Tuesday 15 September 2015

Fiy Square (Bab 4) ~ L

Second Year. Sem II.
PAGI nan indah itu, si dia yang sedang berjalan di foyer menuju ke perpustakaan ternampak si gadis yang juga sedang berjalan dari arah bertentangan. Hati seperti dihujani dengan kelopak-kelopak bunga mawar merah. Hari ini gadis itu memakai flannel shirt hijau gelap longgar dan labuh dipadankan dengan seluar slack berona krim bersama dengan tudung bawal pin depan yang juga berwarna krim. Satu hal yang tak pernah fail ialah kasut Converse yang tersarung pada kaki gadis itu. Itu yang selalu dia perasan. Memang peminat kasut Chuck Taylors tu kut. Dan kali ini dia memakai… hmm, All Star ‘70 Ox Crimson. Baju hijau, kasut merah. Menarik.
Apabila si gadis sudah berselisih bahu dengannya, si sahabat di sisi menumbuk perlahan lengannya. “Bro, kau suka dia, kenapa tak nak ta’aruf?” selorohnya. Dalam bergurau, dia sebenarnya serius.
Si dia menggeleng perlahan. Bibir menampal senyum hambar. Dia pun tak ingat aku pernah tolong kutip kertas dia. Lagipun… Aku hanya mampu melihat dia dari jauh. Kerana dia umpama bintang yang indah berkelip di dada langit malam. Hanya boleh dilihat tapi untuk digapai itu adalah mustahil. Dan ini sudah cukup bagi aku. Har pal yahan, jee bhar jiyo, jo hai samaa, kal ho naa ho...


TENGAH HARI itu, sedang menyuap nasi berlauk campur, Nysa tiba-tiba bersuara. “Fiyya, aku nak tanya sikit.” Dah lama sangat dia ingin bertanyakan sesuatu.
“Apa dia?” Mata Fiyya beralih daripada nasi campur dalam bekas polistren kepada Nysa yang duduk bersila di hadapannya di tengah bilik mereka di atas tikar plastik. Kedua-dua kening dijongket.
“Sebenarnya dah lama aku nak tanya. Sejak tahun pertama lagi.”
Membulat mata Fiyya. “Hah? Tahun pertama? Weh, sekarang dah tahun kedua kut, baru kau nak tanya. Apa la benda yang kau nak tanya sampai kena tunggu lebih dari setahun?” Sambil itu, tangan kiri yang bersih mencapai plastik berisi air sirap lalu disedut.
“Afiy tuuu…. boyfriend kau ek?” Tersengih-sengih Nysa melontarkan soalan yang boleh membuatkan orang tercekik cekodok pisang.
HAH?! Terus Fiyya tersembur air sirap. Nasib tak tersembur depan muka Nysa. Dan nasib baik mereka sedang berada di bilik. Malu sahaja kalau tersembur di tengah awam. Untuk sesaat, dia senyap dengan mata tak berkerdip memandang teman sebiliknya itu. Sesaat kemudian diganti dengan ketawa yang terbahak-bahak. Ades! Nysa oiii. “Taklah. Dia bukan boyfriend aku laaa.”
“Tapi gaya kau orang ni macam pakwe makwe je.”
“Dia kawan aku la. Yang paling rapat dengan aku.” Sisa-sisa ketawa masih kedengaran.
Yer ke ni?” Musykil bin macam tak percaya je.
Iyeeer. Kita orang kawan sejak sekolah rendah lagi. Tu yang rapat.”
“Ada ke lelaki dengan perempuan boleh jadi kawan tanpa rasa apa-apa?”
“Ada je.” Penuh yakin Fiyya balas. “Aku dengan Afiy.” Tambahnya lagi dengan intonasi bersahaja.
Nysa menggeleng. “Aku macam tak percaya. Mai aku bagi tau kau teori aku. Aku ada 3 teori yang aku ingin kemukakan.” Tiga jari ditunjuk.
“Teori apa pulak dah ni? Nysa, kau jangan nak merepek, boleh tak?” Fiyya tayang poker face. Macam-macam hal la kawan aku ni. Nak kemukakan teori bagai pulak. Ingat ni macam sidang kat parlimen ke nak kemuka-kemuka bagai?
“Ish, dengar la dulu. Cuba kau bayangkan. Memang la sekarang kau cakap kawan. Tapi kau perempuan, dia lelaki. Kalaulah ditakdirkan satu hari nanti, kau orang jatuh cinta sama-sama, macam mana? Tak mustahil, kan?” Teori pertama tentang soal hati daripada Nysa.
“Ish! Nysa, aku rasa kau dah tersalah makan ubat ni.” Fiyya ketawa lagi. Terasa lucu la pulak. Aku dan Afiy? Jatuh cinta sama-sama? Boleh ke?
“Aku tak tersalah makan ubat la. Tak payah nak jadi pharmacist pulak. Tahulah kakak kau tu kerja dengan segala ubat. Aku cakap kalau. K-A-L-A-U. Kalau.” Siap tolong eja lagi, biar bagi jelas.
Erk? Tiba-tiba Fiyya rasa nak tercekik nasi di tekak. Entah teori apa yang Nysa pakai ni. Lebih memeningkan daripada The Theory of Constraints (TOC) dalam subjek Managerial Accounting.
“Entah-entah dia cinta pertama kau? Tak pun kau tu pun cinta pertama dia.” Teori kedua daripada Nysa.
Fiyya ketawa lagi. “Kah! Kah! Kah! Kah! Kau ni dah kenapa malam ni? Dah bertukar profesion daripada student jadi pelawak? Ke nak masuk rancangan Bintang Mencari Bintang?” Senak perut dia ketawa sehingga air mata pun boleh terkeluar. Buat lawak antarabangsa pulak roommate aku ni.
“Betul apa? Mana la tau. Dah kau orang je yang selalu hang out sama-sama memanjang. YM pun hampir setiap hari. Bila masa kau nak kenal dengan orang lain? Agak-agaknya dia pun macam tu.” Teori ketiga daripada Nysa.
Nggak mungkinlah.” Fiyya menggeleng seraya ketawa lagi. Tapi kali ini bunyinya seakan ketawa yang dibuat-buat. Wajahnya menekur pada tangan yang sedang bermain-main dengan nasi. Hati berkata sesuatu. Betul ke…? Serentak dengan itu debaran kian mengetuk pintu hatinya.


DARI meja studinya, Nysa membaling sebiji pemadam ke arah Fiyya. Sebab kalau dia tak buat begitu, Fiyya mesti takkan dengar. Kalau telinga tu dah tertutup dengan headphone, memang takkan dengar punya.
Fiyya pantas angkat muka dan kalih ke kanan dengan dahi berkerut sejuta. “Apa dia? Sampai nak kena baling pemadam ni.” Sambil itu, headphone diturunkan.
“Aku baru teringat sesuatu.” Nysa tersengih tanpa rasa bersalah.
“Ingat apa?”
“Cinta adalah persahabatan.”
Dia mula dahhh... Ingatkan topik tadi dah tutup. Nasi campur dalam perut ni pun tak sempat nak hadam lagi tau! Mata singgah ke siling. “Teori yang keempat ke ni?” Muka bosan ditayangkan.
“Tak, Rahul yang cakap.”
“Rahul mana pulak dah ni?”
“Alaaa, Rahul dalam Kuch Kuch Hota Hai tu. Sikit punya famous pun tarak tau meh?”
“Ooo Pakcik Rahul tu.” Muka-malas-nak-ambik-tahu sengaja ditayangkan.
“Boleh tak kau stop panggil dia pakcik? He is not that old laaa. Bak kata orang Penang, segak lagi tau.” Nysa berdecit.
“Hantu SRK betul la minah ni,” gerutu Fiyya.
“Kau dengar tak ni?”
Yer, yer, aku dengar. Persahabatan itu cinta. Makcik Rahul kau yang bagi tau.”
“Ish! Kau ni. Terbaliklah. And Pakcik la. Bukan Makcik.”
“Setuju pulak kau, aku panggil dia pakcik. Tadi bukan main marah,” perli Fiyya.
Nysa mencebik. Cakap dengan Fiyya ni, aku pun boleh naik biul. “Dah, dah. Dengar ni. Cinta itu persahabatan. Tanpa persahabatan, mana nak ada cinta, kan? So, maknanya dari persahabatan datangnya cinta.”
“Tapi ada je lelaki dengan perempuan jadi kawan tanpa rasa apa-apa. Macam Harry dengan Hermoine.”
Kepala menggeleng seiring dengan jari telunjuk digerakkan ke kiri dan kanan tanda tak setuju. “Jangan kau lupa, Ron dengan Hermoine boleh jatuh cinta selepas mereka berkawan. And tengok juga apa yang berlaku antara Rosie dan Alex dalam novel Where Rainbows End.” Nysa angkat-angkat kening.
Poker face! “Susahlah cakap dengan kau ni.” Fiyya merungut pula.
Kihkihkih. Dalam bab ni, kau akan kalah punya. Percayalah.”
Mmm apa-apa jelah Nysa oiii.” Malas sungguh bila si teman sebilik dah buka sesi teka perasaan ni. Lebih baik aku pekakkan telinga aku ni dengan suara Ryan Tedder. Lagi best. Headphone kembali dipasang kemas di kepala. Volume pada laptop dinaikkan. Bergema lagu Fear di telinga Fiyya.
“Tengoklah tu. Saja je. Sampai ke sini aku boleh dengar suara Pakcik Ryan Tedder dia tu.” Nysa menarik muncung sedepa.
No sleep, today. Can’t even rest when the sun’s down. No time, there’s not enough. Sebab exam dah dekat.” Sengaja Fiyya berkaraoke kuat-kuat. Konon-kononnya nak beri peringatan bahawa peperiksaan dah dekat. Dan sesedap hati dia sahaja nak ubah lirik yang dah elok-elok ditulis oleh Ryan Tedder.
“Sajalah tu. Huh!” Nysa mencebik pula.


TIT, TIT, TIT. G-Shock di pergelangan kiri berbunyi. Si dia mengeluh kecil. Zip beg sandang di sisi ditarik buka. Compartment pill box yang penuh dengan pil-pil berwarna-warni dikeluarkan. Satu persatu jenis ubat dikeluarkan.
“Nah.” Sahabat di sebelah menghulurkan air botol mineral yang sudah dibuka penutupnya.
Thanks.” Ubat ditelan bersama air. Botol ditutup semula.
“Sabar, bro. Allah sedang menguji.” Sahabat di sisi menepuk-nepuk bahunya. Seakan-akan memberikan semangat untuk terus berjuang.
Yup, ini satu ujian. Dan juga penghapus dosa,” ujarnya tenang. “Teringat aku pada kisah Nabi Ayub a.s. Baginda lagi hebat ujiannya. Aku ni baru dikira sikit. Aku kagum dengan kesabarannya. Sakit, lepas tu ditinggalkan anak dan isteri. Harta semua musnah. Allah…”
“Betul sangat-sangat tu. Sebagaimana Allah s.w.t telah berfirman tentang baginda dalam surah ke-38, ayat 44, ‘We found him patient in adversity; an excellent servant!’ Bila kita rasa susah, kita patut ingat para anbiya’ dulu. Lagi besar ujian mereka. Mereka lagi susah.”
Si dia mengangguk mengiakan kata-kata si sahabat.

Bunyi ombak kecil tatkala menghempas persiaran pinggir laut Gurney Drive dan bau laut membuatkan mereka semakin kagum dengan kebesaran-Nya. Tambah lagi dalam suasana malam di mana langit dihiasi dengan bintang-bintang yang bersinar. Sengaja mereka duduk di tembok persiaran itu sambil memuji kebesaran-Nya. Malah sudah menjadi kebiasaan bagi mereka berdua untuk lepak di situ bagi menghilangkan rasa penat dan stress belajar jika ada masa yang terluang.

No comments:

Post a Comment