Thursday 27 August 2015

Fiy Square (Prolog-Bab 1) ~ L

ADA ke Fiy x Fiy = Fiy2? Fiy Square pulak. Nak invent formula sendiri ke apa? Mentang-mentang math geek, semua pun nak balun pakai math.
Si dia yang sedang menunggu bas di perhentian bas untuk pulang ke asrama itu tergelak sendiri sambil kepala menggeleng perlahan. Sebabnya teringat perbualan antara dia dengan rakan sebilik sampai boleh keluar formula tak rasmi itu.
Neckband headphone yang tergantung di belakang leher sedang melagukan With You by Raef yang dimainkan melalui iPod. Dan mulut pun ikut humming, mengikut rentak lagu. Petang itu, angin bayu bertiup sepoi-sepoi bahasa. Terasa nyaman. Kurniaan Ilahi. Ciptaan-Nya. Inilah salah satu bukti kebesaran-Nya. Nikmat daripada-Nya. Namun, berapa ramai yang sedar akan segala nikmat yang Dia kurniakan kepada hamba-hamba-Nya? Seperti yang disebut dalam surat cinta-Nya. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (Q55:13)
Lagu berterusan dimainkan. Setiap baris lirik dihayati. Yeah… O Rabb, with every test You put me through, the miracles, You help me do… I will never forget. Syukur alhamdulillah kerana aku pernah merasai ‘miracles’ itu.
Dan kacang kuda yang tinggal beberapa biji dah selamat masuk dalam mulut, dikunyah-kunyah, sambil sebelah tangan memusing-musing rantai kunci silver huruf ‘H’ yang tergantung pada zip poket beg di hadapan.




Bab 1
First Year. Sem I.
Desasiswa Indah Kembara, USM.
SEMASA di Kedai Mahasiswa petang tadi, ternampak dia lagi. Hari ni dia pakai baju kurung. Mungkin sebab hari ni hari segala penghulu hari kut. Tu yang dia pakai. Sweet walaupun pakai dengan kasut Converse. Kira masuk juga la warna baju kurung peach corak dot-dot kecil dengan kasut yang berwarna hitam tu. And based on what I know, that’s All Star Chuck ‘70 Low Top. High taste jugak dia ni. High taste in sneakers.
Selalunya, kalau ternampak, dia mesti pakai tee lengan panjang dengan jeans. Tak pun flannel shirts yang ada bermacam-macam warna tu. Atau pun dengan blaus labuh.
Ho, ho, ho, aku berpeluang buka pintu untuk dia lagi tau. Sebab masa tu dia nak keluar, aku pula nak masuk ke dalam kedai. Apa orang kata, nak jadi gentlemen la katakan. And the best part yang tak boleh dilupakan bila dia cakap thank you. Masa tu kira first time la dapat dengar suara dia. Mahu waktu tu di atas kepala ada fireworks ala-ala pertunjukan fireworks masa musim panas di Jepun.
Uh-uh, no no no no. I’m not a stalker. ‘Terjumpa’ tu pun kebetulan aje. It’s just… erm… how to say yer? Senang cerita hati dah mula berbicara sesuatu... kut?
Pap! Mati lamunan lelaki itu apabila teman sebilik menepuk bahunya. “Bro, kau tunggu apa lagi? Dah nak masuk maghrib ni. Kata nak jemaah kat masjid.”
“Nak pergilah ni.” Dia bangun dari kerusi meja studi. Tangan membetulkan kopiah di kepala. Wajahnya masih basah segar dengan air wuduk yang diambil sebentar tadi.


Desasiswa Tekun, USM.
SERBUK white coffee 3 in 1 selamat masuk ke dalam mug putih. Air yang baru dijerang dengan kettle elektrik (antara barang larangan yang berjaya diseludup masuk ke dalam hostel) juga selamat dituang. Lalu dikacau dengan sudu. Memang la aku ni hantu white coffee. Entah dah berapa duit aku belanja setiap bulan semata-mata nak beli white coffee 3 in 1 ni. Kopi yang masih panas itu ditiup sedikit lalu dia mencicip sedikit. Mug diletak atas meja studi, di sebelah Acer nya yang berwarna putih.
Cahaya pada skrin komputer riba itu menarik perhatian Fiyya. Ada mesej pop-up di Yahoo Messenger yang sedia terpapar pada skrin. Mata menjeling ke arah jam pada hujung bawah kanan skrin. Dekat sana dah pukul 11 malam. Dia tersenyum. Like always. Mr.Punctual. Tak pernah lambat seminit pun. Memang dah jadi waktu kebiasaan mereka berdua untuk berYM. Kerusi ditarik. Punggung dilabuhkan.

Inche_Fiy: Konbanwa Fiyya chan!

Ceh! Pakcik sorang ni. Mentang-mentang ada di negara Pakcik Abe, konbawa pulak. Dan jari-jemari gadis itu sudah bersedia pada papan kekunci, untuk membalas.

Cik_Fiy: Konbanwa Afiy kun!


Fiyya tergelak sendiri. Aku pun 2 times 5 (nota: baca two times five) je. Padahal ada di tanah tumpahnya negaraku. Apa ni Fiyya??? Darahku laaa! Not negaraku.

No comments:

Post a Comment