Monday, 16 June 2014

Vice Versa (Bab 3): Ednin

“WOI bawak kereta tu leklok sikit na.. ini asyik dok pandang anak dara orang tu buat apa. Pandang depan la.” Kata Uzair sambil tangannya menumbuk lembut bahu si pemandu di sebelah yang nampaknya macam sudah hilang fokus bila melihat Imah, anak dara Che Temah yang tengah mengangkat kain di ampaian tadi.
“Hishh sakit hati aku tengok perangai miang hang ni.. ingat la tunang hang sikit, malang sungguh Fiza dapat hang.” Laju Uzair terus berleter kepada Aki yang buat-buat tidak faham akan kesalahannya. Uzair menggeleng sebelum menyambung leterannya lagi, “Ingat aku tak nampak la hang sikit punya menjeling tengok Imah. Penyakit gatal hang ni dari sekolah dulu tak pernah baik rupanya.”
“Hang cool la sikit.. bagilah aku cuci mata sikit. Takkan nak tengok Fiza ja hari-hari.. sekali-sekala mau jugak aku tukaq selera. Fiza setia dalam hati aku, tadak aih cari yang lain.. hang jangan dok risau.. yang hang dok berleter ni apa hal? Bukannya Fiza tu adik hang pon..”
“Sayang? Setia dalam hati?”
KAHKAHKAH.
Uzair tergelak. Tidak faham sungguh ayat yang cuba disampaikan oleh Aki itu. Apa yang setia? Apa yang sayang? Kalau mata masih tertinjau-tinjau pada yang lain.
“Hang ni.. hati dah keras hang tau dak. Aku kena bawak hang pi satu tempat ni.. biaq bagi lembut balik hati hang yang dah kena lapih dengan concrete tu.. aku rasa bukan setakat selapih ja hati hang tu kena concrete, dah berlapih-lapih.. Tebal, sampai susah nak tembus masuk dalam.”
“Hang tok sah dok merepek, concrete grade bawah ka, grade tip top ka, aku tak heran. Hang buat main ja tau, pandangan tak jaga. Habaq mak hang baru tau.”
Aki sengih menayang gigi. Iman Uzair tidak akan pernah kalah kalau masuk bab berdebat macam ni.
Kalau A yang Uzair cakap, A lah benda tu.
Kalau 1+1=11,  maka 11 la jawapannya. Walaupun jawapan yang betul itu adalah 2 tetapi kalau dengan Uzair, dia akan pusing-pusing juga bagi jawapan dia 11 jugak
Itulah Uzair yang ketegaq!
“Nanti hang kalau dah ada tukang hebat yang boleh robohkan konkrit hati hang tu baru hang tau pasal hati, sayang, setia. Sekarang hang boleh gelak KAHKAHKAH la tapi nanti bila Tuhan tunjukkan, biaq aku pulak gelak kat hang. KAHKAHKAHKAH.
Sebelum sempat Uzair menjawab, lagu Zivilia - Aishiteru bermain di ruang kereta.
“Sat-sat. Hang nak sambung berletiaq sat gi na. Aku nak jawab panggilan dulu sat.” Aki sudah terkial-kial menyeluk kocek seluarnya untuk mengambil telefon bimbitnya sambil satu tangan lagi mengawal stereng kereta.
Uzair di bangku sebelah hanya mampu beristighfar melihat pemandu yang memandu sambil lewa macam ini. Sejak kematian Hazirah, dia memang sudah bertukar menjadi terlebih berhati-hati bila di jalan raya. Dia tidak mahu nasib yang menimpa Hazirah akan menimpa orang lain pula. Cukuplah dia saja yang sudah merasa peritnya kehilangan orang tersayang.
Nasiblah ketika ini mereka sedang memandu memasuk ke jalan kampung yang tidak banyak kenderaan. Sekurang-kurangnya peratus nak kemalangan ngeri itu tak adalah tinggi sangat berbanding dengan peratus kemalangan di jalan raya.
“Assalamualaikum sayaaang.. sayang dah makan??... rindu? mestilah rindu.. awat tak rindu pulak..”
Uzair melarikan fokus ke luar tingkap. Geli tekaknya mendengar kata-kata Aki itu. Kalau macam inilah ertinya berkasih sayang, tak mahulah dia.
Tiba-tiba Aki ketawa sambil mengetuk stereng. Entah apa yang dibicarakan oleh Fiza di talian pun Uzair tidak pasti. Yang pasti Aki sekarang kelihatan gembira, ketawa mengekeh mendengarnya.
Tahulah Uzair yang fokus Aki bukan lagi pada jalan di hadapan mereka, tapi sudah naik setinggi awan.
Aki oh Aki!
Tak menyempat-nyempat. Walhal bukan jauh mana pun lagi jarak rumahnya dari sini, tak sampai lima minit perjalanan tetapi masih lagi mahu berkasih sayang di dalam kereta.
“Woi fokuslah oii!”
Aki tak ambil peduli. Masih lagi di talian.
Uzair mengeluh. Macam mana agaknya si Aki ini nak fokus pada pemanduan kalau kepala sedang berkasih sayang.  Mahu saja dia suruh Aki memberhentikan kereta, biar dia saja yang memandu.
“Biar aku drive jellah.”
“Yang kejap eh…” Aki menjeling Uzair di sebelah. “Hang ni relaks la. Aku selalu dah buat perangai macam ni…”
Uzair menjeling. Bahana orang bercinta… benda lain dipandang enteng. Butanya alahai!
Tahulah ini kampung, jarang sekali berlakunya kemalangan tetapi kemalangan itu kan boleh berlaku tak mengira tempat.  Tak mengira masa. Bukankah itu hari, Qushairi, cucu kepada ketua kampung kemalangan dengan lori sayur Ah Seng. Itu nasib baik cuma patah kaki ja, kalau seperti kes yang menimpa Hazirah macam mana? Siapa mahu tanggung? Desis hati Uzair. Matanya menjeling pada Aki di sebelah. Masih lagi rancak berbual telefon.
Entah macam mana, masin pula mulut Uzair petang tu. Di dalam jarak kurang satu meter dari kereta mereka, ada sebuah lagi kereta Swift putih yang sedang keluar dari simpang.
Uzair memandang Aki yang tengah berkasih sayang di sebelahnya. Kepala sudah mula mencongak laju. Lepas ke kereta itu? Matanya bergerak seperti bola ping pong di antara Aki dan Swift putih itu.
“Aku rasa kan...”
Sebelum sempat Uzair sambung ayatnya..
Sebelum sempat Aki memandang Uzair..
Sebelum sempat Aki respon..
Kedebaaaammmm!
Astagfirullah 'alazim. Istighfar Uzair dalam hati. Automatik dia memandang Aki yang sudah mencampakkan telefon bimbitnya ke atas ‘dashboard’ kereta. Perkataan 'damn' sudah terkeluar dari bibir lelaki yang memakai kaca mata itu. Mana tidaknya kereta Persona itu baru saja Aki beli dua bulan lepas. Bayar pun tak habis lagi. Ada lagi lapan tahun berbaki. Tak sampai setahun sudah ‘dicium’ oleh si comel Swift itu.
Aki melepaskan geramnya ke stereng kereta. Bunyi hon kedengaran seketika sebelum dia keluar dari kereta, melihat kerosakan akibat perlanggaran itu.
Uzair menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya bila melihat amarah si kawan ini sudah menunjukkan yang Aki ini selamat dari kemalangan kecil. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Peristiwa dulu pun dia masih tak dapat lupakan, apatah lagi mahu menerima peristiwa baru. Cukup-cukuplah.   
Uzair mengalih pandangan ke arah pemandu kereta Swift itu pula. Mata dikecilkan, mencari gerangan si pemandu Swift. Harap-harapnya tiada apa-apa la yang terjadi pada pemandu tersebut. Kalau diikutkan norma logik perlanggaran ini, sepatutnya, tiada apa yang buruk bakal berlaku. Hanya terguris sedikit di sisi kereta masing-masing kerana Swift putih tadi sempat ke kiri untuk mengelak.
Uzair membuka tali pinggang keledarnya lalu turut sama berdiri di sebelah Aki yang sedang melihat kesan calar di keretanya.
“Tak teruk sangat pun.” Komen Uzair. Betullah apa yang dia simpulkan tadi di dalam kereta. Aki hanya mengangguk sambil meraup rambutnya. Menyesal barangkali? Padan muka.  Sudah terantuk baru terngadah.
Tidak lama kemudian seorang gadis berkaca mata hitam keluar dari perut  Swift putih itu. Sambil berjalan ke arah mereka, gadis itu melampirkan wajah yang bersalah. Kaca mata hitam itu masih lagi tersedia di pangkal hidungnya walaupun hari sudah petang dan matahari pun sudah mahu melabuh tirainya.
Gadis kota, desis hati Uzair bila melihat susut tubuh tinggi yang memakai dress sampai lutut bewarna putih bercorak bunga-bunga oren. Cekak di kepalanya dengan rambut yang separas leher nampak cantik dengan gayanya. Seorang yang pandai berfesyen. Mana mungkin anak-anak kampung ini tahu memakai begini dengan rambut yang gayanya seperti disiapkan di salon rambut itu.
“Sorry.. I'm sorry..” Kata gadis itu dengan lenggoknya.
Uzair hanya mendiamkan diri. Biar Aki saja yang uruskan. Dia lebih selesa berdiri di sebelah, memerhatikan keadaan. Memerhati gadis di hadapannya.
Lama.
Macam pernah tengok. Bisik hatinya. Tetapi seumur hidupnya, mana dia pernah berkawan dengan perempuan macam ni. Elegan! Dari atas hingga ke bawah tapi gaya rambut bercekak itu menarik minatnya. Nak kata kawan sekerja? Memang tidaklah. Kerjanya memang 98% dimonopoli oleh golongan lelaki. Beberapa kerat saja wanita di tempat kerjanya. Kalau anak-anak kampung ni, memang bukanlah kan?
Habisnya, di mana pulak dia pernah berjumpa dengan gadis ini?
Uzair memandang Aki yang sedang menunduk memegang keretanya. Tidak sedikit pun tertoleh pada gadis di hadapan mereka ini. Fokus gadis itu kembali kepadanya.
“I’m sorry.” Ragu-ragu. Tidak tahu mana satu yang dia perlu usulkan kata-kata maafnya walaupun hakikatnya pemandu Persona itu juga turut bersalah dalam hal ini. Kalau dah nampak kereta nak membelok tu, perlahan-perlahan la sikit. Ini memecut je. Ini kawasan kampung kut! Mana boleh laju-laju.
Uzair angkat bahu. “Not me. To him. He is the owner.” Tangan ditunjukkan ke arah Aki yang sedang meratap sedih itu. Perlahan tangan Uzair menepuk bahu kawannya itu.
“Apa ni? Aku tengah sedih ni. Kesian Sonia aku ni. Dah turun saham dia…” Persona yang dinamakan Sonia itu dibeleknya lembut.
Muka cuak gadis yang sudah terukir senyum itu. Mungkin tergeli hati mendengar nama Sonia yang keluar dari mulut Aki.
Uzair menggeleng. Aki oh Aki… kan aku dah cakap nama Sonia tu tak best! Dari perkara serius dah bertukar jadi benda lawak. Tangannya sekali lagi menepuk bahu Ak.
                “Hang bangun la dulu. Ni cik ni nak jumpa kau, nak diskus.”
                “Cik?”
                Tapppp. Terus Aki bangun dari duduknya. Matanya terus jatuh pada gadis berbaju oren itu. Aki yang sudah tersengih tayang gigi. Ulat bulu sudah naik miang. Tidak boleh berjumpa perempuan sikit, mulalah naik gatal.Padahalnya siapa yang berdamn-bertepuk-tampar-dengan-stereng tadi? Yang meratap sedih memandang sisi kereta tadi?
Uzair menggeleng kepala.
Tak sampai lima minit, dah cair kawan dia seorang ni. Hebat penangan gadis ini rupanya. Fokus Uzair kembali semula kepada gadis yang sedang tersenyum itu. Aki sudah memulakan ayat mukadimah. Entah apa yang Aki katakan, dia tidak ambil peduli tetapi nampaknya Aki macam mengenali siapa gerangan si gadis berbaju oren ini tetapi pada latar belakang gadis ini masih misteri pada Uzair.
Siapa dia ya?
Anak siapa?
Cucu siapa?
Susah juga bekerja tak duduk di atas darat ni. Habis semua dia ketinggalan.
Di saat itu juga, si gadis membuka kaca mata hitam yang melindungi sepasang anak mata coklat kehitaman. Mata itu tersenyum memandangnya. Gelak tawa hasil lawak yang dibuat oleh Aki itu mengingatkannya pada satu memori bertahun dahulu.
Zrappppp.
Darah Uzair yang tenang tadi terus tersirap.
Mata tu..
Ma.. ta.. tu..
Fikirannya mencerna satu nama..
Nama yang dia tak mungkin lupa sampai bila-bila..

“Aku balik dulu.” Hanya itu yang mampu Uzair katakan dan selepas habis saja ayatnya Uzair terus berjalan meninggalkan tempat kejadian. Tanpa sedikit pun mempedulikan pekikan Aki yang memanggilnya dari belakang.

No comments:

Post a Comment