Friday, 7 February 2014

Aduhai Redza (Bab 6): Qaisy

“KENAPA kau bawak dia?” Rex menyoal. Tika itu mereka berdua sedang duduk di atas sebatang kayu yang memang sedia ada di situ. Agak jauh dari Tia, Paan dan Apek. Dia sengaja duduk jauh-jauh sebab dia nak merokok. Dia tak naklah sebab dia merokok, orang lain yang dapat penyakit. Tapi, Sam ni sibuk nak mengikut sama. Jangan salahkan aku sebab jadi perokok pasif.
Rex dan Sam memerhatikan Tia dari tempat duduk mereka. Entah apa yang ditanya Paan dan Apek pada Tia mereka tak tau. Sampai naik merah muka Tia jadinya. Janganlah diorang borak benda yang pelik-pelik. Memang aku rembat Paan dengan Apek tu.
               Sam petik tali gitar. “Saja. Nak tolong kau.” Mudah jawapan Sam. Rex turut sama memetik tali gitarnya. Mulutnya menghembuskan asap rokok yang telah disedut tadi. Lega. Petang itu sahaja sudah tiga batang rokok disedut.
Rokok ditangan kiri yang dah tinggal suku dicampak ke tanah. Kaki kiri memijak saki baki puntung rokok yang masih menyala. Biar terpadam. Kang tak memasal ada kebakaran pulak hanya kerana puntung rokoknya. Wah wah.
               Rex memandang sisi wajah Tia di hujung sana. Tia sedang tergelak kecil dengan tangan ke bibirnya. Matanya yang tak berapa bulat tu turut sama menyepet tiap kali dia gelak. Comel. Aku dah lupa macam mana aku boleh tersuka kat dia. Sebab apa eh? Senyuman dia? Mata dia? Muka dia? Hm.
Entah apa yang dibualkan dengan Paan dengan Apek sampai gelak-gelak macam tu dia tak tahu. Timbul sedikit rasa cemburu di hati. Cemburu? Kenapa mesti ada rasa cemburu? Sebab dia gadis setahun lalu? Sebab kau tak berkesempatan nak berborak riang-ria macam tu dengan dia? Entah. Tak tahu. Mungkin.
               “Tak makan hati ke?” Provok Sam. Tangan masih lagi memetik tali-tali gitar. Perlahan. Memainkan melodi ikut suka hati. Tak ada tempo. Bedal jelah melodi apa pun.
               Rex tarik nafas dalam-dalam. Dia menengadah langit petang yang penuh dengan burung-burung yang hendak pulang ke sarang masing-masing. Tenang. Tapi tenang lagi hati dapat tengok muka si Tia. Ah, sudahlah! Ayat bunga-bunga kalau takat kat hati tak ke mana pun. Cuba cakap depan-depan mahu terketar-ketar. Over!
Rex mengeluh. Kenapa mesti mengeluh? Diri sendiri juga yang macam tak nak mendekati, bukannya salah sesiapa. Sam dah tolong pun tak nak terima pertolongan tu. Jual mahal. Macamlah diri tu punya cara nak mendekati Tia tu. Serabut pulak malam-malam cenggini. Ala, serabut sebab Tia dah dekat. Cuba Tia tak ada, serabut macam ni jugak ke?
Hai, hati. Kenapa tak nak mulakan langkah mendekati? Kenapa nak bermain secara selamat – sekadar memerhati dari jauh, makan hati berulam jantung? Nanti bila dah tak dapat mulalah nak meraung sini sana padahal diri sendiri yang mengalah sebelum berperang. Mengada, mengada. Cukup baguslah kau ada kawan macam Sam yang berusaha nak merapatkan kau dengan dia – si jantung hati.
               “Kalau aku tanya jangan marah.” Perlahan Sam menutur ayat. Berhati-hati. Rex diam. Tak menyahut.  Menunggu soalan yang bakal ditanyakan oleh Sam.
               “What so special about her?”
               Tangan kanan menongkat dagu. “Dia biasa-biasa. Tu yang special.” As simple as that.  Tiada jawapan lain. Dia tak perlukan tempoh masa yang lama untuk bagi jawapan. Lagipun dia tak ada sebab untuk jatuh suka pada Tia. Apa yang dia tahu perasaan tu wujud dan terus bertapak di hati. Senyap. Sam menguis-nguis tanah dengan hujung selipar. Biasa-biasa, huh? Hanya dengan menjadi biasa-biasa dia dah jadi istimewa.
               “Kalau dia tak biasa-biasa?”
               “Then, dia bukan Tia.” Laju Rex menukas. Dia tahu apa yang Sam cuba nak buat. Sam nak menebak perasaannya. Sam nak dia jujur dengan perasaan sendiri tapi macam mana? Perasaan takut tu lebih kuat menguasai dirinya ketika itu. Tiap kali bayangan setahun lepas – Tia dan lelaki itu dia jadi lemah.
Untuk apa menggapai benda yang mustahil untuk digapai dan dicapai? Lagipun, perasaan tu dah setahun pun. Dah basi. Apa yang Tia akan fikir kalau dia tahu Muhammad Redza dah ada perasaan padanya sejak setahun lalu? Sedangkan waktu tu dia dan Tia adalah dua entiti yang tidak mengenali. Tak ke macam pelik? Tak pernah kenal tapi boleh suka. Setahun pula tu. Bukannya sehari dua.
               Suasana kembali sunyi. Masing-masing memandang terus ke langit malam.
               Deringan telefon mematikan suasana sunyi antara mereka. Sam menyeluk poket seluarnya mengeluarkan telefon. Butang hijau ditekan dan dilekapkan ke telinga.
Rex tak ambil peduli. Masih terus melayan perasaannya dan semua persoalan yang berlegar-legar di dalam otaknya. Gitar sudah pun dibiarkan terbaring di sebelahnya bersandar pada batang pokok yang menjadi tempat duduk mereka.
               “Rex, aku kena balik.”
               “Okay. Hati-hati.” Monotone.
               “Nanti kau hantar Tia balik.”       
               Rex angguk. Tak dengar. Fikirannya menerawang jauh. Tak tahu dah sampai ceruk mana. Yang pasti dia memang tak dengar pun apa yang Sam cakap tu. Apa yang dia dengar adalah perkataan ‘balik’. Yang lain-lain memang tak dengar langsung.
               “Thanks.
               Eh? Rex tersedar. Dia cakap apa?
               “Ulang balik.”
               “Apa?” Sam kerut dahi. Ulang balik apa?
               “Tadi, kau cakap apa?”
               “Aku nak balik.”
               “Bukan. Bukan. Selepas tu.” Rex menggelabah. Dia macam cakap sesuatu. Sesuatu…tapi apa? Macam ada kaitan dengan Tia. Rasanya dia macam ada cakap suruh hantar Tia balik atau something.
               Sam sengih. “Hantarkan Tia balik. Aku kena balik. Urgent.”
               Uhuk. Uhuk. Uhuk.
               Say what? Hantar Tia balik? Terpejam celik mata Rex mendengar ayat yang baru keluar dari mulut Sam. Oh, tidak! Aku dengan Tia atas motor berdua? Itu sangatlah tidak kelakar. Tak kelakar. Kalau suruh dia panjat pokok ke gunung ke dia masih sanggup tapi hantar Tia balik? Kalau nak pura-pura pengsan waktu ni boleh tak?
               “Kerja gila. Kau la hantar dia.”
               “Please. Aku kena balik ni.”
               “Sam…” Suara mintak kesian. Mukanya turut berubah riak. Berkerut-kerut dahi jadinya. Dia tak nak! Dia tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Dia belum bersedia. Tak. Tak. Sam ni pun, janganlah asyik memanjang nak buat kerja gila gitu. Boleh mati terkejut tau tak?!
               “Sorry. Esok aku belanja waktu rehat.”
               Rex mengeluh. Lemah. Pujukannya tak menjadi. Dia mencuri-curi pandang wajah Tia yang masih lagi rancak berborak dengan Paan dan Apek macam dah kenal lama. Amboi, dengan aku tak nak pulak borak macam tu. Ni yang nak sedih ni.
               “Hati-hati. Jangan nak laju.” Rex mengalah. Tak ada gunanya nak suruh Sam tukar fikiran saat dia dah membuat keputusan.
               “Thanks. Jomlah gerak sana.”
               Rex dan Sam sama-sama bangun dari duduk. Mencapai gitar masing-masing yang tadinya disandarkan pada batang pokok. Langkah kaki diseret lemah menghampiri Tia, Paan dan Apek di hujung sana.
               Sam menepuk bahu Paan dan Apek. Refleks mereka berdua berpaling ke belakang. Gitar di tangan Rex beralih tangan – Paan menyambutnya dan tangan mula memetik gitar itu. Tia tunduk menekur tanah. Tak berani nak angkat muka. Entah kenapa tiap kali Rex ada berhampiran dia jadi tak keruan. Kenapa? Dia sendiri pun tak tahu. Dia tak pernah rasa macam ni.
               “Aku kena gerak balik ni. Pape roger jelah.” Sam bersuara. Tangan Paan dan Apek dicapai – bersalaman. 
               Tia bangun dari duduk.
               “Eh, Tia nak pergi mana?” Sam menegur. Tia kerut dahi. Lah, tadi kata nak balik, kan? Takkan nak suruh aku jalan kaki balik rumah pulak?
               “Baliklah.”
               “Oh, nanti Rex hantarkan. Aku kena balik cepat. Ada benda.” Sam melirik pada Rex yang duduk tidak bersuara di hadapan Apek. Berubah wajah Tia saat telinga menangkap ayat yang dituturkan. Rex hantarkan?
               “Tapi…” Perlahan Tia menggumam.
               “Sorry. Gerak dulu.” Gitar dicapai dan dimasukkan ke dalam begnya. Tali beg ditarik melepasi bahu. Langkah kakinya terus dibawa menghampiri motosikal. Kunci dicucuh ke tempat kunci dan enjin dihidupkan. Sam garu leher. Err.
               “Rex.”
               Rex angkat muka. Sam menggamit Rex supaya datang kepadanya. Rex bangun malas-malas, berjalan menghampiri Sam. Apa lagi dia ni?
               “Apa?”
               “Helmet. Kau tak bawak lebihkan?” Rex mengambil helmet ditangan Sam. Sunyi. Rex memandang lama helmet di tangan.
               “Mulakan langkah.” Bisik Sam ke telinga Rex. Rex mendengus. Apa-apa jelah. Langkah apa je aku nak mulakan? Dahlah suruh hantar Tia, sekarang nak suruhkan mulakan langkah. Mengarut karut-marut betul dia ni.
               Sam tepuk bahu Rex. Seolah-olah memberi sedikit kekuatan kepada Rex. Rex senyum acuh tak acuh. Dia tak tahu apa dalam fikirannya tika itu. Kosong! Kalau nak diikutkan dia bukannya tak boleh nak cakap macam biasa tapi suara macam tersekat di celah-celah kerongkang tiap kali Tia ada di depan mata. Aneh kan?
               “Hati-hati.” Sekali lagi pesanan itu diluahkan. Sam angguk. Sekelip mata motosikal Sam hilang ditelan malam.
Rex mengeluh lagi. Tak tahulah dah berapa banyak kali dia mengeluh. Rex memalingkan tubuhnya. Tia sedang berdiri tidak beberapa jauh darinya. Rex mengurut-urut pangkal tengkuknya. “Nak balik?” Dia memandang Tia yang tampak tak selesa.
               Tia menganggukkan kepalanya lambat-lambat. Rex mengalihkan tumpuannya dari Tia kepada Paan dan Apek yang masih lagi berborak entah apa. Dia berjalan mendekati mereka berdua.
               “Aku balik jugaklah. Hantar Tia.”
               “Okay. Bak rokok sebatang.”  Gitar ditangan Paan bertukar tuan. Rex menghulurkan dua batang rokok kepada Paan. Selesai bersalaman, Rex menggamit Tia supaya mengikutnya. Tia akur. Mereka sama-sama berjalan menghampiri motosikal Rex yang diparkir di bawah pokok.
               “Helmet.” Ringkas Rex bersuara sambil menghulurkan helmet ditangan kepada Tia. Wajah Tia langsung tak dipandang. Tia mengambil helmet itu lambat-lambat. Kekok.
Rex menghidupkan enjin motosikalnya. Rex sudah pun duduk di atas motosikal. Tia masih lagi ragu-ragu. Lama dia memandang tempat di belakang Rex.
               “Naiklah.”
               Tia telan air liur. Bahu Rex dipaut, kakinya memijak tempat pemijak. Dia sudah pun duduk di atas motosikal itu. Rex tarik nafas dalam-dalam. Jantungnya dah berdegup macam nak gila! Otak dah tak boleh nak berfikir apa-apa. Yang dia tahu, dia mahu cepat sampai ke rumah Tia. Dia tak sanggup nak berlama-lama di atas motosikal itu. Tia memandang belakang badan Rex.
               “Nanti bagi direction.”
               “Hmm.” Gumam Tia.
               Bibir Rex bergerak menyebut bismillah dan motosikalnya laju meninggalkan tempat lepaknya membelah suasana malam.



TIA turun dari motosikal. Helmet dikepala ditanggalkan lalu dihulurkan kepada Rex. Rex menyambut. Masing-masing bisu. Tak bersuara langsung. Yang bersuara pun hanya Tia sebab nak bagi arah ke rumahnya kalau tak memang senyap sunyi jelah sepanjang perjalanan tu. Rex menanggalkan helmetnya. Rambutnya yang serabai disisir dengan jari-jarinya.
               Anak matanya memfokuskan pandangan pada rumah di hadapannya. Oh, kat sini rumah dia. Tia jadi tak keruan dengan suasana sunyi antara mereka. Hujung selipar menguis-nguis pasir di atas jalan itu. Dari arah rumahnya kedengaran bunyi pintu dikuak dari arah dalam. Dua lelaki berjalan keluar ke arah mereka.
               “Err, abang Zack. Kenalkan ni Redza.” Tia membuka mulut sebelum sempat abangnya bertanya apa-apa. Sesekali dia melirik jam dipergelangan tangan. 7.15 malam. Fuh, ni nak kira selamat ke tak?
               “Zack. Abang Tia.” Zack menghulur tangan kanan.
               Huluran tangan disambut. “Redza.” Jeda. “Sorry. Saya tak tahu jalan. Tu yang sesat dua-tiga kali.” Rex menundukkan kepalanya, memohon maaf. Bukannya dia sengaja nak menghantar Tia lewat (okay mungkin takdelah lewat mana bagi akulah) cuma tadi adalah 2-3 kali dia tersalah masuk lorong. Yelah, sibuk berkhayal. Orang tu cakap lain, dia pulak dengar lain.
               “Zafran.” Zafran pula menghulur tangannya. Rex senyum. Huluran tangan bersambut. Rex jadi tak selesa. Kekok dengan keadaan mereka. Rasa bersalah pun ada sebab hantar anak dara orang waktu-waktu macam ni.
Masa atas motor tadi dia sudah merangka-rangka ayat jika ditakdirkan kedua-dua ibu bapa Tia yang keluar menyambut anaknya di muka pintu tapi nampaknya ayat itu boleh disimpan sahaja kemas-kemas.
               “Maaf menyusahkan kena hantar Meen balik.”
               “Takpe. Salah kawan saya jugak bawak Tia.” Rex sekadar berbahasa. Dia tak tahu ayat apa yang perlu dia cakap waktu itu. Kalau diikutkan hati dia nak terus pergi dari situ tapi macam tak hormatlah pulak.
               “Err…saya mintak diri dulu.” Rex mengerling jam di pergelangan tangannya. 7.15 malam. Dah nak masuk maghrib. Ha, elok sangatlah hantar anak dara orang waktu maghrib macam ni. Sam la ni pi mengajak si Tia.
 Zack dan Zafran serentak mengangguk. Tia hanya kaku berdiri di sebelah abangnya. Tangan Zack masih lagi kemas di atas bahunya.
               Rex menyarung helmetnya. Tongkat motosikal ditolak naik. Dia memandang Zack dan Zafran kemudian beralih pada Tia. Lama. Dan tak lama kemudian, motosikalnya menderu laju meninggalkan perkarangan rumah Tia. Tia memandang motosikal Rex sehingga hilang dari pandangan mata. Rex.



REX merebahkan badannya di atas tilam empuknya. Terasa sakit badannya berlama-lama di atas motosikalnya tadi. Selepas sahaja dia menghantar Tia pulang, dia tidak terus pulang ke rumah tetapi dia membawa motosikalnya pusing-pusing meredah bandar. Singgah solat maghrib pun di surau yang ada ditepi jalan.
Dia mahu menenangkan fikirannya. Dia mahu pulang tanpa rasa bebanan di hati. Selama setahun dia mampu menutup semua rasa dengan hanya beberapa keping gambar tetapi bila dah depan mata, segala perasaan itu macam meledak keluar. Tak putus-putus. Macam tiada noktah. Rex menghela nafas. Berat.
               Tadi, sampai je rumah umi dengan abah tengah menunggunya di ruang tamu sambil menonton televisyen. Macam-macam soalan yang abah tanya tapi dia hanya menjawab dengan satu ayat ‘entah’. Dan selepas tu suara abah dah langsung tak kedengaran. Dia dengan dunianya.
Otaknya tak mampu nak memikirkan sebarang jawapan untuk setiap persoalan abah. Selepas abah dah puas berleter panjang berjela (yang dia yakin dia tak dengar langsung) dan umi pun macam nak suruh abah sambung leterannya esok pagi, dia terus panjat tangga naik ke bilik.
               Bilah-bilah kipas diperhatikan macam baru pertama kali bilah kipas itu dilihat. Segala macam persoalan kembali mengasak diri. Dia tahu apa yang Sam lakukan untuk dia berasa selesa dengan Tia tapi siapa je yang akan selesa tiap kali dia terpaksa berdepan dengan seseorang yang dia suka? Seseorang yang disukai dalam diam dan dalam tempoh yang lama? Orang gila pun tau erti putus asa!
               Telefonnya bordering memenuhi setiap ruang biliknya yang hanya ada sebuah katil, almari dan meja belajar. Tangan menyeluk poket seluar dan terus butang hijau ditekan tanpa melihat skrin.
               “Hello.”
               “So, macam mana?” Suara Sam ceria di hujung talian. Rex bangun dari baring dan bersandar pada dinding memandang ke luar jendela yang dibiarkan terbuka luas. Entah kenapa suara mamat kat hujung sana ceria semacam dia malas nak ambil tahu. Agaknya dia mengharapkan sesuatu kot.
               Rex tarik gitar rapat ke dada. “Entah.” Sekali lagi jawapan ‘entah’ menjadi pilihan hati. Macam dah tak ada jawapan lain yang boleh diberikan. Yelah, jawapan entah tu adalah jawapan paling mudah dan ringkas. Jawapan yang tak memerlukan ayat panjang-panjang. Hanya entah.
               “Korang tak berborak langsung?”
               “Tak.” Lemah. Hampir separuh berbisik suaranya tika itu.
               “Setahun, Rex. Setahun kau suka dia. Sekarang ni dia dah depan mata. Bukan lagi dalam gambar. She’s there, Rex!” Sam makin hilang sabar dengan Rex. Apa yang dia takutkan sangat? Takut kena reject? Come on la! Tolak tepi la bab-bab reject tu. Yang penting sekarang ni berkawan. Kawan jelah dulu. Apa yang susahnya? Bukannya kena panjat gunung ke hape.
               Rex meraup mukanya dengan tangan kanan. Kotak Dunhill di dalam poket seluar dikeluarkan dan diletakkan di tepi. Ekor mata memandang kotak Dunhill itu. “Susahlah, Sam. Sebab dia depan matalah jadi susah.” Rex meluah.
Kotak Dunhill itu dicapai dan penutupnya dibuka. Sebatang rokok dikeluarkan dan dibawa ke bibir. Tangan mengagau mencari lighter dan pemetik api itu dinyalakan. Berkepul-kepul asap memenuhi ruang biliknya.
               “Apa yang susah? Habaq mai.” Keluar terus loghat utara Sam. Rex ketawa. Dah lama dia tak dengar loghat utara Sam tu.
               “Susah sebab kau macam force aku buat sesuatu yang aku tak boleh buat.” Rex pandang langit malam melalui jendela biliknya. Kedengaran keluhan dari mulut Sam yang berada di hujung talian. Rex tahu Sam buat semua tu untuknya.
               Rex pejam mata rapat-rapat. “Aku bukan force kau. Aku nak kau berkawan je dengan dia.” Suara Sam masuk ke corong telinga. Terus ke otak. Turun ke hati.  Aku tahu, kau nak aku berkawan dengan dia. Rex menyedut lagi asap rokok.
               “Kawan yang macam mana?”
               “Kau tak jealous tengok dia dengan Paan? Dengan Apek?” Rex buka mata perlahan-lahan. Jealous? Ada. Tipu kalau dia tak cemburu bila melihat Tia dengan Paan dan Apek tadi.
               “Dah tu kau nak aku buat apa?”
               “Act normal. Buat macam takde apa-apa. Just kawan. Macam kau dengan aku.”
               “Hmm.” Gumam Rex. Habis sebatang rokok dihisap. Sebatang lagi rokok dikeluarkan dari kotak. Bila otak serabut macam ni, satu kotak rokok pun dia boleh habiskan dalam tempoh tak sampai 2 jam. Ah, kata nak berhenti merokok!
               “Dahlah beb. Jangan fikir. Jumpa kat sekolah esok.” Sam dah malas nak mengasak fikiran kawannya itu. Biarlah dia fikir sendiri. Perasaan dia, bukan perasaan aku. Pandai-pandailah dia handle semua tu.
               “Thanks.
               “Kawankan?”
               Rex senyum. Yup, kawan!
               “Oh, lupa nak cakap. Darina text aku.” Kedengaran keluhan berat keluar dari mulut Sam. Rex gelak mendengarkan nama itu. Darina…Darina.
               “Dia nak apa?” Rex menyoal ingin tahu.
               “Dia nak jumpa aku.”
               “Jumpa jelah.”
               “Teman aku esok. Kang dia buat apa-apa kat aku naya je.”
               Rex gelak besar. Dalam otak tengah membayangkan Darina membuat sesuatu yang bukan-bukan pada Sam. Alahai, Sam! Rokok kedua sudah habis disedut. Lega. “Okay. Jangan lupa belanja waktu rehat.” Rex mengingatkan.
               “Kau ingat ke?”
               “Ingatlah! Kau jangan nak mengelat.”
               “Yelah yelah. Okay. Jumpa kat sekolah esok.”
               “Hmm.”
               “Eh, Rex.”
               Rex tarik bantal. “Apa lagi?” Tak habis-habislah dia ni.
               “Ada gaya macam perempuan punya luahan hati ke hati tak?”
               “Dah! Pergi tidur sana.” Merepeklah dia ni.

               Sam ketawa. Rex geleng kepala. Talian ditamatkan. Dia melangkah ke jendela untuk menutupnya. Kemudian, langkah kaki dibawa pula ke bilik air. Daripada aku serabut-serabut tak tentu hala macam ni eloklah aku solat Isyak. Pintu bilik air ditutup.

No comments:

Post a Comment