Monday, 27 January 2014

Cooper-K (Bab 1): RodieR


OIT, awak!”
Ih, gila mamat ni panggil orang kuat macam tu kat tengah-tengah perpustakaan. Mia menggeleng kepala. Matanya laju meneliti kotak-kotak jadual di tangannya sambil berjalan menuju ke pintu perpustakaan.
“Awak, oit!”
Ish, orang yang dipanggil tu pun, tak reti-reti nak berpaling ke? Bising dah mamat ni, kacau orang lain nak studi. “Kau dah buat dah tutorial Biochem tu, Ina?” dia berpaling ke arah sahabat di sebelahnya, kaki masih melangkah.
Namun sebelum sempat si Ina menjawab...
Oit, awak, Cik Amilia Aisya Abdul Aziz, 2007345678!” suara lelaki itu bergema lagi dan tengkuk Mia berpusing 180 darjah. La... dia ni... panggil aku rupanya...
Muka dah terasa diserang proses pengembangan salur darah. Memang la mamat ni gila! Dua tiga orang penghuni meja di dalam perpustakaan itu sedang merenungnya dengan pandangan membunuh.
“Kau kenal ke mamat tu, Mia?” Ina dah terhenti juga di sebelahnya, mulut memuncung ke arah si pemanggil yang berjalan ke arah mereka. “Siap tau nombor matrik kau lagi. Senang rupanya ek, aku pun dah ingat dah ni.” Ina senyum mengusik.              
Ish, ada ke! Aku tak kenal. Aku tak tau macam mana...” of course! My matrix card! Sia-sia aku kena tahan dengan pak guard UiTM tadi sebab tak pakai kad matrik. Ada dengan mamat ni rupanya. Dia berpeluk tubuh menunggu si mamat tu sampai.
“Cik Amilia Aisya.” Termengah sedikit lelaki itu bersuara.
“Ye, saya.” Eh, rasa macam jawab kat mahkamah je.
“Awak ada kehilangan sesuatu ke?” lelaki itu bertanya.
Mata-mata yang tadi merenung mereka dengan pandangan membunuh masih lagi keluar aura nak mencekik.
Outside, now!” tanpa menunggu balasan, dia berpaling, nak melangkah keluar.
But...”
Dia berpaling kembali, mengerling ke arah pustakawan yang dah bangun dari belakang kaunter, nak menghala ke arah mereka. Tolong la faham bahasa isyarat aku ni!
“Oh.” Dan laju langkahnya mengikut si Amilia Aisya dan kawannya yang dah tersengih sumbing keluar dari perpustakaan itu.
Elok saja pintu perpustakaan ditutup, Mia berpusing. “Give me.”
Dahi Cooper dah berkerut. “Give you what?”
Ei, nak kena hampuk ke Encik Ceramah Agama? “My matrix card. I know you have it.”
Kali ini Cooper pula yang berpeluk tubuh. “If I give you that, what are you going to give me in return?” kening diangkat, bertanya.
Ei, keji. Budi mintak dibalas. What do you want?” matanya dicegilkan.
Em, let me think...”
Will thank you be enough? Dapat pahala jugak beri barang balik pada tuannya. Tak cukup ke?” kaki diketuk ke lantai, menahan sabar yang rasa nak babai.
Tiba-tiba lelaki itu tersenyum. “You selalu je nak cepat ek? Tu yang habis berterabur semua barang, kalut semacam, terburu-buru. Ni lambat untuk date yang mana pulak ni? Dhuha? Zohor tak masuk lagi ni.”
Perli aku seh mamat ni. “Terbatal pahala memerli orang.” Tajam dia membalas. “May I have my matrix card now?”
One condition.”
“Apa?”
“Ajar I farmakologi.” Entah bagaimana laju tiga patah kata itu melungsur dari mulutnya.
“Helo, mister, saya baru first year, mana belajar lagi farmakologi.” Sengaja dia menipu. Padahal sebenarnya memang semester itu dia mula belajar Principles of Pharmacology pun. But then... Mamat ni student medic ke? Tak macam gaya nak jadi doktor pun. Mati-mati aku ingat student engine. Rock semacam je.
Lelaki itu tergamam. Kemudian ketawa. “Serves me right for giving you advice you don’t need.” Dia menyeluk poket mengambil kad matrik. “Here you go.”
Teragak-agak Mia menghulur tangan mengambilnya. “So, tak nak apa-apa balasan la ni?”
Cooper senyum nipis, ikhlas. “Thank you would be enough. For the time being.”
Thank you.”
Cooper angguk, berpusing nak melangkah pergi.
When is your pharmacology lesson?” tiba-tiba lidahnya pandai-pandai mengeluarkan kata-kata. Digigit organ mulutnya itu, kuat. Apa kejadahnya kau Mia pergi tanya macam tu?
Cooper berpaling kembali. “Next week ada test. Why?” Laju lagi mulutnya menipu. A little, teeny, tiny white lie doesn’t hurt, does it? eheh!
“Apa yang you tak tau sangat? Ambik medic mesti terer.”
Cooper senyum, lop-sided. “I’m lost with pharmacology. Drugs are not my favourite. Dia punya action, side effects, what the heck else, I’m lost.”
I’m not that good with pharmacology, either.” Okey, Mia, stop. Dia akan balas, so what are we wasting our time here, dan kau kena berpusing, bergerak, lupakan dia.
“Nak try studi sama-sama?”
Allah, mak. Terasa darah berlari turun ke kaki, mukanya agaknya dah macam disapu tepung kapur macam Aziz Sattar dalam Seniman Bujang Lapok. That is not the reply I was expecting!
It could be a hopeless effort.” Dia membalas lemah. Apa ke jadah punya bala kau dah bawak kat diri sendiri ni, Mia?
Or it could be worth a try.” Lelaki tu masih lagi senyum, masih lagi mengangkat kening memandangnya.
Worth it, ke?” run, Mia, run!
“Belum cuba belum tau.”
Mia menjongket bahu. “You mesti busy. Mesti tak de masa nak studi sama-sama. Our schedule won’t match. This is it, then, thank you again for the matrix card, kita orang blah dulu...” kakinya dah mengundur dua tiga tapak.
“Cepatnya dia mengalah.” Laju Cooper mencelah.
I didn’t say...”
Cooper mengangkat kedua-dua kening lagi, senyum.
Mia ikut senyum, menggeleng kepala. “Okey, macam nilah. If it turns out you and I happen to be at the library at the same time, kita studi. Kalau tak, maknanya memang tak de jodoh.” Shit! Lidah digigit lagi. Apa ke sawan keluar perkataan tu pulak ni!
Sengih lelaki itu makin lebar. “I like that.”
Memang mampus hidup balik lepas ni aku tak jejak kaki dah kat library. “Okay, then. Thank you, again.” Cepat la blah!
And um, Cik Amilia Aisya.”
“Iye?”
My name’s Khairul Fairuz Muhammad. Cooper for short. Ada nickname? Takkan hari-hari saya nak kena panggil Cik Amilia Aisya kut?”
Cooper? Cooper? Mini Cooper? Dia bawak kereta mini itulah kut yang jadi namanya Cooper. Budak loaded jugak la ni. Rasa nak tergelak tergolek kat situ ditahannya. Herot-berot terasa wajah nak menahan ketawa. “Um... uh... Mia. You can call me Mia. My friends call me Mia.” Dan kemas dipegang lengan kawannya di sebelah yang dah tersampuk bisu dari tadi diheret pergi dari situ.

 

MIA...
Cooper tersenyum sendiri. Aku dah bagitau nickname aku boleh dia nak tergelak. Sabar je la. Nakal punya budak. Siap kau nanti jumpa kat library.



SIOT punya handsome, weh!” Ina dah sengih memandangnya.
Mia berkerut dahi. “Apa yang handsome?” tangan kanan mengepit sekeping biskut Jacobs dan dicicahnya ke dalam mug milo panas, manakala tangan kiri laju membelek nota yang terbuka di atas meja belajarnya itu. Aiyo, aiyo, Organic Chem yang berselirat berpusing menyerabutkan kepala hotak!
Mamat Cooper tadi tu. Nama Cooper tu, kelas! Masuk la dengan muka dia. Handsome weh, kau tak berkenan ke? Ambik medic pulak tu!” Ina tak habis-habis lagi pujiannya.
Mia hampir tersedak biskut yang lembik melekat di tekak. “Apa yang handsome nya dengan dia? Biasa je. So what kalau ambik medic pun? Jadi doc je hebat? Pekerjaan lain tak hebat?” milo panas ditiup perlahan dan dihirup, cuba nak melegakan tekak yang terasa tersumbat.
Ina menggeleng. “Ish, kau ni. Tak habis-habis diskriminasi kat doktor. Nanti nak kena kerja bekerjasama dengan dia orang juga. Silap-silap kau ni kahwin doc baru tau!”
Ei, tak mau la aku, mintak jauh. Tak de life. Nanti jawabnya kena tinggal je aku hari-hari, baik tak payah kahwin.”
“Ada ke situ pulak minah ni.”
Dia sekadar membalas dengan mengangkat kening, mata masih menghadap nota pelbagai struktur kimia ubat, malas nak melayan. 

No comments:

Post a Comment