“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,” aku
mengucapkan syukur berkali-kali. Surat yang baru sahaja di hantar oleh posmen
aku baca sekali lagi. Rasa macam tidak percaya.
“Mak, Syira dapat matrik Melaka. 18 Mei ni kena daftar,” kata aku kegirangan.
Berlari-lari aku memdapatkan mak. Akhirnya impian aku tercapai.
“Alhamdulillah, dapat juga Syira masuk matrik. Nasib baik
dekat je. Nanti lepas ayah balik, bagitahu dia,” mak bersuara sebelum
meneruskan jahitannya. Riak wajahnya gembira. Namun, kerana begitu banyak
tempahan baju terpaksa disiapkan, mak tidak begitu melayan kerenahku. Aku tidak
berkecil hati. Aku memahami kesibukan ibu mengambil upah menjahit baju.
Aku mencapai tudung berwarna ungu yang tersangkut di dinding
sebelum berlari ke pantai di belakang rumah.
Di pantai ini aku menunggu ayah pulang iaitu seorang nelayan
yang aku sayangi. Tidak sabar rasanya memberi tahu perkhabaran gembira ini.
Angin kuat hampir sahaja mengoyakkan surat tawaranku. Aku masukkan semula di
dalam sampul. Sampai ke telinga aku senyum. Ini adalah langkah pertama sebelum
untuk aku mencapai cita-cita aku ke menara gading. Walaupun nampak macam poyo
je tapi aku peduli apa.
“Kak Syira dapat masuk matrik ye,” soal adik lelakiku, Nizam
yang masih berbaju sekolah. Dia menghisap-hisap aiskrim Malaysia yang berperisa
milo. Habis kotor bajunya. Sememeh je dia.
“Haah. Ish, ni apa kotor-kotor ni. Dah lah, abang pergi
masuk dalam, makan. Lepas ni nak pergi sekolah agama kan? Kak Syira nak tunggu
ayah,” aku mengarahkan adik lelakiku yang biasanya kami panggil abang untuk
masuk ke rumah.
“Ala, kejaplah. Abang nak habiskan aiskrim dulu. Ayah lambat
lagi lah balik. Lebih baik kak Syira masuk dulu,” ada sahaja abang menjawab.
Walaupun baru darjah empat, kadang-kadang macam orang tua cara dia bercakap.
Mungkin sebab bergaul dengan kami semua yang dah besar-besar.
“Syira, masuk lah dulu. Ayah kamu lambat lagi balik. Ni
tolong gosokkan baju Nizam ni. Kejap lagi dia nak pergi mengaji,” mak sedikit
menjerit dari dalam rumah. Hasrat aku nak menunggu ayah terbantut. Terpaksa
pula menggosok baju budak kecil ni.
“Kan abang dah cakap tadi. Tak nak dengar,” abang mengomel
kecil. Rasa macam nak cubit-cubit je budak ni.
“Okey,” aku menjawab pendek. Ikut kata hati mahu sahaja aku
tunggu sampai ayah balik.
Hari ini ayah
pulang sedikit lewat. Nasib baik aku tidak menunggunya di tepi laut. Kalau
tidak, mahu berjanggut aku menunggunya. Katanya rezeki hari ini lebih dari
biasa. Banyak ikan dan cuaca pun bagus.
Alhamdulillah. Rezeki keluarga ini tidak pernah putus. Kalau tidak ke laut,
ayah ke kebun memetik kelapa sawit. Cukuplah untuk makan anak-beranak. Lagi
pun, mak ada mengambil upah menjahit. Buat tambah-tambah. Aku bersyukur kerana
keluarga kami tidak lah sesusah mana jika dibandingkan dengan orang lain. Tapi
kalau boleh, aku tidak mahu ayah ke laut lagi. Risau kalau-kalau perkara buruk
berlaku.
“Ayah, Syira dapat masuk matrik melaka. 18 Mei ni daftar,”
ayat yang sama aku gunakan pagi tadi kepada mak. Aku menghampiri ayah yang menjinjing
plastik berisi ikan. Inilah untungnya jadi nelayan. Ada lebih boleh bawa ke
rumah buat lauk. Jimat duit daripada beli di pasar. Lagipun ikan yang ayah
selalu bawa balik segar lagi.
“Alhamdulillah. Dapat juga kamu masuk matrik,” memang sehati
sejiwa betul mak dan ayah. Ayat pun lebih kurang sama je. Aku meletakkan ikan
di sinki.
“Minggu depan ajak kakak kamu beli barang keperluan. Nanti
tak ada lah terkocoh-kocoh. Borang-borang yang nak kena cop bagi kat ayah,
nanti ayah suruh ketua kampung cop,” pesan ayah panjang lebar sebelum ke dapur.
Seminggu sebelum
bertolak ke matrik, aku dan kak long membeli barang keperluan. Aku sekadar
membeli apa yang perlu. Tak mahu membazir.
“Banyaknya Syira bawa barang. Ni nak lari
rumah ke ni?,” getus kak long. Dia yang dari tadi memerhatikan aku mengemas
barang tidak betah duduk. Aku berusaha mengzip beg balik kampung yang agak
besar.
“Kalau banyak sangat barang, Dayana tak nak tolong tau.
Penat,” Dayana, adik perempuanku yang kini tingkatan empat mengomel. Ingatkan
dia khusyuk buat nota sejarah, rupanya menyampuk juga budak ni. Kak long dan
aku berpandangan dan tersengih.
“Mana ada banyak. Kak long dulu lagi banyak dari ni kan?,”
aku cuba mengingatkan kak long atau nama penuhnya Nur Aina sewaktu dia
mula-mula melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan di salah sebuah kolej
di pantai timur. Memang haru nak mengangkat barangnya. Dah lah biliknya di
tingkat empat. Jauh pula tu. Memang rasa nak patah tulang pinggang. Nasib baik
kami berenam sekeluarga ikut sekali. Kalau tak, mahu pengsan mengangkatnya.
“Kak long jauh, sebab tu bawa banyak. Meh lah. Kak Long
tolong kemaskan. Banyak sangat ni,” kak long memang begitu. Sakit mata kalau
tengok orang lain berkemas. Ada sahaja yang tidak kena.
“Kak long belajar lagi berapa lama ye,” soalku. Rasanya dah
lama dia melanjutkan pelajarannya.
“Kak long lagi satu sem. Lepas ni praktikal. Lepas tu
kerja,” kak long menjawab sambil memasukkan semula baju yang dipunggahnya.
Semuanya tersusun rapi dan tiada yang tertinggal seperti tadi.
“Dah siap kemas semuanya. Mak dengar berborak je dari tadi.
Apa yang diborakkan?,” mak menyoal sambil menyelak sikit langsir bilik kami. Di
tangannya ada baju yang hendak di sembat.
“Tinggal sikit je mak,” aku membalas. Mata tidak menunjukkan
tanda-tanda mahu tidur. Mungkin sebab teruja nak daftar esok. Dah lah esok kena
bangun awal. Ayah bercadang nak bertolak awal. Bagus juga, kalau lambat mesti
panjang barisan kena beratur. Nanti lambat pula mak dan ayah balik ke banting
semula.
Hari ini hari pendaftaran untuk aku memasuki Kolej
Matrikulasi Melaka. Perasaan bercampur baur sejak malam semalam sehinggakan aku
tidak mampu melelapkan mata. Aku rasa hanya 3 jam sahaja aku dapat melelapkan
mata sebelum mak mengejutkan aku untuk solat subuh. Hari ini, semua ahli
keluarga menghantar aku. Adik-adikku mengikut bukan sebab apa, nak
berjalan-jalan makan angin. Tetapi yang seronoknya, semua kena tolong angkat
barang-barang aku. Mujur, kak long tolong kemaskan barang-barang aku. Kalau tak
mesti penat nak angkat beg yang banyak berkali-kali naik ke tingkat tiga.
“Mak dengan ayah balik dulu. Belajar elok-elok. Nanti
telefon mak bila ada masa,” pesan mak selepas semua barang-barang diletakkan di
bilik. Kami berjalan menuju ke parkir kereta.
“Baik mak,” aku mencium tangan dan pipi ibuku. Aku peluk
erat-erat tubunya. Rasa macam berat sangat nak lepaskan. Maklumlah, ini kali
pertama aku berjauhan dari keluarga sebab sebelum ini aku hanya bersekolah di
sekolah harian di kampung halaman. Tidak pernah aku berjauhan daripada keluarga
dalam masa yang panjang.
“Ayah balik dulu, nak berjalan-jalan kat Melaka ni,” ayah
mengusik aku. Sampai hati mereka berjalan tak ajak aku. Adik-adik aku apa lagi,
tersenyum sumbing mengenakan aku. Aku menyalami ayah dan yang lain. Sempat aku
menarik telinga abang, kawan gaduh di rumah. Sebaik sahaja kereta Waja milik
ayah hilang dari pandangan, aku segera naik semula ke bilik. Banyak barang yang
perlu di kemas.
“Hai, saya Insyirah. Awak?,” tanya aku kepada dua orang
rakan sebilikku. Sewaktu aku masuk ke bilik masing-masing sibuk mengemas. Di
sini, aku mempunyai dua orang rakan sebilik walaupun sepatutnya bilik ini boleh
memuatkan sehingga empat orang.
“Saya Farahin,” kata kawan sebilikku yang mempunyai raut
wajah yang cantik dan putih mulus.
“Saya Hafizah.
Panggil Fizah je. Selamat berkenalan, Syira,” balas gadis berkulit hitam manis
yang berdiri disampingku. Aku kemudiannya mengemas barang-barang yang dibawa.
Kali ini tiada mak dan kakak yang membantu. Mujur, mak selalu mengajar aku
mengemas pakaian sendiri. Jadi, tidaklah begitu kekok.
Pada petangnya, kami diminta berkumpul untuk mengikuti
orientasi yang berlangsung selama seminggu. Kami dibahagikan mengikut kumpulan
dan di bawa mengelilingi kawasan kolej supaya biasa dan tahu tempat-tempat
tertentu. Ada aktiviti sukan, aktiviti bersama mentor mentee dan banyak lagi
aktiviti yang dijalankan. Sampai ramai yang demam kerana jadual yang padat dan
cuaca yang agak terik. Aku hanya pening-pening dan sakit perut kerana tidak
selera menjamah makanan kerana terlalu letih.
“Huh...habis jugak hari orientasi. Hari ni boleh
rehat-rehat. Farahin, Fizah, hari ni kita pusing kolej nak? Boleh tengok-tengok
dewan kuliah dengan makmal. Esok tak lah susah sangat nak pergi cari kelas. Nak
tak?,” aku memberikan cadangan memandangkan semua hanya baring di atas katil.
Walaupun semasa orientasi kami sudah di bawa pusing-pusing satu kolej, namun
kami masih belum biasa dengan bangunan-bangunan yang ada.
“Nak !,” jawab Farahin dan Fizah serentak.
“Nak ikut !,” teriak Tina, jiran di bilik hadapan kami.
Tiba-tiba sahaja Tina muncul. Dia memang ramah dan pandai bergaul orangnya.
Sebab tu, kami selesa berkawan dengannya walaupun bukan sebilik. Dari hari
pertama lagi dia sudah menunjukkan keramahannya.
“Boleh-boleh, ajak Nadirah sekali, boleh borak-borak. Lepas
tu kita makan tengahari kat kafe,” Farahin membalas. Masing-masing bangkit dari
katil dan bersiap.
Sepanjang seminggu berorientasi, kami tidak berkesempatan
untuk kenal-mengenali antara satu sama lain. Maklumlah, aktiviti sangat padat
sampai ke malam hingga semua keletihan. Balik sahaja ke bilik semua terbongkang
tidur.
“Besar jugak ye kawasan matrik ni,” kata Nadirah memecahkan
suasana sunyi.
“Farahin, awak orang mana?,” tanya Tina secara tiba-tiba.
“Saya orang Gombak,” jawab Farahin yang manis berlesung
pipit.
Dari satu tempat ke satu tempat kami pergi. Sepanjang itu,
rancak kami berbual-bual mengenai latar belakang masing-masing. Seronok rasanya
mempunyai kenalan baru dari tempat yang berbeza-beza. Farahin dari Gombak,
Fizah dari Perak, Tina dari Johor, Nadirah dari Negeri Sembilan dan aku pula
dari Selangor. Walaupun baru sahaja berkenalan antara satu sama lain, tapi rasa
macam dah lama sangat. Tiada rasa kekok langsung malah ada sahaja cerita dari
mereka yang membuatkan aku tidak kering gusi. Selepas habis mengelilingi satu
kawasan kolej, kami makan tengahari bersama-sama di kafe A. Harga makanan di
sini murah dan rasanya boleh tahan sedap. Petang itu kami hanya berehat-rehat
sahaja di bilik. Kami bergilir-gilir menggosok baju kerana hanya ada satu
seterika sahaja. Itupun Fizah curi-curi bawa. Aku menggosok baju kurung dan
tudung untuk seminggu. Malamnya pula, kami membelek-belek buku rujukan dan
selebihnya membuat persiapan untuk ke kelas pada keesokannya.
“Fizah, nanti pagi kalau bangun awal tolong kejutkan ye?,”
aku memesan. Takut terlajak tidur. Selalu mak yang kejutkan subuh.
“Okey, kalau lambat bangun kena simbah tau,” seloroh Fizah.
Kelakar juga dia ni.
“Kejutkan I juga
ye?,” Farahin bersuara seakan-akan mengada. Kami semua tergelak mendengarnya.
Lampu dimatikan
dan doa tidur dibaca.
No comments:
Post a Comment