Tuesday, 4 February 2014

Airis (Bab 6): Syasyaja


HARI NI, hari minggu. Luth tak de apa-apa aktiviti yang nak dibuat selain menyiapkan assignments yang tak pernah (atau takkan) berkurang tu.
               Dari pagi sampai tengah hari ni, kerjanya hanya main game. Assignments? Haa.. tu nanti-nantilah dia fikir bila nak disiapkan. Sekarang ni tak de mood.
               Luth melangkah keluar dari bilik tidurnya. Kepalanya dijengahkan ke tingkat bawah. Telinga cuba menangkap jika ada suara dari televisyen. Tak de.
               Dia melangkah pula ke bilik tidur milik Eqa yang berada di hujung sebelah kanan. Tangan kanan menggenggam penumbuk sebelum diketuk pada pintu. Tok! Tok!
               Telinga dilekapkan pada permukaan pintu. Senyap, tiada sahutan. Tok! Tok! Pintu diketuk sekali lagi. “Eqa.”
               “Go away la.”
               Terjongket sedikit kening kiri Luth. Ini yang buat dia pelik. Seminggu ni, Eqa tu asyik hangin aje dengan dia. “I ada benda nak cakap ni.”
               “Cakap aje la..”
               “Bagilah I masuk.” Tangan kiri memulas tombol pintu. Kunci. Amboi.. sejak bila adik sorang ni pandai kunci pintu bilik ni? “Eqa..”
               “I’m busy.”
               “You’re not.” Ek eleh.. macam la dia tak kenal nada suara tu. Tu nada suara orang merajuk. Tapi kenapa Eqa nak merajuk dengan dia?
               Klik! Pintu bilik tidur dibuka dari dalam. “You ada lima minit.” Pintu bilik tidur hanya dikuak sedikit.
               “Bagi la I masuk..” Terus saja Luth menolak pintu dengan tangan kiri. Alah, kalau setakat Eqa yang halang.. bukannya susah nak tolak.
               “You ni tak faham bahasa ke? I busy la.” Marah Eqa. Dia masih berdiri di hadapan pintu.
               Luth mengangkat bahu. Dia terus duduk di birai katil. “Orang kalau busy.. tak denya nak baca zine macam ni.” Zine yang bersepah-sepah di atas katil Eqa diangkat tinggi. “Come here.”
               “You nak apa ni?” Malas-malas Eqa melangkah menghampiri Luth. Dia berdiri sambil memeluk tubuh.
               “An explanation.”            
               “Apa benda you cakap ni?”
               Luth bangun dari duduknya. Tangannya menarik lengan Eqa supaya sama-sama duduk di sebelahnya. “Now. Talk.”
               “You ada benda tak bagi tahu I.”
               Berkerut dahi Luth mendengar jawapan Eqa. “Apa?”
               “You dengan kawan I, Si Lili tu ada apa-apa kan?”
               “Lili?”
               “Ha la!”
               “Siapa Lili?” Eqa ni, macamlah dia kenal dengan semua kawan-kawan Eqa tu.
               “Urghh..” Eqa menoleh ke belakang. iPad yang diletakkan bersebelahan dengan bantal diambil. Aplikasi Facebook dibuka. “Ni apa ni?”

               Lili Nellydia
               Babe, abang kau sumpah hensem! Gentleman pulak tu. I loike

               “Sebab benda ni you marah dekat I seminggu?” Luth menoleh memandang Eqa.
Kalau ikutkan hati, dia nak aje bantai gelak tapi apabila pandang muka tak-puas-hati Eqa, terus dimatikan saja niat tu. Karang ada jugak yang makan penampar bisu.
               “Helo!” Terus saja dia menampar lengan Luth. “Apa yang you buat sampai dia kata you macam tu?”
               Luth mengangkat bahu. “You kena terima kenyataan. Abang you ni memang handsome.”
               “Stop kidding me lah, Luth.” iPad kembali diletakkan di atas tilam. “You jangan nak macam-macam eyh dengan I.”
               “Kejap.” Luth ambik iPad tadi. Dia tekan link ‘view 6 more comments’. Satu persatu komen di antara Eqa dan Lili dibaca. “Ohhh... dia ni.”
               “So now you remember her, la?
               “I bukan dah cerita ke benda ni dekat you?”
               “Bila masa pulak?”
               Luth menarik sila ke atas tilam. “Kan masa I dropkan you dekat sekolah minggu lepas. Ada this one girl datang dekat I lepas tu dia cakap hai. So, I hye her back la.”
               “Then, why on earth dia cakap you ni gentleman? You ada buat apa-apa lagi ke?”
               Luth mengangkat bahu. “Dia rasa cara I cakap hai tu gentleman, kut?”
               Eqa mencebik. “You jangan nak perasanlah, Luth.”
               “Seriously, you marah dekat I fasal post ni? Bukan sebab lain?”
               “Ha la.” Tangan dibawa memeluk tubuh. “I tak akan biarkan mana-mana perempuan get near you, okay.”
               Luth tergelak kecil. “Jealous much, eyh?”
               Eqa mengangkat bahu. Dia menarik sila ke atas tilam, lengan ditongkatkan ke belakang menahan berat badan. “You ingat I senang-senang ke nak share you dengan orang lain?” Dia menoleh memandang Luth. “Dia kena lepas semua test baru boleh jadi calon kakak ipar.”
               “Calon?” Dari bersila, Luth terus berbaring di atas tilam. “Kalau nak jadi kakak ipar you, macam mana? Kena buat gaya Hang Tuah nak pikat Puteri Gunung Ledang? Carikan tujuh dulang hati nyamuk?” Kaki kanan disilangkan ke atas lutut kiri.
               Eqa tergelak kecil. “Tak de la sampai macam tu...” Jeda. “Paling-paling pun, dia kena pandai masakkan Spaghetti Aglio Olio.”
               “Alah, senang je.”
               Eqa mengubah posisi duduk supaya menghadap Luth. Kening kiri dijongketkan. “Tu baru satu. Banyak lagi benda yang dia kena buat untuk jadi kakak ipar I.”
               “Contohnya?”
               “Dia kena buat abang I yang perasan handsome ni betul-betul sayang kat dia.”
               Luth menggelengkan kepalanya. “Mana pulak you nak tau I sayang dia ke tak? You ingat mata you macam Superman ke yang boleh tengok tembus sampai ke jantung?”
               “Bila you pandang dia macam you pandang umi.” Jawab Eqa tanpa memandang Luth. “You’re gonna look at her with full of respect.” Jeda. “At that time, I know you have found the right sister for me.”
               “Kalau Lili jadi kakak ipar you?”
               Automatik, tangan kanan Eqa terus melayangkan bantal ke muka Luth. “You jangan nak mengada, eyh! Dia tu budak under age, okey.”
               “Alaa.. lagi dua-tiga tahun, dia bukan under age dah.”
               “No way.”
               “Yes way.”
               “Luth!
               Luth tergelak kecil. “Kalau I cakap, I dah ada calon kakak ipar untuk you. Macam mana?”
               “Is she beautiful?”
               “I don’t judge people on their physical appearance.”
               “Who is this lucky girl?
               Luth mengangkat bahu. “Nantilah.. bila masa dah sesuai, I cerita.” Luth bangun dari baringnya. “Sekarang ni, I nak turun bawah. Makan.”
               “Luth..” Eqa menarik tangan kiri Luth. “Janganlah cerita separuh-separuh macam ni.”
               “Nantilah.” Tangan Eqa yang memaut lengannya, dileraikan. “I lapar ni. Nak makan.” Dia turun dari katil.
               “Sambung cerita lepas makan?”
               Luth hanya mengangkat bahu kemudian menarik senyum segaris. Tanpa pamitan, dia terus melangkah meninggalkan Eqa.
               “Luth!”
               Luth hanya membiarkan panggilan Eqa tanpa sahutan. Tangan kanan diangkat separas bahu kemudian dilambaikan. Sabar eyh, Eqa. I dalam proses mencari calon kakak untuk you ni. Wish me luck, lil sis!



DIA turun ke tingkat bawah. Rambut yang masih basah tu tidak dihiraukan. Basah ke kering ke, ada aku kisah? Kalau nak keluar, keluar jugak.
               “Kau nak pergi mana?”
               Suara nyaring tu mematikan langkah Akid. “Keluar.” Jawabnya tanpa memandang empunya suara tadi.
               “Kau ni dah la semalam balik pukul dua pagi. Ni nak keluar lagi?” Ayong yang berdiri di tangga paling bawah, dah berdiri sambil cekak pinggang.
               Akid angkat bahu. “Duduk rumah pun nak buat apa.” Jawabnya selamba. Dia berjalan melintasi Ayong dan terus ke dapur.
               “Tak kesian ke dekat ayah? Ayah tu dah la penat kerja, kau pulak kerja menghabiskan duit dia.” Ayong mengikut langkah Akid dari belakang.
               “Siapa lagi nak habiskan duit dia kalau bukan aku.” Jawabnya selamba sambil memasukkan nuget ke dalam mulut. “Keras gila kau goreng nuget.”
               “Ha ah, kerja kau memang kompelin je.” Ayong berdiri betul-betul di hadapan Akid. “Kau tu bangun tidur matahari dah terpacak atas kepala, lepas tu kata aku goreng nuget keras?”
               “Laa.. aku cakap betul apa. Tak caye?” Nuget yang masih berbaki separuh tu dihulurkan kepada Ayong.
               “Aku cakap betul-betul, kau main-main.” Ayong dah bercekak pinggang. “Cuba la kau duduk rumah sehari. Tak payah la keluar. Bukannya boleh mati pun kalau tak keluar.” Panjang lebar bebelan Ayong.
               Akid buat dengar-tak dengar. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. “Perempuan tu mana?”
               “Perempuan mana?”
               “Mak kau la.”
               “Apasal? Kau rindu dia?” Sinis betul soalan Ayong.
               “Aku malas la nak gaduh dengan kau, Yong.” Dia berlalu ke kaunter belakang. Air teh yang masih berbaki di dalam teko, dituang ke dalam gelas.
               “Perempuan yang kau cakap tu, mak kau.” Jeda. “Mak kau, Kid.”
               Dia yang tengah minum air tadi nasib tak tersembur. Belakang tangan dibawa mengesat bibir. “Sejak bila pulak janda anak satu tu jadi mak aku?”
               “Kau jangan, Kid. Darah yang mengalir dalam badan kau tu, darah dia jugak.”
               Gelas di tangan kanan dihempas ke atas kaunter. “Kau jangan nak mulakan, Yong!”
               “Aku cakap benda betul apa.” Ayong tak nak kalah. Akid ni bila nak sedar diri entah.
               “Perempuan tu tak de kena-mengena dengan aku.”
               “Kalau bukan sebab su..”
               “Apa yang bising-bising ni?” Tegur satu suara garau. Serentak, Akid dan Ayong menoleh pandang. Kelihatan ada seorang lelaki berdiri mencekak pinggang di muka pintu dapur. Di tangan kiri dan kanannya memegang beg plastik pelbagai warna. Baru balik pasar agaknya.
               “Tak de apa, yah.” Ayong terlebih dahulu menjawab. Nak tunggu Akid jawab? Heh, jangan harap.
               “Ni Akid nak pergi mana?” Mata ayah turun naik memandang Akid yang bersandar pada kaunter di belakang tu.
               Akid angkat bahu. “Keluar.”
               “Hari ni tak payah keluar.” Dia melangkah masuk ke dalam ruang dapur. “Hari ni mak nak masak spesial untuk kita.”
               “Oh, yeah!” Ayong la paling seronok sekali. Iyalah.. selama ni dia yang masak sebab dalam rumah ni dia duduk berdua je dengan Akid. Ayah dengan mak duduk rumah lain.
               Seorang wanita bertudung biru melangkah masuk ke dalam ruang tamu. Di tangan kiri dan kanannya penuh dengan beg plastik pelbagai warna.
               “Wuaahhh.. mak nak masak apa ni?” Ayong menyambut beg-beg plastik di tangan wanita yang dipanggil mak tadi.
               Dia menarik senyum lebar. “Nasi beriani ayam. Akid suka nasi beriani, kan?” Dia menoleh memandang Akid yang berwajah tegang tu.
               Akid buat tak tau. Telinga ni berdesing aje dengar suara wanita tadi. Eee.. macam mana Ayong boleh terima wanita tu masuk dalam keluarga mereka dengan hati terbuka?
               “Akid, mak tanya tu?” Suara garau ayah mematikan lamunan Akid.
               “Akid keluar dulu la.” Gelas hanya diletakkan di atas kaunter. Tak tunggu lama, dia terus melangkah keluar dari ruang dapur.
               “Akid!” Suara garau ayah kuat memanggil dari ruang dapur tapi Akid langsung tidak menyahut. Mungkin anak lelakinya itu dah keluar atau Akid memang tak nak menyahut panggilannya?
               “Biarkan je la dia tu, ayah.” Ayong terlebih dahulu mencelah. “Nanti apabila duit dia dah habis, pandai la dia balik rumah.”
               Terdengar keluhan berat keluar dari mulut ayah. “Ni semua salah ayah. Kalau ayah tak manjakan sangat Akid tu, mesti dia tak jadi macam tu.”
               “Ayah..”
               “Ayong, jom tolong mak masak.” Si Emak lebih pantas memintas. Dia tau suaminya itu tengah runsing.
               Ayong terus tak jadi nak meneruskan ayatnya. “Okey.” Satu senyuman ditampal pada bibir. “Ayah nak air? Ayong buatkan.”
               “Tak payah la, Yong. Pergi la tolong mak kamu masak.” Perlahan aje suara ayah.
Ayong mengangguk perlahan. “Ayong tolong mak masak dulu, yah.” Dia terus melangkah ke ruang dapur basah yang terletak di bahagian belakang.
Tapak tangan dibawa meraup wajah. Akid, dah lebih sepuluh tahun takkan la Akid masih tak boleh maafkan ayah? Apa yang ayah buat ni untuk kebaikan Akid dan Ayong jugak, nak.



APLIKASIFacebook dibuka. Jari telunjuk mula mengetuk-ngetuk meja studi sementara menunggu page loading. Almaklum la, dah nama pun menggunakan Wi-Fi kolej kediaman, maka harus la mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
               Hari minggu yang bosan. Patutnya dia balik ke rumah hujung minggu ni, tapi ibu dan abah tak de pulak. Ada banyak kenduri kahwin nak kena attend, katanya. Skrin laptop kini memaparkan ruangan ‘Home’ aplikasi Facebook.
               Jari telunjuk dilarikan di atas touch pad, kursor digerakkan ke atas dan ke bawah. Satu perkataan, bosan. Ramai mana la kawan yang nak online di hari minggu macam ni? Orang hari minggu melepak-santai dengan famili ada la.
               Sebaris nama ditaip di ruangan cari, butang ‘Enter’ ditekan. Profil empunya nama terpampang di depan mata. Gambar di sudut kiri tu dipandang lama. Apasal la kau ni macam Iyyad?
 “Hoi!”
“Hoi.. mak kau hoii..”
Tasha terus melambakkan tawanya melihat Kiesha yang melatah tadi. Kiesha ni memang pantang kena sergah, asal kena sergah mesti melatah.
               “Jahat la kau ni, Tash!” Tangan kanan terus menampar lengan kiri Tasha. “Sergahlah aku macam tu lagi.. kalau aku mati terkejut, aku datang cekik kau!”
               Tasha ketawa lagi. Geli hati betul dia dengan statement Kiesha tadi. “Boleh pulak kau nak bangun dari kubur lepas tu cekik aku.”
               “Eh, mestilah! Itu namanya bangun sebab nak kutip hutang.” Kiesha menjelirkan lidahnya. Sakit hati betul dengan Tasha ni. Eee!!
               “Melampau.” Tasha memandang ke atas. Tanpa meminta izin daripada Kiesha, dia terus duduk di atas katil Kiesha.
“Kau masuk ikut mana tadi?”
               “Ikut tingkap.” Sarkastik saja jawapan yang keluar dari mulut Tasha. “Mestilah aku masuk ikut pintu. Kau ingat aku ni Spiderman ke apa yang boleh panjat bangunan sepuluh tingkat ni.”
               “Pintu tu tak berkunci la?”
               Automatik Tasha menepuk dahinya. Pap! “Kiesha, apasal malam ni kau bercakap macam tak ikut logik ha?” Geram pula dia dengan Si Kiesha malam ni.
               Kiesha menggaru pelipis kirinya. “Aku rasa macam aku dah kunci pintu tu tadi.”
               “Tak, kau tak kunci pun pintu tu.” Jeda. “Sebab tu, aku boleh masuk bilik kau dengan senang hati. Lepas tu, dapat pulak tengok kau usyar Si Luth kan.”
               “Manede...” Kiesha memandang ke atas. “Tadi keluar dekat news feed dia tukar gambar. Aku pun tengoklah.”
Tasha mencebik. “Yang kau duk tenung je gambar dia tadi tu, kenapa? Jatuh cinta?”
Apasal kau datang bilik aku ni?” Kiesha tak menjawab soalan. “Nak pinjam iron lagi?”
Daripada duduk, Tasha berbaring pula. Bantal golek dipeluk. “Roommate aku tak de malam ni. So, aku nak tidur sini dengan kau.”
“Barang-barang kau mana?”
“Kiesha, seriously aku rasa malam ni kau bercakap tanpa sedar.”
“Apa..”
“Aku siap usung segala baju-baldi-beg dengan semua barang-barang aku..” Jeda. “Kau boleh tak nampak?”
Kiesha menoleh ke belakang. Betullah, di tepi dinding tu elok bersusun baldi dan beg milik Tasha. Baju untuk ke kuliah esok pun ada sekali, siap dah digantung di belakang pintu. Kiesha.. apa kena dengan kau malam ni?
“Itulahhh... aku kata kau angau kat mamat Luth tu, kau tak nak mengaku.”
“Bukan angau tapi crushed.”
“Memang crush dengan angau tu makna lain-lain.”
“Angau tu suka. Crush tu..”
Crush tu pun suka.” Tasha lebih cepat memintas.
Crush tu macam secret admirer, okey.” Kiesha tak nak kalah. “Suka dari jauh.”
Tasha memetik jarinya. “Ahha! Tu.. kau kata suka dari jauh.” Ejek Tasha. “Kalau kau suka kat dia, mengaku ajelah. Aku ni bukannya jahat nak pergi report dekat Iyyad.”
“Cakap fasal Iyyad..” Kiesha menukar posisi duduknya supaya menghadap Tasha.
“Dia tukar topik dahhh..”
Kiesha memandang ke atas. “Kau nak dengar ke tak nak cerita aku ni?” Orang tengah semangat nak bercerita ni, dia boleh pulak main perli-perli. Debik sekali, baru tau!
“Haa... ceritalah, ceritalah.” Tasha bangun dari baringnya kemudian bersandar pada dinding di belakang. “Kenapa dengan Iyyad?”
“Dia called ibu aku.”
“Hah?”
“Haa.. macam tu la reaction aku masa ibu bagi tahu.”
“Ibu kau marah kau ke? Habis tu sekarang ni kau kena clash la dengan Iyyad? Ohemgee.. kempunan la aku nak makan Nasi Minyak kenduri kahwin kau orang.”
“Kau jangan nak drama queen sangatlah, Tash.” Si Tasha ni memang suka berdrama. Kita baru cerita sikit, dia dah melalut sampai mana entah. Merepek aje kerjanya!
“Siapa suruh kau cerita tak habis?”
“Aku belum sempat nak cerita, kau dah potong dulu.” Kiesha membesarkan matanya memandang Tasha. “Cubalah dengar dulu apa aku nak cakap.”
Fine, aku salah. Memang aku aje yang salah.” Tasha mencebik. Nak merajuklah tu..
“Ibu aku okey je as long as aku pandai jaga diri, jaga maruah keluarga.” Kiesha terus menyambung ceritanya tanpa mempedulikan Tasha yang macam nak merajuk tu. “Lepas tu, ibu aku kata kalau boleh bawaklah Iyyad tu datang jumpa dia orang.”
“Hah! Aku cakap dah benda tu. Kau degil.” Dah berbuih mulut dia ni nasihatkan Kiesha supaya bawa Iyyad berjumpa dengan ibubapanya, tapi Si Kiesha ni degil. Ketegaq! Dalam kepala tu ada batu, kut.
“Nantilah.. apabila dah ready, aku bawaklah jumpa.” Apa Si Tasha ni ingat, dia tak cuak ke nak perkenalkan Iyyad pada ibu dan abahnya. Cuak okey!
“Nak tunggu kau punya ready..entah bilalah.” Jeda. “Kau orang tu dah berkawan lama tau tak? Apa yang kau orang buat, orang pandang. Kau jangan sampai berita tak elok sampai ke telinga ibu-abah kau, dah lah.”
“Ishh.. kau!” Kiesha menjeling tajam. “Memanglah aku dengan Iyyad tu dah berkawan lama tapi jumpanya jarang-jarang. Mana pulak nak timbul cerita yang tak elok.”
Tasha mengangkat bahu. “Sebab jarang jumpalah kau kena jaga-jaga. Orang sekeliling ni.. kalau nak buat cerita, dia orang mana fikir apa dah. Dia orang cerita apa yang dia orang nampak.”
“Aku dengan Iyyad tak buat apa-apalah.”
“Penatlah cakap dengan kau ni, Kiesha.” Tasha turun dari katil. “Daripada aku berlawan cakap dengan kau, baik aku makan Maggi.” Maggi cup dikeluarkan dari dalam beg. “Lagi bagus.”
“Eh.. buat untuk sorang je?”
“Kau nak ke?”
“Mestilah, nak!”
Tasha menghampiri meja studi milik Kiesha. Maggi cup yang diletakkan di atas rak diambil. “Aku ingatkan kau dah kenyang pandang muka Luth.” Sempat lagi tu Tasha memerli Kiesha.
Belum pun sempat Kiesha mahu menjawab, kelibat Tasha dah hilang di sebalik pintu. Tasha ni pun, ambil sajalah air dalam cerek elektrik atas meja tu. Gagahlah pergi bilik pantri semata-mata nak ambik air panas.
Kiesha kembali memandang laptopnya. Aplikasi Facebook ditutup. Kiesha.. Kiesha.. kau ni dah kenapa? Kau tenung gambar Luth tu hari-hari pun, bukannya kau dapat apa-apa. Lagi satu, hati kau ada dengan siapa sekarang ni? Iyyad ke Luth?

No comments:

Post a Comment