Friday 30 January 2015

Poskad (Bab 4) ~ Ednin

MAISA MEMBUKA mata bila di telinganya terasa sunyi tanpa bunyi apa-apa. Bunyi deruman enjin bas yang tadi membingitkan kepala sudah pun hilang. Hanya terdengar sayup-sayup bunyi suara orang berucap dari luar bas. Maisa meregangkan tangannya yang kebas dek digunakan untuk memanggung kepalanya untuk tidur tadi.
Matanya mula mengimbas kawasan sekelilingnya. Tempat duduk di dalam bas yang tadinya penuh itu sudah kosong, tanpa penghuni. Langsir bas diselak. Bas sudah berhenti di hadapan sebuah bangunan bercat kuning itu, seraya Maisa membaca papan tanda yang berdiri teguh di hadapan bangunan setingkat itu.
            BalaiKg Leryar, Cameron Highlands.
            Dahi ditepuk! Ya Allah, dah sampai rupanya…Kenapa Nab tak kejutkan dia tadi? Allahuakbar.
            Maisa bergegas bangun dari tempat duduknya. Tangan pantas menyambar beg silangnya yang digantungkan di belakang kerusi hadapan itu. Berlari-lari anak dia memasuki balai di kampung orang asli itu. Kawasan perkampungan itu sunyi. Hanya suara dari dalam dewan semakin jelas apabila dia mendekati pintu masuk dewan itu.
Pantas dia berjalan masuk melalui pintu belakang balai sambil matanya mencari-cari kelibat Nab dan Kak Fatin.
Hampa.
Apalah sangat nak mencari mereka dengan hanya menggunakan pandangan dari belakang ni? Semua manusia nampak sama di matanya dari arah belakang ini. Tambah-tambah lagi semua ahli program Kembara ini memakai baju t-shirt yang sama.
Maisa segera melabuhkan diri di kerusi di barisan belakang sebelum dia menjadi tumpuan umum nanti. Dia mengambil tempat bersebelahan dengan seorang lelaki yang sedang ralit bermain dengan handphonenya itu.
Kepalanya tertinjau-tinjau mencari Nab dan Kak Fatin di sekitar balai itu. Sudahlah dia tak kenal siapa-siapa di sini. Datang pun sebab atas alasan mahu menolong Kak Fatin yang terpaksa mencari pengganti di saat-saat akhir itu.
“Fatin dengan Nabilah ada kat depan belah kanan.” Orang sebelah bersuara, tiba-tiba.
Maisa laju berpaling ke arah orang sebelahnya.
Maisa mengangguk faham. Terus dia berpaling ke kanan mencari imej Kak Fatin dan Nab seperti yang Ihsan katakan itu.
“Dah okay?”
Maisa hanya mampu menjeling sekilas sebelum mengangguk. Ihsan masih dengan habit mengadap handphonenya itu.
“Tak sangka ada orang mabuk naik bas ey? First time dengar.”
Maisa hanya diam tak mahu menjawab. Dia menebarkan pandangan ke arah Abang Azli yang sedang memberi ucapan di hadapan itu. Dibuat-buatnya khusyuk semoga Ihsan tidak terus-terus mengajaknya bersembang.
“Kalau naik kereta pun muntah juga ke?” Suara itu masih lagi bercakap dengannya.
Laju dia menggeleng. Mata masih lagi pada Abang Azli di atas podium. Malas nak bersembang. Dia bukannya jenis yang bersembang di belakang kalau orang sedang berucap di hadapan.
Sekali lagi dia bertanya. Sony Ericsson itu dimasukkan ke dalam kocek seluar. Sudah penat bermain dengan permainan di dalam telefon bimbitnya. Geram juga sebenarnya. Yellah kawasan Kg Leryar ini kan berada di pedalaman dan agak tinggi tempatnya. Tak peliklah kalau tiada rangkaian telefon di sini. Tiada gunanya kalau guna telefon bimbit secanggih mana pun di sini. Bagus juga tu, tiada anasir-anasir luar yang dapat menganggu program ini.
Anasir luar?
Siapa lagi kalau bukan teman wanitanya yang clingy tu. Nampaknya dalam masa empat hari ni terpaksalah dia ‘berpisah maya’ sebentar dengan Sarah, teman wanitanya itu.
Naik marah juga Sarah semalam bila dia memberitahu yang dia terpaksa mengikut program ni. Yellah, kan mereka sudah berjanji nak ke Port Dickson, bercuti bersama dengan geng-geng Sarah tapi terpaksa dibatalkan dek kerana permintaan Azli yang tiba-tiba saja ni.
Tapi bagus juga sebenarnya. Dia dapat berjumpa dengan Pluto ni. Seraya, Ihsan berpusing mengadap si gadis di sebelah. Khusyuk betul memandang Azli di hadapan sana.
“Pluto tu nama betul ke?” Ihsan bertanya. Kepalanya cuba memikirkan nama-nama yang berkaitan untuk dikaitkan dengan Pluto.
Nur Plutonia?
Siti Anipluto?
Ihsan tergelak sendiri. Ibu bapa mana yang taksub sangat dengan planet ni. Agak-agaknya kalau ada adik beradik lain, mesti nama Puteri Merkurius atau Muhammad Mars yang bakal menjadi pilihan.
Maisa mengerutkan dahi. Dah tiba-tiba dia gelak ni kenapa?
“Tadi kan sebelum naik bas kita ada jumpa, you angkat botol mineral…”
“So?”
“You kan cakap nama you Pluto?” Ihsan angkat kening. Dia dah agak dah perempuan ni menganjing dia tadi.
“Ohhhhhh..”
“Betul ke?” Suara itu bertanya lagi.
Maisa mengalih fokus. Halahaih. Banyak tanya la pak cik ni!
“Sun tu nama betul jugak ke?” Soalan lelaki itu dikembalikan dengan soalan.
“Nickname. Obviously..          So betullah yang..”
 Ayatnya tergantung seketika bila seisi dewan sudah riuh bergelak ketawa mendengar ucapan dari Azli. Ihsan berkerut dahi sambil matanya tertuju ke arah podium, melihat Azli yang turut ketawa. Kening terjungkit-jungkit memikirkan apa yang tengah diperkatakan Azli sampaikan seluruh dewan ketawa ni? Padan muka kau, Sun. Tak ambil port lagi.Kepala dipusingkan sekali lagi mengadap siPluto yang sudah beralih tumpuan ke arah Azli sambil tersenyum itu. Halahaih ini peminat Azli ke? Dari tadi khusyuk je padang Azli!
“Suka Azli eh?” Ihsan menembak tiba-tiba. Dari tadi dia perasan yang pandangan gadis itu tak berpaling-paling dari Azli di atas memberi ucapan itu.
Come on, sejak bila Azli dah pandai out shadowAhmad Redha Ihsan ni?
Zrapppp.
Laju Maisa berpaling ke kiri. “Excuse me?”
Ihsan tersenyum. Gembira bila pandangan gadis itu kembali ke arahnya. “Well dari tadi awak pandang dia tak kalih-kalih.”
Antara dia dengan Azli. Sama-sama ada gene yang boleh membuatkan orang jatuh suka. Cuma Azli tu je yang skema sikit, katanya no lovey dovey before marriage.
Pelik.
Kalau bagi Ihsan, dia lebih suka berkenal-kenalan dulu sebelum ambil keputusan nak ke peringkat seterusnya. Marriage is not something you can turn back, aite? Once in ones lifetime.
“Liking someone and paying attention is two different things. Rasanya lagi better saya paid attention dari main handphone kan?” Tali beg itu dipusing-pusing dengan tangan. Entah macam mana terkeluar juga ayat sinis dari mulutnya. Can’t help. It’s in my blood and veins.
Ihsan ketawa. Dush, dush, dush terkena tembakan sinis dari si Pluto. Dah dua kali dah dia kena dalam satu hari ni. Nice play, Pluto girl!
“Keep it!” Sony Ericsson dihulurkan kepada Maisa. Tapi gadis itu sedikit pun tak menyambutnya. Terpaksalah Ihsan meletakkan Sony Ericsson hitam itu di atas beg silang Maisa.
“Excuse me?”
“You simpan phone I ni. Agaknya baru I boleh paid attention kut.” Serentak dia mengalih fokusnya pada Azli di hadapan. Kononnya boleh berkonsentrasi kan.
“Sun, take it back.” Nada itu kedengarannya tegas.
Ihsan memandang seketika. “Hush girl, hush! Pay attention!” Dua jari ditunjukkan seiringan di antara matanya dengan Azli.
Maisa merengus. Sekali dia terkena!
Ihsan ketawa dalam hati.


Sun (1) - Pluto (2)

No comments:

Post a Comment