“ASSALAMUALAIKUM
Yuna.” Lembut
suara Zarra memberi salam di hujung talian.
“Wa’alaikumsalam.
Zarra ke yang telefon aku ni? Aku ingat ustazah pilihan mana pulak
telefon aku pagi-pagi buta ni.” Ayuna bertanya bertalu-talu kepada Zarra.
“Amboi-amboi,
mentang-mentang aku bagi salam terus kau kata aku ustazah pilihan kan, agaknya
kalau aku bagi tazkirah entah-entah kau kata aku hajjah pulak kan.” Kata
Zarra sambil pura-pura merajuk.
“Alah,
merajuk pulak kau ni Zarra, tak comel lah kalau merajuk-rajuk camni.”
Ayuna memujuk Zarra.
“Aku
bukan apa Zarra, biasa kau telefon main terjah je terus, tak de salam
malam dah, tup-tup hari ni bersalam bagai, tak ke terkejut aku dibuatnya.
Hahaha.” Ayuna ketawa perlahan.
“Eh!
Aku ulang semula soalan aku tadi, yang kau telefon aku pagi-pagi buta ni
kenapa?” Ayuna bertanya lagi.
“Wei
makcik, pagi buta apanya. Kau dah buta apa, matahari dah tegak atas kepala ni.”
Zarra bersuara keras.
“Hahaha,
dah tengah hari ke?” Ayuna bertanya kebingungan selepas terkejut mendengar
telefon bimbitnya berbunyi.
“Itulah
anak orang kaya, tak payah susah-susah nak kerja cari makan macam aku ni, duduk
membuta kat rumah je, seronok kan?” Zarra mengenakan Ayuna.
“Amboi,
sentap aku dengar Zarra! Aku terlelap lepas subuh tadi, sakit kepala sebab
kurang tidur kut. Semalam aku berjaga sembahyang sunat tahajudd dan mengaji
minta Allah permudahkan urusan aku.” Panjang lebar Ayuna memberi penerangan
kepada Zarra.
“Oh,
itu macam ka? Sorry ye
Yuna.” Zarra menyedari keterlanjuran bicaranya.
“Eh! Aku call kau ni sebab nak bagi
info kat kau.” Zarra menyambung bicaranya.
“Info
apa tu? Gossip panas ke gosip suam-suam suku je?” Ayuna cuba memancing minat
Zarra untuk berceloteh lebih panjang.
“Gosip
apa bendanya!” jawab Zarra.
“Aku
tengah baca news ni. Keputusan peperiksaan KPLI dah keluar dan katanya
dah boleh check kat website KPM senarai nama yang lulus ujian
bertulis tu. Soalan cepu gangsa aku pulak, kau dah check ke belum?’
laju Zarra bertanya kepada Ayuna.
“Eh!
Ye ke? Cepat juga keputusan dah dikeluarkan. Baharu sebulan aku pergi exam
tu. Hurmm, nervous lah pulak aku ni. Minta-minta adalah
rezeki aku kat sana.” Ucap Ayuna perlahan.
“Oh,
kalau macam tu kau pergi lah check dulu tapi sebelum tu pergi mandi dan
ambil wuduk, solat Dhuha terus minta dimurahkan rezeki kau yang dah sedia murah
tu. Okey lah aku chow dulu Yuna, ada banyak kerja nak dibuat.
Assalamualaikum.” Kata Zarra sambil menamatkan talian telefonnya.
“Waalaikummussalam.”
Jawab Ayuna.
Termanggu
seketika Ayuna di birai katilnya. Seketika dia teringatkan pesanan Zarra agar
dia mandi dan melakukan solat Dhuha. Ayuna melihat ke arah jam dan jam
menunjukkan arah hampir ke pukul sembilan pagi. Ayuna bingkas bangun dan menuju
kebilik air untuk membersihkan diri. Selesai membersihkan dirinya Ayuna
melakukan solat sunat Dhuha. Dengan penuh kekhusyukkan Ayuna menghambakan
seluruh dirinya kepada Allah SWT dan menyerahkan nasibnya ke tangan Yang Maha
Pencipta-Nya.
Selesai
berteleku di atas sejadah memohon petunjuk dan hidayah-Nya, Ayuna bangun dan
menuju ke komputer ribanya. Ayuna membuka laman web KPM dan melihat senarai
nama calon yang berjaya dalam ujian bertulis dan layak untuk menjalani ujian
lisan pula. Bebola mata Ayuna tertancap ke arah skrin komputer ribanya dan
secara tiba-tiba manik-manik jernih mula merembes dan membasahi mata dan pipi
Ayuna.
Alhamdulillah.
Perkara pertama yang keluar dari mulut Ayuna selepas manik-manik jernih
membasahi pipinya.
Ayuna
bangkit dan mencapai telefon bimbitnya di atas katil dan menaip pesanan buat
sahabat-sahabatnya.
‘Alhamdulillah! Thanks to Allah SWT for his
blessings and very-very thankful to all of u for supporting and understanding!
I love u all!’ ringkas pesanan yang dihantar kepada Zarra, Khairy dan Zoey
tetapi membawa seribu maksud yang amat bermakna.
‘Tiiittt’.
Ayuna membuka inbox telefonnya tatkala mendengar bunyi pesanan khidmat
ringkas masuk ke telefonnya. Ayuna! Congrats
and good luck in everything u do! I’ll always on your side!. Tersenyum
Ayuna tatkala membaca pesanan yang dihantar oleh Khairy. Sesungguhnya Ayuna
amat bersyukur kerana dikurniakan seorang sahabat seperti Khairy dan
seboleh-bolehnya Ayuna tidak mahu kehilangan Khairy sebagai seorang sahabat.
Congrats
cikgu Ayuna! You will rock your world! pesanan ringkas yang diterima daripada Zoey.
Macam-macam
Zoey ni. Ngomel Ayuna sambil tersenyum membaca BBM messenger dari Zoey.
Oh
cikgu Ayuna, nanti jangan lupa belanja and congrats! tertawa kecil pula Ayuna
tatkala menerima BBM messenger dari pada Zarra. Ayuna lantas menaip pesanan di
BBMnya lots of love and thanks to all of u my BFF, lalu Ayuna menghantar
pesanan itu kepada ketiga-tiga rakan baiknya.
Tit…
tit… titt.. BBM Ayuna berbunyi lagi menandakan salah seorang rakannya membalas
pesanannya tadi.
LOVE? ringkas pertanyaan
Khairy menyebabkan Ayuna menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Alamak!
Ni yang aku malas ni! bebel Ayuna sambil meletakkan BBMnya di meja.
Khairy
memerhatikan BBMnya sambil laju tangannya menaip laporan untuk diserahkan
kepada Mr. Puah pengurus di Public Bank cawangan Selayang tempat dia bekerja. Hurmm,
tak balaslah tu. Tutur Khairy perlahan tatkala melihat BBMnya diam seribu
bahasa sambil tekun menyiapkan laporan yang diminta oleh pengurusnya.
like your post
ReplyDeletecerita