercampur ammonia nitrat.
Sudahlah diharamkan keluar bersama kawan-kawan melainkan hanya berjalan-jalan di sekitar perumahan, keyboardnya yang merupakan satu-satu peneman setia di rumah pula di‘gantung’. Itu keserabutan yang paling menyerabutkan kotak fikiran yang sedia serabut. Cantik ayat….Diri sendiri masih sempat dipuji.
Buku teks sains yang berada di tangan dicampak ke tanah. Dia, yang sedang duduk di buaian, memandang sepi kanak-kanak yang sedang riang bermain. Tidak ada seorang kanak-kanak pun yang berani bermain buaian yang kosong di sebelahnya. Takut agaknya. Muka dia macam Incredible Hulk kot...
“Aaaarghh..” Wajah diraup. Kebencian meluap-luap. Tidak tahu bencinya terhadap apa mahupun siapa, namun ada ruang gelap dalam hati yang menjadikan dirinya tidak keruan.
Kegelapan yang harus disuluhi.
“Nah,” satu suara menyapa, seiring dengan huluran tangan yang menghulurkan kembali buku sainsnya yang dicampak sebentar tadi. Eh?
Imran mengangkat wajahnya.
“Tak baik campak ilmu,”
Budak lelaki itu tersenyum. Budak ni rupanya…Jirannya. Ke‘toya’an di muka dikekalkan, biar ditunjukkan bahawa senyuman semanis krimmer F&N susu pekat itu tidak memberi apa-apa kesan pada reaksinya, tapi pada hati, sendiri tidak boleh tipu. Rasa nak senyum balik, tapi…ego. Hampeh…hati kalah dengan senyum romeo..Gosh…he’s a man. Me too.
“Ilmu ini yang akan terangi kegelapan dalam hati kau,”.
Imran tersentak. Segala bebelan dalam hati menyepi serta merta. Krik krik. Seluruh tubuhnya kejang, bagai terkena kejutan elektrik.
Macam mana dia….
Pandangannya masih melekat pada wajah Rif’at. Kaku lagi, melihat senyuman itu. Control, bro..

No comments:

Post a Comment