‘Waiting is painful. Forgetting is painful. But not knowing which one to
do is the worse kind of suffering’
-Paulo Coelho-
Klang, Mac 2011
Suara Makcik Jamilah
yang memekik di luar langsung tidak dihiraukannya. Matanya hanya tertumpu pada
skrin di telefon pintar miliknya itu. Seakan tidak mempercayai bagaimana dengan
mudah dia membuat keputusan yang paling penting dalam hidupnya itu. Keputusan
untuk menerima lamaran daripada Fahry! Lelaki yang langsung tidak menghubunginya
selepas kiriman sms terakhir dari New Zealand. Entah berapa puluh kali dia
menelefon lelaki yang kini jauh berada di England, malah e-mail juga senantiasa
dihantar. Namun, tiada satu pun yang berbalas.
Tanpa sedar, jemari Dhiya mengusap
perlahan permukaan skrin telefonnya itu. Sekali lagi, airmata menitik tanpa
dapat ditahan. Sudah hampir tiga bulan dia kembali ke Malaysia dan tidak ada
satu pun hari yang berlalu tanpa dia menitiskan airmata. Hatinya berat
mengatakan bahawa dia telah mengambil keputusan yang salah. Dan, nah! Penemuan
semalam telah menyakinkannya dan lantas menghumban hatinya ke satu ruang yang
paling dalam. Sungguh, dia jatuh terduduk! Berulangkali bertanya, mainan takdir
apakah ini? Kenapa sampai begitu sekali dia diuji?
Baby’s
Breath! Jawapan kepada solat iskhtikarah yang dicari-cari selama ini hingga
apabila Fahry datang menghulurkan jambangan bunga itu, Dhiya lantas terima,
tanpa banyak soal! Sedangkan? Dhiya menghentakkan kakinya sambil meraung
perlahan. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana rupanya jawapan kepada
petunjuknya itu telah pun memunculkan diri berbulan lebih awal, bukan sekali,
malah tiga kali!
Dan kini apabila dia tahu, segalanya
sudah terlambat. Kata putus telah diberi, malah cincin tanda sudah berada di
dalam simpanannya. Tersimpan rapi di dalam laci, tanpa ada langsung keinginan
untuk menyarungkan cincin belah rotan itu ke jari manisnya. Kerana yang
terlayar di ruang mata sekarang hanyalah raut wajah kepunyaan Ken! Hanya nama
dan wajah itu sahaja yang bermain di ruang fikirannya sekarang, malah semenjak
dia balik dari Melbourne.
Lama Dhiya duduk berteleku
keseorangan di dalam bilik kecil yang kini diperuntukan khas untuk kegunaannya.
Matanya hanya terpaku pada skrin telefon, dan badannya digoyangkan ke depan dan
ke belakang. Akhirnya, Dhiya nekad. Dia akan terbang semula ke Melbourne!
********
Dhiya berjalan tanpa
ada arah tujuan di Lapangan Terbang Tullamarine, Melbourne. Dia buntu. Kembali
ke Melbourne tanpa sebarang perancangan, malah Amirah juga tidak diberitahunya.
Sampai sahaja ke rumah sewa mereka, didapati rumah itu terkunci rapi. Mujur
juga dia masih menyimpan kunci pendua, maka dengan mudah sahaja dia dapat
memasuki flat kecil itu. Keadaan rumah menunjukkan seolah-olah tidak ada
seorang manusia pun mendiami rumah tersebut. Malah, kotak suis utama juga dimatikan.
Tanda yang Amirah tiada di rumah untuk jangkawaktu yang panjang. Apabila
dihubungi, telefon bimbit Amirah ditutup. Begitu juga dengan Imran.
Memikirkan yang berkemungkinan
Amirah keluar outing, Dhiya dengan
pantas terus menuju ke Apartment yang didiami Ken. Ingin bertemu semula dengan
lelaki itu, atau pun dengan Imran. Tetapi, Dhiya hampa. Hampir 2 jam dia
menunggu namun bayang Ken mahu pun Imran tidak kelihatan. Hati Dhiya mula
resah.
Dan keresahannya itu semakin berlarutan,
apatah lagi sudah seminggu dia berada di bumi Melbourne dan bayang Ken, Amirah
dan Imran tidak juga muncul. Malah, barang-barang pemberian Ken yang disimpan
kemas di dalam kotak juga sudah tiada di rumah sewa.
Akhirnya, dengan langkah yang berat,
langkah kaki dihayun ke Balai Perlepasan Antarabangsa. ‘Ya Allah, jika ada
jodoh di antara aku dan lelaki itu, maka cepat atau lambat, tua atau muda, aku
yakin yang kami akan bersama jua akhirnya,’ bisik Dhiya perlahan.
Where are you walking and
what you're staring at now, hm?
Are you chasing after
that dream we talked about one day?
what you're staring at now, hm?
Are you chasing after
that dream we talked about one day?
Because I really liked your
profile,
Which seemed to tell of future.
In order to protect that dream I
had to leave.
You’re always in a place like
this
Looking at scenery like this
Just how much uncertainty and
doubt
Were you fighting against?
Since
becoming single this is the first time
I’ve
understood so much/
It
felt like if you didn’t let go of my hand
We
could go absolutely anywhere.
We
would keep walking the same road,
This
I believed unquestioningly.
Then
why, in spite of that, am i...
Even
so, I am...
I
remember our promise.
There’s
not a day i’ve forgotten it.
-Still Alone, Ayumi Hamasaki-
Intekma Resorts, Shah
Alam Mei 2012
Mata Fahry meliar mencari isteri
yang baru sahaja dinikahinya pagi tadi. Baru sebentar tadi mereka duduk
bersanding dan diraikan dalam suasana yang cukup meriah. Walau pun diakui
bahawa perasaannya bercampur baur namun disaat akad dilafazkan dan apabila
upacara membatalkan air sembahyang dibuat, hatinya lega dan yakin dengan
keputusan yang diambilnya. Perasaan isterinya? Tidak mahu diketahui kerana dia
tahu bahawa terdapat beberapa cubaan yang dibuat oleh isterinya untuk
membatalkan pertunangan mereka. Walaupun tidak pernah dinyatakan secara terus
terang, namun gerak geri dan perlakuan isterinya itu sudah cukup untuk
menyatakan segalanya. Paling ketara apabila tiga bulan kembalinya Dhiya ke
Malaysia, secara tiba-tiba sahaja isterinya itu menghilang dan membawa diri
entah ke mana! Tak senang duduk dibuatnya Fahry di Bournemouth, namun dalam
diam, Fahry bersyukur kerana sekembalinya isterinya itu, langsung tidak timbul
kata-kata kiasan yang hendak membatalkan pertunangan mereka. Malah isterinya
itu bagaikan sedikit tidak berperasaan dan langsung tidak merungut apabila
terpaksa menguruskan hal-hal perkahwinan mereka seorang diri.
‘Oit!,’ Serentak dengan itu, satu
tepukan kuat singah di bahu kiri Fahry. Pantas ditoleh dan dilihatnya Aidil
sedang tersengih-sengih memandangnya.
‘Mata tu meliar
bagaikan helang mencari mangsa! Tu, hah! Isteri kau tu tengah melayan tetamu
kat sana tu,’ ucap Aidil sambil menjuihkan bibirnya ke arah belakang Fahry.
Fahry memusingkan
badannya ke arah yang ditunjukkan oleh Aidil dan serentak itu juga wajahnya
berkerut sedikit, cuba mengamati dan mengingati tetamu yang sedang berbual
mesra dengan isterinya itu.
‘Aku rasa macam kenal
je dengan mamat cina tu…Apasal aku nampak dorang tu mesra semacam aje hah?,’
luah Fahry perlahan namun dapat didengari oleh Aidil yang kini turut sama
meneliti wajah lelaki cina tersebut.
Perlahan-lahan wajah
Fahry bertukar menjadi merah padam dan tangan kanannya digenggam erat apabila
dia dapat mengingati kembali gerangan tetamu yang kini sedang berbual serius
dengan isterinya itu.
‘Ish…perasaan kau aje
tu. Biasa aje aku tengok dorang, mana ada mesra pun?,’ balas Aidil sambil
menjeling sekilas ke arah Fahry yang sudah merah padam itu.
‘Whoa..bro! rileks…kau
jangan nak buat hal dekat majlis sendiri bro! Isteri kau borak biasa tu pun kau
dah naik angin..cuba bawak-bawak bersabar sikit..,’ tegur Aidil sambil menumbuk
perlahan bahu kiri Fahry.
Fahry memejamkan
matanya sambil menarik nafas. Perasaannya yang bercampur baur di antara marah
dan cemburu itu cuba diusir pergi.
‘Kau sayangkan dia,
kan?,’
Fahry mengangguk.
Sejak bertentang mata di lapangan terbang tahun lepas, hatinya sudah jatuh
sayang pada isterinya itu. Walaupun dia ada mensyaki bahawa isterinya itu
mempunyai kekasih hati, namun dia tetap tega meneruskan pertunangan mereka. ‘By hook or by crook, aku mesti kahwin
dengan dia,’ itu janji yang dibuat sebelum menelefon abahnya bagi menyatakan
keputusannya untuk berkahwin.
‘Jadi, jangan cepat
menyangka yang bukan-bukan dan yang paling penting, kawal perasaan kau tu! Serius,
lepas kau jumpa dengan Dhiya, makin pelik aku tengok perangai kau ni…sampai
kadang-kadang aku rasa macam tak pernah kawan rapat dengan kau sebelum ni!,’
Kata-kata Aidil itu
langsung tidak dipedulikan oleh Fahry. Dalam diam, dia mengakui, ‘Memang! Sejak
aku kenal dia, hati dan akal aku tidak lagi seiring dan sepakat dalam bersuara
dan membuat keputusan. Sejak kenal dia, aku tak pernah fikir panjang dalam buat
keputusan, yang aku tahu, aku hanya nak dia ada di sisi aku selama-lamanya dan
kini, bila tengok dia berbual mesra dengan mamat cina tu, the same mamat cina yang bagi bunga Tulip dekat dia dulu, buat hati
aku ni sakit! Sakit kerana apa? Cemburu? Ya! Marah? Ya! Takut? Ya…takut
kehilangan dia, apatah lagi apabila melihat riak wajah suram yang sedang dipamerkan
oleh isteri aku ketika ini..,’ rintih Fahry dalam hatinya sambil matanya
menyorot ke arah isterinya yang kini sedang termenung memerhatikan lelaki cina
yang sudah pun bergerak meninggalkan dewan. Tangan kanannya diletakkan di dada
kirinya, sungguh, ada perasaan sakit yang bermaharajalela di situ.
No comments:
Post a Comment