Tuesday 1 September 2015

Fiy Square (Bab 2) ~ L

First year. Sem II.
SIANG tadi nampak dia lagi. Dan hati dilimpah dengan rasa bahagia.
Jodoh? Eh eh. Taklah. Dia tersengih sambil garu kepala.
Bunyi jari yang dipetik di hadapan mukanya melenyapkan figure si gadis dari benaknya. Persis ditiup angin.
“Ha, berangan, berangan. Tempat study ni bukan tempat untuk berangan. Ni macam mana?” Sambil membebel si teman belajar dah tolak buku kepadanya.
Ish! Kacau je. “Mana yang tak tahu?” Buku Bronson Gary J. (2006) - A First Book of C++: From Here to There yang berada di hadapan sahabatnya itu ditarik.
“Ni ha. Fasal output formatting ni.” Bahagian yang tak faham diketuk-ketuk dengan jari telunjuk.
“Alah, kacang je ni. Macam alif ba ta. Tulah, lecturer bagi lecture kat depan kau buat tahi mata kat belakang.”
Sahabatnya itu mencebik. “Berletiaq pulak dia. Tahu la otak tu bergeliga. Lecturer cakap apa pun masuk. Aku kalau masuk bab calculus, linear algebra atau statistic aku on je. Tapi kalau dah masuk subjek yang ada kaitan dengan bab C++ language ni haram kejadah jadinya.”
Si dia sengih lagi. “Kalau macam tu, masa birthday kau nanti aku hadiahkan kau buku C++ for Dummies, nak?” Sekadar menyakat.
Sahabatnya itu berdecit pula. “Diamlah!”
Si dia dah gelak besar, membuatkan pelajar lain yang berdekatan dengan meja mereka menoleh dengan pandangan serupa nak laser orang. Memang nak kena la kalau buat bising walaupun mereka sedang berada di kawasan bacaan 24 jam yang dilengkapi dengan WiFi, antara kemudahan yang disediakan di bangunan baru perpustakaan untuk studi, membaca dan mengadakan group discussion.


OH this has gotta be the good life... This has gotta be the good life...”
Sejak dari tadi, mulut Fiyya tak sudah-sudah mengikut dan mengulang lagu Good Life, nyanyian OneRepublic. Antara pop rock band kegemaran Fiyya. Bergema melalui earphone yang disumbat pada kedua-dua telinga. Ikutkan kepala dan hati, nak aje dia berkaraoke kuat-kuat. Tapi nanti mengganggu teman sebilik dia pula, yang khusyuk serius semacam studi di meja studinya. Pandang buku pun macam nak tembus dah.
Adoila! Macro oh Macro. Terus tak jadi good life dah. Ades! Dulu masa sem 1 ambik Micro taklah sesusah ni. Patut la pun nama kau Macroeconomics. Memang Macro. Huh? Aku pun dah merepek. Fiyya naik pening. Batang hidung diurut.
Aci tak kalau nak rasa termuntah bila tengok 3 graf ni? Masa dalam kuliah siang tadi rasanya macam dah faham sebab bila lecturer tunjuk tiga graf effects of a government budget deficit bagai tu kepala beria angguk tanda faham. Rupanya bila balik ke hostel nak buat revision semula, satu habuk pun tak faham. Kepala digaru-garu dengan hujung pen.
Pop-up! Sedang pening-pening tengok graf, ada mesej naik. Daripada buku Principles of Economics 6th Edition by N. Gregory Mankiw, Fiyya beralih kepada tetingkap Yahoo Messenger yang sememangnya tersedia terpapar pada skrin komputer riba. Spontan daripada muka-serius-dahi-berkerut-sejuta menjadi muka-manis-bak-candy.

Inche_Fiy: Assalamu’alaik!

Afiy! Hati bersorak girang saat melihat nama pengirimnya. Bibir Fiyya menarik senyum. Laju pen diletak. Segala nota, buku dan kalkulator ditolak ke tepi dahulu. Dan laju jari-jemarinya naik mengetuk papan kekunci Acer. Kalau orang lain dah bermuka buku, mereka pula masih selesa berYM. Memang sejak dari bangku sekolah lagi. Sudah terbiasa begitu.

Cik_Fiy: Wa’alaikumsalam. Ohoi! Apa khabar kau di negara matahari terbit?
Inche_Fiy: Alhamdulillah, macam biasa la. Student. Tengah studi ke?
Cik_Fiy: Haah. Kau? Dah jadi beruang kutub utara ke?
Inche_Fiy: Ni apa hal masuk beruang kutub utara???
Cik_Fiy: Betul apa? Kat sana tengah sejuk, kan? Especially dekat tempat kau tu. Kut la kau dah jadi macam polar bear. Masuk gua & hibernat. Kihkihkih :P
Inche_Fiy: Hahahaha! Lawak la kau ni, Fiyya! Orang kat sini tengah hanami picnics, kau masih fikir polar bear lagi. Ketinggalan tren la kau ni, Fiyya.

Eh? Dah musim bunga ke? Kalender depan mata dicapai. Haah la, dah April.

Cik_Fiy: Tu pun nak gelak. Bukan lawak tahap antarabangsa pun. Pfttt!
Inche_Fiy: Kihkihkih. Aku tengah prepare untuk presentation esok la. Assignment bertimbun! Tak siap lagi! Otak dah nak meletup!

Afiy bagaikan mengadu kepada teman karibnya itu, membuatkan Fiyya tertawa kecil di hadapan skrin komputer ribanya.

Cik_Fiy: Hey! Engineer-to-be, takkan dah mengalah kut? Ini bukan Afiy yang aku kenal.
Inche_Fiy: Mengalah??? Oh, tidak sama sekali. Ini Afiy lah. Lelaki mana boleh mengalah.

Fiyya mencebik. Ceh! Mendabik dada nampak, pakcik seorang ni. Tadi bukan main mengadu assignment tak siap lagi. Tapi dia tahu Afiy seorang yang bijak. Dia tahu betapa bergeliganya otak sahabatnya itu sebab mampu ingat semua term, jargon dan segala tok nenek yang berkaitan dengan engineering. Sebab itu boleh dapat biasiswa daripada Kementerian Jepun (Monbukagakusho a.k.a MEXT). Bukan senang-senang boleh dapat. Dapat pulak belajar di Tohoku University.

Cik_Fiy: Yerlah tu. Change the topic. So, studi kau kat sana macam mana? Okey?
Inche_Fiy: Ambil berat nampak *sengih*
Cik_Fiy: Orang nak ambil berat pun salah ke? Ok, fine. Lepas ni tak nak tanya dah. Huh!
Inche_Fiy: Nak merajuk ler tu. Hehe… Alhamdulillah, studi aku ok je. Best tau. Aku boleh belajar tentang Systems Design Engineering, Thermodynamics, Fluid Mechanics, Mechanics of Materials, System Dynamics, Instrumentation, Control Engineering, Machine Design Engineering, Tribology, Energy Systems Engineering, bla bla bla…

Afiy tertawa di hadapan skrin Toshiba nya. Sengaja dia sebut semua bende-alah yang berkaitan dengan course yang diambil. Sebab dia tahu Fiyya ‘alergi’ dengan semua tu. Dia tahu Fiyya tak suka Fizik dan Matematik Tambahan dulu. Kalau Matematik-tanpa-Tambahan takpe.

Cik_Fiy: Uwaaaa *tutup telinga* Tak nak dengar! Tak nak dengar! Pening seh semua tu. Kau jangan nak tambahkan kekusutan di kepala aku yang dah kusut giler ni! :-/ Otak macam engine!
Inche_Fiy: Ada ke cakap otak kita macam engine. Yang nak pi tutup telinga tu buat apa? Bukan kau dengar pun *gelak guling-guling*
Cik_Fiy: *naik penumbuk depan skrin lappy*
Inche_Fiy: *masih gelak guling-guling* Adoila Fiyya. Senak perut aku gelakkan kau.
Cik_Fiy: Habis dah gelak? *buat muka poker face* :-/
Inche_Fiy: Poker face konon. Dah-dah, tukar topik lain pulak. Ni aku nak bagi tau kau. Aku baru balik dari tengok konsert Ayumi Hamasaki.

Mata Fiyya terbeliak. Mulut beristighfar panjang. Biar betul kawan aku ni boleh pergi tengok konsert minah Jepun tu! Sekilas tangan naik mengetuk papan kekunci Acer lagi.

Cik_Fiy: Tipu!!! Dei tambi! Aku tahu, kau bukan jenis yang jejak kaki ke tempat-tempat macam tu!
Inche_Fiy: Acah jelah tu :P Kau ni tak habis-habis dengan tambi kau tu. Kita sebaya la.
Cik_Fiy: Jangan lupa, kau tu muda sebulan daripada aku :P
Inche_Fiy: Eleh. Sebulan je kut. Bukan setahun -_-'

Fiyya tertawa.
“YM dengan kembar kau lagi la tu?” tegur Nysa. Masak sangat dah dengan Fiyya yang selalu berYM dengan seseorang yang sangat rapat dengan teman sebiliknya itu.
“Haah.” Senyum tak pudar di wajah Fiyya. Malah, kelihatan ceria.


Sendai, Miyagi, Jepun.
JAUH nun di sana. Di negara matahari terbit yang sedang dikunjungi dengan bunga-bunga sakura, di tempat penginapan, di bilik, di meja studi, di hadapan komputer riba berjenama Toshiba bermotokanLeading Innovation”, Afiy dah mencebik sebelum spontan hujung bibirnya tersungging senyum. Mug hitam yang berisi kopi panas sebagai teman di malam hari di tepi komputer riba digapai, dibawa ke mulut lalu dicicip sedikit.

Sambil itu, mindanya mula membayangkan wajah teman karib yang amat dikenalinya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Perkenalan mereka bukan sahaja sekadar kawan. Malah, dah serupa adik-beradik. Sehingga ada yang betul-betul ingat mereka adalah kembar tak seiras. Betullah tu, memang tak iras pun. Sebab lain mak, lain bapak. Namun yang demikian, batas pergaulan tetap dijaga.

No comments:

Post a Comment