Tuesday 20 January 2015

Poskad (Bab 3) ~ Ednin

MAISA MENGAMBIL tempat di bangku yang di tempatkan di kawasan kedai kecil di daerah Sungai Koyan itu. Ini pun dia baru saja keluar dari tandas setelah memuntahkan segala isi perut itu. Kepala yang tengah pusing itu diurut dengan kedua belah tangan. Hampir keseluruhan makanan yang dihadamnya pagi tadi keluar kembali.
Ya Allah, kau permudahkanllah urusan aku ini.
Tangan dibawa ke kepala lagi. Nasiblah Ais, mana nak tahu yang dia boleh mabuk darat macam ni? Selalunya, relaks je balik kampung naik bas. Ini mesti sebab yang pusing-pusing dan tidak sekata ni.
            “Ais okay ke?” Suara lembut Kak Fatin menyapa gegendang telinga Maisa.  Mata yang direhatkan tadi terus dibuka. Kak Fatin dengan Nab sedang memandangnya dengan riak risau terpancar di wajah kedua-duanya.
            Lambat-lambat Maisa mengangguk. Okaylah sangat bila rasa macam nak pitam je kat tengah food court ni.
            “Nah makan panadol ni. Kakak dah minta dengan Saufi.” Terang Kak Fatin lalu meletakkan dua biji Paracetamol di atas meja hijau bersama-sama dengan secawan air suam itu.
            “Terima kasih.” Paracetamol di tangan Kak Fatin diambil lalu dimasukkan ke mulut. Huaaa… ini yang rasa nak balik ni. Kalau sakit-sakit macam ni, mesti Tok akan picitkan kepalanya. Rindunya Tok…
            “Kak Fatin nak pergi tandas dulu.. Nab tolong jaga dia ye?”
Maisa terdengar suara Kak Fatin bercakap dengan Nab. Maisa tidak ambil peduli. Kepala disandarkan di atas meja, melayani sakit yang entah bila nak hilang ni. Agaknya kejap lagi kalau dah masuk jalan nak naik Cameron Highland, gamaknya lagi hebatlah mabuknya.
            “Makan sikit?” Nab pula bersuara. Plastik yang berisi pau daging yang masih berasap itu diletakkan di hadapan Maisa.
Pantas Maisa menggeleng. Takut pula kalau melantak nanti, perut akan mengeluarkan isinya lagi. Pengalaman tadi tu pun dah cukup. Perit tekak ni masih terasa.
            “Nanti perut kosong macam mana?”
            Maisa masih setia dengan gelengannya. Nope, nope, nope. Nak Tok…
            “Dah okay?”
Satu suara garau menyapa mereka dari sebelah.
Maisa mengangkat kepala. Azli berdiri di sisi meja dengan Ihsan di sebelah. Terus Maisa berdiri tegak. Tak betah bila kaum lelaki memandangnya yang tengah terlentok lemah -- walaupun sakit -- di atas meja itu. Maisa mengangguk-angguk perlahan walaupun sebenarnya dia tak pasti sama ada dia dah okay atau tidak. Kepalanya masih lagi berpusing seperti beberapa minit tadi.
            “Kalau sakit boleh jumpa Abang Saufi.InsyaALLAH dia boleh tolong. Dia tu budak medic. Dia tahulah kut apa nak buat. Abang tak pandai. Law terms abang boleh lah...” Azli berseloroh. Muka pucat gadis itu merisaukan dia sebenarnya. Lagipun ini kan tugasnya sebagai ketua projek untuk program itu memberikan tanggungjawab kepadanya untuk memastikan anak-anak buahnya itu sihat sepanjang tempoh program.
            “Dia dah bagi dah Panadol tadi. Nak hilangkan sakit kepala ni kut..”
Maisa sempat menjeling lelaki di sebelah Abang Azli yang sedang sibuk bermain handphone itu. Eh ini bukan lelaki yang dia jumpa tadi pagikah? Rasanya macam ya. Maisa menajamkan fokus pada lelaki yang berkemeja T warna ungu itu. Matanya menangkap jam tangan berstainless steel di pergelangan tangan kiri lelaki itu.  Betullah ni! Tangan yang sama membantunya mengutip botol mineral tadi.
            “Kalau macam tu baguslah.” Azli tersenyum.
“Kalau ada apa-apa bagi tahu Fatin tau. Abang pergi makan dulu. Jom Sun kita gi soru dulu…” Tangan dibawa ke mulut, untuk menunjukkan isyarat makan.
            Ihsan hanya mengangguk. Sony Ericsson warna merah itu terus dimasukkan ke dalam poket seluar.
            “So, macam mana… you okay?” Lelaki itu memandangnya lama. “Ada orang mabuk darat jugak eh? I ingat mabuk udara dengan laut je… macam mana you naik kereta eh?”
            Azli menggeleng kepala. Lengan Ihsan ditariknya. “Jom makanlah. Aku dah lapar ni…”
            “Yellah, yellah kau ni. Perut macam tong!” Kepalanya digelengkan, kembali semula pada Maisa.
“You, Pluto, makan ubat tu. See you so…” Sebelum sempat Ihsan menghabiskan ayatnya, Azli sudah menarik lengan sahabat baiknya. Bukan boleh percaya dengan Ihsan ni, kang nanti adik-adik kesayangan Fatin ini juga dibuat mangsa buaya daratnya.
“Pluto?”
Fokus Maisa yang mengekori kedua-dua lelaki itu beralih pada kawan baiknya. Lupa pulak akan Nab yang duduk di hadapannya tadi.
“Taka da apa-apalah…”
            “Tapi kan handsome pulak mamat sebelah abang Lee tu. Senyuman dia tu menawan…”
            Maisa tergelak. Sempat lagi kau, Nab! Tapi macam pelik pula. Nab bukannya jenis yang pandang wajah semata-mata.Baginya hati baik > kacak bergaya. Selalunya kalau jumpa lelaki kacak, Nablah yang paling rasional sekali. Dia takkan sedikit pun pandang pada kekacakan seseorang. Attitude comes first, itulah moto hidup Nurul Nabilah!
            “Eh dah baik sakit ke?”
“Dah jatuh cinta pada abang matahari tu juga ke?”
            “Matahari?”
            “Sun… kan tadi abang Lee panggil dia dengan nama tu. Sun tu matahari la kan?”
            Maisa mengangguk. Betullah sun itu maksudnya matahari di dalam Bahasa Inggeris. Sekarang baru dia teringatkan nama yang lelaki itu sebutkan pagi tadi.
Tapi kenapa ya dia rasakan lelaki itu nampak familiar. Pernah sekelas ke? Kut-kutlah pernah sekelas dalam kelas subjek universiti. Macam dia kenal dengan Nab awal-awal dulu. Yellah, mana lagi nak kutip kawan dari course lain kalau tak di kelas subjek universiti. Kalau tak, statik je la dengan budak-budak satu studio tu.
Mungkinkah lelaki ini sekelas dengannya? Nak kata senior satu course senibina dengannya, macam bukan saja.
Nope!
            “Tapi kan… tak payahlah kau suka dia, Ais.”
            Fikiran Maisa terbantut seketika. Keningnya terjungkit. “Aik bukan tadi kau juga kata dia handsome, senyuman menawan membuatkan kau tertawan…”
            “Kacak sangat. Nanti merana… Senyuman tertawan pun tak guna kalau hati merana kan? Lagipun dia mesti ramai awek punyalah. Tengok pegang handphone pun dah tau playboy.”
            Maisa diam. Boleh pulak Nab cipta teori macam tu. Tapi betul juga apa yang dikatakan Nab—yang nampaknya sudah menjadi rasional Nab kembali itu. Kacak sangat kalau attitude yillek, tada gunanya. Yang penting ni hati baik pun dah mencukupi, sebenarnya.
Air mineral diteguknya perlahan. Kepalanya menyambung berfikir kembali pada hal yang berligar-ligar di kepalanya sejak pagi tadi, bila mana dia bertemu dengan Sun buat pertama kalinya. Kepalanya ketika itu memberitahu bahawa ini bukanlah kali pertama dia melihat Sun…

Why you looks so familiar eh? Bisik Maisa di dalam hati.

No comments:

Post a Comment