Tuesday 8 September 2015

Fiy Square (Bab 3) ~ L

Second Year. Sem I.
“DENGAR lagu apa? Khusyuk sangat aku tengok,” tegur si sahabat yang duduk di sebelah di foyer Perpustakaan Hamzah Sendut (PHS).
            Sementara menunggu untuk kuliah petang, mereka duduk sebentar di situ. Keadaan sedikit sesak dengan para pelajar yang lalu-lalang di situ. Ditambah lagi dengan pelajar yang berkumpul di lokar perpustakaan, berdepan dengan mereka berdua.
Si dia alihkan headphone dari telinga. “Apa dia?”
“Aku tanya kau dengar lagu apa? Khusyuk sangat sampai aku cakap dengan kau pun kau buat macam tak dengar.”
“Hindustan.” Sengih menampal di bibir.
“Huh? Hindustan? Sejak bila layan Hindustani ni? Setahu aku Hindustan ni selalunya romantik-romantik je,” sakat si sahabat.
“Lagu Hindustan ni je kut yang aku layan.” Sengih masih tak padam di bibir.
“Lagu apa la tu? Bak headphone tu, nak dengar sat.” Terus diambil headphone si dia lalu dibawa ke telinga.
Ooo lagu ni, sedih jugak la lagu ni.” Dipulangkan semula headphone si dia.
“Tahu pulak kau lagu ni sedih. Tadi bukan main perli aku.”
“Baru tayang kat TV. Tu yang aku tahu. Mak aku, kakak aku dengan adik aku, semua balun tengok. Aku dengan ayah aku pun bantai kena ikut tengok sekali. Sebab kaum perempuan kat rumah masa tu dah monopoli TV. Tak bagi chance tengok channel lain langsung. Nak tengok SRK punya fasal.” Membebel si sahabat.
“SRK?” Bertemu alis si dia.
“Pakcik Shah Rukh Khan la. Nak jugak aku sebut penuh.”
Si dia ketawa. “Ooo.” Headphone diletak kembali di kepala.
Tapi bagi si dia, lagu tersebut mempunyai maknanya tersendiri. Dan dia dengar bukan sebab cinta or so what tapi kerana serangkap lirik dalam lagu itu. Har pal yahan, jee bhar jiyo, jo hai samaa, kal ho naa ho...
Dan waktu itu juga, si gadis lalu di depan mata. Eh? Dia terpaku sesaat. Kemudian baru dia tersedar akan sesuatu. Cepat-cepat dia bangun lalu tangannya mengutip sehelai kertas yang baru terjatuh. Secara tak sengaja mata turut scan sesuatu pada kertas itu. Dan secara tak sengaja juga pinggir bibir mengarah ke atas.
“Awak, awak!” panggilnya dengan suara yang sedikit kuat. Terpaksa dia berlari-lari anak ke arah tuan punya kertas, si gadis.
Si gadis yang sudah berada sedikit jauh di hadapan menoleh ke belakang. Wajahnya berkerut. Adakah ku kenal lelaki ini?
“Kertas awak terjatuh.” Kertas itu disuakan.
Ternyata gadis itu terkejut. “Oh, terima kasih.” Senyum ikhlas disedekahkan, sebagai tanda terima kasih. Mati aku kalau terhilang kertas tutorial ni.
Baru si gadis ingin mengatur langkahnya semula, si dia menegur. “Cantik nama awak. Gabungan nama srikandi Islam.” Dan ikhlas juga dia memuji nama gadis itu.
Sepantas kilat gadis itu berpaling lagi. Eh eh, mamat ni. Ada ke tengok nama orang? Mata merenung tajam ke arah wajah lelaki itu. Terpaksa dia mendongak sikit sebab ketinggian mereka berbeza apabila paras tinggi gadis itu hanya pada bahu lelaki itu sahaja. Tinggi betul mamat sorang ni. Macam galah.
Kini mereka bertentang mata.
Mata dia… Just like baby’s eyes. Bright and sparkling. “Sorry. Dah nama awak jelas tertulis dekat kertas tu.” Dibalasnya bersahaja dengan senyum manis.
“Oh, tu bukan nama saya.” Meluncur laju dari mulut gadis itu. Dengan senang hati dan bersahaja juga dia membalas.
I don’t think so. “Laa, yer ke? Sayang.”
“Sayang? Kenapa pulak?” Dan kenapa aku rasa mamat ni menjengkelkan?
“Sebab nama tu sesuai dengan awak. Agak-agaknya nama awak apa eh?” Sengaja ingin terus bertanya walaupun kuat naluri di hatinya mengatakan bahawa itu memang nama sebenar si gadis.
“Saya tak rasa awak perlu tahu.” Rasa geram pula dia dengan lelaki itu. Ni apa hal main sekat jalan orang?! Dah teringin nak jadi pekerja kutip duit tol ke?
“Kalau saya nak tahu juga?”
Eeee buang masa saya je layan awak yang tak betul ni!” Terus gadis itu angkat kaki. Geram betul dia dengan lelaki itu. Entah apa-apa! Mamat putus fius!
Pinggir bibir lelaki itu terjongket senyum lagi. Nur Safiyya Sumayyah. Nice name. Beautiful. Agaknya personaliti dia pun secantik nama dia jugak.
Si sahabat datang lalu menyiku lengannya. “Kau suka dia eh? Dia kan yang kau selalu ingat tu? Kau ingat aku tak perasan yang kau tu selalu tersenyum-senyum bila nampak dia.” Angkat-angkat kening seiring dengan sengih melebar.
Si dia sama mengernyih. Belakang kepala digaru. Kantoi!


KENAPA nak rasa geram ni? ‘Mamat putus fius’ berlegar di dalam kepala. Eeee apesal dia pulak yang timbul dalam kepala aku ni?! Serabut! Sejak tiba di Tekun lewat petang tadi, hatinya masih berasa geram bila teringatkan ‘pertembungan’ itu.
Pop-up satu mesej baru di Yahoo Messenger.

Inche_Fiy: Mu buat gapo?
Cik_Fiy: Kawe dok buat gapo. Awatnya?

Hahaha. Dah campur loghat timur dengan utara. Fiyya tergelak sendiri di depan Acer.

Inche_Fiy: Rindu kat hang la.
Cik_Fiy: Ceh! Yer ke rindu kat kita?
Inche_Fiy: Betul la. Rasa macam nak balik.
Cik_Fiy: Let me guess. Kau homesick eh? Kan, kan? Dah besar dinosaur pun nak homesick. Anak mak betul :P

Dinosaur pulak dia. Ish! Fiyya ni. Kita betul rindu kat dia, boleh pulak dia cakap kita macam tu. Tak macho betul. Afiy mencebik di depan skrin Toshiba.

Inche_Fiy: Aku tak cakap homesick la. Aku cakap aku rindu kat kau la.
Cik_Fiy: Kihkihkih:P

Dan mood Fiyya yang ke laut disebabkan ‘mamat putus fius’ yang ditemui hari ini sudah bertukar menjadi ceria setelah berYM dengan Afiy.


24 hours reading area.
SI DIA teringatkan sepasang mata itu lagi. Walaupun tajam renungan diberi tapi masih persis mata baby. Galak dan nampak innocent. Pure.
Ah, sudah. Memang dah angau tahap langit ke tujuh ke apa ni? Dia pejam mata. Nak mengenyahkan anasir-anasir jahat yang boleh mempengaruhi minda dan hati.
Tapi… boleh ke aku cintakan seseorang? Hati sedang menyoal.
Layak ke apabila aku hanya mempunyai masa yang singkat? Hatinya menyoal lagi. Tapi aku seolah-olah rasa bersemangat semula apabila melihat mata tu.
Dan sedang tersenyum-senyum kecil, ada jari mencucuk bahunya. “Oit, kau ni dah kenapa? Muka angau semacam.” Teman di sebelah menegur. Tadi dia yang beria ajak aku studi kat sini. Sekarang dia boleh dok mengelamun pulak.
Takde apalah.” Si dia menggeleng.
“Muka kau ni dah macam orang dilamun cinta. Kau ada suka kat sape-sape ke? Baik kau mengaku cepat. Haaa… student siang tadi tu, kan?” Kening dah terangkat-angkat.
Huh? Dia tergelak kecil. “Takdelah. Dah-dah, kat mana tadi?” Mata kembali pada soalan tutorial yang masih banyak lagi yang perlu disiapkan.
“Aku dah sampai no.10. Kau masih lagi tersekat di skala no.5.”
Uish! Lajunya kau.” Si dia buat-buat terkejut. Buat-buat membulatkan mata. Nampak gaya macam kena siapkan dekat hostel je.
“Dah kau sibuk berangan fasal ‘si gadis tu’.” Sahabatnya itu siap buat invented coma lagi dengan jari.
Si dia angkat bahu bersahaja. Tapi dengan senyum di pinggir bibir itu, memang tak boleh disembunyikan lagi. Nampak sangat seperti orang tengah angau. Angau tahap gaban. Tahap yang paling maksimum.
“Cepatlah siapkan. Dah nak pukul 11 malam. Takkan nak bermalam dekat sini pulak?” Si sahabat memerli lagi.
Si dia masih dengan sindrom-angaunya. Sindiran-gurau si sahabat tidak diambil pusing.

Parah dah budak ni. Tersenyum-senyum dari tadi. Si sahabat dah menggeleng.

No comments:

Post a Comment